Sunday, 30 June 2013

[Wajib Tonton] Ibu Bagi Anak Makan Serpihan Kaca!

Sedih aku lihat video ini


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Stopa Ali Kencing Penyokong UMNO


Saksikan video yang dikeluarkan oleh HARAKAPIR (TVPAS) yang berskala 1.00 Minit + ini yang mana Mustopa Ali atau nama glemernya  Stopa. menipu secara terang-terangan satu Malaysia bahawa dia akan menjawab isu video ranjang simpul biawak yang dikaitan dengan dirinya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video : Ini Bakal Terjadi Jika Bangsa DAP Memerintah [Beruk PAS Jangan Baca]

DAP memang nak halau orang kulit gelap, sewenang-wenangnya bangsa nie nilai orang guna warna kulit, aku tak fikir dia orang patriotik kepada Negara Malaysia, Cuba ajar kit siang bertutur Bahasa Malaysia taraf seorang ketua parti DAP kononnya multi-bangsa?



Cuba lelaki yang kena halau tu bapak korang? Apa perasaan korang??
Baca Seterusnya...

#PRK Besut : Bakal Belaku Pada Bulan Puasa?

Menurut undang-undang pilihanraya, kekosongan kerusi Besut, ekoran kembalinya Dr A Rahman Mokhtar ke rahmatullah 26 Jun lalu, perlu diisi dalam masa 60 hari.

Justeru, sumber-sumber dalaman memberitahu bahawa tarikh pilihanraya kecil Besut akan jatuh dalam bulan Ramadhan bagi mengelak dari mengganggu sambutan Hari Raya.

Jika benar, maka keputusan untuk mengadakan pilihanraya kecil dalam bulan Ramadhan adalah satu tindakan yang tepat. Ini kerana ia boleh mengelak dari poliking yang keterlaluan serta membataskan aktiviti pihak yang gemar menabur fitnah serta menggunakan kata-kata kesat.

Difahamkan juga pilihanraya kecil ini akan lebih menarik kerana ceramah turut dikurangkan dan sebaliknya kempen akan lebih banyak dilakukan dengan mengedar risalah selain melalui media sosial. Jangkamasa kempen bagi pilihanraya kecil ini ialah tujuh hari.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) 5 Mei lalu, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar menang terhadap calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi. Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 Peratus Cina dan 0.1 peratus India.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video : Awas Pencuri Minyak [Royalti Abah Kau]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video Yang Memalukan Semua Orang Dewasa



Ada segelintir diantara kita orang Malaysia yang tinggal dibandar khususnya tak reti berenang atau takut untuk berenang? Saksikan video ini...Saya cabar korang yang penakut tu!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Fakta Syiah Musuh Islam

FAKTA-FAKTA TENTANG PENYELEWANGAN FAHAMAN SYIAH

A. Penyelewengan Dari Sudut Akidah

-Imam adalah ma'sum.
-Kemunculan semula Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
-Berpura-pura.
-Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah SWT
-Menghalalkan nikah Mut'ah.
-Khalifah diwasiatkan secara Nas.
-Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
-Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
-Mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW
-Menambah kalimah syahadah.
-Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.


B. Penyelewengan dari Sudut Syariat

-Menolak Ijmak Ulama.
-Menolak Qias.
-Mengamalkan Nikah Mut'ah.
-Menolak 'aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam -masalah Pusaka.
-Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta pengikut-pengikut adalah musuh Allah.
-Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.


C. Pelbagai Penyelewengan Umum

-Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
-Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
-Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi SAW iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
-Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
-Sembahyang Dhuha adalah haram.
-Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
-Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
-Islam bukan syarat wajib haji.
-menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.


TARIKH MUNCUL: 1979
TEMPAT BERKEMBANG: Selangor, Wilayah Persekutuan K.L., Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.

Baca lagi : http://panduanpercuma.info/




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Saturday, 29 June 2013

Kontraktor Melayu Jadi Tali Barut DAP?!

Begitu rapuh dan mudahnya kekuatan warga kontraktor Melayu Pulau Pinang (tidak semua) apabila dengan mudah sanggup bersekongkol dengan Rejim DApigs semata-mata kerana sikap pentingkan diri serta tamak.

Baru-baru ini satu majlis makan malam bersama warga kontraktor telah dianjurkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan rejim DAPigs , siapa lagi kalau bukan Guan Eng.Maka berpusu-pusulah warga kontraktor hadir untuk sama-sama dengan ketua menteri Pulau Pinang. [laporan penuh]




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Melayu Tidak Kisah PRU14?!

BAYANGKAN apa yang akan berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jika diteliti aktiviti dan usaha pendaftaran pemilih baharu selepas 55 hari berlangsungnya PRU-13.

Dalam Perbincangan Meja Bulat, Cabaran Dalam Menghadapi PRU-14... Kelangsungan Politik Bangsa anjuran Mubarak Malaysia dengan kerjasama Utusan Malaysia di Ibu Pejabat Mubarak, Bangunan UMNO Lama, Kuala Lumpur pada Rabu lalu, sesuatu perlu difikir dan disusuli tindakan perlu diambil segera oleh bangsa Melayu.

Amati angka pendaftaran baharu yang dikumpul oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat Mei 2013. Tiga parti komponen Barisan Nasional (BN) yang diketuai UMNO berjaya mendaftarkan 449 orang sebagai pemilih baharu; MCA (43) dan MIC (24). Tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas mampu mendapatkan 110 pendaftar baharu, PKR (65) dan DAP (524).
Jika digabungkan ketiga-tiga parti BN itu, jumlahnya 516 pemilih, angka itu belum mampu mengatasi jumlah pungutan DAP (524), dan jumlah yang dikumpul ketiga-tiga parti pembangkang pula ialah 699.
Dari segi pendaftaran pemilih baharu sahaja BN sudah tewas. Bagaimana jika keadaan ini berterusan sehingga menjelang PRU-14?

