Tuesday, 14 January 2014

BR1M Adalah Usaha Pembangkang?!

"Harakah ada...cukuplah" 

Perkara ini sudah lama terpendam didalam benak hatiku nak bersuara.

Pemberian BR1M sebelum PRU13 dikritik dengan pelbagai spekulasi buruk yang mana mengatakan BR1M adalah gula-gula malah dikelaskan sebagai "penerima BR1M adalah ayam" oleh Yang Mulia Tok Guru.


Voucer  BR1M  Didakwa Palsu

Oleh kerana mereka itu tinggal di pendalaman, mungkinkah pihak UMNO/BN merasakan jika ditipu sekalipun mereka-mereka itu hanya mereka yang tahu, tiada pihak lain yang akan tahu kerana suara mereka jauh di pendalaman..

Itu yang kita tahu... yang kita tak tahu berapa ramai agaknya yang dah ditipu?


Kata-kata penuh hasat dan dengki ini akhirnya membawa kepada "inilah kejayaan Pakatan Rakyat" dan ayat ini bermain dibibir rata rata dikedai kopi oleh penyokong berkopiah disekitar kampung (dekat sini).

Satu kejadian ini belaku dirumah penulis :

"Pakcik bukan sokong mana mana parti politik..tapi bagi pakcik lah..BR1M adalah bukti kekuatan Pakatan Rakyat...Kalau tidak kerajaan bukan nak bagi pun" kata Pak Lebai yang datang bertandang kerumah aku (sebab nak chop anak sekolah).Hujah ini aku hanya menjawap dengan ringkas dan jelas..

"Tunjukkan bukti didalam perhimpunan demonstrasi, manifesto dan ceramah pembangkang yang mahu BR1M dilaksanakan?" soal aku

Kaget dan kaku lalu Pak Lebai tu di'spin'nya cerita Hudud..

"Kerajaan wajar laksana hudud,Undang undang Islam!"

Aku hanya jawap "Pakcik ada selak buku jingga Pakatan Rakyat"...

Dia kata "Tak ada.."

"Abis macam mana pakcik tahu pasal pelaksaan Pakatan Rakyat jika mereka memerintah?" soal aku lagi pada dia

"Harakah ada...cukuplah" balasnya...

Aku tepuk dahi!!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
BR1M Adalah Usaha Pembangkang?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 14 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!