Saturday, 30 November 2013

@zambryabdkadir : Mengapa Naik Gaji Dikala Rakyat Sedang Dihimpit?!

Sidang Dun Perak semalam meluluskan perbelanjaan sebanyak RM339 juta bagi Bajet 2014. Perkara itu dipersetujui selepas kesemua Adun berbahas pada Persidangan Kelima Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Dun Perak.

Bajet yang diluluskan itu termasuklah kenaikan elaun saraan Adun daripada RM4,112.79 kepada RM6,000 sebulan.

Persidangan yang berlangsung selama lima hari bermula 25 November sehingga semalam itu turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2.12 juta atau RM3,000 sebulan kepada semua 59 pusat khidmat Adun termasuk kawasan pembangkang.

Pemberian peruntukan kepada semua Pusat Khidmat Adun itu merupakan yang pertama kali dalam sejarah Negeri Perak. Kelulusan itu diumumkan Speaker Dun Perak, Datuk Seri SK Devamany hari ini bagi kesemua portfolio kerajaan negeri.

Sebelum diluluskan, kesemua Exco Kerajaan Negeri membuat penggulungan bagi setiap portfolio masing-masing. - UM


Dalam situasi ekonomi/keselamatan, subsidi ditarik dan isu dalaman Kerajaan. Sekarang GAJI NAIK seolah olah trend baru yang dipelopor pembangkang yang akhirnya dijadikan alasan untuk negeri negeri lain naik gaji juga (lepas ini Penang dan Johor).

Mengkomer RM6k tu kalau kuyup je memanjang kepak nak bela rakyat.Jangan kata aku tak tahu..Aku join dalam masyarakat kampung tahu la camana rupanya..Kome pakai kopiah belakon depan rakyat..Kalau ia pun naik gaji tu tolong la jangan bagi rakyat sakit hati..


Baru sahaja kisahnya naik tarif caj elektrik now berdondang sayang naik gaji pulak...apakahjadahnya semua ini?Gelojoh benar nampaknya...

Ingat RM3k yang kononnya diagihkan ke pusat Khidmat ADUN tu...Kalau rupa reban ayam atau kandang kambing siap (jangan bagi alasan..Duit dah nak tabur tu..)

(Sorry admin Kuale ini kali gua tak boleh tahan.....bak kata kawan kau, kita digelangang pro kerajaan bukan disuruhpun..tak gitu?)

-The Red Warrior-


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

RM15 Juta : Tergagap Nafi Terima Ugutan Anwar?!


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan negeri terpaksa menggunakan wang rakyat berjumlah RM15 juta untuk membayar tuntutan elaun Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tahun lalu.

"Perkara itu tidak betul," katanya ringkas kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah laman blog, http://santauberapi.blogspot.com/ hari ini yang mendakwa Anwar sebenarnya menerima gaji lebih daripada RM1 sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

Berdasarkan artikel dalam blog tersebut yang bertajuk 'Takkan Pas Selangor Masih Nak Lindungi Pembohongan Anwar Ibrahim?' itu, Anwar didakwa menerima lebih RM1 juta setiap bulan berdasarkan tuntutan yang dibuatnya.

Blog itu mendakwa, sepanjang tahun lepas sahaja, Anwar menerima sebanyak RM15 juta daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk pelbagai kos termasuk tuntutan elaun perjalanan ke luar negara.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan Abdul Khalid ada mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut selain turut menafikan disiarkan dalam portal rasmi Menteri Besar Selangor.

Sebaliknya, jurucakap itu tidak menolak kemungkinan dakwaan terbabit dibuat bagi mengeruhkan keadaan susulan isu kenaikan gaji Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri berkenaan yang diputuskan DUN baru-baru ini.

Sebelum itu, beberapa blog lain turut melaporkan dakwaan pembayaran membabitkan elaun perjalanan, elaun keraian dan beberapa lagi elaun lain untuk Ketua Pembangkang berkenaan.

Blog-blog berkenaan membuat laporan tersebut dengan mendakwa ia dipetik daripada portal berita, Selangor Kini melalui maklumat yang diperoleh daripada Pejabat Menteri Besar Selangor.

Walau bagaimanapun, petikan laporan tuntutan itu ditarik semula blog-blog tersebut selepas penafian Menteri Besar berhubung perkara berkenaan. - utusan

Daeng:
Cecepat diaorang tarik balik artikel hehehe....


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#MahasiswaNasional 2013 @najibrazak @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal : Persidangan Mahasiswa Nasional 2013


"Mahasiswa boleh jadi pemimpin" - Razali Ibrahim

Kepada yang mempunyai akaun Twitter, Follow 
@MsiswaNasional atau hashtags #MahasiswaNasional untuk update terkini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

PAS Lebih Baik Berjuang Sendiri - DR. Ahmad Atory Hussain

Keputusan PRU13 yang lalu membuktikan prestasi PAS tidak berkembang dalam gabungan PR, kata penganalisis politik.


Pada PRU12, PAS menang 23 kerusi namun hanya mendapat 21 kerusi pada pilihan raya lalu. Prof Dr Ahmad Atory Hussain menyifatkan Pas lebih baik berjuang sendirian atau bersama Umno berbanding duduk dalam PR bersama DAP dan PKR.

Ia sekali gus menepis kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang menyebut Pas tidak mampu berjuang sendirian di mana kenyataan itu disokong Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


“Pada mulanya mereka kena lihat PAS nampak berkembang daripada segi apa? Kalau daripada segi pengaruh politik, saya rasa mungkin pada PRU12 ya. PAS agak mendapat sambutan daripada orang Melayu.