Pakatan pembangkang terutama DAP begitu agresif mendaftarkan mereka yang layak menjadi pengundi baharu. Mereka bukan sahaja membantu pendaftaran, tetapi turut mengambil nombor telefon untuk tujuan dihubungi atau penghantaran SMS kempen parti. Adakah UMNO atau parti BN lain melakukan aktiviti yang sama?

Terus terang kita boleh katakan UMNO dan BN tidak komited mendaftarkan pengundi baharu. Dari sudut pandang secara kasar, kita boleh jangka pakatan sudah menang dari aspek mendaftarkan pengundi baharu.
Dalam mana-mana pilihan raya, jumlah pengundi yang paling utama dan ke arah mana kecondongan mereka. Melalui aktiviti pendaftaran oleh parti-parti politik, kita boleh menjangka sokongan mereka.

Melalui keputusan PRU-13, jelas trend bukan lagi memilih calon boleh menang atau berpengaruh. Bukan juga isu-isu sensasi dan aku janji, kerana sehebat mana isu dimainkan dan secantik mana manifesto, itu bukan lagi faktor penentu kemenangan parti politik.

Strategi menggunakan segala tipu helah isu, main drama ketika demonstrasi, penglibatan NGO propembangkang, mendekati generasi-Y di kampus, penyebaran meluas akhbar parti politik tanpa sekatan, usaha menjatuhkan kredibiliti dan integriti institusi awam seperti SPR, PDRM, SPRM, perkhidmatan awam dan lain-lain, berlaku tanpa terkawal dan tindakan.

Apa usaha UMNO dan BN yang menerajui kerajaan dalam mengatasi strategi pembangkang yang sememangnya mereka sedar.

Dengan jumlah keahlian semua parti komponen BN sebanyak 5.5 juta dengan UMNO sahaja mempunyai 3.5 juta ahli, maka sepatutnya tiada masalah untuk melawan pihak pembangkang.

Setakat hari ini, Majlis Tertinggi UMNO sudah mengadakan mesyuarat pertamanya selepas PRU-13. Namun belum terdengar hasil bedah siasat tentang punca kekalahan calon-calon UMNO, apatah lagi BN.


Walaupun UMNO menang 88 kerusi Parlimen daripada 121 yang bertanding dan 241 Dewan Undangan Negeri (DUN) (daripada 339) di seluruh negara, tetapi parti utama orang Melayu ini kena cari juga sebab kenapa 33 kerusi Parlimen dan 98 DUN mereka tewas.

UMNO kena kaji kenapa sekarang, kawasan majoriti besar atau kecil Melayu, BN gagal tarik pengundi di bandar untuk memihak kepada mereka.Konsep meminta pengundi berterima kasih dan mengenang jasa-jasa BN sepanjang 56 tahun merdeka tidak begitu laku sekarang. BN kena cari idea dan pendekatan yang baharu dan lebih meyakinkan pengundi.


UMNO dan BN kena akui, mereka kalah dalam persaingan media sosial. Pasukan penyebar fitnah dalam media sosial yang memihak kepada pembangkang jelas gagal disaingi oleh tentera siber UMNO/BN. Laporan mereka lebih meyakinkan kerana diselit dengan fakta dan data. Sebaliknya hujah daripada media UMNO setakat penafian dan penjelasan semata-mata. UMNO tewas menentang persepsi.

Sekarang persepsi negatif terhadap UMNO dan pemimpin Melayu begitu kuat. Kita sedih, kini orang Melayu sendiri sangsi kepada kepimpinan bangsa Melayunya. Orang Melayu sudah tidak kisah nama-nama ‘Melayu’ makin hilang di buminya sendiri. Akhbar Utusan Malaysia yang mempertahankan Perlembagaan pun teruk dihentam dan dituduh rasis.

Ingatlah apa yang rasis bagi bangsa yang tanah tumpahnya ialah Tanah Melayu ini. Ingatlah bangsa Jerman pun berbangga dengan nama negaranya Deuthland, orang Belanda - Netherland, orang Jepun - Jepun, India - India dan banyak lagi yang namanya kekal sama dengan identiti bangsa pribuminya.

Malangnya orang Melayu sudah lupa mereka sudah hilang nama Tanah Melayu. Yang disebut-sebut sekarang ialah Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Kenapa nama Sabah dan Sarawak disebut penuh dan tidak kepada nama Semenanjung Tanah Melayu. Rujuklah mana-mana perenggan dalam Perlembagaan awal, tidak disebut Semenanjung tetapi nama penuhnya Semenanjung Tanah Melayu.Maka elok kerajaan dan UMNO mengembalikan nama Tanah Melayu ini dalam semua dokumen dan laporan rasmi kerajaan.

Adakah orang Melayu tidak nampak sikap bangsa lain yang berusaha menjatuhkan mereka di tanah airnya sendiri? Sekarang pelbagai taktik dilakukan untuk menjatuhkan orang Melayu, baik dari segi ekonomi, politik ataupun sosial.

Dari segi ekonomi, lihatlah aktiviti pengambilan pekerjaan dan peluang perniagaan.Dalam soal politik, boleh kita lihat taktik licik kaum tersebut terhadap BN. Dan soal sosial, kaum itu sedang menguasai semua kawasan pertumbuhan ekonomi baharu. Kalau suasana PRU-13 terus berulang dalam PRU-14, dan orang muda Melayu tiada semangat pertahankan maruah bangsanya, itu adalah petanda orang Melayu akan merempat di tanah airnya sendiri.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Lahad Datu : Pasukan Keselamatan Mati Ditembak Secara Dekat?

