Wednesday, 15 January 2014

@khairykj 20 Saksi Dipanggil Kes Tumbuk Menteri [Fitnah Setiausaha Pemuda UMNO Terlibat]


"Saya tak sempat elak..Padu sungguh" 
Mungkin itu yang cuba beliau ceritakan...??


Seramai 20 saksi sudah dipanggil polis bagi membantu siasatan dan kertas siasatan berhubung kes serangan terhadap Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan dijangka akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kertas siasatan kes itu selesai selepas polis merekodkan keterangan 20 saksi setakat ini.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Dalam kejadian kelmarin, Kamalanathan yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor cedera ringan di leher selepas ditumbuk seorang pemuda di pejabat wakil rakyat itu selepas satu program yang dianjurkan di kawasan berkenaan.

Fitnah! Kononnya Setiausaha Pemuda UMNO yang menumbuk

Ekoran kejadian itu, MIC menggesa tindakan diambil ke atas ahli UMNO yang didakwa menumbuk Kamalanathan pada Ahad lalu.

Ketua Pemuda MIC Selangor Shanker Raj Ayanger meluahkan kekesalan yang amat sangat terhadap tindakan biadap ahli Pemuda UMNO Hulu Selangor dan menuntut permohonan maaf secara terbuka kepada Kamalanathan.

Bagaimanapun, Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor Mat Nadzari Ahmad Dahlan mahu insiden itu diselesaikan secara berhemah dalam saluran parti.

Beliau yang dihubungi pada Isnin berkata, akan berjumpa dengan kedua-dua pihak untuk mendapat gambaran jelas berhubung insiden itu sebelum sebarang tindakan boleh diambil.

“Saya harap ianya boleh diselesaikan melalui penyelesaian dalaman parti,” katanya kepada bnbbc.my


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@khairykj 20 Saksi Dipanggil Kes Tumbuk Menteri [Fitnah Setiausaha Pemuda UMNO Terlibat] Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 15 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!