Saturday, 31 August 2013

Lagu Rock Untuk ANAK MALAYSIA!

Penyanyi : Aris Ariwatan

Padang Besar jadi sempadan, Johor nun di selatan
Aib orang jangan kau hebahkan, Aib orang jadi teladan

2
Gadis Sarawak cantik jelita, Gadis Sabah tambahlah pula
Bukan calang anak kita, Dulu pernah jelajah dunia

3
Tepis ke kanan kalau ada katakan, Kita masih anak hingusan
Sinsingkan lengan demi kamajuan, Jika bangsa jadi taruhan

4
Percayalah kejayaan, Jua jerih doa handai dan taulan
Percayalah kemenanganmu, Buat ayah bonda serta cucu

5
Jangan cuak andai kecundang, Undur setapak salah dipandang
Ayuh bangun bertukang, Mengalah bukan kalah

6
Kita anak malaysia kami anak malaysia, Kami pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercinta, Rela berputih tulang untuk aman dan berjaya

7
Ayuh kita anak malaysia, Kita pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercita, Rela berputih tulang
Demi untuk aman dan berjaya

8
Usah kami dikecohkan, Dengan dongeng cendiakawan
Lain hulu lain parang, Lain dahulu lain sekarang

(ulang 3, 4, 5, 6)

9
Ayuh bangun anak malaysia, Bangun pewaris bangsa rela apa saja
Demi demi malaysia tercita, Rela berputih tulang
Demi untuk aman dan berjaya


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video : Insiden Rampasan SANG SAKA!

Seorang lelaki Yang Tidak Dikenali Merampas Bendera 'Sang Saka' Di Dataran Merdeka Ketika Sambutan Malam Merdeka Malam Tadi.Perkara Itu Berlaku Ketika Sasterawan,A Samad Said Berucap.



Sang Saka Adalah Bendera Yang Pernah Direkabentuk Khas Menerusi Tuntutan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Sebelum Mencapai Kemerdekaan.Turut Hadir Dalam Majlis Tersebut Aktivis Politik,Hishamudin Rais,Aktivis Mahasiswa,Adam Adli Dan Safwan Anang



Berbuih A.Semak Said dengan reaksi abang berkepala botak tersebut!


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Buang Bayi Uitm Dungun

Nauzubillah, semoga pelaku yg membuat kesalahan ini insaf dan bertaubat atas kesalahannya mereka sedihnya

Mayat bayi yang dijumpai di loji kumbahan UiTM Dungun pada jam 12 malam tadi

Difahamkan lagi, mayat bayi tersebut dalam keadaan yang agak lama dan masuk ke loji kumbahan tersebut melalui saluran najis blok asrama pelajar UiTM Dungun.

#check anak beranak kita!!!!

Sumber : Kelate Warisan Kito

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Syabas Abg Botak!!

Semalam, bertempat di pinggir Dataran Merdeka sewaktu seluruh Rakyat Malaysia sedang menyambut Ambang Merdeka, sekumpulan pengikut PR yang menamakan diri mereka Himpunan Hijau cuba membuat onar di situ dengan mengadakan ceramah dan cuba memperkenalkan bendera baru yang dikenali sebagai Sang Saka Malaya dengan bertujuan untuk menggantikan bendera Malaysia yang sedia ada, Jalur Gemilang.

Beberapa kelibat tokoh pembangkang seperti Pengerusi Kumpulan Hijau, Wong Tack, Adam Adli, A Samad Said, Bawani S, Blogger PR Tukar Tiub, Hishamuddin Rais dan beberapa orang lagi. Namun satu perkara yang mengejutkan berlaku. Seorang Rakyat Malaysia yang amat prihatin, berkepala botak dan berbadan besar merampas Sang Saka Malaya.

Tindakan Abang Botak berkenaan harus dipuji dan diberi penghormatan. Terdiam A Samad, Said, Adam Adli, Blogger Tukar Tiub dan beberapa lain yang sedang berucap di situ.Adam Adli yang sebelum ini lantang bersuara umpama hero dilihat hanya berdiam diri.Nasib baik abang botak tidak menumbuknya.

Tahniah Abang Botak. Sekiranya pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas manusia-manusia yang menghina bendera Malaysia. Biarlah kita Rakyat Prihatin yang bertindak dengan cara kita sendiri. Buat Abang Botak, sekiranya membaca posting ini,tahniah dari pihak kami.Syabas diucapkan.

- sumber


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Friday, 30 August 2013

Kesihatan Ustaz Kazim Semakin Pulih!

Terima kasih buat semua yg mendoakan kesihatan saya.. Skrg sy berehat dirumah dan mendapatkan rawatan susulan setiap hari selepas pembedahan pd bahagian usus yg bocor.. Keadaan pergerakan dan makan minum agak terhad dan kesakitan masih dirasai Insyaallah moga2 segera sembuh dan boleh bertugas spt biasa... 

Cuma sy sgt susah hati dgn keadaan anak saudara saya iaitu anak abg sy Kapten Najmuddin yg skrg menderita kerana virus kencing tikus.. Sy keluar wad dia pulak masuk wad.. Semoga Nur Hasya Rusyaida segera sembuh Insyaallah.. Terima kasih semua dan tolong doakan kami sihat ye... - Ustaz Mohd Kazim Elias

Ya-Allah, Kau sembuhkanlah Ustaz Kazim..

Dalam beliau sakit-sakit masih lagi dia risaukan orang lain...Subhanallah...

Gambar semasa dimasukan ke bilik pembedahan 25 Ogos Lepas!

Jom Join Facebook Ustaz Kazim https://www.facebook.com/ustazmohdkazim



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sekarang Giliran Pelukis India Hina Islam?!


Atas nama seni kononnya, agama Islam yang merupakan agama rasmi Persekutuan diperhina dan diperlekehkan sesuka hati menerusi lukisannya.

Itu yang dilakukan oleh seorang pelukis berketurunan India bernama ANURENDRA JEGADEVA. Lukisan berkenaan merupakan salah satu daripada lukisan dalam Pameran Seni M50-Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL di Tingkat G2@at row Solaris Publika, Jalan Dutamas, Kuala Lumpur.

Seorang pengunjung yang melawat pameran tersebut, terkejut apabila lukis yang berjudul, "ABC FOT THE MIDDLE AGE MIDDLE CLASSES' yang dihasilkan oleh ANURENDRA JEGADEVA begitu jelas menghina Islam dan Kristian.

