Thursday, 28 February 2013

DAP Bakal Tuanku PAS

Ketua UMNO Bahagian Kluang, Jais Sarday berkata kepimpinan tertinggi parti DAP patut menukar nama parti terbabit daripada Democratic Action Party kepada Dictator Action Party.

Ini kerana jelas beliau DAP dilihat sentiasa mahu mengawal rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang dan sekiranya ahli mereka sendiri membantah setiap tindak tanduk pemimpin tertinggi, mereka akan dipecat.

“Kita ambil contoh isu kalimah Allah… Guan Eng pernah cakap kalau kalau pakatan berjaya memerintah negara maka kalimah Allah akan dibenarkan digunapakai dalam Baible versi Melayu.

“Ini isu lama dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan kenyataan bahawa kalimah Allah adalah hak orang Islam tetapi Guan Eng bangkitkan kembali isu ini. Sebab apa? Sebab dia mahu meraih undi kaum tertentu dan memecahbelahkan orang Melayu.

“Majlis Syura juga telah bersetuju bahawa kalimah Allah tidak dibenarkan untuk digunakan dalam Bible bahasa Melayu namun DAP tetap bertegas dengan kehendak mereka. Sepatutnya DAP harus menghormati Majlis Syura.


“Asas perpaduan berbilang kaum adalah saling menghormati agama dan bangsa setiap orang. Inipun DAP tidak mampu untuk lakukan jadi bagaimana DAP mahu memerintah negara. Mereka ini akan lakukan apa sahaja untuk mencapai agenda busuk mereka,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Jais yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota turut menambah, apa yang berlaku di Gelang patah juga merupakan contoh terbaru bahawa DAP terlalu ‘perasan’ bahawa rakyat menyokong mereka sekaligus memberikan gambaran bahawa memang tiada muafakat di antara DAP, PKR mahupun Pas.

“Dalam soal penentuan kerusi pun mereka gagal meraih kata sepakat sehingga sanggup menikam rakan sendiri, bayangkan sekiranya mereka memerintah negara. Apa akan jadi kepada masa hadapan negara dan juga rakyat.

“Ini jauh berbeza dengan BN. Kita sentiasa berpakat dan bermuafakat. Setiap parti komponen menghormati keputusan dan penentuan kerusi. Kita tidak bercakaran dan menyokong segala keputusan yang telah dibuat.

“Sekiranya ada percanggahan pendapat, kita akan selesaikan dengan baik dan akhirnya akan akur kepada pucuk pimpinan parti. Apa yang penting adalah perjuangan parti untuk keharmonian negara dan rakyat,” ujarnya lagi.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

150,000 Mohon BL1M

Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) terus mendapat sambutan hangat apabila jumlah mereka yang memohon hingga ke hari ini hampir mencecah 150,000 pemohon.

Pengerusi Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata jumlah berkenaan bukan sahaja melepasi sasaran awal malah mungkin akan melepasi sasaran kedua sebanyak 150,000.

Menurut beliau dalam usaha memberi kemudahan serta keselesaan kepada orang ramai menerusi program berkenaan, pihaknya telah mengambil beberapa inisiatif baru termasuklah memperluaskan wakil di seluruh negara yang kini berjumlah 737.

“Dan hari ini kita turut mengadakan kerjasama bersama Persatuan Sekolah Institut Memandu Malaysia (PERPISMA) selain beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan lain seperti Majlis Belia Felda, Gerakan Belia 4B Malaysia dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ke arah penambahbaikan lagi program ini.

“Menerusi kerjasama ini, PERPISMA akan menjadi penasihat kepada BL1M dalam proses pembelajaran peserta di institut memandu mengikut panduan dan undang-undang yang dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ).

“Dan menerusi kerjasama dengan NGO pula, Majlis Belia Felda dan rakan-rakan NGO yang lain akan terus membantu dari segi pendaftaran kepada mana-mana mereka yang layak untuk emndaftar di seluruh negara,” katanya.

Jelas beliau lagi proses selanjutnya akan bermula sejurus tarikh pendaftaran BL1M akan berakhir pada hujung bulan ini.

Tengku Azman berkata demikian pada sidang media majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara BL1M dengan wakil PERPISMA yang diwakili Harun Shafie, manakala Gerakan belia 4B diwakili Muammar Gaddafi dan GPMS diwakili Jais Abdul karim. BL1M pula diwakili Tengku Azman Zainol Abidin.

Justeru beliau mengalu-alukan orang ramai untuk terus mendaftar program berkenaan menerusi pelbagai saluran yang disediakan.

