Thursday, 16 January 2014

Apa Dong Zong mahu?!

Kerajaan tidak akan sama sekali tunduk dengan mana-mana desakan termasuk Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (Dong Zong) berhubung isu pengambilan tanah di kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Woo di Pudu.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, isu tersebut mesti disegerakan memandangkan pihak kementerian sudah mempunyai rancangan untuk membangunkan kawasan berkenaan.


"Tanah itu adalah milik kementerian dan pihaknya berhak membuat sebarang keputusan terhadap tanah itu termasuk meminta penghuninya keluar daripada kawasan berkenaan jika tiada penyelesaian akhir dicapai.

“Saya tak kisah. Ini tanah Kerajaan (kementerian), kami ada hak untuk ambil tanah ini. Cara dia (sekolah) mengheret dan cuba main tarik tali dengan kementerian saya rasa tidak ada kesudahannya.

“Jangan cuba permainkan kami. Saya tidak peduli dan tak berminat untuk tahu berapa lama sekolah ini wujud atau apa Dong Zong mahu, ini hak kami dan kamu sudah ceroboh (kawasan berkenan),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau menjelaskan, pihak kementerian sebelum ini telah memutuskan untuk menyewa kawasan berkenaan dengan kadar sewa RM1,000 setahun, namun difahamkan pihak sekolah mendesak agar kadar diturunkan kepada RM10.

Nazri juga mengingatkan Dong Zong agar tidak cuba menjadi ‘hero’ dalam isu ini dengan menuduh pihak kerajaan bertindak zalim.

Kadar sewa RM1,000 setahun adalah jumlah sewaan minimum yang dikenakan terhadap mana-mana premis yang beroperasi di tapak atau tanah milik kerajaan.

Pada Julai lalu, kementeriannya bercadang mengambil kembali tanah hak milik kerajaan di dalam SJKC Chin Woo itu bagi membina Kampung Budaya menerusi projek Kota Warisan Kuala Lumpur yang bernilai RM32.5 juta.

Bagaimanapun, keputusan itu ditangguhkan selepas bantahan daripada pelbagai pihak terutama ibu bapa kerana tanah berkenaan diguna sebagai gelanggang bola keranjang sejak 1938. -  rakyatnews







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Apa Dong Zong mahu?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 16 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!