Di dalam lukisan tersebut, HURUF 'I' telah ditulis 'I IS FOR IDIOT' dan di bawah lukisan yang berlatarbelakangkan seekor cimpanzi sedang mengayuh basikal, tertera tulisan BISMILLAH dalam tulisan Arab yang ditulis secara terbalik.

Manakala HURUF 'J' pula ditulis 'J IS FOR JUSUS'.



Lukisan tersebut jelas mengandungi unsur penghinaan kerana motif sebenar I FOR IDIOT tersebut adalah I FOR ISLAM yang dikaitkan dengan kalimah BISMILLAH yang tertera di bawah. Metafora yang digambarkan dengan kalimah BISMILLAH yang diterbalikkan, menjelaskan motif sebenar pelukis adalah untuk memomok-momokkan umat Islam dan menekan bahawa Islam adalah agama bodoh!

Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Abdul Karim Omar di Balai Polis Sentul petang semalam.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Apple Biru: Pejabat Perdana Menteri Buat Laporan Polis?!


PEJABAT Perdana Menteri (PMO) telah membuat satu laporan polis semalam ke atas blogger Sangkakalajari9 atas sebuah entri di blognya yang ...Apple Biru: BREAKING NEWS! Pejabat Perdana Menteri Buat Laporan Polis

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

49 Senarai Kongsi Gelap Paling Aktif

Kementerian Dalam Negeri hari ini telah mendedahkan 49 nama kumpulan kongsi gelap yang didapati menyalahi undang-undang di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Senarai ini telah dikeluarkan pada hari Khamis dengan perintah Menteri Dalam Negeri dan mengandungi kumpulan-kumpulan terkenal seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36. Difahamkan Geng 04 telah dikenal pasti sebagai kongsi gelap yang paling aktif. Pergerakkan mereka tertumpu di Kuala Lumpur dan Johor.

Senarai penuh nama kumpulan Kongsi Gelap adalah sepertimana dibawah :
  • Geng 04
  • Geng 08
  • Double 7
  • Tiga Line
  • Geng 30
  • Geng 38
  • Geng 24
  • Geng 18
  • Geng 36
  • Geng 21
  • Ang Soon Thong
  • Wah Kee
  • Sio Sam Ong
  • PNEH
  • Hong Hong San
  • Hai San
  • Sin Ang Bin
  • New Cell 20
  • Jit It Hai
  • Sio Koon Tong
  • Gee Lam Kor
  • Gee Ah Eng
  • Loh Kuan
  • Tiang Yee Tong
  • Geng Leng Hor
  • Geng 35
  • Geng 303
  • Geng Satu Hati
  • ATAP
  • Hung Ann
  • Sui Yup
  • Otai
  • Borneo Red EMP
  • Ah Ngau 
  • Batu Tiga
  • Ah Feng 
  • Batu 10
  • Sibu Ti
  • Ah Seng 
  • Ah Chin
  • Lee Lung
  • Lo Han
  • Sg Merah
  • Sg Badut
  • Ting Ching Lee
  • Tua Cak Lee
  • Teksi Station
  • Pintu Merah
  • Krokop
Geng 36 pada asalnya terdiri daripada ahli kumpulan berbangsa Cina sebelum ia diambil alih oleh kaum India untuk menjadi salah satu golongan yang secara rahsia paling ditakuti di negara ini.

Evolusi kumpulan ini telah dikaitkan dengan keengganan bilangan ahli pengasas berbangsa Cina yang semakin meningkat untuk tidak terlibat menjadi “inti-pati” jenayah terancang.

“Penat melakukan kerja-kerja jenayah, mereka mengupah mereka yang berbangsa India untuk melakukannya,” kata seorang pakar jenayah yang enggan namanya disiarkan.

“Selepas beberapa waktu, bilangan samseng Cina diatasi oleh kaum India dan tidak lama selepas itu ia telah dilihat sebagai kumpulan India. Tetapi itu tidak sepenuhnya benar kerana kebanyakan kumpulan penjenayah di Malaysia mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum,” katanya.

Menurut pakar ini, masih terdapat ahli-ahli Cina dalam Geng 36, tetapi mereka memainkan peranan yang lebih pasif sebagai “pelabur”.

Mereka ‘melaburkan’ wang ke dalam kumpulan itu untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang membolehkan mereka menggandakan wang mereka.

“Kebanyakan masa mereka akan dihabiskan dengan pekerjaan yang sah seperti terlibat dalam bidang hartanah.”
Pakar itu berkata corak evolusi biasanya dapat dilihat dalam banyak kumpulan lain di negara ini.

“Pada mulanya, hanya terdapat kumpulan-kumpulan Cina, yang merupakan limpahan anggota kongsi gelap dari China,” katanya.
Beliau berkata ketakutan di kalangan Geng 36 telah membawa kepada ramai samseng yang hanya menggunakan namanya untuk menubuhkan kumpulan mereka sendiri, sambil menyatakan keahlian adalah sukar untuk disahkan kerana ia merupakan sebuah organisasi yang longgar.

Kemasukan anggota India ke dalam kumpulan-kumpulan ini juga disebabkan oleh iklim semasa sosioekonomi negara dan sifat tidak berstruktur dalam melakukan jenayah itu sendiri, kata Ketua Pemuda MIC T. Mohan.

“Kemiskinan memainkan peranan yang besar. Semakin ramai belia berbangsa India didorong untuk menyertai kumpulan-kumpulan ini kerana mereka merasakan mereka tidak mempunyai cara lain untuk mencari rezeki,” katanya.

Beliau berkata mereka yang baharu menjadi ahli kumpulan samseng mendakwa mereka adalah milik kumpulan tertentu untuk kepentingan yang berkaitan.

“Kumpulan-kumpulan ini tidak teratur. Tembakan yang berlaku adalah pertikaian yang tidak berkaitan antara kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai kebebasan baru untuk menggunakan senjata api,” katanya. - Mstar



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Dato Seri Najib Digesa Letak Jawatan?!


Blog-blog pakatan pembangkang sejak semalam, begitu ghairah memaparkan kenyataan Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris yang meminta agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan atas alasan kononnya telah gagal memainkan peranan yang sewajarnya. Kelihatan mereka begitu seronok apabila ada yang keluarkan kenyataan menghentam Perdana Menteri.

