Monday, 30 September 2013

Lokman Adam Sokong Tindakkan Mukhriz Mahathir

Kenyataan Media Lokman Noor Adam Exco Pemuda UMNO Malaysia 

Saya menyokong penuh kenyataan YAB Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir yang menetapkan pendirian bahawa pihak Kerajaan Negeri akan memberikan keutamaan untuk membantu rakyat yang mengundi BN, berbanding mereka yang jelas tidak menyokong. 

Tindakan ini sewajarnya dijadikan contoh oleh semua Menteri Besar dan Ketua Menteri BN, yang saya yakin turut menerima nasib yang serupa, iaitu dikhianati oleh penyokong DAP, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan bagi memenuhi semua permintaan mereka sepanjang lima tahun lepas. Selama hari ini, penyokong-penyokong DAP ini tidak menghargai langsung apa yang telah diusahakan oleh para pemimpin BN dan rata-rata mereka juga tidak berfikir panjang bahawa tindakan menolak BN ini akan akhirnya 'memudaratkan' diri mereka kembali.

Dan, sekiranya BN masih lagi meneruskan dasar menunaikan segala apa yang dipinta dalam keadaan sedar bahawa ia akan dibalas dengan pengkhianatan, maka percayalah bahawa peluang untuk menarik balik sokongan penyokong-penyokong DAP ini tidak akan diperolehi sampai bila-bila. Hari ini pemimpin Melayu khususnya UMNO, harus sedar bahawa masa utk memujuk sudah pun berakhir. Hari ini tibalah masanya kita perlu sedarkan mereka yang telah mengkhianati kita, apa yang mereka akan "hilang" sekiranya mereka terus mengkhianati kita. 

Sikap mereka yang jelas menunjukkan ketidak sediaan untuk hidup bersama kita sambil berkongsi kek kekayaan ekonomi negara amatlah dikesali. Saya percaya umum sudah maklum bahawa tindakan majoriti daripada penyokong DAP ini yang menolak BN pada PRU yang lalu adalah kerana mereka sudah tidak mahu lagi menerima sebuah Kerajaan yang ditunjangi dan ditentukan hala tujunya oleh orang Melayu.

Beliau bersama teman-teman Pemuda UMNO Keningau dan Pensiangan

Sungguhpun Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan Pembangkang berbangsa Melayu, namun beliaulah satu-satunya manusia yang berani menaruhkan nasib anak bangsanya sendiri dengan menjual harapan untuk menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta menghapuskan hak istimewa org Melayu atas nama keadilan dan kesamaraataan.

Sokongan luarbiasa yang Anwar terima dari penyokong-penyokong DAP ini sebenarnya kerana mereka sudah bosan berkongsi kek kekayaan ekonomi negara bersama dengan kita. Kek Ekonomi Sektor swasta sudah lama mereka kuasai hampir sepenuhnya, menjadikan apa yang tinggal untuk dibahagi-bahagikan kepada Bumiputera hanyalah di sektor awam. Itupun hanya sebahagian kecil kerana adanya DEB, yang wujud demi untuk merapatkan jurang sosial antara Bumiputera dan bukan Bumiputera. Kerana DEB jugalah, ekuiti Bumiputera di Negara ini telah berjaya kita lipat gandakan dari 2.3% sebelum Tragedi 13 Mei 1969, kepada lebih 10 kali ganda kini. Sungguh pun matlamat kita untuk mencapai 30% pegangan ekuiti masih belum berjaya, namun jika tanpa DEB kita pasti ditakuk lama.

Namun begitu, pegangan ekuiti 30% yang disasarkan pun sebenarnya masih lagi satu jumlah yg tidak adil kerana ianya tidak sampai separuh daripada jumlah yang sepatutnya dituntut oleh lebih 64% kaum Bumiputera. Andainya dihapuskan juga DEB, maka apakah nasib terutamanya usahawan Bumiputera yang rata-ratanya bermodalkan kecil dan sederhana? Apa akan jadi sekiranya semua kontrak dan peluang perniagaan dianugerahkan berdasarkan kepada merit semata-mata? Mampukah orang Melayu dan India bersaing dgn kaum Cina yang merupakan pembekal bahan, tokey kuari, pasir, simen dan bahan mentah lain sejak sekian lama? Ini akan mengakibatkan kaum Cina sahaja yang akan menguasai semua peluang perniagaan dan percayalah, akibatnya nanti lebih buruk daripada apa yang berlaku ketika rusuhan kaum di Indonesia tahun 1998 dahulu.

Kita pasti fenomena seumpama ini akan memberikan impak yang sangat negatif terhadap kestabilan politik dan keamanan negara. Sehubungan dengan itu, saya sekali lagi menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan dasar daripada YAB Menteri Besar Kedah dalam hal ini selain ingin menasihatkan YB Teresa Kok agar mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum boleh bercakap soal keadilan sosial dan keharmonian kaum. Pernahkah DAP memberikan keadilan kepada penyokong BN di negeri-negeri yang mereka perintah. 