“Kita merasakan wakil kita ada di mana-mana…bukan sahaja Pejabat UMNO bahagian, malah menerusi laman web kita www.bl1m.my, kaunter ibu pejabat UMNO, dan pelbagai saluran yang kini berjumlah 737.

“Jadi jika ada yang masih merungut seperti sukar untuk mendapatkan borang dan sebagainya, kita merasakan itu adalah sesuatu yang mustahil,“ katanya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Akhirnya Azmin Sailang Khalid

Selamat jalan Khalid Ibrahim yang akan mengundur diri dari jawatan Menteri Besar selepas PRU 13 ini. Mahu tidak mahu Khalid Ibrahim tidak lagi bergelar MB Selangor sama ada keputusannya BN menang kembali di Selangor ataupun Pakatan Kekal mentadbir sepenggal lagi.

Mesyuarat Pakatan semalam telah memutuskan Khalid Ibrahim tidak akan bertanding di Dun Ijok yang mana kerusi tersebut akan diberi kepada DAP dengan Khalid Ibrahim mengambil kerusi Parlimen Ampang dari Zuraidah yang akan berpindah ke Parlimen Gombak.Azmin Ali akan kekal bertanding di Dun Bukit Antarabangsa kerana hasil mesyuarat Pakatan telah memutuskan jawatan pengarah Pilihanraya Pakatan bagi menghadapi PRU 13 ini digalas oleh Azmin Ali manakala khalid Ibrahim bertindak sebagai pembantu. Cerita Penuh

Mari makan aiskrem beramai-ramai

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Rakyat Johor Dipertontonkan Kebodohan PR

Pertelagahan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Johor merupakan isyarat jelas supaya rakyat tidak memilih pakatan pembangkang kerana ia akan menimbulkan ketidakstabilan ekonomi negeri.

Anggota Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mendakwa pertelingkahan di antara Pengerusi DAP Johor Dr Boo Chen Hau dan rakan sejawatnya daripada PKR, Datuk Seri Chua Jui Meng bukan satu perkara baharu atau mengejutkan.

“Perkara ini, sudah lama berlarutan sejak Chua dilantik sebagai Pengerusi PKR Johor dan kedua-dua mereka sebenarnya berebut kerusi Parlimen Gelang Patah kerana berpendapat bahawa kerusi berkenaan adalah kerusi selamat untuk pembangkang.

“Walaupun Parlimen Gelang Patah kini diwakili anggota Parlimen Barisan Nasional, Tan Ah Heng, DAP dan PKR berpendapat bahawa mereka mampu menawan kerusi itu disebabkan faktor pengundi Cina,” katanya hari ini.

Pada masa sama, kata Jur Jazlan, Dr Boo yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai sudah lama mengintai untuk menjadi calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.

Bagaimanapun kata beliau, keinginan Dr Boo itu tetapi tidak mendapat persetujuan daripada Chua.

Nur Jazlan yang juga Pengerusi UDA Holdings berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Dr Boo hari ini, yang menuduh Chua menjalankan kegiatan untuk menjatuhkan DAP Johor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata rakyat Johor perlu sedar pakatan pembangkang selama ini, tidak pernah bersepakat dalam soal pembahagian kerusi dan kenyataan Dr Boo itu jelas membuktikan pertelingkahan sesama mereka amat serius.

Katanya, jika dalam soal pembahagian kerusi, pakatan pembangkang tidak boleh bersepakat bagaimana pula mahu berbincang mengenai soal dasar atau ekonomi jika dipilih membentuk kerajaan nanti.

“Saya yakin rakyat Johor bijak membuat penilaian ini dan mereka sedar bahawa hanya BN yang benar-benar mampu memberikan kestabilan dan kemakmuran kepada negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, BN negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman banyak membawa perubahan kepada Johor dan antaranya, adalah Iskandar Malaysia yang kini, menjadi pemangkin kepada ekonomi negara.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

KUIN Bakal Dilelong Jika Biar Berlarutan?!

Pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan kembali cekap dan teratur sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah semula Kedah selepas pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah berkata selama BN mentadbir Kedah sebelum ini, Kuin yang berada di bawah kerajaan negeri tidak pernah menghadapi masalah seperti sekarang ini.

