Thursday, 23 January 2014

Azmin Ali Bakal Menteri Besar Selangor?! [video]

Ada 2 sebab atau faktor yang pada Azmin Ali kerusi Menteri Besar Selangor tak layak diduduki Khalid Ibrahim.

1. Khalid Ibrahim tak layak jadi MB Selangor pasai dia tak suka layan wakil rakyat PKR jumpa dia nak minta projek?

2. Khalid Ibrahim tak layak jadi MB pasai tak suka layan profile bisness ahli perniagaan modai ai rliur yang pemimpin PKR huluq kat dia? - cenangau

Nampaknya impian Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor semakin cerah apabila Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu yang bermesyuarat sebentar tadi memutuskan beliau mengantikan akan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di negeri berkenaan.


Akhbar Sin Chew dalam laporan muka depannya untuk edisi petang hari ini melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan Anwar Ibrahim bersetuju dengan pertukaran itu.

Namun, tidak dinyatakan bila majlis pertukaran tersebut akan dilangsungkan dan sebarang pertukaran kepimpinan Menteri Besar perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Azmin yang merupakan pemimpin politik kelahiran Singapura sebelum ini dilakporkan mempunyai hubungan dingin dengan Khalid. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Azmin dipecat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Sebelum itu Khalid membuat kejutan apabila membuat pengumuman untuk mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang akan berlangsung pada April ini.

Keinginan meluap-luap Azmin untuk menjadi Menteri Besar Selangor sangat nyata dan jelas terutama selepas pilihan raya umum yang lalu sehingga wujud khabar angin beliau mahu meninggalkan PKR apabila tidak dilantik ke jawatan impiannya itu.- http://mynewshub.my/

Anwar dan Azmin 

Daeng:
Ini tidak mustahil bagi Azmin Ali yang dilihat lebih berkaliber jika dibandingkan dengan Abdul Khalid yang kini menjadi boneka DAP yang kini terang terangan sering menyuarakan suara DAP secara jelas dan tidak berselindung. 



Difahamkan kepimpinan pembangkang Selangor juga memuji cara Azmin Ali berbanding Abdul Khalid yang sering melakukan perkara yang menjadi "bom jangka" kepada kepimpinan kerajaan negeri Selangor.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Azmin Ali Bakal Menteri Besar Selangor?! [video] Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 23 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!