Sunday, 12 January 2014

Kalimah Allah : Khalid Ingkar Aku Janji Menteri Besar

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkaitan isu Kalimah Allah dan rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menunjukkan beliau telah mengkhianati Aku Janji yang dilafazkan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika dilantik sebagai Menteri Besar.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, arahan Abdul Khalid supaya JAIS memulangkan semula Bible dalam Bahasa Melayu yan g dirampas memperlihatkan menteri besar itu telah tunduk dengan desakan DAP.

Dalam satu kenyataan yang dihantar kepada bnbbc.my Noh menegaskan, antara kandungan Aku Janji yang dilafazkan Abdul Khalid adalah akan memelihara dan melindungi kesucian dan keagungan agama Islam sebagai Agama Negeri dan kepercayaan orang Islam dari diganggu gugat oleh mana-mana pihak.

UMNO Selangor juga kata Noh kesal dengan Abdul Khalid yang tidak memahami Penyelesaian 10 Peraturan (10 Points Agreement) yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan kerana ianya tidak boleh mengatasi undang-undang yang diwartakan oleh kerajaan negeri.


“Penyelesaian 10 perkara itu juga hanyalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimportan Bible versi berbahasa Melayu ke dalam negara ini dan langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah Allah selain hanya satu polisi dan bukannya undang-undang yang boleh dikuatkuasakan,” kata Noh.

Menurut beliau lagi, kenyataan Abdul Khalid juga menunjukkan beliau tidak menghormati undang-undang negeri Selangor dan jelas kuasa eksekutif telah mencampuri kuasa pelaksanaaan undang-undang kerana JAIS tidak lagi dibenarkan mengambil keputusan sendiri dalam menguatkuasakan peraturan sedia ada.

Kenyataan Abdul Khalid untuk mengheret Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam isu ini pula disifatkan satu usaha untuk menyalahkan kerajaan persekutuan.

“Cop KDN hanya terpakai di negeri-negeri yang tidak mempunyai Enakmen 1988 seperti di negeri Pulau Pinang, Wilayan Persekutuan, Sabah dan Sarawak,” jelas Noh.

Berikut adalah kenyataan penuh UMNO Selangor yang dikeluarkan Noh - SINI

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kalimah Allah : Khalid Ingkar Aku Janji Menteri Besar Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!