Tuesday, 31 December 2013

@HishamuddinH2O @syed_lokman14 @fuhas_tweet @tunfaisal #RPDM31D : 100K Berkumpul Di Dataran Merdeka

Dikongsikan beberapa keping gambar sekitar perhimpunan 7.00 malam 31/12/2013.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

@syed_lokman14 @fuhas_tweet @tunfaisal : Flashmob Punca Kemalangan

insiden ini berlaku apabila pemandu lori leka melihat peserta-perserta flashmob PAS bersorakkan dan berkumpul menyebabkan lori yang dipandu melanggar sebuah kereta yang sudah brhenti di trafik light berkenaan.

Baca lagi:

http://maelpengerang.blogspot.com/2013/12/flashmob-pas-sgbesar-peserta-lari-bila.html



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Laporan Polis - Isu Kalimah Allah Di Gereja Negeri Selangor

Esok Rabu 01-01-2014 jam 3 petang bertempat di IPD Putrajaya satu laporan Polis akan buat oleh Biro Agama Pemuda UMNO Malaysia berkaitan dengan artikel penggunaan kalimah Allah oleh Gereja di Selangor.

Dijemput sahabat-sahabat yang ada kelapangan untuk hadir memberi sokongan. Terima kasih.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Anak Kecil Di Ajar Benci Kerajaan Kerana Dendam


Anak muda hari ini meminjam kata kata orang tua yang penuh dendam untuk menghukum kerajaan hari ini. Sedangkan kerajaan hari ini langsung tidak pernah mengzalimi mereka malah mengutamakan lagi orang muda berbanding pembangkang. Tahniah kepada pembangkang yang berjaya memanipulasikan anak muda hari ini dengan kata-kata nista dan pembohongan.



OINK..OINK..Bunyi babi :))

baca juga:

براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemotongan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus sebagai antara 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam berkuat kuasa mulai 1 Januari 2014.

Selain elaun keraian menteri dan timbalan menteri, elaun keraian bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) juga dipotong antara 5 hingga 10 peratus.

Menurut Najib, langkah-langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan berhemah pada tahun depan.

"Langkah-langkah penjimatan yang lain untuk sektor awam akan diperkenalkan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada keperluan dan keadaan semasa," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini.

Jelas Perdana Menteri, keputusan itu dibuat setelah berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Langkah-langkah lain yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:
Pengurangan sebanyak 5 peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan;
Kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas) dikurangkan sebanyak RM50-100 atau 30 peratus; dan
Permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan dibekukan.

Najib juga mengumumkan langkah mengetatkan pelantikan juru perunding atau consultant untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan feasibility study.

Lantikan berkenaan hanya boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan pelantikan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan oleh KSN untuk kelulusan.

Najib juga mengumumkan pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara serta pemberian saguhati dan cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan yang membabitkan anggota pentadbiran dan penjawat awam.

Satu lagi langkah penjimatan perbelanjaan kerajaan yang diumumkan ialah meminda kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa bagi penjawat awam misalnya, penerbangan sektor awam bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah ialah kelas ekonomi.

Najib juga mengumumkan pengurangan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Tiga lagi langkah yang diumumkan ialah:
Mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebaang acara rasmi kerajaan;
Mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis pejabat; dan
Mengaplikasikan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan juga kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 30, 2013 19:17 (MYT)

Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/najib-umum-11-langkah-penjimatan-belanja-kerajaan-27616?cp

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Baca Seterusnya...

Monday, 30 December 2013

Kenapa Melayu Benci Melayu?!

Rata rata pengundi muda hari ini ibarat kain putih yang bakal dicorakkan oleh pendokong parti-parti yang terdahulu, ada yang dipecat, keluar dan 'makan dua belah'. Itulah senarionya orang orang lama dalam penglibatan politik di Malaysia. Dan ini menjadikan satu titik bermulanya 'melayu benci melayu'

Wadah perjuangan 'abata' atau 'demi rakyat' hanyalah mainan dibibir sedangkan hati mengharapkan 'rezeki datang menggolek' hanya dengan memegang kuasa disebuah kelompok masyarakat. Generasi Y kini terpengaruh dan diracuni dengan pelbagai persepsi dan khabar angin kononnya 'ketuanan Melayu' wajar menyahkan bangsa lain seperti cina dan india sedangkan dalam perjanjian kemerdekaan 2 bangsa ini wajib diberi hak mereka.

Melayu malas membaca, malas belajar dan malas berniaga puncanya?! Terlalu mengharapkan suntikkan dan 'kabel besar' yang dapat menjana sedikit keuntungan jangka masa pendek lihatlah bangsa lain bersaing dengan orang melayu di pentas dan padang yang sama sedangkan kita sedia maklum mereka-mereka hanyalah 'pendatang' yang minoriti akan tetapi ekonomi kini milik mereka.

Melayu cukup terkenal dengan penyakit hati yang lebih sesuai dikelaskan sebagai 'gila' yang mana tidak boleh langsung individu yang berbangsa Melayu lebih maju, lebih kaya dan lebih berketerampilan. Jika ada nescaya akan diburuk-burukkan malah difitnah seolah olah kekayaan itu bukan berhak keatasanya..Mengapa begitu?!