“Kuin ditubuhkan kerajaan BN pada 1995 dan tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti sekarang. Kita lihat mereka (kerajaan PAS) lantik orang tidak berkebolehan untuk mentabdbir sebab itu Kuin jadi porak peranda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program ‘Tangan Dihulur Kasih Diberi’ di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Telok Chengai, Kuala Kedah di sini hari ini. Program itu disertai kira-kira 60 kanak-kanak istimewa yang turut menerima sumbangan daripada Ahmad Bashah.


Beliau berkata sekiranya di bawah pentadbiran kerajaan BN, masalah kebajikan petugas kolej universiti itu, termasuk isu potongan gaji untuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan pinjaman bank akan diselesaikan.

Ahmad Bashah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata beliau kesal dan kecewa kerana kerajaan PAS di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak gagal menangani isu itu dengan bijak.

“Kegagalan Azizan dalam menyelesaikan masalah kewangan Kuin membuktikan kerajaan negeri tidak cekap dan lemah untuk menguruskan kewangan kolej dengan baik, tidak seperti BN dahulu,” katanya.

Ahmad Bashah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata, berkata walaupun banyak demontrasi aman dan penyerahan memorandum dilakukan, kerajaan PAS seolah-olah tidak mempedulikan nasib petugas mereka.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Barisan Nasional Tidak mengamalkan Politik Dendam

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata sukar untuk membayangkan bagaimana rupa Pulau Pinang sekiranya kerajaan pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) mengamalkan polisi politik balas dendam dan sikap tidak ambil peduli terhadap rakyat di negeri itu.

Ternyata jelas beliau hampir lima tahun DAP memerintah negeri itu merupakan satu kegagalan dan masa yang terbuang begitu saja.

Dengan mengambil contoh perumahan rumah mampu milik untuk rakyat, beliau seterusnya menambah perkara itu menjelaskan segala-galanya sepanjang lima tahun DAP memerintah negeri tersebut.

“Sebelum ini kalau kita lihat di media massa yang mana projek yang diletakkan harga mampu milik itu RM400 000. Siapa yang mampu beli RM400 000 itu. Saya tidak tahu nak ketawa atau nak menangis.

“Ini mustahil. Rumah berharga RM400 000 ini bukannya mampu milik. Mampu milik kalau buat RM200 000 mungkin adalah yang mampu. RM100 000 ada jugalah yang mampu. Inilah yang dibuat oleh kerajaan persekutuan yang saya rasa definisi mampu miliknya RM250 000 ke bawah untuk kawasan biasa.

“Untuk kawasan luar bandar mampu miliknya RM150 000 ke bawah, dan kalau betul-betul di pusat bandar mungkin dalam lingkungan RM 250 000 hingga RM300 000. Ini pertama kali saya dengar cerita rumah mampu milik RM400 ribu,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya berharap rakyat negeri berkenaan jangan lagi dipersenda, diperkotak-katikkan dengan perkara sedemikian.

Datuk Zainal yang juga Ketua UMNO Nibong Tebal seterusnya melahirkan rasa syukur dan bangga terhadap komitmen kerajaan pusat yang terus menerus memberikan pelbagai pembangunan untuk negeri tersebut walaupun ianya diperintah oleh pembangkang.

“Komitmen kerajaan pusat terhadap negeri ini di luar jangka. Datuk Seri Najib buat keputusan untuk terus bantu rakyat Pulau Pinang. Tidak ada dendam politik. Kita perlu terus lihat ke depan, letakkan emosi ke sebalah dan kita perlu fikir apa yang terbaik untuk rakyat dan tidak mahu rakyat rugi lagi.

“Sepanjang lima tahun lepas sebanyak RM 22.5 bilion diberi kepada Pulau Pinang yang jauh lebih banyak jumlahnya berbanding negeri lain. Komitmen dan janji yang kita telah janji sebelum ini kita teruskan.

“Contohnya kita dapat jambatan kedua Pulau Pinang yang akan siap September ini jumlahnya RM4.5 bilion, kita dapat ‘double tracking’ keretapi menelan belanja RM2.2 bilion, kita dapat ‘Mengkuang dam’ RM1.1 bilion, kita dapat pembaikan lapangan terbang RM250 juta, pelebaran jambatan Pulau Pinang 1 RM400 juta dan sebagainya lagi dijumlahkan lima tahun sebanyak RM22.5 bilion.