“Tetapi pada PRU13, sokongan orang Melayu untuk Pas merosot peratus. Ia diakui sendiri Ketua Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda Pas baru-baru ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau mengaitkan perkara itu dengan pengurangan kerusi dan kehilangan dua negeri jajahan Pas, Kedah dan Perak.

“Pada PRU12, Pas menang 23 kerusi tapi PRU13, hanya 21 kerusi. Itu tak berkembang. Sepatutnya kekal atau bertambah.

“Kemudian, pada PRU12, PAS dapat menawan Perak dan Kedah. Tapi sebelum PRU13 pun, Perak sudah terlepas pada BN dan baru-baru ini, Kedah pula terlepas kepada BN.

“Jadi, berkembang apa? Saya melihat dari sudut itu. Kalau nak lihat dari sudut sensasi, pidato dan sebagainya, mereka menang lah,” katanya.

Beliau menekankan bahawa Pas tidak akan maju selagi bersama PR ekoran tiada toleransi yang ditonjolkan DAP dan PKR.

“Saya percaya, PAS tak akan berkembang kalau beginilah sikap DAP dan PKR. PAS tak akan maju bersama mereka kecuali PKR dan DAP ini ada sikap toleransi. Saya rasa PAS boleh maju untuk berlawan dengan Umno tapi jika begini sikapnya, payahlah.

“Untuk PAS maju dan berkembang hanya dua perkara. Sama ada berjuang bersendirian tanpa memasuki PR. Silap hari bulan, Umno pun sokong. Ataupun PAS melakukan mukabalah atau muzakarah dengan Umno. Itu sahaja,” katanya.

Sementara itu menurut Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, PAS tetap boleh berkembang walau bersama siapa tetapi bergantung pada situasi.

“Jika Pas dan Umno bersama, mungkin akan tetap berlaku persaingan antara mereka. Tetapi jika ada kompromi untuk selesaikan isu melibatkan kerusi, kedudukan jawatan di kementerian dan sebagainya, saya rasa tak ada masalah. PAS juga boleh berkembang melalui BN.

“Cuma, apabila melihat konteks BN-PR, PR akan merasakan mereka lebih kuat jika PAS bersama. Tapi BN pula merasakan mereka akan lagi bertambah kuat jika PAS dan BN bekerjasama. Jadi, sebenarnya, mana-mana pun PAS boleh berkembang bergantung pada keadaan semasa,” katanya.

RAZIATUL HANUM A. RAJAK
29 November 2013


Daeng :
Aku sebagai pengundi muda ada kalanya "hati berkenan" cara Pemuda PAS Perak Dr. Raja Iskandar (sebabnya aku selalu duk stalker dia), tapi sebab DAP duk belakang PAS..yang nampak baik terus jadi buruk..uweekk...Sape suh join DAP tu...Selagi PAS dgn DAP jangan harap dapat kelabukan orang muda.


Lagi satu, PAS kena sedar yang Anwar banyak buat taik hinggakan penyokong PAS pula tukang cuci, apakah kesetanan Anwar yang dah merasuk penyokong PAS?

semalam Menteri Besar Kelantan dah jumpa PM maknanya...nak cambah la tu..kita cerita pasal rakyat...24 jam politik meroyan mempertahankan akhlak Anwar...sekupang tak dapat...Dah banyak dia tipu..terang terang bangla tu mulut dia..asal UMNO lak kena? kan? yang kesiannya penyokong PAS pula di kambing hitamkan semasa insiden BERSIH..Apa Ambiga kata????Lupa?????



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Menteri Besar Kelantan Berjumpa Datuk Seri Najib Razak : Nik Aziz Terkejut Beruk Pulak?!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob di pejabatnya di Perdana Putra di sini. 

Ahmad yang ditemui sejurus selepas perjumpaan selama kira-kira 45 minit itu berkata ia merupakan kunjungan hormat beliau selaku menteri besar Kelantan yang baru dilantik. 


Beliau berkata antara yang dibincangkan dalam pertemuan itu adalah berkaitan dengan pelbagai bantuan yang boleh disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri. 

"...contohnya berkaitan dengan infrastruktur dan juga hal-hal lain untuk kebajikan rakyat," katanya dan menambah, isu berkaitan politik tidak dibincangkan dalam pertemuan itu. 

Ahmad tiba di bangunan Perdana Putra pada kira-kira jam 9 pagi bersama beberapa anggota exco kerajaan negeri Kelantan, dan beliau diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa ketika memasuki pejabat perdana menteri. 

Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei lepas, menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyandang jawatan menteri besar selama 23 tahun. - BERNAMA


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Datuk Ahmad Yaacob ketika menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, Semalam!


Lain pula kisahnya yang ditulis didalam Sinar Hairan harini, Dalam "qoute" penulisan tersebut Nik Aziz merangkap bekas Menteri Besar Kelatan mengatakan hampir 23 tahun Menteri Besar Kelantan sukar untuk berjumpa dengan Perdana Menteri sedangkan kita sedia maklum Dato Seri Najib Razak baru sahaja menjawat jawatan Perdana Menteri tidak sampai 5 tahun (secara rasmi pada Apr 3 2009).Nyanyuk ke apa?


