Wednesday, 22 January 2014

@NajibRazak @Khairykj @azwanbro : 11 Pemuda UMNO Pahang Langgar Tataetika Ahli Parti

Semalam satu sidang media tergempar di buat oleh 11 orang Ketua Pemuda Bahagian di Pahang bagi menyatakan kekesalan terhadap Ketua Pemuda Umno Malaysia yang berdiam diri dalam menangani isu hilang kepercayaan terhadap KP Negeri Pahang saudara Shahruddin Ahmad. Baca sini



Isi memorandum tersebut :

MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG

Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:

1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.

2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.

3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian.

4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi  penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah.

5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.

Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang. Sekian, Terima Kasih. - sumber

Daeng:
Pada aku semua kepala kepala Pemuda yang terlibat dalam hal ini boleh diheret ke lembaga tatatertib. Tindakkan mereka yang semborono ini jelas menunjukkan bertapa ketidakmatangan mereka dalam menjadi seorang perjuang bangsa Melayu yang diberi amanah menjadi Ketua yang Berketua.

Perbuatan yang jelas memalukan parti dan hari ini jadi bahan jenaka lawak politik yang teruk dihentam adalah PARTI. Tindakan yang boleh merugikan parti seperti ini jelas ada perancangnya dan aku boleh telaahkan ia diketuai KP Bera yang terang terangan "angkat bakul sendiri"

Jangan hanya korang Ketua Pemuda Bahagian boleh dianggap kebal dari tata etika ahli parti. Baru jadi KP belajar menjadi contoh yang baik kepada ahli. Buruk melantak macam ini apa kesudahnya?

Cuba rujuk : PERKARA 7

7. PERNYATAAN AKHBAR ATAU AWAM

7.1 Ahli-ahli parti dilarang, samada secara langsung atau tidak langsung, Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara sekalipun dan / atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awarn berhubungan dengan apa-apa dasar atau keputusan Parti termasuk keputusan disiplin parti yang boleh merosakkan imej dan keluhuran keputusan parti.

7.2 Mana-mana Ahli parti yang melanggar Perkara7.1 Tataetika Ahli ini boleh dikenakan mana-mana satu hukuman di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO kerana menghina parti.

CONTOH(a) Ahli A mempertikaikan keputusan-keputusan Majlis Tertinggi parti, Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti(b) Ahli A mempertikaikan dan membuat kenyataan akhbar tentang prosiding disiplin parti dengan menuduh keputusan tak adil. Ahli A di sini melakukan perbuatan menghina parti.



@NajibRazak @Khairykj @azwanbro : 11 Pemuda UMNO Pahang Langgar Tataetika Ahli Parti Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 22 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!