Lihatlah top 10 orang paling kaya di Malaysia dan lihatlah bagaimana orang melayu dalam senarai itu dikutuk dan fitnah berbagai bagai seolah-olah duit zakar harta yang dilunaskan beliau tidak memberi manfaat kepada umat islam (melayu)!

Esok, orang melayu ramai akan jadi kayu api bangsa lain!

Aku tak layak tegur melayu!!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Diberi Kuasa Tetapi Kenapa Rakyat?!

Pemerintahan Malaysia yang ditunjang Barisan Nasional hari ini digasak dari pelbagai segi oleh gerakkan kononnya suara rakyat, akan tetapi benarkah ini suara rakyat atau ada agenda lain yang tersembunyi dilubuk hati individu yang berkempentingan?

Perebutan kuasa jelas diantara pembangkang dan kerajaan manakala didalam kerajaan juga belaku pertelingkahan yang mana ia merebak hingga mengheret rakyat masuk kedalam ruang lingkup permainan politik.

Banjir, Syiah dan pelbagai lagi isu yang hangat dibicarakan oleh golongan politik hinggakan pemerintah gagal mendidik rakyat agar lebih berdaya saing dan bijak memajukan negara.

Rakyat juga adalah tidak wajar melepaskan segala kesalahan dibahu pemerintah sedangkan apa yang anda bantu untuk memajukan negara berbanding pendekatan pembangkang yang hanya mahu menjatuhkan antara satu sama lain dengan agenda masing masing.

Rakyat harus bijak dan berdaya saing. Pada aku yang tak sekolah tinggi pun boleh fikir..Jangan terlalu harapkan subsidi "ibarat menyamun disiang hari" kita biasa dengar pembangkang labelkan pemimpin kerajaan sebagai penyamun, bukan?!

Kalau kita pula ambil/makan bukan hak kita itu maknanya apa?! 2x5 penyamun jugak...

Contoh terang tenangan (rujuk gambar)gaji naik rakyat beban...sekor pun ADUN BN Selangor tanak bantah..kan?!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Aksi Menangkap Ikan Kerapu Dari Kayak (video)


Siapa peminat memancing?

Aku nak kongsikan aksi pemancing mat saleh ini guna kayak jek naikkan 100 pound Ikan keraput (Goliath Grouper) macam senang jek kan? Tapi...aku rasa saiz orang asia kompom dah terpelanting kedalam laut tu. Layan Video ini :

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 29 December 2013

Dr. Wan Suhaimi Pengkianat PKR!


Kepimpinan ulama PAS dikritik dari sarang pakatan sendiri bila mana seorang Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat(Pasir Mas) Dr. Wan Suhaimi meluahkan rasa tidak puas hati beliau kepada kepimpinan Ulama PAS di Kelantan pada masa kini. 

Walaubagaimanapun beliau sewajarnya mengunakkan saluran yang betul dalam menyampaikan ketidakpuasan hati beliau, janganlah dipertikaikan kepimpinan ulama yang maksum malah tinggi darjatnya disisi Allah swt. 

Dr. Wan Suhaimi tidak sepatutnya mengkritik atau menegur tindakkan Ulama PAS dan jangan bermain dengan angka palsu yang senaja Dr. Wan Suhaimi dedahkan didalam status tersebut. 

Walaubagaimanapun Dr. Wan boleh membuat 'press statement' untuk menjaga survival masa depan politik beliau dengan mengatakan akaun Dr. Wan di "hi-jack" seperti yang terjadi pada mentor beliau. 

Dr. Wan tidak sepatutnya melenting jika pemberian wang Ladang Rakyat kepada pemimpin dan ahli PAS sahaja kerana selama ini Kelantan ditakbir oleh PAS, bukanya parti baru seperti PKR yang banyak membuat onar dan PAS terpaksa menanggungnya angkara hobi luar biasa Ketua Umum PKR itu sendiri. 

Ini bukti PKR sebuah parti yang hanya berubah jika disuap duit..itu sahaja..!Mungkin sebab dulu UMNO tak suap, tu pasal join PKR..Wallahualam..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Harakah Kini Medium No.1 Perbodohkan Rakyat

aku kecewa dengan Harakah menjelang hujung tahun ini dulu agak ringan gak tangan nak selak helaian Harakah untuk mengkaji hujah dan dakwaan yang melibatkan pemimpin kerajaan.

tapi sejak dua menjak ini Harakah saling tak tumpah macam surat layang yang mana secara jelas penulis membuat satu kenyataan tak bertanggungjawab yang bakal mengheret ramai penyokong akhbar tabloid no.1 pakatan pembangkang ke kancah spekulasi yang teruk dan tidak membantu menaikkan idealogi pemikiran rakyat yang berkelas profesional.

Mungkin aku hanya blogger pro kerajaan yang tidak berkelulusan tinggi seperti mana penulis penulis harakah yang rata rata mereka adalah golongan profesional dan celik ilmu dunia akhirat.

Lihat keratan ini, apakah keberuntungan menyorak rakyat dengan cerita yang sedemikian rupa? kenapa di ajuk rakyat dengan cerita karut segitu? Inikah yang dikatakan "ramai orang bijak masuk pembangkang?" haha pada aku ini adalah level penyangak yang tak lepas SRP tau! Ha ha ha..

