Thursday, 9 January 2014

GST Bukan Bebanan Rakyat Tetapi...Siapa?!

GST BENARKAH MEMBEBANKAN?

  • Goods and Service Tax (GST) merupakan amalan percukaian diamalkan di negara berpendapatan tinggi krn mampu mengurangkan ketirisan dan memberi kelebihan kpd pengguna
  • GST bkn cukai tambahan, sebaliknya GST akan menggantikan sistem cukai Sales and Services Tax (SST) yg tlh diamalkan di negara ini selama beberapa dekad.
  • Melalui SST (cukai terdahulu), pengguna terpaksa membayar 2 jenis cukai - perkhidmatan (10%) dan jualan (6%).
  • Sebaliknya melalui GST, pengguna hanya perlu membayar 1 kadar cukai shj, yakni pd kadar 6%.
  • Dgn sistem SST, peniaga blh melakukan penyelewengan dgn mengutip 2 cukai drpd pengguna, ttp hny membayar 1 jenis cukai kpd kerajaan. (1 lg simpan sendirilah)
  • Maka sistem SST menyebabkan berlaku ketirisan dlm kutipan hasil cukai.
  • Tidak akan berlaku kenaikan harga brg mendadak spt didakwa krn GST bkn cukai tambahan. Sebaliknya GST menggantikan sistem cukai sedia ada.
  • Jom buat pengiraan, kalau guna cukai SST, setiap RM100 digunakan, pengguna perlu byr cukai 16% (RM16), bermakna jumlah keseluruhan pengguna kena byr RM116.
  • Kalau guna GST, utk setiap RM100, pengguna cuma kena byr cukai 6% (RM6). Jd jumlah keseluruhan pengguna kena bayar cuma RM106. Cukai mana lg membebankan pengguna GST atau SST?
  • Tambah lbh menarik, semua brg keperluan asas tidak dikenakan cukai. Maksudnya beras, bekalan air bersih, bekalan elektrik dll tidak dikenakan cukai. Jimat, jimat pengguna!
  • Habis kenapa ada pihak bantah?Ada 2 sbb pihak bantah :
    Politik DAN Peniaga yg suka ambil kesempatan.
  • Kenapa peniaga khususnya peniaga kapitalis membantah GST?

Dalam perniagaan wujud beberapa komponen rantaian pernigaaan sebelum sesuatu produk sampai kepada penguna: 

Pengilang/pengimport-Pemborong-Peruncit-Pengguna.

Sebelum ini setiap komponen dikenakan cukai SST tanpa pengguna tahu cukai sebenar yang dikenakan terhadap sesuatu produk. Disebabkan itu pemborong & Peruncit boleh menaikkan harga sesuka hati mereka tanpa sebarang justifikasi. Pengguna pula terpaksa menerima apa juga harga yang ditetapkan peniaga kerana beranggapan kenaikan itu sesuatu yang patut.

Dengan GST, setiap produk yang dikenakan GST ada ditulis jumlah cukai yang dikenakan kerajaan kepada keseluruhan rantaian pada produk. Dengan itu pengguna dapat menilai apakah harga yang dikenakan peniaga itu berpatutan atau tidak. Peniaga tidak boleh lagi menaikkan harga sesuka hati tanpa justifikasi yang kukuh. Jika tidak mereka akan berhadapan dengan tindakan boikot pengguna secara semulajadi tanpa dirancang. Oleh itu kita boleh menilai sendiri apakah GST membela rakyat atau peniaga yang menindas rakyat?


Apakah isu kenaikan harga barang ada kaitan dengan isu GST?
Isu ini ada kaitan. Peniaga yg kebanyakan peniaga kapitalis risau kuasa monopoli mereka akan terjejas dgn GST. Sebagai tindakbalas mereka sedaya upaya mereka cuba memainkan isu kenaikan harga barang melalui media rakan pakatan mereka dengan harapan rakyat akan marah kepada kerajaan dan kerajaan yg ada dijatuhkan.

Apakah persediaan peniaga kapitalis yang sedang dilakukan sekarang andai usaha mengagalkan GST tidak berjaya?
Mereka sedang menaikkan harga produk mereka dari sekarang secara perlahan-lahan dan menyalahkan kerajaan BN atas kenaikan tersebut. Sasaran mereka, bila GST diperkenalkan harga produk telah berada dalam keadaan tinggi dan memberi alasan kos bahan mentah untuk kilang tinggi menyebabkan mereka terpaksa mengekalkan harga tersebut atau sekurang-kurang hanya boleh menurunkan sedikit sahaja harga tersebut. Dengan itu mereka masih boleh mengaut keuntungan berganda dgn menindas rakyat.


Jika begitu, apakah GST juga tidak mampu mengawal peniaga yang tamak ini?
Berdasarkan pengalaman dan kajian 160 negara yang memperkenalkan GST, mereka juga berhadapan dgn tindakbalas peniaga yg tamak ini. Tetapi kenaikan yang berlaku tidak akan bertahan lama. Maksimum kenaikan hanya mampu bertahan 6 bulan sahaja. Kenapa? Dengan sifat telus GST pengguna akhirnya mampu menilai apakah harga yg dibayar itu sesuatu yg wajar atau sebaliknya. Diwaktu itu peniaga perlu memilih samada ingin menurunkan harga atau terpaksa berhadapan dengan barangan mereka gagal dijual. Kerajaan juga boleh memecahkan monopoli kartel peniaga cina tertentu yang degil dan masih terus bertindak menindas rakyat dengan desakan pengguna.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
GST Bukan Bebanan Rakyat Tetapi...Siapa?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!