Thursday, 16 January 2014

Isu video seks stopa : Padan Muka Blogger UMNO!

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan peguamnya hari ini menarik balik kenyataan fitnah terhadap UMNO kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah membabitkan individu yang dikatakan mirip beliau.

Peguam Raihanah Ashriqin Ariffin memberitahu pemberita, Mustafa dan Asmuni Awi bersetuju menarik balik kenyataan fitnah yang merujuk terhadap UMNO manakala Ketua Pengarang HarakahDaily.net, Zulkifli Sulong bersetuju menarik balik dengan serta-merta kenyataan yang disiarkan dalam portal berita itu sebelum ini.


Terma itu terkandung dalam penghakiman persetujuan yang dicapai oleh kesemua pihak dalam kes saman terhadap ketiga-tiga mereka yang dikemukakan oleh UMNO.

Penghakiman tersebut direkodkan oleh Hakim Datuk John Louis O'Hara di kamar hakim di Mahkamah Tinggi di sini tanpa sebarang perintah mengenai kos.

Menurut Raihanah, Mustafa dan peguam tersebut telah membuat penjelasan pada Isnin lalu dalam Harakah dengan tajuk Yang saya maksudkan blogger UMNO, bukan UMNO.

Raihanah berkata, UMNO sehubungan itu, menarik balik saman tersebut.

Dalam kes itu, Zulkifli diwakili peguam Zulhazmi Shariff yang juga menyebut bagi pihak Mustafa dan Asmuni yang diwakili peguam Mohd. Fitri Asmuni.

Isnin lalu, peguam utama yang mewakili UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun telah menghadiri proses mediasi di hadapan Ketua Pusat Mediasi, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Hakim Zainal L. Salleh dan menyatakan persetujuan untuk kes diselesaikan menerusi penghakiman persetujuan.

Pada 22 April tahun lalu, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab. Rauf Yusoh atas kapasiti sebagai pegawai awam UMNO selaku pihak plaintif telah memfailkan saman ke atas Mustafa, Asmuni dan Zulkifli masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Ab. Rauf dalam writ saman menyatakan, kenyataan fitnah itu diucapkan Mustafa bersama Asmuni dan diterbitkan oleh Zulkifli.

Pihak plaintif mendakwa, Mustafa membuat kenyataan berunsur fitnah yang pertama ketika berucap dalam satu majlis di markas Pas Kampung Molek, Dungun, Terengganu pada 13 April 2013. - Utusan

Baik punya wayang UMNO - PAS, diaorang tak tahu nak tala kut mana..selamber badak jek tuduh blogger UMNO yang dia menutuh tu salah blogger UMNO jugak?Ha ha ha...Dia bukan nak mengaku pun malah dicari jalan nak salahkan orang lain...puih...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu video seks stopa : Padan Muka Blogger UMNO! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 16 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!