30 September 2013







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

[Video] Gadis Cantik Dan Kayu Sugi?!


Korang mesti terperanjat bila lihat gadis ini beraksi dengan kayu sugi

Maaf video dalam bahasa Inggeris
Kongsikan untuk pengetahuan umum!





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Salah Laku Di Bawah Tataetika Pemilihan UMNO

1. Mengamalkan rasuah untuk mandapatkan sokongan politik :
  • Berjanji memberi pangkat, anugerah, gelaran atau peluang perniagaan
  • Memberi wang atau imbuhan untuk tidak menyokong atau mengundi pihak lain
  • Menggunakan wang untuk mendapatkan undi
  • Menerima imbuhan atau hadiah termasuk tambang percuma, kemudahan kontrak dan hiburan bagi diri sendiri atau keluarga

2. Menggunakan kekerasan dan ugutan :
  • Terlibat dalam pergaduhan, bertumbuk atau membaling objek
  • Mengugut tidak mahu memberi peruntukan dan projek kepada pihak tertentu
  • Mengancam menarik balik perlantikan jawatan

3. Menggunakan media untuk menyokong, memfitnah, mencela, mengeji atau membuat kenyataan palsu terhadap mana-mana ahli parti :
  • Menulis dalam media cetak atau elektronik tentang calon-calon yang bertanding
  • Membuat poster atau kad nama yang menunjukkan janji-janji

4. Memfitnah mana-mana ahli lain

5. Berkempen untuk mempengaruhi perwakilan mengundi atau tidak mengundi seseorang calon kecuali pada majlis yang dianjurkan ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno Negeri bagi tujuan berkempen

6. Menghadiri atau menganjurkan majlis termasuk kenduri yang bertujuan memberi ruang kepada mana-mana ahli untuk berucap bagi meraih undi dan berkempen untuk diri sendiri atau calon-calon.

7. Memberi sebarang bentuk derma, bantuan atau peruntukan atas kapasiti persendirian atau melalui orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan undi atau sokongan atau mempenaruhi ahli lain di dalam pemilihan parti bagi pihak sendiri atau bagi pihak lain

8. Membuat apa-apa pernyataan akhbar atau awam secara lisan atau bertulis atau apa-apa cara sekalipun dan/ atau menyebarkan pernyataan akhbar atau awam berhubung dengan apa-apa dasar atau keputusan parti.





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Yahoo News Cuba Burukkan Persepsi Dunia Pada Malaysia?!


Admin bersetuju dengan rakan admin Gerakkan Anti-PKR (GAP) yang menulis berkenaan isu Yahoo News yang sering menggunakan artikel dari portal pro-pembangkang untuk disebarkan kepada masyarakat umum khususnya kepada hampir jutaan pengguna web yahoo di Malaysia (Syabas Google tetap No.1).

Dalam artikel GAP juga menekankan Yahoo Malaysia agar bersikap berkecuali atau mengistiharkan bahawa Yahoo adalah salah satu dari lidah pembangkang?

Adakah berkemungkinan adanya individu pro-pembangkang yang bertanggung jawab dalam proses memilih laporan RASMI untuk disebarkan seluruh dunia atau kerana ada kepentingan kepentingan agenda pembangkang?

Seharusnya kementerian komunikasi dan multimedia mengambil berat akan hal ini jangan bersifat terlalu terbuka dan tidak memberi perhatian.

Apakah portal BERNAMA tidak layak sebagai rujukkan sumber berita rasmi?


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pengedaran Wang Palsu RM100 Di Terengganu Berleluasa?!

Ini yang diceritakan oleh seorang rakan admin berkenaan wang palsu yang diterima oleh beliau sewaktu berurusniaga jualan rokok.


Wang not 100 yang diterimanya didakwa palsu dan beliau telah dipercayakan oleh suspek bertiga dan mengecam motorsikal ex5 warna merah.

Sebagai ingatan admin syorkan para rakyat Malaysia agra berhati hati dengan penjenayah licik seperti agar tidak belaku lagi seperti rakan admin ini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wayang DAP Dengan ROS

DAP memberi amaran terakhir kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kontroversi pemilihan jawatankuasa kerja pusat (CEC) parti itu tahun lalu yang didakwa berlaku manipulasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pertubuhan berkenaan sekiranya didapati bertindak di luar batas perundangan.

"Saya beri amaran kepada ROS jika buat apa yang bertentangan dengan undang-undang, kami akan bawa ROS kepada mahkamah. Apa yang saya cakap ini jangan main-main. Ini adalah amaran yang terakhir kepada ROS.