Tapi itu bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi lumrah pembangkang untuk menghentam apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Yang pelik, apabila mereka tidak lagi menghentam dan mula memuji kerajaan.

Berbalik kepada isu berhubung kenyataan Fahmi, mungkin ada yang merasakan ‘suara’ Fahmi ini mewakili suara seluruh ahli Perkasa, namun ramai yang merasakan ia hanyalah merupakan pandangan peribadinya semata-mata. Tambahan pula sehingga kini tidak ada satu pun ‘suara’ yang dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi Perkasa yang menyokong kenyataan tersebut.

Malah ada sesetengah penganalisis politik merasakan ia adalah merupakan percubaan Fahmi untuk ‘menjual diri’ bagi mendapatkan perhatian masyarakat. Maklumlah, sejak kebelakangan ini Perkasa dilihat tidak lagi ‘segarang’ dahulu. Jadi dia perlu melakukan sesuatu bagi membangkitkan emosi dan sentimen ahli-ahli Perkasa untuk kembali dilihat ‘hidup’.

Fahmi dalam kenyataan tersebut mendakwa keGAGALan Najib adalah disebabkan memberikan peruntukan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan (C) namun masih gagal mendapatkan sokongan menyeluruh dari masyarakat Cina. Tidak cukup dengan itu dia turut mendakwa pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah merupakan satu bentuk rasuah kepada rakyat.

Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh Fahmi ini terlalu dangkal untuk diterima, kerana umum mengetahui dasar Barisan Nasional adalah memperjuangkan hak dan nasib semua kaum di Malaysia. Malah Perdana Menteri sendiri telah berulang kali mengatakan beliau adalah pemimpin untuk semua masyarakat di negara ini.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan, pendekatan Perdana Menteri itu adalah merupakan satu pendekatan yang selari dengan tuntutan Islam. Sebagai contoh, Nabi Muhammad SAW di dalam salah satu hadis pernah bersabda bahawa baginda adalah merupakan pemimpin kepada semua umat dan bukannya pemimpin kepada masyarakat Arab semata-mata.

Oleh yang demikian, ada baiknya untuk Fahmi memahami konsep kepimpinan dan luangkan masa untuk membuat sedikit kajian ilmiah sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan. Kerana takut nanti, tak fasal-fasal Perkasa disalahkan kerana ada dikalangan mereka yang mengeluarkan kenyataan bodoh.

Malah, sebelum ini Yang Dipertua Perkasa Pahang, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap pernah berkata dasar yang digubal kerajaan telah mengambil kira pelbagai perkara dan juga kepentingan rakyat pelbagai kaum di negara ini dan ini tidak seharusnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau lagi Malaysia sentiasa membuat perubahan daripada semasa ke semasa ke atas setiap dasar yang dilaksanakan dan sentiasa memastikan tiada jurang besar antara kaum di negara ini.

Fahmi seharusnya sedar, apa yang penting pada ketika ini ialah berfikir untuk bersama-sama kerajaan bagi mengekalkan kemakmuran dan perpaduan negara dan bukannya saling tudah menuduh dengan pelbagai alasan yang merepek dan berbaur perkauman. Ini kerana dalam membina negara bangsa, kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik untuk menjaga kemakmuran bersama yang adil dan saksama. Justeru itu, konsep dan gagasan 1Malaysia adalah bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan nasional antara kaum.

Berhubung isu yang mengatakan BR1M adalah merupakan rasuah, ia adalah merupakan satu pendapat jelas membuktikan Fahmi seorang cetek pengetahuannnya. Ini kerana sekiranya ia dianggap rasuah, apakah ini bermakna semua pemberian kerajaan selama itu dianggap rasuah? Contohnya bantuan untuk ibu tunggal, golongan nelayan, kurang upaya dan sebagainya.

Sedangkan bantuan yang diberikan, tidak mengira latar belakang, kaum mahupun ideologi politik. Baik orang Pas, PKR mahupun DAP, asalkan mereka layak dan merupakan warganegara, bantuan tersebut wajar diberikan. Tambahan pula ianya adalah duit rakyat, maka apa salahnya ia dikembalikan semula kepada rakyat. - Zul Rawi


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

GSC Dan TGV Kekal Tayangkan Filem Tanda Putera!

Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan nasihat, bukan larangan dan tiada tindakan akan diambil ke atas mana-mana panggung wayang di Pulau Pinang yang menayangkan filem Tanda Putera.

Ia sama seperti nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kerajaan demi keselamatan rakyat yang melawat negara-negara bahaya.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, nasihat berkenaan dikeluarkan kepada pengendali panggung wayang untuk menekankan kepada orang umum betapa bahayanya fitnah dalam filem ini yang mampu mengancam perpaduan nasional dan kaum di negara ini.
.
Wajah KANTOI!!!

“Seperti mana tidak ada tindakan yang diambil terhadap orang yang membahayakan diri mereka dengan mengabaikan nasihat perjalanan tersebut, tidak ada tindakan akan diambil terhadap pengendali panggung wayang yang mengabaikan nasihat kerajaan negeri.

“Kerajaan Pulau Pinang mengulangi bahawa tidak ada sesiapa akan dihalang daripada menonton filem ini di Pulau Pinang,” kata Guang Eng dalam kenyataan media.

Dua operator pawagam bagaimanapun telah bertindak untuk tidak menayangkan filem berkenaan di Pulau Pinang selepas menerima permintaan atau nasihat daripada kerajaan negeri.

Dua operator terbabit ialah Golden Screen Cinemas (GSC) dan Tanjung Golden Village Cinemas (TGV Cinemas).


Berdasarkan pemerhatian di laman web TGV, filem Tanda Putera akan ditayangkan di semua pawagamnya di seluruh Malaysia kecuali TGV di 1st Avenue Mall dan TGV Aeon Seberang Prai, Pulau Pinang.

Sementara itu, GSC pula membuat mengesahkan bahawa pihaknya tidak akan menayangkan filem Tanda Putera di negeri tersebut.

Pengurus GSC di Queensbay Mall, Sam Kok Kee berkata, tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima arahan daripada ibu pejabat semalam supaya tidak menayangkan filem tersebut. - ABN

CUBA BACA SURAT BAWAH INI :

Didalam Perkara (2) itu secara jelas mereka cuba mengugut dengan kuasanya yang ada pada MPPP, Siap sebut akta lagi...hahaha PENIPU BESAR bansat ini!!!!
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 29 August 2013

Sketsa Pembangkang Kuat?!