Jika benarpun berpolitik tolong la jgn duk sebar berita macam ini, ketandusan idea atau nafsu amarah yang lebih tinggi dari taraf keimanan?!Sudah sudah la tu pakcik, zaman ini orang muda mampu berfikir dengan waras dan baik. tetapi usahlah diracun golongan muda ini dengan dendam kesumat dan iri hati itu.

Islam tak ajar pun macam ni, kata ikut Al-Quran...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pembangkang Rakus Lingkupkan Aset Selangor

Setelah masuk penggal kedua mentadbir Selangor, pembangkang sudah sedar bahawa banyak daripada dasar serta program pembangunan yang mereka laksanakan sebenarkan merugikan kerajaan negeri.

Dap yang merupakan sekutu PKR dan Pas sudah mula melihat sesetengah dasar yang diperkenalkan pada tahun 2008 ketika pembangkang mula menguasai Selangor sudah ketinggalan zaman atau ‘outdated’.


Lantas Naib Pengerusi DAP negeri, Teng Chang Khim membidas kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid Ibrahim supaya menilai semula program-program seperti pemberian air percuma.

Air percuma sebanyak 20 meter padu merupakan program teras pembangkang yang diperkenalkan pada peringkat awal untuk menambat hati rakyat dan menarik sokongan kepada kerajaan negeri yang baru.

Pembangkang heboh sekampung pertama kali mereka melancarkan program tersebut kerana pada mereka itulah satu-satunya ide paling hebat yang mereka fikir telah berjaya dijana oleh pemikiran pakar strategik mereka.

Sejumlah RM382 juta telah dibelanjakan bagi program air percuma 20 meter padu dari tahun 2008 hingga 2011.

Kalau diambil purata ini bermakna sepanjang tempoh tiga tahun kerajaan negeri Selangor telah memperuntukkan kira-kira RM127 setahun untuk program tersebut.

Jika nilai purata itu dijumlahkan sehingga tahun 2013, ini bermakna kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, Pas dan Dap telah meleburkan duit kerajaan yang dikutip dari pembayar cukai sebanyak RM635.

Bayangkan pembangkang dengan mudah sekali membazir lebih daripada setengah bilion ringgit duit rakyat bagi tujuan politik yang akhirnya mengancam kedudukan kewangan negeri itu sendiri.

Wang sebanyak RM635 boleh digunakan untuk membaik pulih aset-aset berkaitan kepunyaan negeri seperti loji pembersihan, ampangan dan sebagai yang banyak daripada amat memerlukan penyelenggaraan.

Tapi sebaliknya Selangor memilih jalan mudah untuk jolikan wang RM635 itu untuk kepentingan politik mereka dan tidak memberi keuntungan kepada semua rakyat negeri itu.

Isu penduduk pangsapuri yang berkongsi meter air induk masih belum diselelsaikan sehingga kini.

Dikatakan hampir 300,000 penduduk negeri itu yang menghuni kediaman jenis pangpuri atau flet masih tidak menerima setitik pun air percuma yang digembar gemburkan itu.

Jadi di mana keadilan sosial dan merakyatkan ekonomi yang begitu gah disebut-sebut dalam setiap ceramah politik mereka.

Ini bukan merakyatkan ekonomi namanya tapi meranakan rakyat!

Mungkin sebab itu Chang Kim mengingatkan menteri besar supaya mengkaji semula dasar populis tersebut.

Ganjil bunyinya apabila pembangkang sendiri yang menggunakan istilah ‘populis’ terhadap pentadbiran mereka sendiri .

Sebelum ini pembangkang menuduh kerajaan Barisan Nasional mengamalkan dasar populis tapi kini ludah yang mereka sembur ke langit jatuh bertempek ke muka mereka sendiri.

Satu lagi dasar yang dikritik oleh bekas speaker itu ialah kegagalan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menggunakan peruntukan yang diberi untuk tujuan pembangunan.


Katanya setelah lima tahun memerintah, hanya antara empat dan 10 peratus sahaja bajet untuk kesemua 12 PBT tersebut telah berjaya digunakan.

Adakah PBT juga turut mengikut pe’el menteri bersar yang dikatakan tangkai jering dan tidak mahu menggunakan peruntukan negeri untuk kebajikan rakyat.

Mungkin PBT di Selangor juga berfikiran sedemikian bahawa wang yang diperuntukkan lebih baik disimpan di dalam bank untuk menjana faedah daripada dibelanjakan untuk pembangunan bagi kebaikan rakyat.

Apa pun Selangor tidak lagi boleh mendabik dada segala program atau dasar yang diperkenalkan benar-benar mensejahterakan rakyatnya.

Lebih-lebih lagi Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi negeri bergaji RM1 telah juga gagal untuk membawa Selangor ke tahap pembangunan ekonomi yang hebat dan cemerlang.

Apa yang dinikmati di Selangor ketika ini adalah penat lelah dan jerih penat selama 50 tahun membangunakan negeri itu.

Pembangkang hanya datang, tadbir dan nikmati segala apa yang ada sambil melaungkan kepada seluruh rakyat bahawa semua itu adalah hasil kerja mereka.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wabak Leptospirosis : 6 Dijangkiti 1 Maut Di Selangor!

Pejabat kesihatan Daerah Hulu Selangor telah mengeluarkan arahan penutupan kawasan rekreasi Sungai Kedondong, Batang Kali dibawah akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 1988. akibat disyaiki di telah dicemari wabak Leptospirosis (kencing tikus) setelah dijalankan siasatan pada 25 Disember Lepas!