KOTA KINABALU 26 Jun - Seorang Pakar Forensik Hospital Queen Elizabeth memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, punca kematian dua anggota VAT 69 yang terkorban dalam serangan kumpulan pengganas Kiram di Kampung Tanduo Lahad Datu pada 1 Mac lalu, disebabkan tembakan di kepala.

Dr. Amir Saad Abdul Rahim berkata, beliau telah melakukan bedah siasat ke atas mayat Allahyarham Asisten Supritendan (ASP) Zulkifli Mamat, 29, dan Allahyarham Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang terkorban dalam insiden itu.

Proses bedah siasat dijalankan pada pukul 7 malam hari sama selepas berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan pengganas Kiram.

Saksi itu yang telah berkhidmat sebagai doktor sejak 1996 memberitahu demikian ketika disoal dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan pada perbicaraan kes terhadap Koperal Hassan Ali Basari yang didakwa dengan sengaja tidak memberi maklumat mengenai pengganas di Lahad Datu.

Terdahulunya, Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Senior Asisten Komisioner (SAC) Zulkifli Abd. Aziz telah disoal dalam pemeriksaan balas oleh peguam Ram Singh yang mewakili Hassan di hadapan Hakim P.Ravinthran.

Peguam itu mempersoalkan suasana 'ceria' melalui gambar-gambar yang dirakamkan semasa pertemuan dan rundingan antara Zulkifli dan kumpulan pengganas terbabit.

Mengimbas semula pertemuan pertama pada 14 Februari lalu, menurut Zulkifli, suasana ketika itu agak tegang dengan pasukannya dikelilingi oleh kumpulan pengganas diketuai oleh Datu Agbimuddin Kiram.

Kumpulan terbabit ujar Zulkifli, antara 60 dan 70 musuh yang lengkap bersenjata tidak termasuk yang sedang bersembunyi dalam kawasan semak.

"Mereka enggan bersalam dan langsung tidak senyum, juga tidak membenarkan gambar mereka diambil. Dalam pertemuan selepas itu iaitu pada 15 dan 16 Februari, saya terpaksa melakukan sesuatu untuk menceriakan keadaan.

"Saya beri rokok kepada mereka, secara santai ceritakan kisah-kisah lucu, baharulah keadaan bertukar ceria hingga mereka izinkan gambar mereka dirakam. Saya cakap muka mereka semua akan masuk akhbar, malah saya juga berjanji akan bawakan mereka KFC (Kentucky Fried Chicken) dan Pizza,'' katanya.

*credit : flyingkick



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

DAP Bebas Rasuah?!

Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara 10 tahun hari ini atas kesalahan pecah amanah wang insurans pelanggannya sebanyak RM66,647.44, hampir lapan tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk Azahar Mohamed dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer memutuskan demikian terhadap M. Kuppusamy, 63, yang juga seorang peguam selepas menolak rayuannya secara sebulat suara.

Kuorum berkenaan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 28 Januari dua tahun lalu dan Mahkamah Tinggi yang mengekalkannya pada 23 Disember tahun yang sama.


Bekas ADUN Rasah (kini Parlimen Rasah) bagi tempoh tiga penggal itu dikenakan waran tangkap pada Selasa lalu selepas dia gagal hadir ke mahkamah sebanyak lima kali ketika kesnya disebut.

Kuppusamy yang ditangkap pagi tadi di rumahnya di Seremban, Negeri Sembilan kemudian dibawa ke mahkamah bagi prosiding rayuan.

Pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd. Abbas manakala Kuppusamy diwakili oleh peguam G. Ganeswaran. - sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

PKR Dan PAS Tidak Sabar Calonkan DUN Besut?!

Dalam Dewan Rakyat semalam, anak Anwar Ibrahim dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, si Nurul Izzah telah menegaskan bahawa pilihanraya Kuala Besut tidak boleh diadakan selagi kepimpinan SPR tidak ditukar. Katanya:

“(Pilihan raya kecil) Kuala Besut hanya dilaksanakan bila ada pimpinan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang baru dan credible (wibawa). Nak teruskan dengan dakwat yang sama, dengan pimpinan (SPR) yang sama? Pada saya ini tak boleh diterima pakai,”

Namun, siapa yang akan mendengar cakap penipu tegar seperti Nurul Izzah. PRK Kuala Besut tetap akan diadakan dalam masa 60 hari dari tarikh kerusi tersebut dikosongkan tanpa ada pertukaran dalam kepimpinan SPR. 


Justeru, mengambil kata-kata Nurul Izzah di atas, Pakatan Rakyat tidak harus bertanding sebagai menegaskan bantahan terhadap SPR. Jika tidak, ia akan menyerlahkan satu lagi hipokrasi yang paling jelek di pihak PR. 

Jika keturunan Anwar Ibrahim ini waras dan bermaruah, tentu Nurul Izzah akan diam sahaja setelah terkantoi tidak dapat membuktikan berlaku penipuan dalam PRU-13 yang lalu. 

Tahukah Nurul Izzah bahawa cerita PR tentang 40,000 pengundi hantu warga Bangladesh adalah satu penipuan paling bodoh dan kelakar? Mereka ini pula dikatakan datang dengan penerbangan dari Sabah. Bayangkan, tidak mungkin tiada siapa yang dapat mengesan 40,000 Bangladesh tiba dari Sabah? Lebih kelakar lagi apabila tiada seorang pun dari mereka dapat dibawa ke hadapan untuk membuktikan SPR menipu sedangkan Anwar mengaku mempunyai bukti dan butiran terperinci ketibaan mereka di Malaysia. 