Ade seorang ustaz (PAS) dikampung aku ini duk borak-borak politik.

Aku mulanya memang malas nak layan tapi cara dia mengulung-gulung kain pelikat didepan aku(gaya beria-ria betul nak berhujah) lalu menimbulkan rasa nak jawap balik ayat-ayat dia..lalu terbit la dialog antara aku dengannya..

Ustaz : Pembangkang kuat..tu pasal kerajaan bagi semua apa yang rakyat nak!!

Aku : Kuat ape?Kuat menipu je..orang kuat mana mengaku dia kuat!!Itu syok sendiri namanya..

Ustaz : Tu la mike..otak sempit..tak update..tengok PR..sebab PR kuat la rakyat dapat BR1M..

Aku : tak pulak aku dengar dan tengok pembangkang buat demo nak kerajaan bagi BR1M.. Pembangkang mintak benda lain kan?!

Ustaz : memang la..kami minta macam-macam..PTPTN..Kereta Murah..bla..bla..bla..

Aku : Ater dapat tak?!

Ustaz : tak..

Aku : Kuat apa macam tu? kuat taik kucing..aku BN tak minta apa-apa pun.. tahu tahu subsidi berbilion untuk rakyat Malaysia..

Ustaz : (gulung kain pelekat yang hampir terlondeh)


*jom join g memancing...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Gaya Pemerintahan Komunis Bermula?

Kerajaan DAP Pulau Pinang haramkan 'Tanda Putera' ditayangkan di semua pawagam di negeri ini.

Arahan dikeluarkan Ketua Menteri, Tokong Lidah Biawak Joseph Lim Guan Eng a.k.a Ah Bian Lim

Demokrasi yer? Hak Bersuara? Bila Melayu nak celik mata?

Sokonglah sangat Bangsat anak Haram ni dan konco2 Haram jadah!

Daeng :

Status diatas adalah salah seorang rakan admin diutara Malaysia, tidak dinafikan DAP kini semakin mampan dan lagak gayanya saling tidak tumpah gaya pemerintahan komunis, jika dahulu satu akta yang kononnya menganiaya orang rupanya agenda pembebasan besar-besaran perjuang anarki dan komunis berleluasa di Malaysia.

Harini LGE berjaya menipu Malaysia khasnya orang Melayu bertapa mereka berpayahan untuk menutup pekung dan cuma menafikan sejarah. Komunis adalah penjenayah!!!

Sokong filem "tanda putera"!!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Senarai Menteri BN wajib letak jawatan?

Nama, tempat, kenyataan, tindakkan dan beberapa faktor lain yang bakal menguatkan hujah untuk mengkritik kepimpinan kerajaan BN masa kini kerana pemimpin tersebut wajar dikritik dan bukan kerana agenda pemilihan dalam parti UMNO yang bakal berlangsung tidak lama lagi!

Ada blogger/facebooker pro-BN yang memandai-mandai keluarkan senarai "Menteri BN wajib letak jawatan!"

Lawak sketsa apakah ini?!Kalau gitu buatpe berjuta-juta pengundi Barisan Nasional lantik deme jadi pemimpin.. letak jawatan bukan jalan terbaik..mau tungangterbalik kerajaan..nak kutuk silakan..kutuk la jika mereka salah(dorang manusia gak bukan maksum)..dan wajar dikritik dengan ilmu dan fakta yang kukuh.

kalau suruh letak jawatan..aku rasa baik sebelum PRU dulu tak payah suruh orang sokong BN!!

Reaksi tolol macam ini layak dibakul-sampahkan..excited nak kritik kerajaan..alih-alih bogel depan cermin wah angrybird!!!hahahaha

Aku banyak memerhatikan beberapa blog pro-BN yang menghentam kerajaan hari ini saling tak tumpah macam blogger pro-PR, ya blog dia..suka hati dia..mcm blog aku ine suke hati aku la nak tegur korang..aku manusia gak..bukan maksum!!!

Nanti mesti ada mulut longkang mesti kata aku dah kena beli..

Kata la apa pun..aku manusia biasa..

*gambar hiasan (-_-)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

PAS Gagal Kerana Dendam?!

Kegagalan Pas dalam perjuangannya sebagai sebuah parti politik ialah meletakkan 'priority' atau keutamaannya.

Maksudnya agenda yang lebih penting didahulukan dan yang mana yang kurang penting, tidak perlu diketengahkan.

Sejak Pas bergabung bersama PKR dan Dap, keutamaan politiknya sudah menjadi caca marba.

Kalau dahulu penyokong Pas tahu matlamat unggul parti mereka ialah untuk menegakkan sebuah Negara Islam tetapi kini agenda tersebut sudah menjadi samar-samar atau dalam senario terburuk tidak wujud lagi.

Dulu "Membangun Bersama Islam" selain 'Daula Islamiah menjadi slogan Pas yang sering dilaungkan tetapi kini suara sedemikian tidak kedengaran lagi.

Yang ada hanyalah "Negara Kebajikan" setelah Pas bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

"Negara Berkebajikan" jauh bezanya dengan "Negara Islam" kerana mewujudkan sebuah daulah atau kerajaan yang berlandaskan syariat adalah spesifik manakala konsep sekarang yang diperjuangkan Pas sudah jauh menyimpang dari tujuan asal.

"Negara Kebajikan" adalah hasil kompromi ang dipaksakan ke atas Pas oleh PKR dan Dap kerana kedua-dua sekutunya menentang sama sekali sebutan mengenai apa-apa usaha untuk menegakkan negara Islamiah apatah lagi menjadikannya agenda terpenting dalam kerangka politik pakatan pembangkang.

Sebab itulah dalam "Common Platform Framework" atau Kerangka Persetujuan Bersama antara Pas, PKR, Dap tidak disebutkan disebut atau dirujuk langsung mengenai "Negara Islam".

Yang menjadi persoalannya mengapa Pas begitu senang sekali menerima tekanan untuk menggugurkan tema perjuangannya yang merupakan satu penghinaan besar kepada parti itu.

"Negara Islam" adalah intipati kepada Pas dan tanpa ideologi politik tersebut, kewujudan parti itu tidak membawa apa-apa makna dan nilai.

Jika dahulu Pas mempunyai maruah dan identitinya tersendiri dengan matlamat mendirikan sebuah negara berpandukan kepada Piagam Madinah walaupun ditentang oleh musuh politiknya tetapi kini parti itu sudah hilang harga diri sungguhpun kuat di dalam Pakatan Rakyat.