"Saya perhatikan ROS sejak Disember tahun lalu. Jangan main-main dengan roket," katanya ketika berucap pada Kongres Khas DAP di sini,Hari ini.

Menerusi Kongres Khas DAP ini, parti itu akan mengadakan pemilihan semula berikutan ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan "masalah teknikal" yang diberikan parti itu berikutan dakwaan berlaku manipulasi kertas undi melibatkan 547 perwakilan.

Pada 19 Ogos, setiausaha pengelola DAP Anthony Loke mendakwa bahawa lebih 500 perwakilan DAP telah mengemukakan surat kepada ibu pejabat parti, dengan menjelaskan bahawa mereka telah menerima notis untuk mesyuarat itu tetapi tidak dapat hadir pada pemilihan CEC parti.

DAP pada mulanya menentang arahan ROS itu tetapi akhirnya patuh dan bersetuju mengendalikan pemilihan baru.

Mengulas lanjut Karpal berkata, DAP tidak gentar dengan usaha ROS yang didakwa cuba melemahkan parti itu khususnya berhubung masalah teknikal yang berlaku pada pemilihannya Disember lalu di Pulau Pinang.

"Kehadiran hari ini yang hampir mencecah 85 peratus membuktikan DAP sebuah parti yang kuat. Jangan main-main dengan DAP," katanya.- Bernama




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 29 September 2013

Mukhriz Ahmad Fuad Antara Nadi Pemuda UMNO

Saya juga akan (berusaha) membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya 
- Mukhriz Ahmad Fuad

Meremajakan dan memperkasakan pergerakkan pemuda UMNO adalah antara itizam pucuk pimpinan UMNO pada masa kini, Ini nyata menunjukkan PERLU diberi ruang dan peluang kepada muka muka baru dalam penglibatan UMNO dipusat.

Jika dilihat pada pola pengundian pada PRU13 lepas nyata pengundi muda mendominasi saluran pengundian dan ini memerlukan usaha keras dari pusat khususnya melakukan tranfomasi untuk memikat hati pengundi muda, oleh itu idea baru dan pendekatan baru diperlukan untuk kelangsungan UMNO untuk pilihanraya yang bakal tiba setiap 4 (5)tahun.


Ketua Pemuda UMNO cawangan Pekan Baru, Datuk Mukhriz Ahmad Fuad mengesahkan untuk bertanding jawatan EXCO Pemuda UMNO Pusat. Hasrat Ahli Jawatankuasa Unit Pidato Pemuda UMNO Pusat berusia 34 tahun itu mendapat sokongan penuh UMNO bahagian Pekan. 

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media khas di Bangunan UMNO Pekan, di sini, pada 20 September lepas.

Beliau diantara calon exco pemuda yang bakal dipertandingkan semasa pemilihan nanti yang membawa suara pemuda harapan bangsa dan agama

"Saya juga akan (berusaha) membawa suara orang muda ke atas agar pemimpin kita dapat dengar luahan hati mereka, sekali gus mengambil tindakan yang sewajarnya," kata anak kelahiran Pekan itu.

Beliau yang sudah lapan tahun bergelar anggota Umno berharap penglibatannya di peringkat pusat nanti sedikit sebanyak dapat membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugasnya sebagai Anggota Parlimen Pekan.

Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Pekan Datuk Zainal Abidin Pa' Wan yakin dengan kewibawaan Ahmad Mukhriz untuk dipilih kelak berdasarkan pengalaman luas dan semangat perjuangan tinggi pada dirinya.


baca juga disini :

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pandangan Peribadi Aku : Siapa Anwar Ibrahim?

Hati kecil aku terdetik.

Bukan nak menyalahkan siapa siapa atau mereka-rasa apa apa, kadang kala aku hampir buntut memikirkan siapa anwar ibrahim yang sebenar-benarnya.

dari hari ke sehari semakin ramai meninggalkan beliau cuma hanya yang aku nampak sokongan cina beralih kepada pakatan rakyat sedangkan orang melayu termasuk dari pkr dan pas mula mula condong kepada parti memerintah.

Baru-baru ini kecoh gambar anwar kelihatan seperti tembam pipinya??

Tidak dinafikan ada lagi garis garis memisahkan perpaduan melayu umno + pas tetapi ianya tidak mustahil belaku, cuma yang perlu diberi penekanan adalah cara menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. 2 Hari lepas negara digemparkan isu kenaikkan harga petrol (potong subsidi kerajaan RM0.10-0.15) sehinggakan seorang yang bergelar Ustaz juga termakan cerita-rekaan ini yang menimbulkan rasa tidak senang kepada rakyat Malaysia


Bibit-bibit kebencian rakyat dibakar terutama didalam laman sosial seperti isu kenaikkan harga barang, minyak dan pelbagai lagi plan tranfomasi kerajaan pimpinan Dato Seri Najib Razak yang kadang kala menampakkan seakan-akan "menyeksa" rakyat dalam masa kini sesuatu yang perlu kita renungkan bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu, bersenang senang kemudian" agak tidak masuk akal DS Najib dengan senaja "menyeksa" rakyat.