“Inilah satu yang dipanggil kebijaksanaan dan keperihatinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan BN lain untuk letakkan Pulau Pinang tidak kebelakang dan dapat terus berkembang dari segi ekonomi. Bayangkan kalau RM22.5 bilion ini tidak masuk Pulau Pinang lima tahun lepas, kita akan dapat ekonomi menguncup, rakyat menderita dan banyak perkara di luar dugaan kita berlaku di Pulau Pinang,” katanya.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Kalimah BiaDAP

Tindakan Lim Guan Eng membuat desakan pada 25 Disember 2012 sempena sambutan Krismas supaya Kerajaan Persekutuan memberikan kebenaran rasmi kepada penganut kristian menggunakan kalimah ALLAH didalam hal berkaitan agama kristian adalah jelas satu penghinaan terhadap Rukun Negara, mencabul Perlembagaan Persekutuan dan melanggar peruntukkan undang-undang negara!


Dan tindakan Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang membuat kenyataan bersama pada 08 Januari 2013 bahawa penganut kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH dengan alasan antara lain kononnya Islam membenarkannya membuktikan pakatan DAP-PKR-PAS adalah satu pakatan yang tidak menghormati agama Islam, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan peruntukkan undang-undang negara.

Malahan Majlis Syura PAS telah pada 13 Januari 2013 menyanggah pendirian Presiden PAS sendiri dan ketetapan pembangkang DAP-PKR-PAS dengan membuat pendirian yang sama dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan para ulama' muktabirin serta NGO-NGO Islam dengan memutuskan bahawa kalimah ALLAH hanya boleh diguna oleh umat Islam dan melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim termasuk kristian atas dasar aqidah!

Namun pembangkang, terutamanya Karpal Singh, berserta beberapa pimpinan DAP-PKR telah terus menerus mempertikaikan keputusan Majlis Syura PAS, malah ada yang mendesak supaya Majlis Syura PAS supaya menarik balik keputusan pelarangan tersebut dan akur dengan ketetapan pakatan DAP-PKR-PAS yang membenarkan kristian menggunapakai kalimah ALLAH!

Sebenarnya, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 telah memperuntukkan melalui Seksyen 91 bahawa kalimah ALLAH (termasuk beberapa perkataan dan kalimah lain saperti Baitullah, solat dan lain-lain) adalah dilarang penggunaannya oleh bukan-Islam.

Enakmen tersebut digubal oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada April 1988 (semasa dibawah pemerintahan Kerajaan BN Selangor) dan digazetkan pada Julai 1988. Enakmen yang sama juga telah digubal oleh hampir kesemua Dewan Undangan Negeri yang lain.
Bermakna hampir semua negeri telah menggubal undang-undang melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh non-Muslim.

Dan untuk memperkuatkan kedudukan, Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan ke 82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 telah menetapkan pelarangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam (sila rujuk www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-Allah).

Fatwa pelarangan Majlis Fatwa Kebangsaan ini telah diikuti oleh hampir kesemua Majlis Agama Islam Negeri-Negeri termasuk Selangor yang membuat gazet bagi fatwa tersebut pada 18.02.2010 melalui Sel. P.U. 6.

Apa yang jelas ialah sudah ada peruntukkan undang-undang yang sah dan sahih digubal melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan-Islam. Peruntukkan ini dipanggil 'Undang-Undang Anti-Dakyah Agama' yang dengan jelas menyatakan memperuntukkan "bahawa penggunaan kalimah ALLAH adalah khusus untuk umat Islam dan penggunaan kalimah ALLAH dikalangan bukan Islam adalah dilarang sama sekali dalam apa perkara yang berkaitan dengan agama mereka".

Peruntukkan undang-undang ini pula sebenarnya dibuat berdasarkan peruntukkan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan dengan jelas bahawa Parlimen dan Dewan Undangan Negeri boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama lain terhadap orang Islam. Cerita Penuh SINI


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Melayu Yang Menyokong penghina Nabi?!



Fadiah Nadwa Fikri, anak kelahiran Alor Setar Kedah ini menamatkan zaman persekolahnya pada tahun 2000 di KISAS. Beliau kini berusia 27 tahun merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa sedang bertugas sebagai peguam bersama Lawyers For Liberty.



Inilah dia natijahnya apabila fahaman mengenai Pluralisme Islam yang dibawa oleh mahkluk bangsat bernama Anwar Ibrahim semakin menular dalam benak pemikiran penjilat penjilatnya…!! Cerita seterusnya klik sini


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Siapa Bala Yang Sebenar?

KISAH SEBENAR SIAPA P.BALA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!


PRU 13 yang akan berlangsung dalam tempoh terdekat ini dijadikan sandaran utama oleh bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bala) untuk pulang ke Malaysia setelah dipanggil balik oleh pemimpin PR untuk membantu mereka dalam kempen.

