Saturday, 11 January 2014

Mansuh Pusat Hiburan : AKU AKAN BOTAKKAN KEPALA AKU

Lucu dan penuh kepalatan!

Kerana menghormati kepada rakyat sebilangan bangsa dan penganut agama lain yang inginkan hiburan hujung minggu yang dianggap waktu suka ria dijadikan modal populariti LGE kononnya mahu memansuhkan "Pusat Hiburan" yang rata rata dikomesialkan oleh golongan DAP itu sendiri untuk menjana kekayaan.

Pada aku LGE senaja mewujudkan bahan rujukkan penyokong PAS kononnya "ucapan LGE lebih Islamik" berbanding pemimpin kerajaan yang baru baru ini diselar pembinaan Hard Rock Cafe di Putrajaya.


AKU AKAN BOTAKKAN KEPALA AKU
Jika CM mansuh pusat hiburan kat Pulau Pinang. 


KENYATAAN MEDIA

PERGERAKAN PEMUDA UMNO NEGERI PULAU PINANG

BERKAITAN KENYATAAN KETUA MENTERI PULAU PINANG , LIM GUAN ENG DILAMAN TWITTER MILIKNYA BERKAITAN PEMANSUHAN PUSAT HIBURAN DI PULAU PINANG

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri telah membaca komen Lim Guan Eng didalam twitter beliau dimana beliau menyatakan tertarik dengan tindakan YM Menteri Besar Johor dengan memansuhkan Pusat Hiburan. Beliau juga akan menuruti langkah memansuhkan Pusat Hiburan ini di Negeri Pulau Pinang jika ini adalah kemahuan orang melayu di Negeri Pulau Pinang.

Dalam hal ini Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin meminta penjelasan beliau yang menyatakan akan menutup pusat hiburan ini jika hanya ada kemahuan orang melayu sedangkan kita sedia maklum bahawa semua bangsa dan kaum mengunjungi Pusat Hiburan ini. Kenyataan berbau 'rasis' sebegini tidak sepatutnya keluar daripada Ketua Menteri yang mentadbir sebuah negeri yang mempunyai berbilang bangsa

Pergerakan Pemuda UMNO Negeri juga ingin meminta dan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang melaksanakan apa yang telah beliau nyatakan di laman twitternya. Kita tidak mahu beliau hanya 'bercakap kosong' untuk menjuarai hati rakyat Pulau Pinang. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau perlu memperlihatkan kesungguhan dalam menangani gejala sosial bukan sahaja di kalangan orang melayu tetapi semua Kaum di Pulau Pinang. Sudah sampai masanya Ketua Menteri Pulau Pinang 'belajar' mengotakan apa yang beliau telah janji atau ungkapkan.

Akhir sekali Pergerakan Pemuda UMNO Negeri ingin mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang SEGERA memansuhkan semua jenis Pusat Hiburan di seluruh Pulau Pinang selaras dengan penulisan beliau di laman twitternya.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang


Crdt : Dr. Novandri

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mansuh Pusat Hiburan : AKU AKAN BOTAKKAN KEPALA AKU Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 11 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!