DS Najib adalah perdana menteri so..Dia tahu apa yang dia lakukan dengan negara Malaysia yang diwarisi dari pemerintahan yang lepas.

Pelik perihalnya dengan Anwar Ibrahim, dari gaya gerak gerinya dalam arena politik hari ini. Beliau seolah-olah "LEPAS TANGAN" dalam beberapa insiden yang melanda pakatan rakyat seolah-olah ANWAR IBRAHIM adalah "salah satu" dari ORANG KERAJAAN HARI INI.

BANGLACKOUT (Isu Bangla dan Blackout) adalah antaranya agenda DAP yang terang-terang telah membunuh kepercayaan penyokong khususnya orang PAS kepada beliau secara halusnya sehingga memaksa PAS menjadi benteng setiap kali kantoinya agenda jahat DAP yang dibawa oleh Anwar.

Jadilah pembangkang yang baik, jangan mengada-adakan cerita fitnah kepada DS Najib Razak. Aku tak pernah dengar dari mulut Najib memfitnah pembangkang tetapi pembangkang terlalu leka memainkan fitnah terutamanya dari orang Islam Melayu sedangkan Cina sedang secara halus mendominasikan corak politik di Malaysia hari ini.









للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Maksud Sebenar Lirik KEPADAMU KEKASIH


Kepadamu kekasih..
Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Bersama amali

Kepadamu kekasih..
Aku bertanya
Apakah kau yang menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku
Ke sisi tanpa harga diri

Aku tinggalkan..
Jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepadamu kekasih..
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini


Lirik Kepadamu Kekasih - Jamal Abdillah, Hattan , M. Nasir


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 28 September 2013

Video Kisah Cerita Jelmaan Seluruh Dunia [Terbaru]


Admin menasihatkan agar pembaca tidak mempercayai bulat bulat video yang ditayangkan atau dimana-mana (alam maya) tanpa menyelidik terlebih dahulu dari sumber yang boleh dipercayai disini ianya hanylah sebagai bertujuan hiburan semata mata.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Siapa Lagi?? Jika Bukan Lokman Adam!

Admin menyatakan sokongan kepada beliau!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Biadap! Peniaga Celup Daging Ayam?!

Didalam islam kita menganjurkan perniagaan secara jujur, adil dan HALAL. Berbeza dengan segelintir individu terutamanya yang tak reti beza halal haram macam DAP tu.

Sebelum ini admin pernah mengeluarkan satu artikel berkenaan daging lembu babi yang nyata cukup meresahkan sekalian umat islam khususnya di Malaysia sungguhpun perkara tersebut bukan terjadi di sini.

TAPI HARI INI....?!

PUTRAJAYA, 27 Sept (Bernama)
Perbuatan mencelup ayam dalam cairan pewarna bagi tujuan menipu pengguna kononnya itu ayam kampung adalah salah di sisi undang-undang, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.


"Setakat ini pewarna yang dikesan tidak menjejaskan kesihatan dan diguna oleh industri makanan lain. Tetapi ini tidak bermakna mereka boleh guna pewarna itu untuk menipu pengguna," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang menyebut ada segelintir peniaga ayam bertindak mencelup daging ayam ternak dalam cairan pewarna kuning, dipercayai anilina, agar ayam itu menyerupai ayam kampung.

Mengulas lanjut, Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan terus mengambil sampel ayam untuk siasatan lanjut.


Setakat ini sampel positif ialah sampel yang diambil di sekitar Selangor dan Pulau Pinang, katanya.

Sementara itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata penambahan bahan pewarna yang dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak dibenarkan di dalam daging ayam dan satu kesalahan menurut Seksyen 13B(2) (d) Akta Makanan 1983.

Jika sabit kesalahan, boleh dijatuhi hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, katanya dalam kenyataan yang diedar kepada wakil media.

Beliau berkata setakat ini keputusan analisis menunjukkan ada sampel yang diambil pihaknya mengandungi pewarna Tartrazine dan Sunset Yellow FCF.

Sehubungan itu peniaga terlibat akan dikenakan tindakan, katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan dalam sidang akhbar berkenaan.

Menurutnya penggunaan anilina sebagai pewarna di dalam makanan adalah dilarang mengikut Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983, sesiapa yang menyedia atau menjual apa-apa makanan yang di dalamnya mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan, boleh dijatuhi hukuman denda atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya," kata Dr Noor Hisham.

Beliau juga meminta pengguna yang ragu-ragu dengan status keselamatan makanan di pasaran tempatan agar memaklumkannya kepada pejabat kesihatan daerah, negeri atau terus ke kementerian menerusi laman sesawangnya.- BERNAMA

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Mana Pergi Duit Derma Ini?!