Kepada pembaca yang mempunyai kenalan disekitar kawasan tersebut sila maklumkan akan penutupan ini untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini belaku.

Disamping keadaan cuaca yang tidak menentu ini pasti sentiasa menjaga kebersihan dan makan makanan yang dimasak dengan baik dan tidak minum air yang tidak dimasak atau mengamalkan memakan sayur sayuran yang tidak dimasak terlebih dahulu (contohnya Ulam-ulaman).


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

GST HARAM : Bagaimana Mengambil Jizyah, Ushur dan Cukai-cukai lain?!

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-104 yang bersidang pada 2-4 September 2013 telah membincangkan Status Hasil Caj Abstraksi Sumber Air Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Daripada Syarikat Yang Menjalankan Aktiviti Operasi Harian Tidak Halal. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan-pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan Imam al-Ghazali berpandangan bahawa harta bercampur yang tidak terkira tidaklah dihukum haram dengan sebab percampuran dan kemungkinan-kemungkinan yang wujud antara halal dan haram tersebut, melainkan ada qarinah (tanda-tanda) yang jelas menunjukkan pengharamannya. Nabi SAW juga pernah menerima hadiah dari kerajaan negara asing yang bukan Islam tanpa mempersoalkan sumbernya. Begitulah juga para sahabat r.a. telah mengambil jizyah, ushur dan cukai-cukai lain daripada orang-orang kafir yang wajib dibayar kepada kerajaan Islam tanpa mempersoalkan sumbernya.

Oleh yang demikian, Muzakarah berpandangan bahawa tidak menjadi kesalahan kepada pihak kerajaan atau syarikat yang dilantik kerajaan untuk menerima atau mengenakan caj/cukai kepada sesebuah syarikat perniagaan, sekalipun wujud kemungkinan sumber yang tidak halal kerana pembayaran cukai adalah satu tanggungjawab kepada Kerajaan untuk maslahah ummah. Sekiranya wujud aktiviti yang haram, maka sifat haram tersebut hanyalah pada zimmah pemilik syarikat tersebut bukan kepada orang yang berurusan dengannya sebagaimana firman Alah SWT dalam Surah an-Najm,ayat 39 yang bermaksud: “Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.”

Sehubungan itu, mengenai status caj abstraksi sumber air yang dikenakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kepada syarikat yang menjalankan aktiviti operasi harian tidak halal, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ianya adalah diharuskan kerana selaku pihak yang dilantik oleh pemerintah (Ulil Amri), LUAS bertanggungjawab mengurus dan memberikan perkhidmatan air untuk maslahah ammahseluruh masyarakat. - e-fatwa


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 28 December 2013

Riza Shahriz Dipertikai Kerana Ibunya Datin Seri Rosmah

SELEPAS isu jet kerajaan, Datin Seri Rosmah Mansor diheret sekali lagi oleh media pro pembangkang, kali ini tentang anak lelakinya, Riza Shahriz. 

Malaysiakini semalam melaporkan Riza membeli satu unit kondominium berharga USD33.5 juta (RM110 juta di West 63rd Street di Park Laurel, New York.)

Laporan yang memetik Sarawak Report itu merujuk kepada laman web syarikat hartanah New York, The Real Deal, yang menyatakan Riza membeli hartanah dengan tujuh bilik itu pada 19 November tahun lepas.


Menurut sumber yang rapat dengan isteri Perdana Menteri itu, Rosmah tidak terkejut apabila diberitahu mengenai laporan berita tersebut kerana Riza memang telah lama terlibat dalam perniagaan jual-beli hartanah.

Oleh itu kata sumber berkenaan, pembelian aset tersebut oleh Riza bukan satu perkara yang luar biasa kerana ia sebahagian daripada urusan yang membabitkan perniagaannya.

Namun, kata sumber itu, urus niaga tersebut tiada kaitan langsung dengan diri Rosmah jauh sekali membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, kata sumber tersebut, Rosmah mengucapkan terima kasih kepada portal-portal berita yang memaparkan kejayaan anaknya itu. 

Riza, kata sumber itu, tidak pernah mendapat tender atau apa-apa projek di Malaysia atau dengan kerajaan Malaysia. 

Apa yang dicapai itu didorong oleh usaha sendiri bersama rakan-rakan yang berminat dalam bidang perfileman di Hollywood.

"Beliau berbangga dengan kejayaan anaknya. Beliau juga berbangga kerana ada pihak yang berminat memaparkan kejayaan Riza walaupun tidak tahu apa niat sebenar mereka," kata sumber itu kepada MalaysiaGazette.

Katanya, tindakan mengaitkan diri Rosmah dan Perdana Menteri dengan pembelian hartanah di New York oleh Riza ternyata satu lagi cubaan untuk memburukkan imej kepemimpinan negara.

"Sedangkan ia sama sekali tiada kaitan jika difikirkan oleh orang yang menggunakan akal.

"Riza dan rakan-rakannya mempunyai keupayaan untuk membeli hartanah. Mereka berniaga di sana. Di New York, hartanah yang anda beli hari ini akan melonjak harga keesokan harinya," katanya. 

