Thursday, 23 January 2014

Nurul Izzah Nafi Mintak "Fasakh" Adalah Propa!

Kecoh isu pemohonan cerai yang difailkan oleh Nurul Izah dan ianya VIRAL menjadi buah mulut duda duda diseluruh Malaysia yang menyanggupi memenuhi ruang kosong yang bakal ada andai benar Nuruul Izzah bergelar status "janda bergetah".


Hingga kini tiada sebarang bukti dan punca akibat keretakkan rumah tangga beliau. apa yang admin faham dari keadaan ini adalah sandiwara Nurul Izah sendiri untuk mengalih isu ayahnya yang dikritik teruk seluruh rakyat Malaysia kerana penyokong PKR yang bertindak membakar dan memijak simbol/bendera Jepun.

Ditambah lagi isu pengulingan Abd.Khalid yang bakal meninggalkan kerusi Menteri Besar Selangor akibat pertembungan dua gergasi PKR antara Azmin dan Khalid. Desas desus yang sebelum ini ditujukan sebagai propaganda UMNO kini menunjukkan kebenaranya Azmin bakal menduduki kerusi panas tersebut ditambah pula "kem Azmin" kini lebih berpengaruh berbanding Khalid yang pada masa kini jelas menunjukkan beliau hanyalah "tunggul kayu" yang menjadi alat DAP secara mutlak. Azmin juga menyelar Khalid secara halus dengan menyerang pengikut Khalid dengan kata kata yang cukup memberi kesan dan ternyata ia bukan sekadar "khabar angin". Dalam hal ini jentera Azmin pastinya akan memberikan alasan yang cukup ringkas untuk menolak Abd. Khalid dengan mengatakan Khalid direhatkan akibat masalah kesihatan.

Masih ingat bagaimana Khalid ditelanjangkan wartawan kerana tertidur dihadapan pertugas media sewaktu sidang media berlangsung.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Nurul Izzah Nafi Mintak "Fasakh" Adalah Propa! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 23 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!