Isi kempen pastinya tidak lari dari menyentuh perihal kes pembunuhan model Mongolia,Altantuya Shariibu yang merupakan kekasih gelap kepada Razak Baginda di mana PR cuba mengaitkan kematian wanita itu dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib.Kepulangan Bala tentulah tidak secara percuma,ada habuannya dari PR sementelah lagi sepanjang perlariannya di India selama beberapa tahun lepas segala perbelanjaan dan kos kehidupannya di sana mendapat sokongan kewangan daripada pemimpin parti pembangkang.


Malah setibanya Bala di KLIA yang disambut oleh lebih kurang 50 orang pemimpin dan penyokong PKR,perkara pertama yang dilakukannya ialah membuat pengakuan bahawa Akaun Bersumpah (SD) pertamanya adalah yang sebenar-benarnya manakala SD kedua pula adalah palsu.Dua SD yang berbeza isi kandungannya oleh orang yang sama, agaknya siapakah dikalangan rakyat negara ini yang masih mahu meletakkan kepercayaan terhadap kredibiliti dan kewibawaan Bala dalam isu kematian Altantuya? Cerita Penuh SINI


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Lahat Datu : Kita Sanggup Dijajah Kuasa Asing?!

SAH!!! Ini antara agenda busuk sesetengah pihak yang sanggup melakukan apa sahaja demi memiliki kuasa! 

Kes pencerobohan di Lahad Datu yang disah melibatkan Kesultanan Sulu, sehingga kini dilihat masih berkeras seolah-olah mahu mencabar kedaulatan Malaysia. 

Sebagaimana apa yang diduga oleh Dr Chandra, mungkinkah kes di Lahad Datu ini melibatkan ahli politik? 

Isu tuntutan yang kononnya diwar-warkan, hal-hal yang mengenai negeri Sabah, telahpun timbul sejak tahun 1962 lagi dan ia boleh dikatakan sebagai 'sejuk', tetapi persoalan utamanya adalah, kenapa ia timbul sekarang? Menjelang pilihanraya? 

Maka persoalan sebegini perlu difikirkan sendiri oleh rakyat Malaysia dan pengundi-pengundi seluruh negara. 

Kenapa ahli politik perlu menggunakan senjata api, hal yang melibatkan nyawa, ancaman dan kedaulatan negara semata-mata mahu merampas kuasa? 

Pembangkang yang bergantung seratus peratus pada dana dan kekuatan negara asing, perlu ditolak oleh 28juta rakyat Malaysia kerana ia secara jelas akan menggelapkan masa depan negara! 

Apakah kita sanggup dijajah kuasa asing? 

Belum lagi bicara soal SOROS, organisasi 'simbol genggaman tangan' yang didalangi pencetus huru-hara seluruh dunia yang kini telah dibawa masuk dalam negara (Bersih), mempertahankan keselamatan rejim zionis Israel dan sebagainya! 

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu, WAJIB tolak Anwar Ibrahim dan semua pemimpin utama pembangkang! 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pasukan Kedah Sedia Zahirkannya Di Kertas Undi

Ketua UMNO Merbok Datuk Haji Tajul Urus Hj. Mat Zain yakin pengundi kawasan itu akan bersama Barisan Nasional (BN) untuk sama-sama membantu membentuk sebuah kerajaan yang kuat di peringkat pusat selain membantu kemenangan BN menerajui semula negeri Kedah.


Menurut beliau mereka bersedia sepenuhnya untuk bersama BN memandangkan mereka telah melihat dan merasai bagaimana sebuah negeri yang ditadbir oleh Pas selain melihat dengan mendalam komitmen kepimpinan BN khususnya pembaharuan yang dibawa oleh Datuk Seri Najib untuk rakyat.

“Selain daripada itu kita lihat bagaimana komitmen serta kesungguhan pimpinan BN peringkat bahagian hinggalah ke peringkat akar umbi….. peranan Datuk Seri Najib menerusi pelbagai transformasi untuk bantu golongan peringkat bawahan dan semua peringkat.

“Apa yang Datuk Seri Najib utarakan dan laksanakan hari ini cukup berbeza jika kita bandingkan dengan pembangkang. Bantuan kepada kumpulan nelayan dan sebagainya..itu adalah antara komitmen kita membantu rakyat.

