Wednesday, 8 January 2014

@najibrazak : Universiti Felda Malaysia?!

Tadi admin membaca status facebook seorang rakan generasi Felda yang melahirkan rasa bersyukurnya kepada kerajaan kerana yang mewujudkan Felda dan berharap Felda akan menubuhkan Universitinya sendiri yang boleh membantu anak anak Felda untuk belajar didalam Felda itu sendiri.

Hari ini Felda mempunyai generasi ke.2 dan ke.3 yang rata rata golongan muda hari ini.Kenapa tidak diwujudkan Kolej atau universiti yang diasaskan dan didana oleh Felda?!


Kenapa tidak digunakan keuntungan yang berlipat ganda itu ditujukan untuk pembelajaran anak anak Felda?

Setakat memberi bonus ia tidak membantu peneroka yang sedia mewah dengan pendapatan bulanan dari hasil ladangnya.akan tetapi kenangkan apa jadi generasi Felda yang boleh diberi pendidikan lanjut tanpa perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi semasa menuntut ilmu di universiti yang jauh ditengah kota!

Admin bukanlah Anak Felda tapi rasanya layak anak Felda dapat pendidikkan tinggi dengan kos yang jauh lagi rendah berpunca dari hasil Felda itu sendiri demi survival generasi masa hadapan mereka.

"Pertanian adalah Perniagaan"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@najibrazak : Universiti Felda Malaysia?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!