Sunday, 12 January 2014

Mujahid Yusof Rawa Kini Jurucakap Gereja?!

Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa terus mempertahankan sipeminum holywater apabila berkata "tidak wujud langsung pergi ke gereja tiba-tiba jadi Kristian hanya kerana minum holy water. Ini adalah kepercayaan karut tak boleh pakai.

"Kita mungkin ketawa, tetapi cuba fikir kembali berapa ramai di luar sana mempercayai bahawa minum holy water hilang Islam kita?" 


"Ada yang kata kalau orang Kristian bagi 'holy water' - sekali minum, 'habis'.

Mujahid yang merupakan ketua biro perpaduan nasional PAS berkata kerisauan yang sama turut wujud di kalangan orang Islam terhadap penggunaan kalimah 'Allah' oleh penganut Kristian.


"Ini adalah mainan politik pihak tertentu yang cuba menakutkan umat Islam supaya tidak pergi ke gereja takut terminum Holywater," kata Mujahid lagi lapor portal rasmi pakatan haram.

Beliau membuat kenyataan ekoran terdapat remaja yang menerima air itu secara percuma di sekitar Gombak dan kemudiannya tidak mampu mengucap kalimah syahadah atau beristighfar sekali pun. - Negarakita


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mujahid Yusof Rawa Kini Jurucakap Gereja?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!