Satu laporan New York Times menyebut unit megapuri (penthouse) itu yang terletak di Central Park West, dibeli Riza menerusi syarikat dengan liabiliti terhad dikenali sebagai Park Laurel Acquisition.

Riza, menurut laporan Sarawak Report pula, memulakan kerjaya perbankannya sebaik sahaja tamat pengajian di London School of Economics pada 2000.

Laporan itu menyebut Riza pernah bekerja dengan firma perunding terkemuka dunia, KPMG sehingga 2002 dan kemudian di HSBC London sehingga 2008.

Menurut sumber itu, sebagai ibu, isteri Perdana Menteri itu sering berpesan kepada anak-anaknya supaya sentiasa memanjangkan langkah mereka ke negara orang untuk mencari rezeki.

Sumber itu berkata, selesai tanggungjawab mendidik anak-anak dan memberi pelajaran secukupnya, Rosmah mahu mereka meneroka dunia yang lebih luas dan jangan hanya melihat Malaysia, jauh sekali mahu menggunakan pengaruh politik Najib untuk meraih keuntungan sendiri.

"Rosmah percaya kepada pesanan orang tua iaitu di mana ada kemahuan di situ ada jalan," kata sumber itu lagi.

Sementara itu rakan rapat Riza ketika dihubungi MalaysiaGazette di Amerika Syarikat memberitahu, sebagai menyahut cabaran ibunya, Riza mula berkecimpung dalam bidang pelaburan dan perbankan di luar negara termasuk di London sesuai dengan latar belakang pendidikannya. Beliau memperoleh nama-nama besar sebagai pelanggan.

Minat yang mendalam dalam bidang perfileman mendorong anak muda itu bersama rakan-rakannya memulakan perniagaan perfileman di Hollywood sehingga berjaya menerbitkan beberapa filem terkenal.

Malah katanya, pembabitan Riza itu juga berjaya memecahkan monopoli Yahudi dalam dunia perfileman di Hollywood.

Kata rakan rapat itu, berdasarkan perkembangan tersebut, tidak mustahil Riza akan menjadi rakyat Malaysia pertama dicalonkan untuk Golden Globe Award dan anugerah Oscar yang berprestij itu.

"Siapa tahu satu hari nanti Riza boleh membuka laluan kepada pengarah-pengarah filem di negara ini untuk mengarah filem di Hollywood, begitu juga membawa pelakon-pelakon tempatan menempah nama di sana." katanya. - MalaysiaGazette


Daeng :
Ada desas desus demonstrasi 31 Disember 2013 ini bakal menghalau Dato Seri Najib bersama Datin Seri Rosmah dan kononnya anak mereka adalah fix-deposit untuk mereka melarikan diri...Ha ha ha ha...pembangkang berimaginasi macam telan ubat perangsang babi mengawan kah kah kah...

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Fakta Dan Teori Khalid Newtron



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@anwaribrahim @PapaGomo @tunfaisal : Kenapa Nak Salahkan Twitter?!


Pagi ini kecoh twitter DSAI yang mana dikaitkan dengan gambar pasangan GAY (Edit Justin Biber?) yang ditick "Kegemaran" (Favorite) dilaman twitternya.


Demikan kekantoian itu DSAI segera menafikan bahawasanya akaun Twitternya telah digodam (hack) sedangkan beliau adalah Ketua Pembangkang No.1 di Malaysia yang akaunnya boleh digodam bila bila masa?! 


Alasan 'standart' sering digunakan oleh individu yang idak bertanggungjawap diatas kesilapan dan keghairahnya.



Masih ingatkah peristiwa Isteri DSAI yang mengakui "anak beliau dianiaya" susulan dari pernyebaran video aksi magnum aiskrim dibalik pintu bilik pensyarah?! Alasan yang sama diberikan "AKAUN SAYA DIGODAM" 


Adakah Facebook, Twitter atau Goggle menyediakan perkhidmatan yang MASIH lemah selaku 3 media sosial yang top 5 didunia dengan semudah itu digodam sesuka hati? YA, Memang pernah belaku 250k akaun twitter digodam secara rawak pada 3 Feb 2013 lepas tapi tidak sespesifik macam kes DSAI ini, Dah kena hack.. pastu favorite kan gambar lucah..tinggalkan?!hahaha...

Rakyat Malaysia mohon guna fikiran yang waras dan logik berbanding mempercayai semua kata DSAI yang terang terang menipu anda semua walaupun dalam perkara yang mudah.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Banglasia : Sebenarnya Cina Takut Bangla

Mengapa cina terlalu takut dengan BANGLA? 

Jika dahulu cina diberikan IC dan kemudiannya digunakan untuk menghakis kuasa orang Melayu.. Kini mereka pula yang bimbang kerana sekiranya warga BANGLA diberikan IC, ia akan mencairkan kuasa politik kaum cina. 


Bagaimana mereka terlalu yakin jika Bangla diberikan IC maka mereka akan mengundi parti kerajaan? Aku janji? Tak cukup rasanya.. 

Yang lebih tepat ialah kerana BANGLA beragama Islam dan mereka sangat mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat melayu. Walaupun BANGLA hanya sekadar pekerja asing yang terpaksa pulang ke negara asal apabila permit tamat tempoh, tetapi mereka mampu menguasai bahasa melayu dengan baik dalam jangka masa yang sangat singkat. Sebagai penganut Islam sunni, mereka berpeluang dan tidak ada masalah bercampur gaul dengan masyarakat melayu di masjid atas semangat persaudaraan sesama Islam.