Itu belum lagi gambar-gambar dan cerita yang disebarkan mengenai kotak undi yang konon dilarikan, disembunyikan dan dibuang oleh SPR. Ini termasuklah terjatuh dari helikopter yang jatuhnya elok berdiri tersusun rapi di tengah-tengah padang, tanpa koyak dan tanpa terusik. Pun begitu, tiada satu pun kawasan di mana agen PR membuat aduan bilangan pengundi dengan kertas undi tidak sepadan. 

Malah cerita ‘blackout’ juga senyap begitu sahaja sehinggakan himpunan yang dinamakan ‘blackout’ terpaksa ditukar nama kepada ‘black’ di acara kemuncak akibat telah terbukti tiada ‘blackout’. Lihatlah, betapa buruknya sifat mereka yang tetap menuduh berlaku ‘blackout’ walaupun pemimpin DAP, sekutu mereka sendiri telah menafikan ianya berlaku. 

Pengerusi SPR mungkin dipersoal tentang dakwat kekal idaman PR yang tidak kekal dalam beberapa kes, tetapi ini masih tidak membuktikan terjadinya penipuan selagi tiada bukti terjadinya undi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi langsung. 

Apakah Nurul Izzah terlalu bengap untuk memahami bahawa Himpunan Black505 telah tidak mendapat sambutan kerana rakyat sudah tahu bahawa PR menipu? Oleh itu atas dasar apa Nurul Izzah ingin mempersoalkan kredibiliti kepimpinan SPR sehingga menafikan peranannya dalam PRK Kuala Besut? 

Sebenarnya, orang yang perlu dipersoalkan kredibilitinya ialah Nurul Izzah dan bapanya serta seluruh pemimpin Pakatan Rakyat. 

Tidakkah Nurul Izzah terfikir, apa jenis orang yang membantah keputusan PRU tetapi menerima jawatan di Dewan Rakyat? Apa jenis manusia yang berhimpun menolak keputusan tetapi terhegeh-hegeh dan tersengeh-sengeh mengangkat sumpah? 

Atau lebih tepat, apa jenis haiwan yang menyuruh haiwan lain merusuh berkhemah dan berguling-guling menentang kerajaan sedang dia sendiri menjamu selera bergelak ketawa dengan pemimpin kerajaan? “Professional and nothing personal”?? – Bullsh*t! 

Dan kali ini pula, orang atau haiwan yang sama menyatakan keengganan untuk menyertai PRK Kuala Besut jika kehendaknya tidak dituruti iaitu Pengerusi SPR tidak meletakkan jawatan. 

Sekali lagi diulang bahawa Pengerusi SPR tidak akan dan tidak perlu meletakkan jawatan hanya kerana beberapa ekor haiwan menipu menyatakan yang beliau menipu. Justeru, sekiranya PR tidak dapat menerima kepimpinan SPR, PR wajib memulaukan PRK ini.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wartawan Utusan protes tidak dibenar buat liputan

WARTAWAN Utusan biro Pulau Pinang, Firdaus Ismail membuat bantahan secara bersendirian selepas dihalang membuat liputan Sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di Georgetown hari ini. - UTUSAN

GEORGETOWN 28 Jun - Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinangdi sini hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baharu untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baharu dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.

Speaker DUN yang baharu Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. - BERNAMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pakatan Panas Punggung Isu Undi Popular...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Friday, 28 June 2013

Sidang DUN PERAK on 3.00pm [LIVE]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

MP DAP Segambut Dikitai Speaker - Mesti Tengok [video]



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pegawai Khas Rembat Duit Ketika Khalid Tidur

Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan tertuduh pada Mei 2011.

Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.

Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu.

Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.

Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - Bernama




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

UMNO Kura Kura?

Secara umumnya semua sudah mengetahui kisah perlumbaan si arnab dan kura kura. Dalam perlumbaan antara arnab dan kura kura itu keputusannya berpihak kepada kura kura. Kemenangan kura kura sebenarnya di bantu oleh sifat keyakinan diri yg terlalu tinggi oleh si arnab dan sikap yg terlalu merendahkan keupayaan kura kura. Kura kura pula punya sikap yg tidak mahu mengalah, walaupun sedar akan kelebihan arnab namun kura kura tetap mahu mencuba dan semangat kentalnya mampu mengalahkan si arnab.

Namun selepas kekalahan tersebut si arnab telah menyesal dan muhasabah diri dan lebih bersedia dan tidak mahu lagi alpa. Setelah semangatnya pulih maka si arnab sekali lagi mengajak si kura kura berlumba untuk kali yg kedua. Kura kura pula yg baru saja menang dari perlumbaan yg lalu dengan bangga dan sombong menerima cabaran itu. Kura kura berperasaan bahawa kemenangannya yg lalu adalah sebab kehebatannya sendiri. Kura kura lupa bahawa dia menang adalah kerana kealpaan si arnab dlm perlumbaan yg lepas.

Seperti yg dijangka dalam perlumbaan itu arnab telah menang mudah mengalahkan kura kura. Kura kura merasa malu akan kekalahannya itu. Arnab pula yg baru sedar dari kekalahan yg lalu telah bangkit dan bermuhasabah diri dan berlumba dgn penuh fokus dan seterusnya menang ke atas kura kura.

Namun begitu kemenangan perlumbaan tidak bergantung kepada keupayaan yg ada pd diri semata mata. Perlumbaan masih mampu di menangi sekiranya akal fikiran diguna pakai dalam merangka strategi perlumbaan. baca lagi...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Semua Mesti Balance? [video]


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Thursday, 27 June 2013

Najib Salah Kira?!