“Kerajaan negeri pula terbukti lemah. Jangan kita beranggapan sesiapa sahaja jadi kerajaan dia boleh buat macam mana kita boleh buat. Sebab itu kita yakin nelayan di kawasan Merbok 90 peratus akan sokong BN. Begitu juga dengan penduduk serta pengundi lain yang rata-rata sedia untuk menterjemahkan sokongannya pada hari pengundian nanti,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau seterusnya mengingatkan rakyat khususnya para pengundi agar tidak salah langkah umpama pepatah yang menyebut yang “dikejar tak dapat yang dikendong pula keciciran”.

“Merbok adalah Sg Petani moden….Insyaallah kita akan terus perhebatkan dengan pelbagai pembangunan untuk kepentingan penduduk setempat,” katanya. - MU


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pakatan Taiko Di Johor?!

Perbalahan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Johor berpunca daripada sikap DAP yang menganggap dirinya ‘taiko’ atau ‘abang besar’ dalam Pakatan Rakyat (PR), kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.


Ahli Parlimen Johor Baru itu berkata, disebabkan anggapan itu, DAP mahu PKR dan PAS mengikut telunjuknya dalam isu pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Di Johor, memang DAP menganggap dia sebagai ‘taiko’ atau ‘big brother’ di dalam PR. Bermakna PKR dan PAS kena dengar cakap DAP dan harapkan sokongan DAP untuk menang mana-mana kerusi di Johor.

“PKR (dan PAS) di Johor kena mengakulah yang mereka tidak kuat dan terpaksa bergantung pada ‘big brother’ DAP, itu adalah keadaannya,” kata Shahrir kepada Bernamapada satu wawancara di sini, baru-baru ini.


DAP, menurut beliau, bersikap tamak dan mahu memonopoli kesemua kerusi di mana majoriti pengundinya adalah kaum Cina, kerana perjuangannya hanyalah untuk satu kaum sahaja.

Bekas menteri kabinet itu berkata perbalahan DAP-PKR Johor jelas membabitkan isu pengagihan kerusi PRU-13 terutama Parlimen Gelang Patah.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menuduh rakan sejawatannya daripada PKR, Datuk Chua Jui Meng sebagai seorang yang “arrogant” (angkuh) serta bertanggungjawab melancarkan “serangan hendap” terhadap DAP di Johor.

Dr Boo, anggota Dewan Undangan Negeri Skudai, mahukan pucuk pimpinan PKR melucutkan jawatan Chua, tetapi Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail enggan berbuat demikian dan mempertahankan Chua.

Shahrir berkata, dalam isu perbahagian kerusi pilihan raya di dalam PR, hakikat yang perlu diterima oleh PAS serta PKR adalah keputusan akhir mengenai perkara itu terletak di tangan DAP.

“PAS dan PKR perlu mendengar cakap DAP. Malah pemimpin-pemimpin PAS Pusat yang mahu bertanding di Johor pun akan mencari kawasan-kawasan yang mempunyai pengundi Cina yang ramai,” katanya.

Semua pihak katanya, mengetahui bahawa pilihan raya umum kali ini adalah pertembungan dua penjuru di antara Barisan Nasional (BN) yang berjuang untuk pelbagai kaum dan DAP, yang hanya fokus terhadap kepentingan satu kaum sahaja.

Shahrir menolak jangkaan PR bahawa pakatan itu akan memperoleh kemenangan besar di Johor pada PRU13, dan menyifatkannya jauh tersasar daripada realiti.

Keadaan pada masa ini, kata Shahrir, telah jauh berubah berbanding pada tsunami politik pada pilihan raya umum 2008 di mana pembangkang berjaya memperolehi satu kerusi Parlimen dan enam kerusi DUN di Johor.

Pada pilihan raya itu, calon-calon DAP menang di kerusi Parlimen Bakri manakala kerusi DUN pula adalah di Skudai, Bentayan, Mengkibol dan Senai, manakala kerusi DUN di Maharani serta Sungai Abong dimenangi PAS.

“Keadaan sudah pun berubah (berbanding 2008) dan kita BN di Johor bukan kita duduk diam, kaku dengan keadaan yang dirasakan penting tetapi sebaliknya kita sudah merubah cara dan pendekatan kita,” katanya.

Sejak 2008, kata Shahrir, BN Johor telah memperbaiki beberapa kelemahan selain berusaha meningkatkan sokongan rakyat terhadapnya.