Jika dizaman pemerintahan Tun Mahathir dahulu beliau tidak diberi peluang (kononnya) nak hukum DS Najib itu tidak masuk akal...tapi kenapa bila Menteri Besar baru dapat bertemu DS Najib untuk sama sama memikirkan kesusah-payahan rakyat beliau pula memasang syak wasangka? Kalau "tak buka pintu" meroyan...Dah kasi can meroyan gak.

Memang Kelantan dikuasai PAS (bukan PR) akan tetapi tidakkah harus dilentur sedikit rasa dendam tu demi rakyat kelantan?

Aku harap dalam pertemuan itu MB Kelantan ada suarakan perihal pembinaan lebuhraya kuala Krai tu. Jangan kata tak sempat pulak..kang macam macam la beruk pakatan akan membabi buta buat video salahkan kerajaan sebab "tidak pandang" Isu pembinaan lebuhraya tu.


Kadang2 paper SInar Hairan ini saling tak tumpah macam HARAMKAH...Bukan semua orang kelantan pangkah PR weh...kesian la kat aku skit hehehe....Ramai dah BN kat sana..Nik Aziz tolong diam..orang nak buat kerja rakyat..sudah sudah lewtuuu...saje je bagi bola tanggung ek?

-the red warrior-


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Gadis Hilang : Rahida Hilang Hampir Satu Tahun

Gadis genit bertubuh kecil dikhabarkan telah "merajuk" dengan keluarganya dah tidak ada sebarang berita akan keadaan beliau sehingga kini dan hampir satu tahun lamanya. Mungkin kerana salah faham antara beliau dan keluarga iaitu ibunya yang menyebabkan beliau enggan pulang kembali bersama keluarga

Admin difahamkan beliau masih berada didalam Malaysia mengikut seperti kenalan yang pernah menemui beliau disekitar Melaka Sentral dan lokasi terakhir dikatakan berada di Perlabuhan Klang, Selangor.(tempat gaji MB lebih besar dari Perdana Menteri)

Dimaklumkan juga aporan polis telah dibuat. Diminta saudara saudari dimana berada, mohon tolong share..

  • Nama : Siti Rahida Bt Mohd Laila
  • Umur  : 18 Tahun
  • Asal    : Semabok melaka
Sesiapa yang menjumpai belia boleh hubungi saya dengan segera, 
Ditalian: 012-5623608 010-4267730

Terima Kasih!


Sama-sama kita doakan yang baik baik kepada beliau..Sian mak bapak nye...majuk sikit2 udah lew.....

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 29 November 2013

#MahasiswaNasional 2013 @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal : Persidangan Mahasiswa Nasional 2013 Janji Kelainan - Razali

Persidangan Mahasiswa Nasional tahun ini yang akan diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 awal Disember, akan tampil dengan format baharu berkonsepkan persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas.

Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi (IPT) UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata format itu julung kali diaplikasikan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih menjurus kepada konvensyen, seminar, dialog dan forum.

Katanya perubahan itu akan menjurus kepada satu platform interaktif yang dapat memberi pendedahan asas perdebatan dalam Parlimen kepada mahasiswa yang terlibat dalam persidangan itu.

"Dengan format ini juga kita akan dapat mengasah kebolehan dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dalam kalangan mahasiswa.


"Selain itu, ia bertujuan melatih mahasiswa untuk berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea dalam membina dasar-dasar negara," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Razali berkata persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan Biro IPT UMNO itu memerlukan peserta mencadangkan usul serta membahaskan empat bidang utama iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan.

"Di penghujung persidangan, saya sendiri akan menerima usul yang telah diundi dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada kepimpinan tertinggi UMNO," katanya.

Razali berkata pihaknya akan mengenal pasti tiga wakil KULN untuk diketengahkan dalam persidangan sayap-sayap dan pentas Perhimpunan Agung UMNO 2013.

Bertemakan 'Transformasi Politik Teraju Ideologi Mahasiswa', persidangan melibatkan 150 peserta itu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 1 Dis.

Mereka termasuk pelajar Malaysia yang kini melanjutkan pelajaran di IPT di 14 negara antaranya Mesir, Kanada, Perancis, Ireland dan Korea Selatan. 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Dato Seri Najib Razak Lancar Novel Syiah?!

Portal pro-DAP, Malaysikaini.com jelas berniat jahat apabila menerbitkan berita “Novel dilancar PM diharamkan Jakim”. Portal itu menggambarkan seolah-olah Perdana Menteri telah melancarkan sebuah novel yang diharamkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurut Malaysiakini, “Novel pengarang terkenal Faisal Tehrani yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu kini diperakukan haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atas dakwaan mempunyai mesej Syiah.”



Hakikatnya, Perdana Menteri melancarkan 30 judul buku karya asli terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) 2012 yang antara judul buku yang diterbitkan ialah antalogi rencana karya Rahimidin Zahari dan Shamsudin Othman bertajuk “Pengakuan Penyair”, novel “Perempuan Nan Bercinta” karya Faisal Tehrani, “Biar Puisi Menjadi Peluru” iaitu kumpulan puisi karya Saifullizan Yahaya dan “Memoir Seorang Juruhebah” karya Zainal Abas.

Justeru apabila karya Faisal Tehrani diharamkan oleh JAKIM semalam, Malaysiakini cuba melagakan Jakim dan Perdana menteri demi menyelamatkan penulis kesayangan portal tersebut.