Aku tak berapa arif tentang saham dan cara mereka mengendalikan!tetapi pasaran saham banyak bergantung dgn beberapa aspek yang salah satunya "khabar angin" if seluruh dunia asik memperkatakan saham itu turun..lingkup..rugi nescaya khabar angin itu bakal menjadi kenyataan. 

Sebelum pilihanraya lepas, penyokong pembangkang yang tak pernah rasa susahnya warga felda yang membanting tulang meneroka hutan buat cerita saham felda merudum..rugi..siap buat carta berapa rugi!sebab apa?sebab inilah agen parasit dalam Malaysia yang dengki dan kianat terhadap kemajuan dan limpahan rezeki kepada warga felda! 

Ditambah busuk hatinya mereka kritik menara felda tu macam-macam!aku tahu yang duk main propa tu semua majoriti pencacai DAP yang busuk hingga keotak! Sedangkan warga felda cukup bersyukur dengan kemakmuran yang dikcapi hari ini! 

Kenapa DAP marah?sebab depa tak merasa..nak rasa tapi masa tengah hutan banat depa tak mahu masuk bila dah maju depa nak amek alih!lihat bandar bandar hari ini,pelbagai kemudahan dan perancangan kerajaan barisan nasional yang ditunjuangi UMNO menaikkan bandar tersebut hari ini nyata dalam terang dikuasai DAP!Now depa berani ugut peniaga islam tak benarkan berniaga bazar dibulan puasa? 

#tajuk tu kalau tak faham tak mengapa :) 
Baca Seterusnya...

DAP Bapak Samseng?!


Jenice Lee yang lantang mengkritik DAP sekali lagi mengulangi kritikannya di Facebook miliknya. Beliau bertanya, “jika sebuah organisasi tidak mengikut undang-undang ia adalah sebuah kumpulan samseng. Bagaimana sebuah kumpulan samseng boleh memimpin masyarakat? Anda tidak boleh mengharapkan semua orang bersetuju dengan anda. Dan ia adalah salah untuk mengsabotaj usaha orang lain hanya kerana orang itu tidak bersetuju dengan anda. Sila baca perlembagaan untuk memastikan permainan yang adil. Bukahkah itu yang kita perjuangkan sepanjang 40 tahun ini?”

Status Jenice mendapat sokongan rakan-rakan Facebooknya yang turut bersetuju bahawa DAP bersikap samseng.

Krisis antara Jenice Lee yang merupakan bekas ADUN Teratai semakin buruk selepas PRU-13.Beberapa hari lepas, Jenice yang muncul tanpa di undang di Mesyuarat Agong DAP Pandan telah membawa bersamanya 11 lagi ahli yang telah dipecat dari DAP. Mereka kemudiannya dihalang oleh pihak penganjur dari menghadiri mesyuarat tersebut yang diadakan di sebuah Restoran Makanan Laut.

Bagaimanapun, sekurang-kurangnya 500 orang yang turut berada di situ telah bersorak memberi sokongan kepada Jenice sambil mengejek Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Ketua Publisiti DAP, Tony Pua. Turut dikecam oleh orang ramai ialah ADUN Kampung Tunku Lau Weng San dan ADUN Teratai yang baru iaitu Tiew Wey Keng.

Jenice telah dipecat oleh DAP dalam satu pertikaian yang menyaksikan tuduh menuduh mengenai wang dana yang dikatakan tidak menepati jumlah sepatutnya. Jenice menepis tuduhan tersebut serta mencabar DAP membuktikannya. Bagaimanapun, DAP mengambil sikap tidak mempedulikan cabaran Jenice yang mana mengukuhkan persepsi ramai bahawa DAP telah bersikap tidak adil terhadap Jenice.

Sebelum ini Jenice merupakan antara yang paling lantang mengkritik DAP termasuk dalam soal sikap tidak professional parti itu yang gemar membuat keputusan berat sebelah atau pilih kasih.

Sebagai pemerhati, kita puji semangat Jenice untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan juga keberaniannya mengkritik parti yang menjadi tonggak semangat Cina itu.

Namun, segala apa yang dilakukan Jenice tetap menimbulkan tandatanya kerana beliau nampaknya masih berharap untuk terus bersama DAP. Jenice terus mencabar pemecatannya sebagai tidak sah dan bertegas bahawa beliau layak hadir ke mesyuarat DAP.

Kita tidak faham apakah alasan Jenice untuk memperjuangkan keahliannya dalam parti yang diakuinya diteraju oleh para samseng yang korup lagi tidak adil itu. Kenapakah Jenice masih ingin membantu sekumpulan samseng untuk merebut pemerintahan negara?

Nampaknya Jenice lebih rela negara diterajui sekumpulan samseng daripada sebuah kerajaan BN yang lebih adil dan bertimbangrasa. Soalnya kenapa?

Adakah kerana Jenice lebih rela diperintah oleh kumpulan samseng asalkan mereka berbangsa Cina? 

Kadang kala tidak leh dijangka spesis mata sepet tak sepet nie zaman nie.....

sumber
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Perilaku Pelik Anwar Akhir-akhir ini?!

Semua orang menggeleng-geleng kepala melihat bagaimana Anwar boleh dengan selamba mengangkat sumpah di Parlimen sedangkan di masa yang sama mengerahkan balaci-balacinya berkhemah dan berguling dalam jerebu membantah keputusan PRU.