Berbeza dengan orang cina, walaupun mereka telah berpuluh tahun tinggal di negara ini, malah diberikan hak sebagai warganegara, mereka seolah-olah mahu mewujudkan satu lagi Negara cina di bumi asing. 

Mereka mengasingkan diri mereka dari masyarakat melayu dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina. Remaja cina kini semakin ramai yang tidak mampu berbahasa melayu dengan baik dan mereka menjadi terlalu asing apabila terpaksa berbahasa inggeris walaupun hanya mahu berhubung dengan masyarakat tempatan.

Definasi Melayu dalam perlembagaan memberikan laluan mudah untuk BANGLA diserap sebagai sebahagian daripada orang melayu. Ini terbukti dengan kedudukan tinggi yang pernah diberikan oleh UMNO kepada Tun Dr Mahathir yang berketurunan pendatang. Kini ia diteruskan dengan beberapa pemimpin kanan UMNO yang mempunyai latarbelakang yang sama. 

Keadaan ini menyebabkan cina menjadikan BANGLA sebagai satu ancaman kepada kuasa politik perkauman mereka. Perbandingan antara cina dan BANGLA adalah sangat tepat dalam membongkar sikap negatif kaum cina di Negara ini. Cina sepatutnya mencontohi BANGLA yang berasimilasi dengan masyarakat tempatan agar kehadiran mereka boleh diterima dengan selesa. Setelah berpuluh tahun cina berada di Malaysia nampaknya mereka masih lagi angkuh dan jijik untuk bercampur gaul dengan masyarakat tempatan. Semangat perkauman mereka yang ekstreme menyebabkan mereka kini ketinggalan berbanding BANGLA. 

DAP tidak mahu orang cina menyedari bahawa nenek moyang mereka pernah setaraf dengan pendatang BANGLA. Ini adalah satu kehinaan setelah sekian lama mereka membina keyakinan bahawa merekalah bangsa yang terbaik dan paling layak untuk memerintah negara.

Sebagai pendatang yang lupa daratan, tidak mengenang budi, anti-melayu dan anti-Islam, apa perlu cina tinggal bersama-sama berkongsi negara dengan kita lagi? SEBAB BANGLA LAGI BAGUS DARIPADA CINA - zulhairifetani




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Himpunan 31122013 Dikuatiri Ada Bom?!


Apa yang tertera dalam gambar dibawah iaitu nombor handphone dan email semua tepat.Samada betul atau tidak, admin nasihatkan kepada rakyat supaya tak payah pergi ke perhimpunan haram tersebut. 

Jika pergi juga kononnya untuk menyambut tahun baru, admin tak fikir keindah yang korang harapkan itu. 

Bila berkumpul, provokasi dan badan mula penat..macam macam boleh jadi, jaga diri, jaga keluarga dan jaga negara. Pasal bom ini? Wallahualam.. 

Mohon kepada sahabat-sahabat untuk buat laporan Polis bagi pihak Polis dan SKMM menyiasat ancaman Bom ini. Akaun emel Rafizi Ramli boleh disiasat oleh SKMM dan pastinya ada butiran tersebut walaupun telah dipadam oleh Rafizi.


Laporan Polis perlu dibuat dan mendesak pihak Polis melakukan siasatan menyeluruh.

laporan asal 

Rakyat Malaysia fikir Malaysia ini bukan planet bumi...

Negara-negara lain kos operasi, kos hidup dan kos barang naik tapi kat Malaysia tak boleh naik sebab rakyat Malaysia tak bertambah sebab ramai mati dari yang ramai hidup dan berkira-kira nak selalu tukar kereta baru dan poket penuh duit saku untuk jolly-frog! 

Oleh yang demikian jom guling atas tilam mimpi indah duduk planet marikh


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

70 Orang Mangsa Gigitan Piranha

Seramai 70 orang yang sedang mandi-manda di pantai Argentina cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan karnivor. 


Pengarah pengawal keselamatan pantai, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung yang sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, semalam, tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis piranha yang besar, rakus dengan gigi tajam. 



Paramedik Alberto Manino berkata, pantai berkenaan ditutup serta-merta. Namun akibat cuaca panas yang mencecah sehingga 100 darjah celsius, pengunjung kembali semula ke pantai.- AP

Daeng :
Ngeri siut giginya..kalau dia geget bebird aku apakah akan terjadi pada masa depan aku?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kisah Raja, Kuda Dan Budak Kecil

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya.

Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler..... suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu "apa sebab goyang" dia nyanyi ...itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kuda ni hanya mendengar arahan dari raja sorang sahaja.

Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk. 

Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kuda tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya, 

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?" 

Maka dengan selambanya budak tu berkata, 

"Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. (Bukannye apa... nak cover malu.) 

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil ketawa. 


Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata, 

"Cubalah kalau boleh". 

Budak kecik ni pun pegi kat kuda tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kuda tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi. 

Raja berasa pelik lalu bertanya! 

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kuda beta pun gelengkan kepalanya?" 

Dengan selambanya budak tu jawab, 

"Nak kena jentik lagi...??"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

UMNO Bakal Tumbang Bukan Kerana Harga?!

