Monday, 27 January 2014

Malam Cinta Rasul Majoi Meriah @hairul_own @azwanbro #perak

IPOH : Malam ini bergegar suara berqasidah penduduk kampung Manjoi Ipoh, Perak ketika berlansungnya majlis "Malam Cinta Rasul" yang dianjurkan Biro Agama Pemuda UMNO Perak yang disertai lebih 2000 pengunjung yang turut sama meraikan malam tersebut.

Majlis yang serba ringkas berlangsung di Masjid As'saadah Kampung Dato Ahmad Said 2 Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak. Majlis ini dianggap satu titik pemulaan yang baik pada awal 2014 ini untuk menarik semua umat islam khususnya di Manjoi untuk turut sama mengenali, memahami dan mendekati kurniaan Allah s.w.t. junjungan Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w.

Turut sama membantu menjayakan majlis ini adalah Ahli Jawatankuasa Masjid As'saadah, Pejabat ADUN Manjoi. Program yang bermula seawal 8.00 malam turut berjemaah solat isyak bersama-sama hadirin yang hadir.

Ini antara program wajar kita turut sama sertai berbanding turun berdemonstrasi menuntut sesuatu yang tidak pasti. walaubagaimanapun syukur alhamdulillah, tidak ada sebarang insiden yang mengecewakan walaupun pada awalnya hujan rahmat membasahi sekitarnya pengunjung tetap semakin ramai.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada warga Manjoi yang turut sama menjayakan majlis.Tidak lupa kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak iaitu Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor juga seorang yang tidak asing lagi dalam negara ini saudara YEOP - Mohd Zainudin Mohamad Zaini (Pemenang ketiga Pencetus Ummah) yang turut sama memeriahkan majlis penuh barakah ini.

Antara hadirin yang baru selesai solat berjemaah di Masjid As'saadah 

Pembuka bicara dimulai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNONegeri Perak iaitu Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor


Gambar-gambar sekitar majlis






gambar crdt : Saudara Hdey 
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Malam Cinta Rasul Majoi Meriah @hairul_own @azwanbro #perak Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!