Semua orang mengerutkan dahi cuba memahami gambar-gambar Anwar duduk berbual dan bergelak-ketawa dengan Dato’ Seri Najib dan pemimpin BN lain dalam waktu balacinya cuba merempuh masuk ke Parlimen.

Semua orang tertanya-tanya bagaimana Anwar mampu berhadapan dengan Dato’ Seri Najib sedangkan beliau cukup maklum bahawa Dato’ Seri Najib tahu bagaimana Anwar cuba menjatuhkannya dengan sebesar-besar fitnah. Malah, Anwar juga tahu bahawa Dato’ Seri Najib pasti sudah menonton aksinya dengan China Doll di internet.

Anwar juga tahu bahawa Dato’ Seri Najib dan seluruh sidang parlimen cukup tahu siri-siri penipuannya yang kantoi tetapi beliau masih lagi menafikannya.

Semua orang sedang memerhatikan gelagat Anwar yang tidak tahu malu, tetapi Anwar dengan selamba menghadapi semua orang bagai tiada apa-apa berlaku.

Hakikatnya, manusia yang waras tidak akan mampu terus melakonkan satu watak yang sudah terdedah. Tiada manusia waras yang sanggup berhadapan dengan dunia selepas video seksnya tersebar dan terkantoi pula menipu dalam usaha menutupnya. Tiada manusia waras yang boleh secara terbuka menyuruh orang berdemonstrasi separuh mati untuk menggulingkan musuhnya, tetapi beliau sendiri duduk semeja bermesra dengan musuhnya secara terbuka juga. Lebih-lebih lagi apabila musuhnya itu tahu betapa jahatnya dia sehingga sanggup memfitnah dan mengupah begitu ramai orang bagi mencapai matlamatnya.

Manusia yang sanggup berbuat semua ini tentunya tidak waras lagi. Maka tidak hairanlah apabila rakan Anwar, Jusuf Kalla yang juga bekas Naib Presiden Indonesia menggambarkan Anwar sebagai ‘orang gila’ dalam pertemuannya dengan Ketua Pembangkang itu baru-baru ini. Kenyataan tersebut dikukuhkan oleh Al-Azharrisiddiq dengan bertindak memaparkan pandangan Jusuf Kalla di dalam tulisannya.

Menurut Azhar, Anwar meminta untuk berjumpa dengan Jusuf Kalla bagi meminta beliau menjadi orang tengah dengan memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara mereka yang kalah PRU-13 hendaklah menerima kekalahan itu dengan baik. Jusuf Kalla bagaimanapun, turut menjemput dua lagi Ahli Parlimen Indonesia sebagai saksi dalam pertemuan itu, iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris, kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah sahabat Anwar.

Namun demikian, selepas keputusan PRU-13 memberi kemenangan kepada BN, Anwar Ibrahim telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh berlaku penipuan. Tindakan Anwar menyebabkan Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan Ihza marah kepadanya dan ‘meleterinya’. Bagaimanapun, Anwar telah menegaskan kepada mereka yang beliau ingin menjadi Perdana Menteri juga.

Di sinilah sahabat-sahabatnya itu dapat mengesan sesuatu yang tidak kena dengan Anwar dimana digambarkan oleh Jusuf Kalla sebagai ‘hidup dalam imaginasi yang melampau’. Kata Jusuf Kalla, Anwar sudah menganggap dirinya Perdana Menteri dan tidak mampu menerima hakikat kekalahan PRU-13.


Selain itu, Jusuf Kalla juga menjelaskan bahawa perjumpaannya dengan Anwar sebenarnya adalah atas desakan Amerika. Tidak pasti sama ada desakan Amerika itu adalah kerana turut yakin Anwar akan menang, atau sekadar ingin Indonesia membuat penilaian akan ‘keadaan’ Anwar.

Jusuf Kalla mungkin berlapik dalam menyatakan pandangannya terhadap Anwar tetapi kita faham maksudnya iaitu Anwar tidak lagi berada di alam nyata. Anwar sudah terlalu jauh dibawa imaginasinya dan kekalahan PRU-13 menjadi trauma kepada dirinya.

Anwar selama ini hidup dalam kepercayaan bahawa beliau adalah Perdana Menteri biarpun hanya memenangi 89 daripada 222 kerusi dan biarpun dengan majoriti berkurangan dengan banyak di kawasannya sendiri. Anwar menidakkan sistem pilihanraya berdasarkan jumlah kerusi tetapi percaya bahawa sistem pilihanraya negara ini adalah berdasarkan populariti.

Semua ini adalah bukti bahawa Anwar sudah tidak rasional lagi. Kita pasti, Wan Azizah, Nurul Izzah serta mereka yang berada dalam lingkungan rapatnya turut dapat mengesan masalah psikologi Anwar. Namun, selagi Anwar mampu menjadi sumber bekalan wang untuk mereka, selagi itulah mereka akan menjulangnya dan membiarkan beliau hidup dalam fantasi.

Kita tidak bimbangkan Anwar, kerana kita tahu beliau punya wang yang cukup untuk menampung kegilaannya. Apa yang kita bimbangkan ialah negara ini akan menjadi kelam kabut akibat mempunyai Ketua Pembangkang yang gila.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Skandal Babi : Khalid Dan Teresa?!

Isu projek ternakan babi menjadi perhatian pada perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok terhadap Utusan Malaysia hari ini apabila bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu mendakwa projek bernilai RM100 Juta itu telah diluluskan sejak di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan menyanggah kenyataan Teresa apabila menjelaskan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu pada April 2008.


