Monday, 27 January 2014

Bakar Bendera Jepun Tidak Ada Tindakkan Diambil?! #jepun

Menurut saksi kejadian, insiden itu berlaku kerana kesalahan pemimpin UMNO. Kerana tiada siapa yang boleh dipersalahkan melainkan UMNO, tambahan ia juga merupakan tradisi harian.

Gambar Hiasan

Tindakan penyokong pembangkang membakar dan memijak poster bendera Jepun ekoran keputusan pihak berkuasa Imigresen Jepun melarang Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki negara itu, bukan sahaja memalukan Malaysia, malah boleh menjejaskan hubungan baik antara kedua-dua negara.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata tindakan keterlaluan itu mencerminkan ketidakmatangan penyokong pembangkang.

“Tidak wajar memijak dan membakar gambar bendera negara itu hanya kerana seorang individu yang enggan mematuhi peraturan negara berkenaan… tindakan mereka hanya akan menyebabkan hubungan kedua-dua negara terjejas dan menggadai hubungan diplomatik yang sekian lama terjalin.

“Perlu diingat bahawa Jepun adalah rakan perdagangan dan diplomatik, malah banyak pelaburan syarikat negara itu di Malaysia, maka tidak seharusnya kita korbankan hubungan dengan negara yang penting ini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata penyokong pembangkang tidak sepatutnya melayan emosi dengan meletakkan undang-undang di tangan sendiri dan bertindak melulu hingga menjejaskan nama negara.

Beliau mengulas insiden membakar dan memijak poster bendera Jepun pada Selasa, oleh penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan di hadapan Kedutaan Jepun di ibu negara, yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan bagi menghantar memorandum meminta penjelasan kerajaan Jepun berhubung larangan terhadap Anwar.

Ketua pembangkang itu dihalang memasuki Jepun sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pada 6.45 pagi Ahad dan diminta menaiki pesawat pertama yang berlepas pulang atau menghadapi tindakan pengusiran.

Mohamed Mustafa berkata tindakan pembangkang mengajak rakyat untuk memboikot barangan keluaran Jepun juga tidak masuk akal kerana negara itu tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Ini kerja gila, isu ini adalah seorang individu yang tidak patuh pada peraturan imigresen negara itu, itu sahaja, jadi kenapa hendak kaitkan dengan boikot dan babitkan rakyat Malaysia? Tiada kena-mengena.

“Jepun hanya mengikut prosedur yang terpakai kepada semua orang dari seluruh dunia, justeru itu hak mereka sama ada hendak beri ketua pembangkang masuk ke dalam negara itu atau tidak. Dia (Anwar) tidak boleh masuk ketika itu, jadi dapatkan visa dan kemudian masuk lagi,” katanya.

Mengenai tuntutan pembangkang supaya Jepun memohon maaf atas tindakan mengusir Anwar, beliau tidak nampak atas alasan apa negara itu perlu berbuat demikian.

“Saya tidak fikir mereka hendak meminta maaf kerana rakyat kita sendiri yang tidak patuh dengan peraturan mereka, sedangkan mereka bertindak mengikut prosedur,” katanya.

Jom Klik * Video kejadian:

Jom Klik *Video Reaksi Orang Ramai :


Samketot..
Korang bakor bendera tu itu Human Right negara mana pulak???

Tiada Tindakkan?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bakar Bendera Jepun Tidak Ada Tindakkan Diambil?! #jepun Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!