Malaysiakini menulis,

“Menariknya, perakuan itu dinyatakan dalam majlis ceramah berhubung dakwaan kesesatan Syiah yang turut dihadiri isteri Najib, Rosmah Mansor di Seri Perdana, Putrajaya.”

Penolong Pengarah Seksyen Akidah Jakim Mohd Aizam Mas’od dilaporkan berkata, berlaku penyusupan idea ajaran itu melalui novel berjudul Perempuan Nan Bercinta itu.

“Ini sangat bahaya kerana penulisannya mempromosikan Syiah dan mutaah, antara hujahnya adalah mutaah bukan bertujuan seks tetapi menghalalkan pergaulan antara lelaki dan wanita… malah penulis juga bermain dengan pemikiran rasional orang ramai.

“Namun, buku ini sudah diperakukan haram oleh Jakim.
“Antara buku Syiah lain yang juga sudah diambil tindakan adalah Meniti Titian Kebenaran, Akhirnya Kutemui Kebenaran, Dialog Sunnah Syiah dan Salafi Wahabi,” beliau dipetik sebagai berkata.

Juga dilancarkan di Seri Perdana
Justeru, Mohd Aizam menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati supaya tidak terjerat dengan fahaman Syiah kerana pengikut mereka menggunakan cara halus atau secara tidak langsung untuk menarik umat Islam menyertainya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ceramah Perdana Maal Hijrah dan Wacana Bakti bertajuk “Kesesatan dan Fahaman Syiah” anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

Tahun lalu, beberapa hari selepas pelancarannya, juga di Seri Perdana, Aizam memberitahu Malaysiakini, Jakim sedang menimbangkan pengharaman novel itu selepas terdapat aduan diterima.

Sebuah lagi novel Faisal Sebongkah Batu di Kuala Berang turut diharamkan Jakim sebelum ini.

Novel itu dipercayai novel pertama diharamkan selepas kemerdekaan.

Perempuan Nan Bercinta mengisahkan pengalaman Dr Tengku Idora, seorang feminis yang berkenalan dengan Prof Dr Ali Taqi menerusi Bastian, kekasihnya.

Perkenalan itu membantu perubahan tanggapan Tengku Idora daripada seorang feminis melulu kepada feminis yang bersandarkan ketokohan anak perempuan Rasulullah Saidatina Fatimah az-Zahra.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi pengarang berhubung langkah terbaru Jakim itu.

Ini bermakna semasa Perdana Menteri melancarkan 30 buah buku tersebut ia belum diharamkan oleh Jakim. Malah Perdana Menteri hadir sebagai komitmen beliau kepada industri buku negara dan ITBM, bukannya kerana buku Faisal Tehrani.

Buku Faisal Tehrani hanyalah antara 30 buah buku yang dilancarkan bukan satu-satunya buku.

Usaha Malaysiakini mengadu-domba Jakim dan Perdana Menteri serta membela buku Faisal yang diharamkan sangat mencurigakan. - mykmu

Daeng:
Mula-mula aku terperanjat juga..tapi Malaysialkini memang species anak haram....Putar belit macam ular sawa membelit babi....



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Yuktes Vijay Pun Surrender!!!

Siapa yuktes vijay nie..?

Dia adalah pembantu kepada Sankara Nair yang menjadi peguam bela Anwar sewaktu kes Anwar meliwat Saiful dulu dan dia jugalah yang mendedahkan Sankara berkomplot dengan Anwar menggunakan Chegu Bard supaya segera mendapatkan sijil cuti sakit (mc) dengan apa cara sekali pun...

Kali ini Yuktes dedahkan pula tahap mentaliti penyokong pakatan taik yang secara terang-terang menolak segala bentuk fakta benar yang di keluarkan oleh kerajan dan badan antarabangsa, mereka lebih mempercayai Mat Sabu dan menganggap mat sabu sebagai sumber tepat lagi sahih...



Kata yuktes dalam facebooknya...

keputusan yang saya ambil setelah berdebat dgn beberapa penyokong pakatan tentang ekonomi negara...


saya tunjuk bukti guna laman rasmi bank negara... 
dia kata bank negara kroni bn... 

saya tunjuk bukti dgn dokumen cia amerika.. .
dia kata cia dibeli bn... 

saya tunjuk laporan audit negara... 
dia kata auditor general macai bn....

akhir sekali saya tunjuk dia laporan imf,
dia kata bn dan imf mmg sekutu dr dulu...sebab itu anwar kena pecat....


akhirnya saya tanya dia macam mana dia tahu negara akan bankrap..dia hantar link youtube ceramah mat sabu...kata dia, kalau mat sabu tipu, tak mungkin tuhan akan memenangkan dia dlm p/raya (pemilihan) pas...habis bn menang p/raya itu kecoh buat apa?

minta maaf...ada had utk kebodohan...ini tahap kritikal...tak larat..tak sanggup... 



Daeng :
Itu dia baru berdebat dengan seekor anak beruk, belum bapak beruk dan kutukanah kinzir yang bersuara tu..haha..walaubagaimanapun aku bersetuju dengan stetment beliau "Ada had untuk kebodohan..ini tahap kritikal"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Selangor Rasuah ADUN Untuk Elak Digulingkan?!