Sketsa Tabung Derma! 

Situasi yang biasa belaku diceramah-ceramah PR diakhir ceramah!! 

Penceramah : 
saya nak korang semua hulurkan derma demi jihat! 

Penyokong: 
Tuan!kami datang dari masjid mana bawak duit! 

Penceramah: 
jika tiada duit, gelang, cincin, rantai atau hatta henset pun boleh derma..berilah apa sahaja yang boleh membantu.. 

Penyokong: 
kalau duit syiling boleh? 

Penceramah : 
syiling saya tak mau!!!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video Lawak Terbaik Bulan Ini [Mesti Tengok]


Tatkala berada di rumah, si isteri mahu membuatkan air untuk si suami. 

Isteri : Bang, nak minum apa? 

Suami : Berapa kali abang beritahu, kalau nak buat air untuk abang, buat saja. Tak payah tanya nak air apa. Abang minum saja. Ma buat air suam pun abang minum. 

Isteri : Kalau macam tu lain kali kalau abang pergi kedai makan, bila pelayan tu minta order nak minum apa, abang cakaplah macam tu juga. 

Suami : ???? Aah, nanti abang beritahu pada pelayan tu, kau hantar saja air ape-ape. Tak payah nak tanya-tanya. Aku minum. 

Daeng: Sekali dia hantar air bateri.....menggelupur ler..muhehehehe..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kahwin Berlainan Agama Tidak Sah Di Malaysia?

Perkahwinan berlainan agama tidak dibenarkan dan tidak diiktiraf di negara ini serta boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa agama di negeri-negeri, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata Seksyen 10 Akta/Enakmen Undang-undang Keluarga Islam menyatakan tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seseorang perempuan bukan Islam dan tiada seseorang perempuan boleh berkahwin dengan seseorang lelaki bukan Islam.

"Pandangan yang mengatakan bahawa perkahwinan berlainan agama adalah satu paradigma kepada pembangunan peradaban adalah salah sama sekali dan berlawanan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas hasil kajian Universiti Malaysia berhubung isu liberalisme iaitu wujud trend perkahwinan umat Islam dengan pasangan bukan Islam tanpa menukar agama.

Dua hari lepas, Pensyarah Kanan Jabatan Akidah dan Pemikiran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Khadijah Hambali meminta pihak berkuasa agama di negara ini melaksanakan langkah khusus bagi membendung fenomena itu.

Othman turut meminta pihak yang berkenaan tampil membuat aduan secara rasmi di mana-mana Jabatan Agama Islam mengikut tempat berlakunya kes itu bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang melaksanakan perkahwinan.

"Setiap pertuduhan hendaklah disokong dengan pembuktian dan Jakim selaku penyelaras Hal Ehwal Agama Islam sangat prihatin dengan isu ini serta memohon supaya aduan ini sampai secara rasmi kepada pihak penguatkuasa JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri)," katanya.

Beliau berkata sehingga kini, Jakim tidak menerima apa-apa laporan rasmi daripada JAIN berhubung pendaftaran perkahwinan berlainan agama.

Malah, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung isu perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini.

"Ini menunjukkan perkahwinan berkenaan bukan sahaja tidak didaftarkan di JAIN, malah tidak juga didaftarkan di JPN," katanya.- BERNAMA

Gambar Hiasan

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Keluar DAP : Hiew King Cuba "DIBUNUH"?!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah kawasan Luyang daripada DAP, Hiew King Cheu, mengumumkan keluar parti itu dan berkata beliau akan menjadi wakil rakyat bebas.

King Cheu, yang meletak jawatan sebagai penasihat kepada jawatankuasa perhubungan negeri DAP beberapa minggu lepas, berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti lain.

"Ya, saya membuat keputusan untuk keluar parti. Bagaimanapun, saya akan kekal sebagai (Adun) Bebas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

King Cheu berkata, beliau akan menghantar surat peletakan jawatannya kepada ibu pejabat parti lewat hari ini.

Selepas pilihan raya umum Mei tahun ini, Hiew bertelagah dengan beberapa pemimpin DAP Sabah susulan keputusannya untuk menyokong ADUN Klias Datuk Lajim Ukin sebagai Ketua Pembangkang Sabah sedangkan parti itu menyokong Adun Tamparuli Datuk Wilfred Bumburing. - BERNAMA


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang, Dr Hiew King Cheu pada Jumaat mengumumkan keluar DAP berikutan peletakan jawatan beliau secara mendadak sebagai penasihat jawatankuasa perhubungan negeri itu minggu lalu.


Bagaimanapun, Hiew berkata beliau tidak akan menyertai parti komponen Barisan Nasional dan kekal sebagai wakil rakyat bebas.