“Ia (usaha keras BN Johor) telah berjalan sejak empat tahun lepas dan sebab itu kini kita sudah bersiap sedia untuk berdepan dengan pilihan raya umum,” kata beliau.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Manifesto Pembangkang Basi

Manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dibentangkan oleh pembangkang semalam adalah perkara basi dan jelas menggambarkan kecelaruan dalam pakatan mereka, kata Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Menurutnya kandungan manifesto berkenaan seolah-olah dikitar semula daripada agenda Buku Jingga yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri dialog bersama pengusaha-pengusaha industri pelancongan di sini, beliau berkata selain gagal memperkenalkan sesuatu yang baharu, pakatan pembangkang ini juga gagal menjelaskan tentang kepimpinan mereka sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan.

“Mereka masih bercelaru (tentang siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika dapat menubuhkan kerajaan).

“Sekejap mereka katakan (pemimpin pembangkang, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim). Kemudian orang lain. Bagi mereka, sesiapa sahaja (di kalangan mereka) boleh menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Sarawak mengulas manifesto pakatan pembangkang yang antara lain menjanjikan usaha memerangi rasuah, penurunan harga minyak dan pendidikan percuma.
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Subang Sudah Siap Siaga

UMNO Bahagian Subang kini sedang menggandakan usaha bagi memastikan jentera Barisan Nasional di setiap Pusat Daerah Mengundi dan cawangan kini bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran parlimen yang boleh berlaku pada bila-bila masa.

Ketuanya, Datuk Bushro Mat Johor berkata, kini lebih daripada 90 peratus cawangan-cawangan yang berada di bawah bahagian Subang sudah bersiap sedia menunggu semboyan pilihanraya ditiupkan oleh Presiden parti tidak lama lagi.

“Kami di Subang membuat persiapan awal supaya segala gerak kerja bila tiba masa pilihanraya kelak akan berjalan dengan teratur. Kita telah memperkemas kinikan segala struktur jawatankuasa gerak kerja di setiap cawangan dan PDM, untuk memastikan jentera-jentera BN dalam keadaan bersiap siaga menghadapi kemungkin piliahnraya yang bakal diadakan pada bila-bila masa,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Menurut beliau lagi, UMNO Bahagian Subang juga telah terus melipat kali gandakan usaha memberi penerangan dengan merangka beberapa siri program penerangan di kawasan-kawasan PDM sekitar bahagian tersebut.

“Baru-baru ini kami mengadakan program penerangan bertempat di Bandar Baru Sungai Buloh di mana kami menjemput Ustaz Fathul Bari bagi menjelaskan isu-isu semasa dan menjawab segala tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan Pembangkang,” ujarnya.

Manakala Ketua Pemuda UMNO Subang, Datuk Harisson Hassan pula berkata, pemuda pula mengorak langkah untuk mendekati pemuda-pemuda di sekitar kawasan tersebut dengan mengadakan program turun padang, santai bersama pemuda dan sebagainya.

“Kita tahu bahawa golongan muda merupakan peratusan yang paling tinggi sebagai pengundi. Justeru itu, Pemuda Subang mengambil pendekatan untuk mendekati dan menyelami sebarang permasalahan yang dihadapi oleh anak muda di kawasan ini.

“Selain itu, kami juga secara berterusan mengadakan aktiviti-aktiviti sukan yang menjadi kegemaran pemuda seumpamanya bola sepak dan futsal dan Alhamdulilah setakat ini, kita menerima respon postif daripada anak-anak muda di sekitar kawasan ini,” jelasnya.

Jelas beliau, program yang melibatkan pengundi-pengundi muda ini dilihat penting untuk diadakan secara berterusan untuk memastikan bahawa UMNO sentiasa dilihat dekat dihati pemuda serta memahami denyut nadi dan inspirasi mereka sebagai pelapis kepimpinan negara di masa akan datang,” jelasnya. - MU

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Pakatan Rakyat Sudah Putus Asa?!

Pakatan pembangkang melancarkan manifesto untuk berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tanpa ‘tuan’ lantaran jawatan Perdana Menteri masih tidak diumumkan dan terus diragui wujudnya individu yang layak dalam pakatan terbabit.

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Tan Sri Abdul Aziz Rahman menganggap manifesto pakatan pembangkang yang dilancarkan semalam ibarat tidak beribu dan berbapa.

“Sepatutnya, seorang pemimpin yang berwibawa akan berdiri teguh di belakang manifesto yang dilancarkan untuk menjadi ikon atau lambang kepada keseluruhan rakyat bahawa inilah Perdana Menteri yang akan menerajui pentadbiran negara sekiranya pakatan pembangkang berjaya mendapat mandat selepas PRU ke-13 nanti,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau, dalam keadaan manifestonya yang dipertikaikan banyak pihak maka tentunya penilaian dapat dilihat bagaimana keadaan yang wujud dalam pakatan pembangkang apabila tidak ada seorang pun pemimpin di kalangan mereka yang sanggup menggalas kesemua janji-janji yang terlakar di dalamnya.