Kepada para peminat tegar ceramah politik pembangkang khususnya Anwar Ibrahim pasti sudah menghafal kalimah-kalimah retorik seperti 'Pakatan Harapan Rakyat', 'Demi Kesejahteraan Rakyat', 'Kerajaan Rakyat' dan pelbagai lagi yang mempunyai perkataan rakyat.Boleh dikatakan hampir semua slogan yang digunakan pasti perkataan rakyat akan ditonjolkan,kononnya untuk memberikan gambaran hanya makhluk bernama Anwar sahaja yang mampu membela dan menjaga rakyat.



Sehingga ramai di kalangan mereka akhirnya tertipu dengan 'janji manis' dan 'sandiwara' mereka khususnya rakyat di Selangor.Namun di sebalik perkataan rakyat itu,majoriti rakyat Selangor dikejutkan dengan kenaikan mendadak gaji dan elaun bulanan semua 56 Adun yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.

Ia ekoran dari usul yang dibawa oleh kerajaan PKR Selangor ketika persidangan DUN petang kelmarin yang kemudiannya diluluskan.Mengikut usul tersebut gaji Menteri Besar dinaikkan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250 (106 peratus) anggota Exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250 (231 peratus) speaker Dun dari RM6,109.29 kepada RM22,500 (266 peratus) timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 (373 peratus) dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250 (87 peratus).Paling menarik,minggu lalu Khalid Ibrahim menegaskan peruntukan perbelanjaan mengurus pada Belanjawan 2014 meningkat,adalah disebabkan peningkatan bayaran gaji untuk kakitangan awam. 

sumber
Sejumlah RM1.23 bilion atau 66.2 peratus daripada Belanjawan Negeri tahun depan yang berjumlah RM1.85 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus sementara RM624.9 juta atau 33.8 peratus adalah bagi perbelanjaan pembangunan. Pada mulanya ramai di kalangan kakitangan awam Selangor menjangkakan ia bermaksud kerajaan negeri berhasrat untuk memberikan kenaikan gaji dan elaun kepada mereka, namun rupa-rupanya ia adalah sebaliknya.Peningkatan jumlah belanjawan yang dimaksudkan oleh Khalid sebenarnya adalah untuk semua wakil-wakil rakyat di Selangor.

Namun untuk berlaku adil,Khalid tetap tidak mengecewakan rakyat Selangor,apabila mengumpan kakitangan awan di Selangor dengan memberikan 'gula-gula' berupa bonus setengah bulan gaji SAHAJA.Menurut rakan-rakan di Selangor,kenaikan kadar gaji dan elaun ini ada kaitan dengan kenyataan Anwar Ibrahim sebelum ini, yang dilihat mengkritik pentadbiran Khalid secara terbuka sambil menyifatkannya GAGAL mengurus dengan baik sumber kewangan negeri.

Anwar sebelum ini dilaporkan telah membuat kritikan tersebut di hadapan orang ramai dalam forum Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Petaling Jaya, Selangor.Anwar meminta Abdul Khalid agar tidak lagi berbangga dengan lebihan kewangan yang diperoleh tetapi gagal dalam membelanjakannya dengan baik. "Saya puji Lim Guan Eng yang membawa Pulau Pinang pada tahap prestasi terbaik bagaimanapun tidak kepada Khalid kerana sudah masanya Selangor tidak lagi berbangga dengan lebihan yang diperoleh," katanya. 

Malah ekoran kritikan itu juga,ramai merasakan ia adalah merupakan 'signal' agar Khalid segera meletakkan jawatan,sekaligus memberi laluan mudah kepada anak emasnya,Azmin Ali yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut.Umum mengetahui,bagaimana Azmin sebelum ini yang pernah 'merajuk' untuk keluar PKR bersama pengikutnya sekiranya Anwar MENGINGKARI janji berhubung jawatan Menteri Besar.

Namun ia dibatalkan di saat akhir apabila 'pergelutan' tersebut berjaya diselesaikan secara 'kompromi'.Sehinggakan ada bisik-bisik yang mengatakan Azmin kembali sejuk apabila dimaklumkan bahawa Khalid bersetuju untuk memegang jawatan tersebut untuk tempoh setahun sahaja.

Disebabkan tempoh itu dikatakan bakal berakhir tidak lama lagi,maka Khalid terpaksa mengunakan 'gear 3' dengan mengambil hati semua Adun pakatan dengan memberikan kenaikan gaji.Sekiranya umpan ini berjaya,Khalid boleh terselamat sekiranya ada usul tidak percaya untuk meminta dia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar.Apa pun ia hanyalah 'cakap-cakap'politik,sama ada benar atau tidak hanya Allah,Anwar,Azmin dan Khalid sahaja yang tahu.


Berbalik kepada isu asal,sekiranya kita membuat perbandingan secara rational,rizab kerajaan Selangor hanya berjumlah RM3bil berbanding rizab kerajaan persekutuan yang berjumlah RM400bil.Namun kerajaan persekutuan tidak pula mengambil pendekatan menaikkan gaji semua ahli-ahli parlimen.Tambah menarik ialah gaji Perdana Menteri yang mengurus tadbir SELURUH NEGARA hanya berjumlah RM22,826,65 berbanding gaji baru Khalid yang berjumlah RM29,250.00 walaupun dia HANYA MENGURUSKAN SEBUAH NEGERI.

