Saturday, 25 January 2014

Guru Dilepaskan Tanpa Apa-Apa Tindakkan?! #locenglembu

Tindakan seorang guru sekolah rendah yang mendenda dua orang anak muridnya dengan dilakungkan loceng telah mengundang kemarahan sesetengah pihak.

Insiden di Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Khai Meng di Sungkai, Perak ini diketahui ramai apabila Yarnis Kasumi Dewi Zainal Aripin, 31, membuat laporan polis yang mendakwa anaknya telah dimalukan oleh guru tersebut.

Menurut laporan yang dibuat semalam itu, anak Yarnis dan seorang lagi rakannya telah didenda memakai loceng di leher pada 3.30 tengahari Khamis.

“Anak saya dan kawannya ada meminta untuk pergi rehat kerana sudah waktu rehat tetapi anak saya dan kawannya telah diberi rumput dan ciktu itu cakap ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’,” kata Yarnis dalam laporannya.

Bagaimanapun, ketua balai polis Tapah Supt Som Sak Din Keliaw menjelaskan siasatan polis telah mendapati insiden denda telah berlaku, tetapi guru itu tidak memaksa anak murid itu makan rumput.

“Cikgu bagi penjelasan dua murid ini sebenarnya ada potensi untuk maju tetapi memandangkan prestasi tak bagus, jadi cikgu mengenakan denda terhadap mereka,” kata Som Sak.

Tambah beliau, guru itu sebenarnya berkata kepada murid-murid itu “Kalau awak rajin buat kerja, awak akan mendapat gaji besar kelak. Kalau tidak awak akan menjadi seekor lembu dan makan rumput.”

Menurut Som Sak, perkara ini dianggap ‘selesai’ selepas satu perbincangan antara pihak polis, kedua-dua murid itu dan ibu-bapa mereka dan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan dan UMNO Perak.

“Semua pihak berpuas hati dengan penjelasan guru itu. Dia tidak berniat untuk menghina.” Kes ini telah diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Perak.- sumber

ESOK 10.00 Pagi Saudara Mohamad Amin Othman (Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Malim) bakal mengadakan sidang media khas  laporan ini memandangkan pihak kementerian pelajaran seolah olah mengambil ringan akan perkara ini sedangkan pihak ibu bapa pelajar tersebut masih tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan emosi anak mereka kini trauma untuk ke sekolah kerana di ejek oleh rakan-rakan dengan panggilan "Lembu"

Guru tersebut mesti diberi amarah KERAS jangan dengan sewenang-wenangnya memperlakukkan tindakkan "gila babi" yang tidak menunjukkan integriti seorang guru yang sebenar!

Individu tersebut sebenarnya lebih hina dari lembu atau babi sebab buli budak kecil

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Guru Dilepaskan Tanpa Apa-Apa Tindakkan?! #locenglembu Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 25 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!