Wednesday, 1 January 2014

@HishamuddinH2O @syed_lokman14 @fuhas_tweet @tunfaisal #RPDM31D : Gambar Sekitar Sebelum Insiden Provokasi Belaku Dipentas Utama!



Gambar ini dirakamkan dari lensa kamera admin yang mana belaku sedikit kekecohan yang melibatkan pasukan keselamatan dengan sekumpulan kecil penunjuk perasaan. Didalam portal Malaysia kini mereka (penunjuk perasaan) bercampur dengan pengunjung yang mana jumlahnya sukar ditafsirkan berapa ramai.

Agak melucu bila mana ada (portal pembangkang) yang menafsirkan kedatangan penunjuk perasaan adalah semua yang berkumpul di Dataran Merdeka untuk meraikan sambutan tahun baru 2014  yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Malam tadi.



Difahamkan Rafizi mendakwa kedatangan penunjuk perasaan mejangkau lebih ratusan ribu sedangkan tidak sampai 20 minit padang Dataran Merdeka sedia dikosongkan. Adalah amat mustahil ratusan ribu yang keluar untuk berdemonstrasi dapat meninggalkan kawasan padang di Dataran Merdeka dengan sepantas itu selepas persembahan pada malam itu dihentikan serta merta bila belaku provokasi yang melampau oleh penunjuk perasaan dengan membaling botol air dan membuat bising dihadapan pentas utama.

Sikap ini memburukkan lagi persepsi rakyat dengan pakatan pembangkang kerana perhimpunan yang dianjurkan untuk rakyat dimanipulasikan oleh pembangkang untuk agenda sulit mereka termasuk cubaan mencetuskan perang terhadap Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong!













للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@HishamuddinH2O @syed_lokman14 @fuhas_tweet @tunfaisal #RPDM31D : Gambar Sekitar Sebelum Insiden Provokasi Belaku Dipentas Utama! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 1 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!