Sunday, 5 January 2014

@najibrazak #Cadangan Untuk Kerajaan Malaysia!

Aku tuliskan idea "naik angin" ini asalnya dari bebelan rakyat dan pro-PR yang setiap hari merungut akibat dari penarikkan subsidi minyak, makanan dan elektrik hingga tercetusnya himpunan "pelbagai idealisma" pada sambutan tahun baru 2014 yang sudah.

Aku akui DS Najib mewarisi kerajaan yang lemah dari percaturan orang-orang terdahulu, akan tetapi itu bukanlah satu alasan mudah, tepat dan bijaksana untuk mengunkit kisah lama yang kini sudah menjadi sejarah kepada kemajuan @ kemerosotan negara hari ini.

Kenapa rakyat mengeluh?!
Rakyat tidak kisah penarikkan subsidi dan pengurangan itu dan ini akan tetapi kerajaan sendiri pernahkah mendidik rakyat agar bersedia dengan perubahan ini kononnya untuk menyelaraskan bantuan (dari wang subsidi) kepada yang lebih memerlukan.

Isu tarif elektrik.
Elektrik antara satu keperluan asas dan boleh dikatakan setiap rumah memerlukkan kuasa elektrik,apakah kerajaan membantu rakyak atau mengesyorkan bagaimana rakyat dapat mengurangkan kos bill elektrik. Pada aku tiada yang ada hanya kenaikkan tanpa persetujuan majoriti rakyat Malaysia.

Bagaimana caranya?
Kita lihat contoh negara membangun mereka mengamalkan penggunaan peralatan elektrik mesra alam dan dikelaskan sebagai 'smart electric'. Kerajaan seharusnya membantu rakyat dengan mendidik mereka agar mengenali peralatan dan kesuaian barangan elektrik didalam rumah dan dalam masa yang sama menyalurkan insentif@subsidi kepada rakyat contohnya menyediakan rebat untuk pertukaran lampu mentol @ kalimantang kepada lampu LED yang jauh lebih jimat malah lebih moden.(Sekarang pun TV LED pun ada...mansuhkan penggunaan tv jenis lama yang kuat mentekedarah elektrik)

Isu harga minyak!
Yang ini aku yakin ada yang sanggup bunuh diri dari daripada membeli minyak dengan harga yang cukup tinggi,tetapi adakah kerajaan membantu mendidik rakyat agar jgn tersepit dengan harga bahan bakar ini?!

Bagaimana caranya?!
Malaysia bukanlah negara yang mundur..kena Hybrid seolah tidak Kenapa tidak Proton @ Perodua sudah mula memajukan kereta jenis hybrid (toyota dah keluarkan seawal 1997) tetapi demi mengaut keuntungan dgn keseragaman model model baru..Hybrid hanya ibarat main 'angrybird'. Sewajarnya kerajaan memikirkan cara untuk meluaskan pengunaan teknologi Hybrid malah membantu rakyat untuk menerima teknologi ini. Jika kereta kita tak mampu lagi, apa kata mulakan dengan Motosikal atau teksi?!Suruh berjimat duk canang agar naik public transport alih2 naik lak caj tambangnya!Lihat gambar ini seorang ibu mengandung terpaksa bersila dilantai yang kita sendiri belum tentu akan kebersihannya. (Abaikan orang yang duduk dikerusi tu..kutuk pun tak guna memang itu tabiat semulajadinya..biadap) indahnya jika ibu ini dapat menaiki keretanya sendiri yang bersih, jimat minyak+mesra alam!

Isu Harga Barang!
Aku yakin pembangkang akan jadikan ini 'bom atom' untuk mengentam kerajaan! Akan tetapi adakah negara boleh mengawal semuanya?!

Mari kita renungkan kenapa 'harga naik' salah satunya ini adalah kegagalan kerajaan menjelaskan kepada rakyat bertapa beruntungkan kita tinggal di Malaysia.

Masih ingatkah himpunan BERSIH kesannya? Ia ibarat jarum menghalau kerjasama pelabur asing.akhirnya ia hanya menyejat keharmonian negara Malaysia tercinta. Yang lebih menyedihkan lagi belakunya pemimpin kerajaan yang GAGAL untuk menerangkan situasi yang sebenarnya disamping ada 'mulut longkang' yang tidak sedar akan kenaifan rakyat yang perlukan 'direction' dari kerajaan bukannya 'cadangan' dari pembangkang.

Manusia ini hanya menilai sesuatu perkara dengan berdasarkan pandangan pertama. Contohnya isu harga ayam itu, sebaiknya beliau mencadangkan bukan memberi pendapat sedemikian rupa.

"Harga ayam mahal,jangan makan ayam"

Aku kelaskan ini satu stetment 'bahlol' kerana individu ini sepatutnya meletakkan dirinya sebagai penguna seperti rakyat sebelum mengeluarkan kenyataan yang amat melukakan hari rakyat Malaysia yang dahagakan 'tunjuk ajar' dari orang orang yang diangkat menjadi ketua mereka.

Kenapa tidak dicadangkan 'jika harga ayam mahal,pelbagaikan hidangan makan lain yang lebih sihat seperti sayuran dan bijirin'

Rakyat Malaysia bukan setiap hari makan lauk ayam..jika ada pun apa kata beralih kepada diet yang lebih baik.itukan lebih mendidik dari cuba memperbodohkan orang!

KERAJAAN PERLU MENDIDIK RAKYAT BUKANNYA MENURUT KATA RAKYAT AKHIRNYA GENERASI AKAN DATANG AKAN MENANGGUNG AKIBATNYA.

Subsidi pada aku adalah satu alat yang menyebabkan orang Malaysia terlalu mengharap kepada kerajaan.Sedangkan rakyat miskin sewajarnya disalurkanwang subsidi itu bukannya kepada golongan 'penghisap darah' Jika rakyat terus dimanjakan dengan suapan subsidi bagaimana nanti generasi masa akan datang yang terus menagih kantung kerajaan sedangkan ekonomi dunia berubah setiap hari, jumlah rakyat makin ramai dan aspek-aspek lain.

Jika penulisan aku ini menampakan aku bodoh, inilah dia suara seorang rakyat yang bodoh dari berjuta juta tu.

Jika rakyat diajar berjimat cermat!Kerajaan juga perlu menunjukkan contohnya , bukannya ibarat "ketam mengajar anaknya berjalan" Rakyat Malaysia bukan macam orang luar negara...

Hati kami lebih mudah terluka!bila terluka ia berdendam walaupun mudah terlupa (memaafkan)!Jangan ambil kesempatan!Generasi Y semakin ramai!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

@najibrazak #Cadangan Untuk Kerajaan Malaysia! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 5 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!