Ketakutan Pas kepada Dap terutamanya amat ketara dalam isu kalimah Allah.

Bukan sahaja Pas merelakan kalimah Allah digunakan oleh pihak Gereja Katholik malah tidak berbuat apa-apa apabila kumpulan Kristian bersuara menghina Islam.

Apabila Mahkamah Rayuan tempoh hari menolak rayuan pihak gereja dalam isu ini, Pas tidak berkata sepatah pun untuk menyatakan pendiriannya.

Malah lidah rasminya, Harakah dan juga versi onlinenya juga membisu seribu bahasa seolah-olah tidak bersetuju kepada keputusan yang memihak kepada umat Islam.

Mengapa Pas sudah menjadi begitu teruk dan hilang arah tujuannya?

Paling lantang Pas bersuara pun ialah apabila sayap pemuda parti mengadakan demonstrasi dan solat hajat di luar Stadium Merdeka untuk membantah Konsert Metallica 2013 baru-baru ini.

Adakah ini sebab musabab Pas wujud sebagai sebuah parti politik hanya untuk menegah konsert untuk muda-mudi diadakan?

Bagaimana dengan perjuangan untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara?

Oleh kerana itulah keutamaan Pas memposisikan halatujunya dipertikaikan kerana sememangnya parti itu sudah hilang arah dan haluan.

Ia tidak berminat lagi untuk memperkasakan Islam tetapi lebih fokus untuk mendapat kuasa yang selama ini menjadi idaman.

Jika dahulu bersendirian atau bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah atau Barisan Alternatif tidak menampakkan hasil yang memberangsangakan kini hasilnya juga agak sama di dalam Pakatan Rakyat.

Pas perlu menerima hakikat parti itu tidak akan diterima sepenuhnya rakyat kerana sikap melampaunya dalam isu "Negara Islam".

Komprominya hanya helah untuk mendapat lebih kerusi di Parlimen tetapi strategi ini pun tidak berjaya.

Hasilnya pada PRU13 lalu, Dap yang paling banyak merangkul kerusi Parlimen walhal Pas dan PKR yang bertanding banyak kerusi hanya mampu gigit jari.

- sumber


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Baca Seterusnya...

Wednesday, 28 August 2013

Video Kereta Kebal Syiah Dibom Dan Dibunuh



FSA mengebom sebuah kereta kebal dan apabila tentera rejim Bashar cuba melarikan diri, penembak tepat berjaya menembak mereka..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 27 August 2013

Budak Cina Pukul Bangladesh Bersepai [video]

Main judi lepas tu kalah tuduh orang main tipu, abis judi tu betul ke? agak-agak nie samseng ke?




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Rakaman CCTV Rompakan Stesyen Pam Minyak [Malaysia]



Adakah Juruwang bertindak bijak?!
Kejadian ini didakwa belaku di Rompak-samun BHpetrol jalan Gasing,

Petaling jaya, Kuala Lumpur.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video-video Perjuang Dibom Askar Syiah Assad [UMUM]


Allahuakbar, saat pejuang FSA mempertahankan tanah air mereka, melindungi ahli keluarga mereka, rejim Syiah Assad menggugurkan bom, innalillah, kesemua mereka syahid insyaAllah. Semoga Allah membantu mereka. Tontonlah rakaman video ini.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

10 keajaiban dunia politik Pembangkang Malaysia

Saya mungkin buat banyak silap, tetapi memecat Anwar bukan satu kesilapan sama sekali - Tun Mahathir

10 Perkara yang TIDAK MUNGKIN Dilakukan oleh pembangkang!

1. Mat Sabu memohon minta maaf pada Anwar kerana menggelarkan beliau dengan gelaran yang "teratas" daripada yang "terbelakang"

2. Hadi Awang memohon maaf kerana mengkafirkan sesama islam dan menarik semula amanat beliau.

3. Pemimpin dan penyokong totok PAS menolak Nik Aziz (walaupun Nik Aziz telah tiada kelak).

4. Anwar mengaku dia rosak akhlak dan gila meroyan.soalan yang tidak lekang dari mulut anwar "U wartawan dari mana?"

5. Kit Siang beri jawatan tertinggi parti DAP kepada orang Melayu.Termasuk jawatan presiden.

6. Karpal boleh "berdiri dan melempang" Tun Mahathir. Kononnya mahu memenjarakan Tun sekiranya PR memerintah.

7. Ambiga mohon maaf kepada unit amal PAS. Kerana menuduh unit amal melakukkan provokasi semasa BERSIH!

8. Anwar report polis insiden "blackout" berserta bukti.

9. Kalimah Allah jadi salah satu perjuangan PAS.

10. Anwar tunjukkan jam omega dari simpanan Azizah.

Tak suruh percaya, tapi inilah hakikatnya!!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Monday, 26 August 2013

Renungkan!

Selamat beramal..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Lawak pagi isnin

Moral of the story "jangan percaya sama benda syirik dan kurafat" Hahahahaha


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Pemilihan UMNO 2013 : Siapa Boleh Bertanding?!

Setiauasaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Umno tidak menyekat menteri besar dan ketua menteri bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan parti Oktober ini.

Beliau berkata sebagai parti yang mengutamakan demokrasi, UMNO membenarkan ahlinya bertanding bagi mana-mana jawatan, tanpa sebarang sekatan.

“Ia terserah kepada individu masing-masing, kita tak boleh menyekat. Tetapi maklum balas yang kita terima daripada semua bahagian adalah, mereka tidak mahu pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tengku Adnan yang Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian ketika diminta mengulas saranan Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia Datuk Mustapha Yaakub agar menteri besar dan ketua menteri tidak bertanding jawatan MT kerana mereka lebih diperlukan di peringkat negeri.

Menurut Mustapha, menteri besar dan ketua menteri sepatutnya menumpukan usaha memperkukuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN) di negeri masing-masing bagimemastikan kerajaan BN dikekalkan pada pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Sementara itu, Tengku Adnan berkata 40 peratus daripada 20,000 cawangan UMNO di seluruh negara telah menjalankan mesyuarat tahunan dan sebuah jawatankuasa khas turut ditubuhkan di ibu pejabat UMNO untuk menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit.

