Friday, 10 January 2014

@kosmo_online @UMonline @AgendaDaily Minyak Kekal Tapi Menteri KPDNKK Mohon Letak Jawatan?!

YB DATO' SRI HASAN BIN MALEK yang telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Menurut sumber terdekat keluarga D.S. Hassan Malek perletakkan secara sukarela ini ekoran kerelaan beliau yang telah melihat menjadi Liabiliti kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri dalam mentadbir Negara. Satu pengumuman akan di buat oleh D.S. Hassan Malek waktu terdekat ini.


Tahniah D.S. Hassan Malek, Ini yang wajar di puji kerana Menteri yang gagal melaksanakan tugas dan memberikan kesan negatif kepada YAB PM harus berundur secara sukarela demi memastikan persepsi negatif yang wujud tidak berterusan menjadikan YAB PM mangsa keadaan kemarahan rakyat. Tindakan D.S. Hassan Malek wajar di jadikan contoh kepada mana mana individu yang memegang jawatan di dalam kabinet, pegawai kerajaan, agensi mahupun parti.


HARGA MINYAK KEKAL

Kerajaan tidak akan mengurangkan subsidi petrol RON95 malam ini (Khamis) seperti yang tersebar di internet, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad menerusi akaun Twitternya pada Khamis malam berkata: “Tiada penurunan subsidi 20 sen untuk RON95 malam ini sebagaimana berita yang tersebar”.

Terdapat penyebaran berita di internet termasuk di laman sosial yang memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata Putrajaya akan menaikkan harga RON95 sebanyak 20 sen berkuat kuasa malam ini.

Harga petrol RON95 dipasaran ketika ini ialah RM2.10 seliter.

Ahmad berkata berbanding dengan negara-negara lain di dunia, Malaysia masih lagi mengekalkan harga petrol bersubsidi. BERNAMA







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@kosmo_online @UMonline @AgendaDaily Minyak Kekal Tapi Menteri KPDNKK Mohon Letak Jawatan?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 10 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!