Jawapan balas Mohana itu menyebabkan Teresa akhirnya mengakui Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim telah membincangkan projek tersebut sejurus Pakatan Rakyat (PR) berjaya merampas Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

Dalam pada itu, Teresa juga mengakui berlakunya satu desakan dari pihak Kerajaan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim agar membuka kuota sebanyak 10% bagi membenarkan bakal pelajar bukan Bumiputra melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Akan tetapi, beliau menjelaskan usul tersebut tidak berjaya dilaksanakan susulan bantahan keras dari para pelajar UiTM.

Pada perbicaraan kes itu, Teresa turut mengiyakan soalan yang diajukan Peguam Mohana dengan menjelaskan Kerajaan Negeri Selangor turut menyalurkan peruntukan wang dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada masyarakat bukan Islam.

Tindakan tersebut telah mendapat maklum balas negatif daripada umat Islam di Selangor.

Kes ini dibicarakan berikutan tindakan Teresa menfailkan saman terhadap Utusan ekoran laporan yang dikeluarkan akhbar tersebut pada sekitar tahun 2008 yang disifatkannya sebagai fitnah.

Perbicaraan bersambung esok. - Sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video Video Singapura Dilanda Hujan Batu!









Proses pembenihan awan yang diberi amaran?!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

India Pelekeh Bahasa Tempatan?[video]



 للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 26 June 2013

Penyokong PR Tolak Anwar?!

Senario Blacoout banyak mengundang rasa tidak puas hati dikalangan penyokong dan lebih lebih lagi pengundi atas pagar yang tidak tahu menahu apa halnya yang sebenar berkenaan dakwaan BLACKOUT!

Hari ini penyokong PR sendiri mengecah pemimpin mereka akibat ditipu hidup hidup oleh kempimpinan pakatan rakyat!!

Drama kononnya PR bersatu dan teguh memperjuangkan rakyat sudah mencapai tahap klimaksnya bilamana  Pakatan Rakyat hari ini sudah menunjukkan trend "pecah perintah" yang sememangnya menguntungkan DAP dan kini PAS hanya mampu mengigit jari...tidak lupa juga 2 negeri yang dimenangi PR pada 2008 tidak lagi kekal dalam tangan PAS!

Hidup Ngeh....Hidup Tian Cuar!!!!!



Mak Lampir tidur mampus dalam persidangan...telan ubat gout?

Mengigau depan wartawan..telan ubat darah tinggi?




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Teresa Lantang Mempertikai Islam


Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menyatakan pendirian beliau tidak bersetuju untuk menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Teresa dihadapan Hakim Siti Khadijah dalam perbicaraannya terhadap Utusan Melayu (M) Bhd di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Ketika perbicaraan, Peguam Mohana Kumar yang mewakili Utusan menyoal Teresa samaada beliau bersetuju ataupun tidak pewartaan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan oleh.

"Tidak setuju," kata Teresa.

Teresa yang diwakili oleh Peguam Sankara Nair kemudiannya kerap membantah soalan-soalan seterusnya yang diajukan kepadanya.

Saman Teresa terhadap utusan difailkan pada Februari 2009 ekoran dakwanya Utusan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah keatas dirinya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Exclusive : Berjuang Bersama Saya [video]



join facebook beliau:
https://www.facebook.com/Berjuang.Bersama.Ali.Rustam


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Parlimen Bukan Medan Politik

Setelah Ketua Pembangkang menelan ludahnya sendiri dan mengangkat sumpah di Parlimen semalam, maka bermulalah lembaran baru dalam pentadbiran Malaysia. Walaupun sidang yang mulia tersebut dicemari oleh sampah-sarap yang ditabur Anwar di luar Dewan, namun rakyat tetap memberi harapan tinggi agar sidang kali ini mampu menampakkan satu transformasi minda di kalangan ahli-ahli politik.

Dalam kata lain, kita harap sikap mereka yang berbaring dan menjerit di luar dewan, tidak turut menggambarkan sikap yang di dalam dewan.

Ingatlah, di dalam dewan inilah rakyat bergantung nasib dan masa depan mereka. Dengan barisan-barisan pemimpin yang digambarkan sebagai ‘paling layak’, ‘paling tepat’, dan ‘paling bijak’ kalaupun tidak ‘paling popular’, maka inilah diharapkan agar usul-usul serta hujah-hujah perbahasan turut menepati semua gambaran itu.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa politiking di Malaysia sudah mencapai tahap tepu sehingga tiada lagi ruang yang tidak dipolitikkan.

Oleh itu, kita harap ahli-ahli parlimen sekalian memahami bahawa Dewan Parlimen bukan tempat berpolitik, tetapi merupakan satu platform untuk berbincang, berdebat dan mencari penyelesaian serta ide-ide baru mengenai negara. Ia adalah satu sidang yang serius serta bukan tempat untuk mencari populariti mahupun membodek atau mengutuk sesiapa.

Rakyat tidak meletakkan anda di sana untuk membuat persembahan sarkas dan membodohkan diri sendiri. Sesungguhnya tiada apa yang menarik melihat ahli-ahli politik membodohkan diri sendiri.

Justeru, rakyat ingin agar isu-isu yang dekat dengan diri mereka diperbahaskan secara professional dan matang agar penjelasan dan penyelesaian dapat diambil segera.

Semoga persidangan kali ini berjalan lancar tanpa gangguan makhluk-makhluk perosak yang membazir masa dan wang negara. Bersikaplah sebagai pemimpin, bukan artis atau samseng jalanan. Dan yang paling penting, janganlah bersikap macam binatang.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Cina Tipu Anwar..Anwar Lari Masuk Parlimen?

Sebahagian besar seni politik bersandarkan kepada angka – lebih besar pengikut seseorang pemimpin politik maka dianggap semakin hebatlah ketokohannya dan begitulah sebaliknya.