Terdahulu beliau menghadiri Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-56, Hari Keluarga dan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Audit Negara di Paya Indah Wetlands, di sini.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Rosnah Bakal Bertanding EXCO Wanita

Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menawarkan diri bertanding jawatan Exco Wanita UMNO pada pemilihan parti Oktober ini sebagai usaha meneruskan khidmatnya kepada parti.
Rosnah yang akan melepaskan jawatan Ketua Puteri atas faktor umur berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan peranan untuk berkhidmat sebagai orang baharu dalam pergerakan itu.

“Berdasarkan pengalaman menyandang jawatan sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sabah dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang saya galas bermula dari bawah, saya yakin dapat menyumbang serta memberi khidmat terbaik kepada Pergerakan Wanita UMNO secara khususnya dan parti secara amnya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata keputusan untuk bertanding dalam Exco Wanita UMNO adalah demi memperkukuhkan saf perjuangan parti serta membantu pucuk pimpinan tertinggi dalam memastikan keutuhan UMNO sebagai sebuah parti membela rakyat.

“Secara jujurnya, saya menyokong kepimpinan (Ketua Wanita UMNO) Datuk Seri Shahrizat (Abdul Jalil) kerana melihat di bawah kepimpinan beliau, Pergerakan Wanita UMNO terus utuh dan cemerlang dengan pelbagai program yang telah dilaksanakan demi mengangkat martabat wanita serta memberi khidmat kebajikan kepada segenap golongan rakyat”.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya menyifatkan langkahnya sebagai pemimpin Puteri menawarkan diri bertanding Exco Wanita merupakan proses transisi semulajadi yang positif di dalam parti.

Beliau berkata penerimaan transisi secara positif pasti mampu menangkis pandangan bahawa pergerakan Wanita tidak menerima kehadiran anggota Puteri ke dalam pergerakan itu yang seterusnya memperkuatkan saf kepimpinan.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sunday, 25 August 2013

Ciri-ciri orang yang pengaruhi Syiah

MENGENAL SEPINTAS AJARAN SYIAH - Harus Meliwat Isteri, Menyewa, Meminjam Dan Menghadiahkannya Kepada Sahabat - Sahabat ???

Artikel ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada masyarakat khususnya umat Islam mengenai fahaman Syiah supaya mereka menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman tersebut dan juga bertujuan untuk menyedarkan mereka yang terbabit bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Apakah Syiah ??

Syiah adalah golongan yang mendakwa Saidina Ali r.a lebih utama dari sahabat - sahabat lain. Dan mereka mengkafirkan semua sahabat kecuali beberapa orang sahaja. Inilah perkara pokok yang membezakan golongan Syiah daripada golongan - golongan yang lain. Terdapat beberapa aliran didlam Syiah itu sendiri. Tetapi, pada dasarnya masing - masing mempunyai konsep yang sama yang dinyatakan diatas, iaitu mengkafirkan sahabat. Artikel ini akan memberi tumpuan kepada Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah (Syiah Imam 12) kerana kekeliruan yang timbul didalam masyarakat sekarang ini iaitu berhububg dengan Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah. Syiah inilah yang dipertikaikan oleh para Ulama disetiap tempat pada hari ini.

Siapa Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah ??

Syiah Imamiyyah Ithna Asyariyyah ialah Syiah dikatakan mempunyai 12 orang imam yang dilantik oleh Allah secara berturutan seperti yang dinyatkan dibawah ini :-

1. Ali bin Abi Talib ( wafat 40 H)
2. Hasan bin Ali (wafat 50 H)
3. Husain bin Ali (wafat 61 H)
4. Ali Zainal Abidin bin Husain (wafat 94 H)
5. Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin (wafat 117 H)
6. Jafar As-Sadiq bin Muhammad Al-Baqir (wafat 148 H)
7. Musa Al-Kazim bin Jafar As-Sadiq (wafat 183 H)
8. Ali Ar-Ridha bin Musa Kazim (wafat 202)
9. Muhammad Al-Jawaad bin Ali Ar-Ridha (wafat 220 H)
10. Ali bin Muhammad Al-Jawaad (wafat 254 H)
11. Hasan bin Ali Al-Askari (wafat 260 H)
12. Muhmmad bin Hasan Al-Askari Al-Mahdi (ghaib 260 H)

Tegasan :- Individu yang dikatakan Imam oleh golongan Syiah, sebenarnya tidak pernah mengaku menjadi imam atau mengajar segala yang dipegang oleh Syiah. Mereka diangkat sebagai imam oleh golongan Syiah sebagaimana orang Kristian mengangkat Nabi Isa a.s sebagai anak Tuhan (walhal Nabi Isa a.s sendiri tidak pernah mengaku menjadi anak Tuhan.

Amalan -amalan Dan Ajaran Syiah Yang Bertentangan Dengan Fitrah Manusia. (bersumberkan kitab - kitab Syiah)


* Imam Ja'far as - Sadiq berkata : " Pada tanah perkuburan Husain a.s terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar". ( Man La Yahdhuru al-Faqih - j.2, hal 600) (Tahzim al - Ahkam, j.2 hal 26)

* Abu Hasan a.s berkata : " Aurat itu ada dua, iaitu qubul (kemaluan) dan dubur. Dubur ditutup oleh dua papan punggung. Apabila telah ditutup kemaluan dan dua telurnya maka auratnya telah pun ditutup ". Al-Furu' min Al-Kaafi j.6. hal. 51) (Tahzib al-Ahkam j.1, hal. 374)

* Imam Hassan Al-Askari berkata: " Sesungguhnya ibu-ibu kami tidak mengandungkan kami parra imam di dalam perut mereka, tetapi dipinggang. Kami dilahirkan bukan melalui rahim, tetapi memalui peha sebelah kanan. Kerana kami adalah dari titisan cahaya Allah yang bersih dan dijauhkan dari sebarang kotoran. " (Bihar al-Anwar j. 51, hal. 2,13 dan 17) (I'lam al-Wara hal. 394)

* Khomeini berfatwa: " Mengikut pendapat yang kuat dan masyhur HARUS MENYETUBUHI ISTERI DARI DUBUR walaupun hal itu tidak disukai. ( Tahrir al-Wasilah, masalah ke 11, hal. 241)

* Abu Hassan bertanya Ja'far as-Sadiq tentang MENYEWA FARAJ, MEMINJAMNYA serta MENGHADIAHKAN kepada sahabat-sahabat, lalu beliau berkata: " TIDAK MENGAPA " (al-Astibsar, j. 3, hal. 141)