Tumbang BUKAN kerana kenaikan Harga Barang. Tetapi kerana gagal PERBETULKAN rakyat.

Kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah sebahagian dari langkah mengurangkan subsidi kerajaan kerana subsidi adalah perbelanjaan hangus yang memperdaya rakyat dengan kos sara hidup yang PALSU.


Ketika seluruh penduduk dunia merasai peningkatan kos sara hidup termasuk di negara besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah, penduduk di Malaysia masih mahu hidup seperti dilindungi awan, masih berbelanja sakan di gedung ternama, mengubahsuai rumah, melancong ke luar negara serta menukar kereta.

Mereka dilekakan dari menerima hakikat bahawa kelebihan wang saku mereka adalah atas tampungan wang subsidi kerajaan dalam minyak kenderaan, bil api dan air, barang keperluan asas yang mereka nikmati setiap hari. Hal ini masih terus berlaku di Malaysia kerana tekanan hebat rakyatnya terhadap kerajaan berbentuk ugutan politik sekiranya kos hidup mereka meningkat. Kerajaan pasti tidak akan selama-lamanya mampu untuk menanggung perbelanjaan sebegini.

UGUTAN POLITIK

Negara yang seimbang bukanlah apabila kerajaan sentiasa tunduk dengan permintaan rakyat. Bukan semua yang rakyat mahu adalah baik untuk negara. Kerajaan yang diamanahkan untuk menguruskan negara perlu jua mempunyai kualiti untuk memimpin, mengawal dan mempengaruhi rakyat agar turut sama memastikan kesejahteraan negara.


Namun sejak akhir-akhir ini kerajaan yang terperangkap dengan ideologi kebebasan media dan demokrasi mutlak, gagal menyaingi kehebatan pembangkang dalam menguasai minda rakyat. Kerajaan yang semakin lemah ditambah pula dengan ugutan politik oleh rakyat melalui peti undi, terpaksa "menunda" kenaikan harga barang untuk beberapa ketika sebelum pilihanraya. Tamat sahaja pilihanraya maka naiklah harga segala jenis barang dan tarif utiliti yang selama ini ditahan-tahan. Kerajaan menyalahgunakan kuasa untuk "menunda" kenaikan harga yang sepatutnya tiada kena mengena dengan politik. 

Mentaliti rakyat ternyata masih terlalu naif dan belum cukup bersedia untuk menapis serangan propaganda dan persepsi salah pembangkang. Hingga kerajaan tidak yakin rakyat boleh menerima fakta mudah berkaitan kos sara hidup yang semakin meningkat dan hubungannya dengan ekonomi global. Walaupun inflasi telah berlangsung sekian lama secara natural di negara ini dan malah di seluruh dunia, tetapi dengan kebijaksanaan pembangkang dan kuasa media mereka untuk mempengaruhi rakyat, kenaikan harga barang tiba-tiba sahaja boleh dikaitkan dengan kegagalan kerajaan mengurus ekonomi negara. 

Lebih malang apabila mereka yang dilantik dalam kabinet mahupun MT UMNO pun boleh terbawa-bawa dengan konsep kejahilan ekonomi ini dan lebih rela kerajaan menanggung defisit serta keruntuhan ekonomi yang bakal menjejaskan semua semata-mata tidak tahan dengan cemuhan yang tidak berasas. Hanya Perdana Menteri dan menteri kewangan yang giat menerangkan tentang proses rasionalisasi yang termanya rakyat sudah tidak peduli untuk memahaminnya. 

Corrective action atau langkah pembetulan ini semakin menjadi mustahil sekiranya penguasaan media tidak berpihak kepada kerajaan. Kekeliruan yang dicipta pembangkang telah melakukan cukup kerosakkan terhadap ekonomi, politik dan minda rakyat di negara ini. Hatta kekeliruan agama pun manusia sanggup berbunuhan tanpa sebab, ini kan pula kekeliruan yang dicipta atas nama kebebasan yang sedang mengumpul kekuatan untuk menumbangkan kerajaan. 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 27 December 2013

Dilema Kerajaan Melayu

Kita kekadang terlupa, Siapa sebenarnya yang kawal ekonomi kita?

Patutkah 100% kerajaan dipersalahkan atas bebanan rakyat? Lebih 80% ekonomi negara dikuasai oleh taukeh cina...90% orang Melayu pula digajikan taukeh cina..Kita mengeluh gaji sikit? Kita tahu tak gaji orang cina berapa?

Kita mengeluh harga barang naik? Kita tahu tak siapa yang ambil kesempatan naikkan harga barang? Dari PEMBEKAL PEMBORONG PERUNCIT siapa yang kontrol kalau bukan cina? Diorang ni kisah ke rakyat Malaysia ni belanja bulan cukup ke tidak?.. 

Bangsa cina yang ramai peniaga tak mahu serap sebarang kenaikan kos dan mahu pengguna / RAKYAT tanggung semua...Yang mereka tahu hanya mahu untung UNTUNG DAN UNTUNG!


Tiada siapa pun nak persoal sikap mereka ni...Padahal mereka lah yang menguasai ekonomi negara kita.. Adilkah kalau hanya kerajaan saja yang dipersalahkan... Saya tak hairan sebab kerajaan kita adalah kerajaan orang Melayu, sebab itu mereka akan tuding jari kepada kerajaan..