"Saya memutuskan untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas," katanya kepada The Star Online ketika dihubungi pada Jumaat.


Hiew berkata beliau akan menghantar e-mel surat peletakan jawatannya sebagai ahli parti kepada DAP lewat hari ini (Jumaat).-mStar



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 27 September 2013

Minyak Naik RM0.10

Desas desus...rupanya pembangkang senaja buat huru hara..aku pernah tengok FB Ustat Azhar Idrus tulis "Minyak naik rm0.15" tak caya pergi check status dia semalam!

Depa yang senaja menyemarakkan api kebencian kepada kepimpinan kerajaan sedia ada..Yang memburukkan lagi keadaan ada juga dikalangan pro juga "meloncat" macam beruk!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Gelojoh Macam Anjing!



Itu yang sesuai digambarkan kepada tindakkan GOPOH dan GELOJOH kepada Datuk Tuan Man yang tidak sabar sabar melancarkan laungan mempersiapkan jentera PRK di DUN yang ditinggalkan seorang perjuang mereka iaitu Tan Sri Azizan Razak.

Sewajarnya PAS sendiri merenungkan kembali apa bakal jadi para pemimpin purba mereka yang lain yang kini dilanda sakit dan berumur.Terutama yang paling otai tu....


Ekoran kematian Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Razak, Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menggesa supaya parti itu perlu memperkukuhkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di kawasan tersebut.

Menurutnya, Pas akan menghadapi PRK di Dun tersebut dalam suasana muktamar yang akan diadakan pada November depan.

"Kematian beliau akan membuka ruang bagi mengadakan satu pilihanraya kecil bagi Dun Sungai Limau.

"Parti akan menghadapi PRK ini dalam suasana persiapan menghadapi muktamar.

"Dengan PRK ini diharap akan memperkukuh lagi jentera parti bagi memastikan kejayaan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dalam facebooknya, hari ini.

Mengikut laporan media, Allahyarham yang juga bekas Menetri Besar Kedah telah meninggal dunia pada jam 11.10 pagi di di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Jenazahnya disolatkan di Kompleks Pas Kawasan Pokok Sena, Langgar sebelum dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena selepas Asar.

Dalam pada itu, pada PRU13, 5 Mei lalu Azizan telah menang Dun Sungai Limau dengan undi sebanyak 13,294 mengalahkan calon BN Mohd Fadzilah Ali iaitu 10,520 dan dua calon daripada Bebas.

Beliau juga merupakan Menteri Besar Kedah yang kesepuluh apabila PR berjaya memenangi PRU12, sekaligus menjadikan negeri jelapang padi itu yang pertama dibawah kuasa Pas.

Azizan juga telah menyertai parti itu pada tahun 1978 di England dan merupakan Naib Presiden Pas pada 2003-2005. -Sinar Harian

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Luahan Kepada Wanita Dari Seorang Lelaki

Dimanakah letaknya wanita dalam peradaban manusia hari ini?!
[Kalau lelaki baca post ni sah tak g solat jumaat] - post time 13.00 / Jumaat

Aku sering berkata untuk wanita sedangkan aku berjantina belawanan dengan kaum hawa, aku lihat hari ini terlalu banyak penghinaan terhadap kaum wanita sehingga sanggup dijadikan perkakas dan alat seolah olah wanita hari ini tiada nilai dalam masyarakat.

Wanita hari ini seolah-olah untuk memuaskan nafsu si kaum adam, kenapa perlu beradaan seperti ini dilalui kaum hawa dalam kelangsungan hidup mereka hari ini?

Tidak layak wanita dieksploitasi sehina ini?

Memperkasakan wanita dalam arus kemodenan hari ini adalah wajar, ayuh para wanita laungkan semangat anda semua. Lantang bukan bermakna biadap, tunduk bukan bermakna akur sahaja, rebutlah hak wanita...yang wajar untuk wanita...demi wanita...

"Tangan biasa menghayun buaian, Bisa menggoncang dunia" 
Aku sangat menghargai wanita seperti aku menyayangi ibu aku.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Senapang Angin Hanya RM350!

Kegiatan dua lelaki termasuk seorang warga Thailand menjadikan sebuah pondok dalam kebun getah sebagai lokasi membuat senjata api tiruan untuk dijual terbongkar apabila diserbu polis, awal pagi semalam.

Pada serbuan jam 3.30 pagi di Batu 5 1/2, Kampung Bendang Nyiur, dekat sini, polis berjaya menahan seorang lelaki Melayu berusia 26 tahun dan merampas empat laras senapang angin buatan sendiri.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sempena Ops Cantas Khas itu turut merampas beberapa peket guli digunakan sebagai peluru dan cecair spirit.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Aziz Mahmud berkata, pelbagai peralatan seperti mesin pencanai dipercayai digunakan untuk membuat dan menghasilkan senapang angin turut dirampas dalam serbuan itu.