Pada ceramah-ceramah, jika melaut penyokong yang datang untuk mendengar amanatnya maka beliau dilihat sebagai seorang yang mempunyai ikutan dan sokongan yang ramai di kalangan rakyat.

Maka politik angka menjadi amat penting unbtuk menonjolkan seseorang tokoh itu samada ia popular atau sekadar pemimpin politik cukup makan.

Begitu juga parti politik mempunyai keahlian mencecah jutaan orang sudah tentu tidak sama keperkasaannya dengan parti yang hanya disokong oleh jumlah anggota yang lebih kecil.

Makna besar itu dilihat lebih kuat, lebih popular dan lebih hebat dan jumlah yanbg kecil dalam konteks politik dilihat sebagai pinggiran bukan berada di dalam arus perdana atau ‘mainstream’.

Anwar Ibrahim mahu dilihat sebagai pemimpin hebat dan berwibawa di kalangan pengikut-pengikutnya.

Setiap kali beliau menghadiri ceramah politik dipastikan kapasiti lokasi mesti mampu menampung sekurang-kurangnya 2,000 para hadirin.

Begitulah purata jumlah kehadirin penyokong Anwar setiap kali beliau muncul di khalayak ramai.

Jika jumlah itu kurang daripada itu Anwar akan menarik muka dan tempias kemarahannya akan terpalit kepada pegawai-pegawai peribadinya.

Seringkali setiausaha politik yang sering mengikuti bontot Anwar pada setiap program yang dianjurkan oleh parti pembangkang akan berpeluh jantan jika didapati jumlah penyokong yang hadir tidak sampai angka yang diharapkan.

Setiausaha politik kelam kabut dibuatnya membuat panggilan sana dan sini untuk mengarahkan pimpinan peringkat ranting/cawangan dan cabang/bahagian untuk mengerahkan ahli-ahli mereka pada majlis yang akan dihadiri Anwar.

Ada kalanya Anwar sahaja meninggalkan majlis apabila jumlah yang hadir amat mengecewakan.

Kadangkala beliau akan menghantar pasukan peninjau untuk memantau sesuatu program itu samada ia mendapat sambutan atau tidak.

Jika sambutannya hanya beberapa kerat, pasti Anwar akan membatalkan kedatangannya walaupun sudah dua atau tiga minggu kain rentang dipasang di sekeliling tempat ceramah untuk mengkhabarkan kedatangan beliau.

Kehadiran Anwar juga membawa rahmat kepada peniaga-peniaga makanan dan minuman serta mereka yang menjual CD ceramah, buku, poster dan bermacam-macam anika aksesori yang berkaitan dengan parti pembangkang.

Jika Anwar tidak datang maka hanguslah modal yang dilaburkan untuk membuat makanan dan minuman yang hanya terbuang begitu sahaja kerana kekurangan pelanggan.

Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok baru sahaja selesai Sabtu lalu.

Pembangkang mensasarkan lebih setengah juta atau 500,000 penyokong akan turun ke jalanan untuk menuntut supaya Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya serta timbalannya meletak jawatan.

Ini antara desakan pembangkang yang tidak dapat menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Barisan Nasional.

Jika keputusan itu tidak memberi sebarang implikasi politik kepada Anwa sudah tentu tidak akan ada siri jelajah Black 505 yang bermula seminggu selepas berakhirnya PRU13.

Malang bagi Anwar kekalahan pembangkang juga bermakna impian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hancur berkecai kerana itulah penutup kepada kerjaya politiknya selama ini.

Sementara pemimpin-pemimpin pembangkang lain dari Pas dan Dap akut dengan keputusan PRU13 kerana mereka tidak bercita-cita tinggi untuk menjadi PM, Anwar pula bertindak macam orang gila.

Sudah tentu angka kurang daripada 10,000 yang hadir pada penutup atau ‘finale’ Black 505 di Padang Merbok amat mengecewakan Anwar.

Beliau menjangka ‘habis busuk’ sekurang-kurangnya 100,000 akan turun untuk menyertai beliau menentang untuk menumbangkan kerajaan BN.

Akhirnya jumlah penyokong yang sanggup mengharungi cuaca panas dan meredah jerebu yang menyesakkan nafas tidakm sampai 10 peratus daripada angka yang disasarkan, malah 5 peratus pun tidak sampai.

Hanya datang mewakili hanya antara 2 hingga 3 peratus sahaja sasaran asalnya.

Sebagai pemimpin agung pembangkang jumlah kehadiran tersebut sudah tentu amat menghampakan seolah-olah beliau terkena satu tamparan maha hebat daripada pengikut-pengikutnya.

Mungkin selepas perhimpunan itu pemimpin pembangkang akan berhimpun daan bermesyuarat untuk mencari faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan Black 505.

Alasan mudah untuk menyelamatkan diri para penganjur akan meletakkan kesalahan atas faktor cuaca yang berjerebu.

Tetapi dalam keadaan pihak keselamatan memberi kerjasama dan ruang secukupnya untuk berhimpun dan berdemonstrasi, menjadikan jerebu sebagai punca kegagalan sudah tentu akan ditertawakan rakyat.

Hakikatnya penutuk kepada kempen jalanan pembangkang untuk membantah keputusan PRU13 juga menandakan berlabuhkany tirai ke atas karier politik Anwar.

Anwar gagal segagalnya untuk terus mengheret rakyat bersekongkol dengannya untuk terus menghambat satu impian yang hanya memberi kepentingan kepada diri seorang individu sahaja.

Angka menaikkan Anwar dan angka juga akhirnya menamatkan riwayat politiknya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!