* MEMENUHI KEHENDAK SYAHWAT SERTA MERABA DENGAN PENUH SYAHWAT, MEMELUK, MENGACUKAN KE PAHA KANAK_KANAK TERMASUK KE PAHA BAYI YANG MASIH MENYUSU, ADALAH DIHARUSKAN. (Khomeini, Tahrir al-Wasilah, j.2, hal. 216)

* Tafsiran pelik Syiah diantaranya, ayat 19 dan 20 Surah ar-Rahman, yang bermaksud ; Dia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu. Diantara keduanya dan penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya. ". Imam tafsir Syiah Ali bin Ibrahim al-Qummi menukilkan rawayat dari Ja'far as-Sadiq, katanya : " Ali dan Fatimah adalah 2 laut yang dalam salah satu tidak melampaui satu lagi." (Tafsir al-Qummi, j. 2, hal. 345)

SIMPTOM - SIMPTOM ORANG YANG TELAH DIPENGARUHI OLEH SYIAH

Ciri-ciri di bawh adalah sebahagian dari petanda seseorang yang menganut ajaran Syiah. Berwaspadalah jika anda dapati tanda-tanda sebegini tampak mula kelihatan pada orang-orang yang anda sayang.

1 - Sentisa memuja Saidina Ali dan melabihkn beliau dari Saidina Abu Bakar dan Umar.
2 - Memperlekeh dan memandang rendah kepada sahabat-sahabat Nabi SAW.
3 - Sering menghimpunkan (jamak) solat Zohor, Asar, Maghrib dan Isya' bersama tanpa sebarang sebab.
4 - Kaki tidak dibasuh ketika berwuduk, sebaliknya hanya disapu sahaja. Sujud diatas Batu Karbala ketika solat .
5 - Menepuk peha ketika memberi salam sesudah solat.
6 - Tidak mahu makan ikan yang tidak bersisik.
7 - Melewatkan berbuka puasa sehingga hampir waktu Isya' .
8 - Memarahi orang yang puasa Asyura.
9 - Sering memperkatakan tentang keperluan kepada imam zaman ini (Imam Mahadi) - sumber


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Baca Seterusnya...

Saturday, 24 August 2013

aku demam

Maaf semua aku dapat nak update blog..doakan aku segera sembuh...hope korang jaga kesihatan jgn jadi mcm aku huhu
Baca Seterusnya...

Friday, 23 August 2013

Fakta Yang Buat Anda Tersenyum

Dalam permainan alam maya kita sering diasak dengan pelbagai tuduhan yang kadang kala tidak mempunyai fakta atau tuduhan semberono di indivisu yang diutarakan!

Saya nak berkongsi sedikit fakta untuk semua :

1 - Anda tak boleh masukkan sabun dalam mata.

2 - Anda tak boleh kira jumlah rambut sendiri.

3 - Anda tak boleh bernafas menggunakan hidung ketika mengeluarkan/jelirkan lidah

4 - Anda baru saja buat trick yang no. 3 tu

5 - Bila anda buat yang no.3, anda baru perasan mmg tak boleh buat (orang nampak anda macam anj**g adalah..haha)

6 - Anda sedang tersenyum sekarang, sebab saya dah kenakan anda :)

Jangan marah..
Saalam Jumaat para pembaca blog ku sayang :3

*gambar cute itu hanyalah hiasan..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Baca Seterusnya...

Thursday, 22 August 2013

Syria : Video Mati dan Nazak Terkena Gas Saraf



Pada kira-kira 3:00 pagi tadi,sekali lagi tentera rejim Syiah Assad mengganas dengan menggugurkan bom kimia di Zamallaka dan di kawasan Al Zainia di Ein Turma. Daerah Jobar telah terjejas teruk oleh kerana gas yang dibawa oleh angin. Sebilangan besar orang awam juga terdedah kepada gas, yang membawa kepada ribuan mereka syahid. Sehingga kini, laporan utama dari hospital sementara daripada Arbeen (di mana mangsa telah diambil) melaporkan 41 orang mati syahid jatuh (22 kanak-kanak, 11 wanita, 8 lelaki), 5 orang yang mati syahid yang lain telah diambil untuk Douma, 40 syahid didokumenkan oleh video dalam Saqba, dan pada 20 orang mati syahid-kurangnya dalam Ein Turma sendiri. Kebanyakan aktivis melaporkan bahawa jumlah kematian kepada lebih daripada 100 sehingga kini. Ramai yang mati syahid adalah kanak-kanak, yang dilihat dalam video di bawah.



Harap ambil perhatian bahawa jumlah sebenar kematian amat sukar untuk diramal sekarang kerana terdapat sehingga 80 orang awam dalam keadaan kritikal dalam sebuah pusat perubatan di Arbeen, laporan tidak menyebut semua kawasan-kawasan lain tentang bilangan pesakit bergantung kepada kekuatan senjata kimia telah digunakan. [Nota: Pesakit telah dipindahkan ke beberapa kawasan untuk rawatan termasuk Arbeen, Saqba, dan Douma].

Gejala pesakit termasuk rasa loya, halusinasi, sesak nafas, batuk keras, tekanan darah tinggi, sawan dan berkumur selepas kematian, dan lain-lain.Sehingga kini, masih tiada diketahu mengapa serangan daripada senjata kimia / gas toksik yang telah digunakan oleh tentera rejim Syiah Assad untuk sasaran orang awam yang tidak berdosa.

Ramai keluarga telah melarikan diri dari kawasan yang disasarkan di Saqba dan beberapa kawasan lain yang berdekatan seperti yang dilaporkan oleh aktivis di sana kerana mereka telah benar-benar terkejut dan ketakutan. Aktivis juga melaporkan kekurangan ubat jenis Atropine yang biasanya digunakan untuk merawat orang awam semasa serangan kimia oleh rejim; tangki oksigen tidak boleh didapati juga. Medik hanya menggunakan cuka ke mulut dan hidung dan membasuh mayat dan mangsa dengan air.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Isu Kalimah Allah : Alhamdulillah Kemenangan Milik Umat Islam

Alhamdulillah Terkini: Mahkamah Rayuan hari ini membuat keputusan menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk membatalkan rayuan kerajaan dan majlis agama Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam majalah mingguan Herald.



Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Hakim Datuk Rohana Yusuf.
sumber: utusan online

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nahas Genting Highland : 20 mayat telah dihantar ke HKL


Seramai 37 orang termasuk pemandu bas disahkan terkorban dalam nahas bas ekspres yang terjunam 60 meter ke dalam gaung di KM3.6 Jalan Genting Highlands hari ini. 

Kemalangan berlaku ketika bas yang membawa 49 penumpang itu menuruni jalan curam dari puncak Genting Highlands menuju ke ibu negara. 

Penolong Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Soiman Jahid berkata mangsa yang ditemui meninggal dunia sehingga 8 malam ini ialah 18 lelaki dan 12 wanita. 

Bagaimanapun kewarganegaraan mangsa yang maut masih belum dapat dipastikan, katanya. 

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga kesemua mangsa ditemui. 

"Kami akan menggunakan unit pengesan K9 untuk mencari mangsa yang kemungkinan tercampak keluar dari bas bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di bawah gaung sana," katanya. 

Beliau berkata seramai 450 anggota bomba, polis dan Jabatan Pertahanan Awam terlibat dalam operasi itu. 

Seramai 16 lagi mangsa telah berjaya dibawa keluar daripada bas itu dan kini menerima rawatan di beberapa hospital kerana mengalami pelbagai kecederaan dan ada yang dilaporkan kritikal. 

Hospital Selayang menerima lapan pesakit, Hospital Kuala Lumpur (lima) , Hospital Sungai Buloh dan Hospital Bentong masing-masing dua mangsa. 

Soiman berkata punca kemalangan masih belum diketahui dan pihaknya juga masih belum menemui saksi kejadian. 

"Tapi kami merasakan keadaan fizikal jalan ini menuruni cerun. Memanglah cerun ini agak menjunam, jadi sekiranya ia tidak dikawal dengan sempurna menyebabkan bas tergelincir dan jatuh ke gaung. Ini penilaian awal daripada pihak penyelamat," katanya. 

Sementara itu Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL Datuk Seri Dr Abu Hassan Assari Abdullah pada sidang media berkata kesemua mangsa yang dirawat di hospital itu dilaporkan stabil. 

Katanya setakat ini 20 mayat telah dihantar ke HKL. 

Antara warga asing yang cedera dalam nahas itu ialah dari Bangladesh dan Thailand. 

Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL: 

1. Wong Teraphong, 63 - Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 - Bangladesh
3. Saidah, 19 - Malaysia
4. Razif, 26 - Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 - Malaysia 

Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang 

1. Raawnok Arefin, 14 - Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja'afar, 25 - Malaysia
3. Nur Fathiah Ja'afar, 21 - Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 - Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 - Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 - Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 - Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 - Indonesia 

crdt : klboyzwangsa
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nahas Genting Highland : Kecuaian Atau Masalah Teknikal?!

Operasi menyelamat mangsa nahas bas penumpang ditamatkan kira-kira jam 8.25 malam semalam dan bangkai bas akan diangkat awal pagi ini oleh PUSPAKOM.


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor, berkata operasi mencari mayat mangsa akan diteruskan unit anjing pengesan esok.


"Kes masih dalam siasatan dan daripada tinjauan yang dilakukan keadaan jalan kering serta cuaca cerah. Ia mungkin disebabkan kecuaian pemandu ataupun masalah teknikal bas," katanya pada sidang media di sini, Semalam. - BH


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Gamba Sekitar Nahas Genting Highland (20 Gambar)

Jumlah korban dalam nahas bas terjunam ke gaung ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Kuala Lumpur petang ini, disahkan 37 orang, 27 lelaki dan 10 wanita.



Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam sidang akhbar malam ini berkata, mangsa pertama yang cedera dikeluarkan pasukan penyelamat pada pukul 3.54 petang manakala mayat mangsa terakhir berjaya dikeluarkan pada pukul 8.01 malam ini.

Nahas bas ekspres yang terjunam sejauh 60 meter ke dalam gaung di KM3.5 Genting Highlands hari ini adalah kemalangan paling buruk pernah berlaku di kawasan itu dalam tempoh 17 tahun.

Setakat ini 30 orang disahkan terkorban dalam tragedi yang berlaku kira-kira 2.45 petang itu.

Bas itu dipercayai membawa 49 penumpang dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

Kemalangan buruk lain ialah pada Julai 1996 apabila 17 orang termasuk enam kanak-kanak terbunuh selepas bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands.

Pusat peranginan Genting Highlands merupakan destinasi percutian popular bagi rakyat tempatan dan juga pelancong dari negara seperti Singapura, India, Taiwan, Jepun dan Indonesia.

Berikut ialah kronologi kemalangan maut melibatkan bas di kawasan Genting Highlands, Pahang:

5 Mac 2012 - Dua pelancong warga India maut manakala 20 lagi penumpang cedera apabila bas pelancong terbalik di bahu jalan di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ketika bas itu dalam perjalanan dari Genting Highlands ke ibu negara.

29 Okt 2010 - Tujuh maut manakala 20 orang cedera selepas sebuah bas pelancongan terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah ketika menuruni Genting Highlands.

2 Sept 2010 - Lapan belas orang cedera apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM35.1 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands.

3 Jun 2008 - Dua penumpang sebuah bas persiaran maut manakala 41 yang lain cedera apabila bas yang mereka naiki terbabas lalu terjunam sembilan meter ke dalam gaung diKM 22.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.

20 Nov 2006 - Tiga pegawai Provincial Electricity Authority of Thailand (PEA) terbunuh apabila bas dua tingkat yang dinaiki mereka terbalik ketika dalam perjalanan pulang dari Genting Highlands di KM13, Jalan Genting Highlands-Batang Kali.

14 Nov 1999 - Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dari Singapura terbunuh apabila sebuah bas yang dalam perjalanan ke Singapura, terhumban ke dalam gaung di Genting Highlands.

31 Dis 1996 - Seramai 30 orang cedera apabila sebuah bas menuju ke Kuala Lumpur terbabas ke dalam gaung di KM4 dekat Tokong Chin Siew di Genting Highlands semasa sedang menuruni bukit peranginan itu.

15 Julai 1996 - Tujuh belas orang termasuk enam kanak-kanak terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terhumban kira-kira 100 meter ke dalam gaung ketika pulang daripada menyertai hari keluarga di Genting Highlands. - BERNAMA/UTUSAN





















Gambar sumber : Pelbagai

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!