Hasil siasatan, polis dapati rumah pondok dalam kebun getah itu dijadikan tempat membuat senjata api tiruan untuk dijual dan disyaki untuk pasaran tempatan.

“Kami percaya seorang rakan kepada suspek yang ditahan iaitu seorang warga Thailand berusia 20-an dan kini menghilangkan diri adalah ‘mastermind’ dalam kes ini,” katanya pada sidang media di IPD Tanah Merah, semalam.

Ab Aziz berkata, dua suspek terbabit dipercayai mula menjadikan pondok dalam kebun getah itu sebagai tempat membuat senjata tiruan sejak lebih dua bulan lalu.

Tambahnya, suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine itu kini ditahan reman selama empat hari, bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1960.

“Hasil maklumat diperolehi daripada suspek, senapang angin laras besi dijual RM350 selaras manakala laras paip PVC dijual dengan harga RM250.

“Saya harap mana-mana individu yang membeli atau memiliki senjata api tiruan ini segera menyerahkannya kepada polis sebelum tindakan diambil,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kerana polis percaya, ada lagi beberapa individu membuat senjata api tiruan itu.

Menurut Ab Aziz, senapang angin biasa digunakan untuk memburu binatang dan menembak ikan, namun ujian menunjukkan senjata api dirampas mampu menyebabkan cedera parah,
malah maut.

“Hasil ujian, senjata api tiruan ini mampu menembusi papan sasaran pada jarak 20 meter dan saya percaya, senjata ini sangat berbahaya, boleh sebabkan kecederaan parah, bahkan boleh membawa maut,” katanya.- SINAR HARIAN

Pondok buat senjata diserbu Ab Aziz (tengah) bersama dua pegawainya menunjukkan senapang angin dan peralatan membuat senjata api tiruan yang dirampas pada sidang media di IPD Tanah Merah, semalam


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Apa Jadi Siaran Television Malaysia ?!


Selepas satu persatu Kerajaan dipelekeh bila mana belaku KESILAPAN yang cukup memalukan oleh pihak penyiaran TV, Aku sesungguhnya berasa terkilan dengan setiap insiden yang belaku dikaca television ini menampakkan ada unsur tidak peka atau perbuatan kianat yang bakal menjatuhkan kredibiliti stesyen penyiaran TV di Malaysia.

*Gambar atas hanyalah hiasan

Mula mula buat hal

INI SATU HAL?


Tambah satu lagi hal...

Jadi macam macam hal?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Fida Ibrahim Disuruh Beraksi Dalam Belukar?!

Pelakon Fida Ibrahim akhirnya membuka mulut dengan menempelak produksi drama Kampungku dan Aidiladha sebagai tidak profesional sehingga memaksanya meninggalkan diri dari lokasi.

Fida atau nama sebenarnya Rafidah Ibrahim, 27, berkata, dia meninggalkan lokasi pada hari terakhir penggambaran selepas memikirkan banyak faktor dalam produksi termasuklah kecewa dengan lokasi, rombakan skrip dan keselamatan yang tidak terjamin.

“Jujur saya katakan saya tinggalkan lokasi penggambaran pada hari terakhir selepas diminta berbuat demikian oleh pengurus saya kerana merasakan permintaan tambahan pihak produksi terhadap adegan terakhir telefilem itu tidak munasabah.

“Bayangkanlah dalam adegan terakhir telefilem itu, pelakon diminta masuk ke dalam hutan iaitu sebuah kawasan yang baru diteroka. Ketika sampai di situ, saya mula bimbang akan keselamatan diri seperti faktor dipatuk ular dan sebagainya.

“Pemilihan lokasi dalam hutan untuk babak yang tidak sepatutnya itu menyebabkan saya nekad berbuat demikian kerana risau akan keselamatan diri saya,” jelasnya kepada mStar Online pada Khamis.

mStar Online pada Khamis melaporkan penerbit drama berkenaan iaitu Hazmimi Johar kesal dengan sikap pelakon itu yang telah menimbulkan masalah termasuklah meninggalkan set penggambaran di Baling, Kedah pada Ahad lalu.

Hazmimi berkata, pelakon itu berbuat demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan adegan akhir telefilem berkenaan apabila terdapat skrip yang dikatakan cuba menyindirnya.

Dalam perkembangan sama, Fida berkata adalah tidak adil bagi pelakon sepertinya dilayan dengan buruk dan tidak profesional sedangkan dia cuba memberi komitmen sepenuhnya untuk menjayakan telefilem itu.

“Saya sedar akan perkara itu tetapi apa yang saya lakukan adalah untuk membetulkan masalah yang saya lihat terutamanya dari segi keselamatan para pelakon yang dipandang ringan terutamanya ketika di lokasi seperti dalam hutan yang mungkin mendatangkan bahaya kepada kami.

