Wednesday, 22 January 2014

Berapa Ringgit DAP Bayar Upah Samseng Untuk PBT?!

Inilah realiti sebenar apabila kerajaan DAP memerintah Pulau Pinang sejak 2008. Satu persatu peniaga kecil yang melibatkan orang Melayu ditindas dan diusir. Kalau awal bulan Januari yang lalu peniaga kecil di kawasan Bayan Lepas menjadi mangsa, kini tiba pula giliran peniaga kecil di Jalan Hassan Abbas,Teluk Bahang, Balik Pulau.


Apa yang menyedihkan jika kita lihat gambar di atas..kita sesama Melayu terpaksa bergaduh sesama sendiri untuk mempertahankan hak masing-masing...peniaga terpaksa mempertahankan gerai mereka daripada diroboh manakala pegawai dan pekerja MPPP terpaksa melaksanakan tanggungjawab seperti yang diarahkan sedangkan arahan dikeluarkan oleh bangsa lain..

Manakala peniaga-peniaga kecil cina pula semakin senang lenang berniaga tanpa diganggu oleh mana-mana pihak..Ada diantara mereka siap diberi bantuan infrastruktur lagi oleh kerajaan negeri untuk memudahkan mereka..Adakah ini adil??

Seorang pegawai Pejabat Daerah dan Tanah Barat Daya cedera di kepala dan leher dipercayai akibat dikasari ketika sekumpulan peniaga dan penduduk kampung Teluk Bahang menghalang tindakan pihak berkuasa meroboh gerai mereka, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, lebih 80 penduduk kampung berhampiran dan pemilik gerai menghalang anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) masuk ke kawasan mereka.

Pihak MPPP hadir diiringi pihak polis, dengan dua lori, dua van dan sebuah jentolak untuk meroboh gerai-gerai berhampiran pintu masuk ke Taman Negara Teluk Bahang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya Deputi Superintendan Lai Fah Hin yang mengesahkan kjadian, berkata ketika perbincangan dengan polis seorang lelaki dipercayai melepaskan tumbukan ke arah kepala pegawai berkenaan.

"Siasatan awal juga mendapati dua individu cuba menumbuk dan mencekik mangsa tetapi berjaya dihalang oleh polis," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian leher dan kepala dan polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu," katanya.

Beliau berkata, berikutan kejadian itu, polis terpaksa menasihatkan pihak MPPP meninggalkan kawasan itu.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peniaga Kecil Teluk Bahang Mohd Redza Zainal Abidin berkata MPPP di bawah kerajaan pimpinan DAP tidak seharusnya menghancurkan mata pencarian kira-kira 50 peniaga di sini.

"Kami telah berniaga di sini lebih 30 tahun dan kerajaan negeri seharusnya berbincang dengan kami sebelum mengambil tindakan meroboh gerai kerana ini mata pencarian kami," katanya yang menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah itu. - sumber

INI PULA BAGAIMANA Majlis Perbandaran Pulau Pinang?!


Berapa ringgit untuk jadi samseng merangkap anjing DAP 
untuk melawan sesama orang Melayu Islam?

Ingat lagi kess ini?!


crdt : youtube amenoworld


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Berapa Ringgit DAP Bayar Upah Samseng Untuk PBT?! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 22 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!