Seterusnya ialah gaji Timbalan Perdana Menteri hanya berjumlah RM18,168.00 berbanding Exco Kerajaan Negeri yang berjumlah RM20,250.00 sebulan.Kesimpulannya,terserahlah kepada rakyat khususnya pengundi di Selangor bagi menilai kewajaran kenaikan gaji yang mendadak ini.Apakah ia dilakukan untuk membantu jurang Ekonomi Rakyat seperti yang didakwa atau semata-mata untuk memenuhi kerakusan kerajaan pakatan di Selangor ???

crdt : Badut Rakyat
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

@HishammuddinH2O : PLKN Guna Pendekatan Latihan Baharu

Penglibatan lebih holistik semua pihak termasuk pengusaha kem, jurulatih serta pegawai kementerian sendiri dilihat mampu mencapai matlamat terhadap usaha mentransformasikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dalam realisasikan matlamat berkenaan, sebarang pengisian yang ingin dibuat perlu diselaras agar ia menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang mempunyai semangat kesukarelawan, cintakan negara sekali gus mencapai matlamat perpaduan.

"'Ground work' atau kerja-kerja awal dalam memastikan transformasi yang kita nak bawa ini dapat sentuh semua pihak berkepentingan atau 'stakeholders'...Kita dah kenal pasti, pihak berkepentingan ini, termasuk pengusaha kem dan jurulatih yang akan terlibat secara langsung.

"Kalau tidak, tujuan dan matlamat murni ini tidak dapat dikecapi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Dalam memastikan tiga pegangan pokok iaitu perpaduan, kesukarelaan dan semangat patriotisme utuh dalam kalangan jiwa pelatih PLKN, Hishammuddin berkata pendekatan perlu disesuaikan mengikut masa, tempat dan zaman dan ia dapat dilihat dalam transformasi yang akan dilakukan.

"Skuad sukarelawan kita juga dilihat boleh mewujudkan gelombang kebaikan atau gelombang yang membina.

"Kalau tidak kita bimbang dalam landskap global pada hari ini yang banyak menjurus kepada nilai-nilai negatif, kebencian serta suntikan pembohongan dan perpecahan, sekiranya tidak ditangani dengan gerakan positif, saya bimbang generasi yang akan corak kepimpinan negara pada masa akan datang tidak mampu memastikan negara dan bangsanya dapat bertahan," katanya.

Beliau berkata dalam usaha memperkasakan PLKN, transformasi akan dilakukan menerusi beberapa pendekatan termasuk pendekatan Strategi Lautan Biru Nasional (NBOS).

"Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menggunakan pendekatan baharu bagi modul latihan PLKN mulai tahun hadapan dengan menubuhkan 10 pasukan Inspektorat untuk memantau pelaksanaan modul-modul latihan di kesemua 81 kem PLKN seluruh negara," katanya.

Mengulas lanjut mengenai transformasi itu, Hishammuddin berkata Kumpulan satu siri 11/2014 yang bermula 4 Jan depan akan terlibat dalam program Kempen Keselamatan Jalan Raya.

"Program ini merupakan kerjasama melalui NBOS di antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan serta JLKN Kementerian Pertahanan.

Hishammuddin berkata mesyuarat sulung majlis Latihan Khidmat Negara yang akan diadakan pada 10 Dis depan, akan dipengerusikan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Beliau sebelum ini berkata dalam usaha memperkasakan PLKN, Kementerian Pertahanan akan melakukan transformasi program berkenaan menerusi beberapa pendekatan termasuk berteraskan penglibatan secara berterusan dan pemerkasaan.- astroawani

Daeng :
Jujurnya sebagai remaja purba macam aku bila mendengarkan akan pelaksaan PLKN ini sememangnya aku cukup berbulu sebab zaman aku takde program ini yang ada hanya Program Khidmat Sosial Negara (PKSN) yang modulnya seakan akan sama dengan PLKN yang bezanya PLKN menerapkan pelbagai aspek kerohanian.

Contohnya seperti adik aku sendiri, sebelum beliau dipilih menyertai PLKN, perangainya cukup degil dan agak kasar dalam pertuturannya, Tetapi kini cukup bebeza watak dan sikap beliau selepas menjalani Program Latihan Khidmat Negara.Sopan santun gitu...ramai yang nak meminangnye..hehehe..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Gambar Bogel Pelajar UMP : Gadis Ini Disabotaj?!

Pelajar wanita Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dikaitkan dengan penyebaran gambar intim bersama bekas teman lelakinya di laman sosial Facebook (FB), sudah membuat dua laporan polis berhubung kewujudan akaun palsu menggunakan namanya.

Laporan pertama dibuat pelajar berusia 20 tahun itu pada April lalu, manakala yang terbaru pada Isnin lalu di Balai Polis Gambang, dekat sini.

Selain pernah diugut bunuh oleh bekas teman lelakinya itu, pelajar terbabit juga mendakwa tidak mengetahui kewujudan FB menggunakan nama samarannya itu.

Pernah diberi kaunseling

Pelajar berasal dari utara tanah air itu juga mendakwa sudah memaklumkan kepada pentadbiran universiti berhubung perbuatan bekas teman lelakinya dan difahamkan, UMP pernah memanggil pelajar lelaki berkenaan untuk diberikan kaunseling.

Sementara itu, seorang ahli keluarga pelajar berkenaan ketika dihubungi memaklumkan pelajar itu sedang bercuti di kampung dan tidak mahu diganggu.

Katanya, tindakan pelajar lelaki itu sudah melampau dan meminta polis mengambil tindakan tegas terhadapnya. Penyebaran gambar pasangan pelajar itu mula mendapat perhatian di laman sosial sejak minggu lalu dan mendapat pelbagai reaksi pengguna internet.