Orang Melayu sendiri pun gemar salahkan kerajaan sebab mereka dah biasa tertanam sifat iri hati kepada bangsa sendiri...Jadi cina SI PENGUASA EKONOMI yang menetapkan HARGA BARANG DAN GAJI rakyat Malaysia senyum terlepas...

Hebatkan semua salah Kerajaan Melayu...?!



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pelajar UM Di Larang Sertai Perhimpunan!

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya hari ini mengeluarkan arahan melarang pelajarnya menyertai perhimpunan "Guling Kerajaan" pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.

Arahan tersebut diberikan kepada semua pelajar melalui email masing-masing dan juga dikeluarkan melalui laman rasmi Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.

"Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan 'Guling Kerajaan' atau 'Rakyat Pilih Dataran Merdeka' (#RPDM31D) yang dijadualkan akan diadakan pada hari Selasa, 31 Disember 2013 di sekitar Kuala Lumpur adalah perhimpunan haram yang mana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa" Dipetik dari laman sosial Facebook

"Himpunan Aman yang dijadualkan akan dilakukan oleh beberapa buah badan NGO termasuk NGO TURUN pada 31 Disember ini adalah bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia menyatakan kemarahan mereka terhadap peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dalam Negara ini." Kata Azan Safar

Sebelum pada ini, Azan Safar yang juga merupakan Pengerusi TURUN telah ditahan polis selama 20 jam di Balai Polis Dang Wangi atas kesalahan ingin menganjurkan pehimpunan menggulingkan Kerajaan pada 31 Disember nanti.(Terkini telah dibebaskan)





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@pdrmsia @zahidhamidi @HishammuddinH2O BUKTI Agenda Guling Kerajaan Adalah Palsu?


Susulan kecoh isu wujudnya himpunan guling kerajaan, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob menyatakan himpunan tersebut tidak wujud sebaliknya hanya gerakan NGO untuk mendesak pemerintah mendengar rintihan rakyat.

Menurut beliau yang dipetik dalam akaun Facebooknya, Ahmad berkata, beliau akan sentiasa bersama Pas serta rakyat menjayakan program Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), yang akan diadakan hujung bulan ini.

"Turun ialah gerakan rakyat. Ia hasil daripada denyut nadi rakyat yang mengeluh sekian lama akibat kenaikan pelbagai harga barangan dan perkhidmatan kerana salah urus BN.

"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat.


"Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," tulisnya, semalam.

Sebelum ini, mengikut laporan media beberapa pihak telah membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat penyebaran hasutan mengajak orang ramai menyertai satu perhimpunan haram di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember ini.

Antaranya ialah NGO Persatuan Muka Buku Pulau Pinang yang turut menganggap perkara itu satu isu serius dan perlu ditangani dengan tegas.

Hasutan itu dikesan menerusi laman sosial Facebook yang menggunakan nama 'Rejimen Anarki', mengajak orang ramai menyertai 'Himpunan Guling Kerajaan', kata Presidennya Salleh Ismail kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Lebuh Pantai di Georgetown.

Katanya hasutan yang berbau ugutan "SAPA HALANG, KAMI LANGGAR...INI PROTES RAKYAT SAPA HALANG KAMI LAWAN" itu dimuat naik oleh pengendali akaun Facebook tersebut pada 18 Disember lalu. 


Sehubungan itu, Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan itu turut menyatakan desakan berterusan yang dilakukan rakyat itu akan mencapai matlamat.

"Insha-ALLAH dengan desakan berterusan daripada rakyat, saya optimis gerakan ini akan berjaya mencapai matlamatnya," katanya lagi. - SH



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Agensi Meteorologi Jepun Amaran 36 Jam Tsunami?!

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.

Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.


"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.

"Sayapun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul," katanya.

Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.

Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial.- Bernama

Daeng :
Tak serik atau tak peka?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@ibdil Bung Moktar Radin TUTUP TWITTER Tanda Kalah Perang Psikologi?!

Susulan bertali arus serangan daripada cybertrooper melalui laman Twitter, hari ini Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN (BBCBN) Datuk Bung Moktar Radin menyatakan akan "bersara" daripada terus aktif di laman sosial mikro itu.

Beliau yang dipetik dari laman sosial itu berkata :

"Kalau dah begini jadinya dunia Twitter mungkin saya nak bersara daripada terus bertwitter," tulisnya.

Pemerhatian, Sinar Harian Online, akaun Twitter Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan yang menggunakan nama Twitter @MyKinabatangan itu telah diasak dengan pelbagai soalan daripada pengikutnya.

Sebelum ini, media juga melaporkan pemimpin itu turut berperang tweet dengan beberapa cybertrooper pembangkang mengenai isu koyak kertas usul di pesidangan Dewan Rakyat.


Daeng : Aku faham apa yang Bung Moktar cuba sampaikan, beliau boleh dikatakan aktif dalam medium twitter untuk mendekati rakyat tetapi disalah gunakan ruang itu untuk mengadu dan berdiskusi bersama beliau dengan cara profesional dan berfakta. 

Yang nyata dan jelas dari penulisan Sinarhaiwan tertulis diatas memang cubaan untuk melemahkan dan menyerang Bung Moktar secara halus dimedia cetak. Makin hari makin haramjadah je Sinarhaiwan saling tak tumpah harajadahdaily hahaha..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!