Monday, 20 January 2014

Anwar Dihalau Akibat Dari Artikel 24 [laporan Terbaru Jepun]

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilarang dari memasuki Jepun oleh kerajaan negara itu.

Mengikut penjelasan Anwar sendiri, beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita pukul 6.45 petang tadi tetapi dihalang pihak imigresen negara itu.

“Saya diminta untuk menaiki penerbangan pulang terawal atau berhadapan dengan tindakan hantar pulang secara paksa (deportation),” dakwa beliau melalui akaun Facebooknya sebentar tadi.

Alasan awal yang diberikan pihak berkuasa Jepun menurut beliau ialah kerana hukuman penjara yang dikenakan kepadanya pada tahun 1999.

Anwar berkata, beliau telah meminta penjelasan lanjut akan apa yang berlaku dan merasakan telah berlaku sesuatu salah faham kerana beliau telah 3 kali memasuki Jepun sebelum ini yakni pada 2006, 2009 dan 2012.

Anwar berkata, beliau ke negara berkenaan atas jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Sasakawa bagi membentangkan hujah berkaitan Muslim Democrats.

Setelah bertegas beberapa kali, Anwar memberitahu, beliau dimaklumkan tindakan kali ini adalah berdasarkan aduan terkini ke atas dirinya (yang dipercayai dibuat pada tahun lalu).

“Pejabat saya telah membuat pertanyaan dengan Keduataan Jepun di Kuala Lumpur minggu lepas bagi memastikan tidak akan ada sebarang masalah jika saya mahu memasuki negara itu,” katanya.

Memandangkan halangan itu, Anwar telah meninggalkan Jepun pukul 10.45 malam tadi.


Dalam entri di Facebook itu, Anwar meluahkan rasa protest di atas tindakan kerajaan Jepun itu.Beliau juga menyalahkan pihak kerajaan Malaysia dan Wisma Putera terutama berhubung laporan terkini yang disebut pihak imigresen Jepun. KLIK> [laporan]

Peliknya, Anwar sebelum ini bebas merantau ke serata dunia tanpa halangan daripada mana-mana pihak. Dan agak mustahil juga kalau kerajaan kita mampu membuatkan Jepun mengambil keputusan menghalang Anwar Ibrahim dari menjejakan kaki di sana.- mynewshub


Hahaha...semua salah orang...Lawak siut mangkuk nie..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Anwar Dihalau Akibat Dari Artikel 24 [laporan Terbaru Jepun] Daeng Selili Rating: 5 Monday, 20 January 2014
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!