Thursday, 23 January 2014

Isu Pencerobohan Lahad Datu Bukan Tangungjawab UMNO?!

Belum habis maraknya kemarahan penyokong UMNO khususnya ahli UMNO yang menyelar tindakkan Setiausaha Kangkung dan punahsehat undang-undang UMNO yang kononnya mengambil jalan mudah memaafkan tindakkan mulut celaka Tian Chua yang mana secara halusnya menghina para perjuang tanah air yang gugur dimedan pertempuran di Lahad Datu, Sabah.



Tian Chua dirujuk dalam akhbar fitnah masa kini Keadilandaily yang mana dimuka hadapan secara terang terangan menfitnah perjuang tanah air sebagai "mati sia-sia" kerana ianya dicanang sebagai "sandiwara UMNO"


Tambah memalukan dan tindakan bodoh yang telah dilakukan oleh peguam UMNO sendiri Dato Hafarizan Harun berhubung isu penarikan saman ke atas Tian Chua PKR dan Mustapha Ali PAS (isu video seksnya).Ini lah apabila peguam UMNO tidak peka dengan keadaan politik hari ini sebaliknya hanya memikirkan penyelesaian secara berhemah, lepas tengkuk dan kerja senang.

Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO waaupun berputar belit setiausaha dan peguam UMNO menyatakan Tian Chua memohon Maaf. (KESAL kononnya?)


Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun bertindak mengikut pemikiran beliau yang mana tidak meminta nasihat dari pemimpin pemimpin UMNO implikasi jika penarikan saman dibuat. Inilah yang dikatakan "SYOK SENDIRI" kerana sekarang ini pihak Tian Chua memperolehi keuntungan politik setelah UMNO menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.Malah menjadi bahan hiburan dibibir mulut pembangkang.

Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun perlu sedar bahawa beliau telah menjatuhkan maruah UMNO secara langsung. Beliau juga disarankan untuk tidak mengambil apa apa tindakan ataupun keputusan selepas ini tanpa memaklumkan kepada pucuk pimpinan terutama Presiden parti Dato Sri Najib Tun Najib Razak . Implikasi sekarang Najib Razak sebagai Nakhoda UMNO di kritik walaupun beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai penarikan saman yang difailkan itu.


Pengajaran untukDato Abd Rauf Setiausaha Agung UMNO dan Dato Hafarizan Harun Peguam UMNO agar tidak "SYOK SENDIRI" membelakangkan pemimpin parti dan majoriti ahli UMNO. 

Pernahkah mereka-mereka ini fikirkan apa perasaan keluarga yang kini kehilangan anggota keluarga mereka?! Dengar bibit ucapan beliau canang ceramah-ceramah beliau.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Isu Pencerobohan Lahad Datu Bukan Tangungjawab UMNO?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 23 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!