“Pun begitu, saya tidak pernah membuat kekecohan di set sebaliknya memberitahu apa yang tidak kena kepada pengurus saya bagi memberi ruang untuk dia berbincang dengan pengurus produksi mengenai masalah yang diutarakan,” katanya.

Tambah Fida, kebanyakan pelakon telefilem itu turut merungut mengenai pelbagai perubahan skrip dan lokasi pada saat-saat akhir namun tidak berani untuk bersuara.

Ia termasuk soal bilik hotel yang tidak selesa diberikan kepadanya selain pindaan terhadap skrip yang berbeza daripada skrip asal.

Sementara itu, Fida berkata, dia telah membuat laporan kepada Biro Aduan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengenai masalah tersebut bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku di antara mereka.

“Buat masa ini saya tidak mahu mengulas mengenai tindakan selanjutnya sebaliknya menyerahkan kepada pihak Seniman untuk membantu menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Telefilem Kampungku dan Aidiladha diarahkan oleh Shuaimi Lua Abdullah dan diterbitkan oleh Langkah Karya Sdn Bhd untuk siaran bersempena Hari Raya Aidiladha di TV3.

Selain Fida, drama tersebut turut dilakonkan oleh Zalif Sidek, Razak Ahmad, Syafiq Kyle, Ameera Rusly dan Aidil Aziz. - mStar












للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tian Chua Rayuan Isu Hasutan Beliau Ditolak #padanmuka

Naib Presiden PKR, Tian Chua gagal mengetepikan tuduhan menghasut yang dikenakan terhadapnya berhubung kenyataan berkaitan pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Ketika menolak permohonan Tian Chua, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amelia Tee Hong Geok Abdullah berkata permohonan itu tidak mempunyai merit.

Katanya, mahkamah menolak permohonan itu kerana mendapati ia tidak mempunyai asas mencukupi dan hanya berdasarkan penegasan yang terkandung di dalam afidavit pemohon.

Beliau berkata, setelah meneliti kenyataan Tian Chua dalam Keadilan Daily yang menyiarkan kata-kata berbentuk hasutan, mahkamah berpendapat tuduhan berkenaan boleh dikenakan terhadap Tian Chua.

“Terpulanglah kepada pihak pendakwa untuk membuktikan perkataan ‘kerajaan Umno’ merujuk kepada, atau boleh diandaikan merujuk kepada, kerajaan atau kerajaan yang memerintah. Dan perkara ini akan diputuskan mahkamah yang membicarakannya,” katanya.

Hakim itu juga berkata, hujah Tian Chua bahawa tuduhan yang dikenakan terhadapnya itu bercanggah dengan kepentingan awam dengan alasan beliau berpegang pada aku janji perdana menteri untuk memansuhkan Akta Hasutan, tidak mempunyai merit.

Katanya, mahkamah bersetuju dengan hujah pihak pendakwa bahawa Akta Hasutan itu masih terpakai dan sebarang percanggahan dengan Akta berkenaan perlu ditangani mengikut undang-undang.

“Walaupun memang benar perdana menteri membuat pengumuman tertentu tentang niat untuk memansuhkan Akta Hasutan, namun selagi Akta itu belum dimansuhkan, ia tetap kekal seperti sekarang iaitu sebagai suatu Akta Parlimen yang sah dan sebarang perbuatan yang bercanggah dengan peruntukannya merupakan kesalahan yang boleh dikenakan pertuduhan,” katanya.

Beliau berkata, pemohon (Tian Chua) masih mempunyai pilihan untuk mengemukakan representasi kepada pendakwa raya sekiranya beliau yakin tuduhan yang dikenakan terhadapnya tidak patut diteruskan.

“Sekiranya representasi itu tidak berjaya, maka pemohon mestilah membiarkan kes berkenaan diteruskan tanpa sebarang halangan agar keputusan yang wajar dan adil boleh dicapai,” katanya.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili Tian Chua memberitahu pemberita bahawa pihak pembela akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan itu.

Tian Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, memfailkan permohonan berkenaan pada 12 April tahun ini.

Pada 14 Mac, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan membuat kenyataan bahawa pencerobohan di Lahad Datu merupakan satu konspirasi yang dirancang Umno untuk mengalihkan tumpuan dan menakut-nakutkan rakyat.

Mahkamah Sesyen menetapkan 16 dan 17 Okt sebagai tarikh perbicaran kes itu.

Tian Chua, yang juga Anggota Parlimen Batu, dituduh melakukan kesalahan itu di Fraser Business Park di sini pada kira-kira pukul 11 pagi 1 Mac.

Tuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 4(1) Akta sama, memperuntukkan denda RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama dan lima tahun penjara bagi kesalahan berikutnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendawka Raya Mohd Farizul Hassan.

- Bernama


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!