Selain gambar intim pasangan berkenaan dipercayai dirakam ketika berada di sebuah pusat peranginan terkenal di negeri ini, akaun FB itu juga memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata perbuatan pelajar berkenaan amat dikesali dan tindakan sewajarnya patut diambil jika terbukti bersalah.

Perkara utama perlu kita ambil perhatian dalam isu ini ialah nilai peribadi pelajar itu seolah-olah tidak segan membuka aib mereka untuk tatapan umum.

Individu seperti ini jelas membuktikan mereka kurang kasih sayang dan tidak memahami ajaran Islam sebenar. Tindakan mereka ini bukan saja mengundang kemarahan orang ramai, bahkan memalukan keluarga mereka sendiri, katanya. -Berita harian

Daeng:
Inilah lelaki keparat, kalau jumpa mohon "kerat"  apa yang patut macam haramjadah perangainya..

Bawah ini satu status fake-account yang menggunakan gambar-gambar gadis ini bersama lelaki tersebut.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

#MahasiswaNasional 2013 @shaberyc @razaliibrahim @tunfaisal : 150 mahasiswa sertai sidang khas sempena Perhimpunan Agung UMNO

75 pemimpin mahasiswa luar negara dan 75 pemimpin mahasiswa dari semua universiti dalam negara akan menyertai Persidangan Mahasiswa Nasional yang diadakan di PWTC pada 1 Disember ini.


Persidangan anjuran Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT UMNO itu diadakan sebagai usaha para pemimpin muda berdiskusi untuk membawa usul ke Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.


Menurut Pengerusi Biro IPT UMNO Datuk Razali Ibrahim memberitahu persidangan satu hari tersebut disertai oleh mahasiswa Malaysia yang kini menuntut di 14 buah negara.

"Persidangan ini bertemakan “Transformasi Politik Teraju Idealogi Mahasiswa” dan Kelab UMNO Luar Negara dan Biro IPT berhasrat untuk memperkenalkan pendekatan baru dalam mendampingi golongan mahasiswa, iaitu melalui persidangan yang akan dilangsungkan menggunakan format ala persidangan Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee).

"Format ini julung kali digunakan dan berbeza dengan pendekatan sebelum ini yang lebih berbentuk konvensyen, seminar, dialog dan forum,"kata beliau kepada wartawan pada Khamis.

Jelas beliau, pendekatan baru ini dibuat bagi menyediakan platform yang lebih interaktif agar dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa kepada asas perdebatan dalam Parlimen, selain mengasah bakat dan mengenal pasti barisan kepimpinan muda dan melatih mereka agar berfikiran kritis, memahami dan menyumbang idea membina dalam dasar-dasar negara.

"Pada penghujung persidangan ini, mendapatkan sebanyak mungkin usul yang akan disampaikan dalam bentuk resolusi kepada kepimpinan tertinggi UMNO,"ujar beliau.-agendadaily


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kebebasan Media Punca Rakyat Huru Hara

Gambar adalah salah seorang wartawan Malaysia-Kini yang penulisanya 360 berputar alam.

Kebebasan media menjadi punca rakyat hari ini huru hara bahkan kurang ajar akibat hasutan yang diperlakukan oleh segelintir media pro pembangkang malah jumlahnya bertambah-tambah akhir akhir ini. Jika dahulu suara akhbar penuh fitnah HARAKAH diharamkan penjualannya kerana kebenaran fakta yang tidak lengkap mengundang pelbagai reaksi negertif sehinggakan melenggahkan usaha kerajaan dalam meneruskan kebajikan rakyat.

Lihat apa jadi dewan negara hari ini macam-macam perangai mental rendah dari pro pembangkang.


KOW KWAN YEE (Malaysia-Kini)

Benar! Kerajaan hari ini terlalu berlemah lembut tetapi ianya bukan satu tugas yang mudah sepertimana yang kita sendiri maklum, setiap tindakkan ada baik buruknya, kadang kala kita menilai dari persepsi dan perspektif yang negatif sahaja.

Meskipun UMNO hari ini dikatakan jelas tidak mengharapkan apa-apa hasil dari penulisan blog dan facebook akan tetapi ini adalah self-initiative oleh segelintir pengamal media pro kerajaan membantu kerajaan dalam meneluskan dan memperjelaskan isu bahkan digunapakai sebagai salah satu sumber yang bakal dinilai oleh rakyat khususnya.

Dibawah ini (fanpage) ada satu posting yang mana kita lihat bagaimana Malaysia-kini salah satu medium penyokong pembangkang buat kerja kotor mereka demi memporak perandakan Malaysia yang diyakini bukan kerja orang islam dan Melayu.

*macam comel jek..macam chantek jek...









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 28 November 2013

Sudah 7 Tahun Ariel Sharon Koma!


7 Tahun Koma Ariel Sharon Masih Disambung Mesin Pernafasan

BAITULMAQDIS – Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar disahkan tidak mampu pulih semula.

Pun begitu, dia masih dilihat mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.

Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.

Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa.

"Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.

"Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan," kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.
Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.

Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.

Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.

Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon.
Untuk rekod, pada tahun 1956, Ariel Sharon pernah bersumpah;

"Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…"-

Crdt : mynewshub.my

Daeng : inilah dia bangkai bernyawa!!! Zombie hahaha...cepat mampus lagi bagus...Laknatullah..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone











Baca Seterusnya...

Isu Naik Gaji ADUN : Azmin Digasak Khalid?!

"Ambil gaji lama kalau tak puas hati" kata MB Selangor kepada Azmin

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kenaikan gaji sehingga hampir 400 peratus untuk pemimpin Selangor akan tetap dilaksanakan mulai tahun depan dan meminta Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk terus menerima gaji asal jika tidak bersetuju dengannya.

Khalid menolak desakan Azmin yang juga Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Selangor supaya pertambahan gaji mendadak itu ditangguh sehingga Menteri Besar itu mengadakan dialog dengan BBC.

"Kita tidak akan kaji semula atau buat penangguhan terhadap kenaikan itu. Sebab ia dah diluluskan di dalam Dewan semalam.

"Malah persetujuan itu kita perolehi dari ADUN BN dan PR. Semuanya menyokong seratus peratus, tiada penolakan diterima,” kata Khalid.

"Jika Azmin atau mana-mana ADUN yang tidak bersetuju dengan kenaikan gaji itu, mereka boleh ambil gaji yang asal atau boleh juga dermakan lebihan," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Azmin berkata BBC menerima bahawa gaji pemimpin negeri dan ADUN patut dinaikkan namun menyifatkan kadar kenaikan itu terlalu tinggi.

Beliau juga mendedahkan kadar kenaikan itu diputuskan oleh Khalid tanpa sebarang dialog dengan BBC.

Semalam DUN Selangor meluluskan usul menaikkan gaji Menteri Besar daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250.

Imbuhan untuk Speaker Dun dinaikkan daripada RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750 manakala Adun daripada RM6,000 kepada RM11,250. Kenaikan itu membabitkan peruntukan tambahan RM5 juta setahun.

Hari ini Khalid sekali lagi menyifatkan kenaikkan gaji itu sebagai munasabah dan merujuk kepada kenaikan gaji yang dinikmati oleh pemimpin negeri Sarawak.

Bagaimanapun Azmin dan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak hujah Khalid itu dan berkata kenaikan itu terlalu tinggi dan mengejutkan banyak pihak.

Daeng :
Pemimpin Sarawak dijadikan rujukkan? Sarawak tu saiznya besar Semenanjung Malaysia la dungu.

Aku tahu si gagap ini dimanipulasikan oleh beberapa individu yang mana mereka sedar bahawa Khalid Gagap sesuai dijadikan kambing hitam dalam perkara ini sedangkan jika kita teliti dengan apa yang dilakukkan oleh Khalid bakal mengheret selangor kekancah kemerosotan kepercayaan penyokong mereka sendiri

Rafizi pernah mempertahankan usul agar menteri disarankan untuk dipotong elaun untuk meringankan beban rakyat sedangkan mereka secara membuta tuli menaikkan gaji pemerintah negeri demi tabungan dana pilihanraya yang dianggap sebagai "day light robbery"



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Subsidi Kerajaan Hanya Pemegang Mycard Asli

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesyorkan rakyat Malaysia menukar MyKad baru yang lebih berkualiti dan mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk mengelak ia dipalsukan. 

MyKad baru dibuat menggunakan teknologi terkini dan memiliki ciri-ciri keselamatan dikatakan mudah untuk dikesan jika dipalsukan. 

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin MyKad baru itu dapat melumpuhkan sindiket pemalsuan kad pengenalan Malaysia. 


Saya mahu dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) ini, seluruh rakyat Malaysia sudah memiliki kad pengenalan berciri baru ini, katanya pada sidang media Majlis Sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam. 

Teliti kaedah lain 

Beliau berkata, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga sedang meneliti kaedah lain yang boleh membantu mengesan perbezaan MyKad tulen dengan MyKad palsu tanpa perlu ke ibu pejabatnya. 

Katanya, KDN turut bercadang mengintegrasikan semua agensi di bawah seliaannya untuk membantu melaksanakan penguatkuasaan dalam membanteras sindiket pemalsuan MyKad. 

Polis Diraja Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia turut membantu dalam menangani masalah MyKad palsu di seluruh negara dan ia akan dijalankan secara berterusan, katanya. 

Semalam, BH melaporkan KDN akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan untuk kehilangan MyKad. 

Arahan itu dibuat Ahmad Zahid berikutan kehilangan lebih 500,000 MyKad seperti yang dilaporkan JPN baru-baru ini. 

Zahid Hamidi menyifatkan jumlah kehilangan MyKad amat serius dan tidak boleh berkompromi. - bh



Daeng :
Adalah wajar Malaysia sudah sedia mengamalkan penggunaan bio-meterik bermula sekarang (mula dikaji) untung menyaring kewarganegara Malaysia yang sah.

Dan adalah berpatutan dengan tuntutan semasa contohnya pembelian barangan kawalan bersubsidi kerajaan yang hanya boleh dibekalkan kepada penduduk Malaysia sahaja, kita dakwa 50 Bilion wang Malaysia disalurkan keluar dari Malaysia kerana lambakkan pendatang yang menduduki Malaysia secara haram dan menikmati subsidi kerajaan.

Sebab terlalu banyak keistimewan rakyat malaysia disedut oleh pendatang tanpa izin tu pasal yang menjadi tarikan kepada mereka berlonggok disini...Nak nak pulak pembangkang menyalahkan kerajaan dengan lambakkan ini, abis kenapa tidak kita kurangkan tarikkan "mewah" ini dikaca mata pendatang?!


"Ada Mycard Asli, Boleh beli barang bersubsidi"

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!