“Ini menunjukkan mereka sendiri masih teraba-raba untuk menentukan hala tuju dan matlamat utama dalam penggabungan pembangkang sebagai satu pakatan sebagaimana idealogi dan agenda utama antara Pas, DAP dan PKR tidak selari,” katanya.

Persoalan berkaitan siapa Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam PRU ke-13 masih tidak dijawab sebaliknya alasan yang diberi kononnya akan ada elemen kejutan kerana pakatan itu telah memilih calon dan bakal mengumumkannya apabila tiba masa yang sesuai.

“Tidak ada apa yang perlu dikejutkan berkaitan kepimpinan dalam pakatan pembangkang kerana rakyat telah kenal semuanya, tahu nilai kepimpinan mereka dan kononnya ada kejutan hanyalah sandiwara untuk menutup persoalan rakyat.

“Sehingga ke hari ini kita tidak melihat mana-mana pemimpin pun yang layak untuk menerajui kepimpinan tertinggi negara walaupun PKR, Pas dan DAP telah mentadbir empat negeri sepanjang penggal ini tetapi tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan atau dijadikan sebagai kayu ukuran bagi meletakkan mereka sebagai bakal Perdana Menteri.”

Tegas beliau lagi, kewujudan manifesto adalah berpaksikan kepada kewibawaan pentadbirnya tetapi apa yang ditunjukkan oleh pakatan pembangkang jelas menimbulkan kekeliruan lantaran ia dilaksanakan tanpa ‘tuan’.

Manifesto pakatan pembangkang yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ dibentangkan bersama oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Ahli jawatankuasa Pas Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden DAP M Kulasegaran.

“Keadaan tersebut tidak pernah berlaku dalam Barisan Nasional (BN) kerana kepribadian dan kebolehan seseorang Perdana Menteri itu adalah cermin kepada manifestonya. Kebiasaannya manifesto BN akan diumumkan oleh bakal Perdana Menteri iaitu Pengerusi BN dengan sokongan penuh semua anggota kompenan parti di dalamnya.

“Persoalannya, kalau ketua tak ada macam mana manifesto terbabit mahu dilaksanakan kerana segala janji-janji akan dimuktamadkan oleh seorang ketua sebagai teraju dalam kepimpinnya tetapi malangnya ia tidak berlaku dalam pakatan pembangkang.” - MU

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Hadi Samakan Kerajaan Dengan Firaun


Kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sama seperti yang dilakukan oleh Firaun, dipercayai mahu menutup isu kalimah suci Allah.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad berkata isu penggunaan kalimah Allah memberi tamparan hebat kepada Pas apabila keputusan dikeluarkan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang menyokong penggunaan kalimah tersebut oleh orang bukan Islam, disanggah Majlis Syura Ulama Pas.

“Isu kalimah Allah perkara berat, selepas Majlis Syura Pas kata kalimah Allah tak boleh diguna oleh bukan Islam, Abdul Hadi patut bawa perkara tersebut kepada mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang.

“Abdul Hadi kena tarik balik kenyataan tersebut selepas Majlis Syura buat keputusan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Akhbar pada Selasa melaporkan Abdul Hadi ketika berucap pada konvensyen pakatan pembangkang di Shah Alam semalam (Isnin), berkata usaha kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir ribuan tahun dahulu.

Abdul Hadi dipetik berkata tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodoh-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.

Wan Ismail yang juga antara pengasas Pas Kelantan turut membidas tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha kerajaan pusat memberi pelbagai bantuan kepada rakyat seolah-olah memberi hampas kelapa, padi dan jerami kepada ayam dan lembu.

Beliau percaya orang ramai tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan itu.

hakikatnya?? Klik sini : Tanda-kebangkitan-firaun-di-kelantan



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 27 February 2013

Cuepacs Beri Peringatan

Penjawat awam termasuk pesara kerajaan perlu menghargai kerajaan sedia ada yang telah melakukan pelbagai penambaikan dan transformasi dalam sektor itu dengan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman berkata kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan banyak penambahbaikan dalam sektor itu dengan memberikan 18 manfaat, antaranya kenaikan gaji, pangkat, gaji minimum dan gaji maksimum.

“Sudah bagus sekarang kerana skim pencen pun naik sebanyak dua peratus setahun. Pesara kerajaan perlu taat setia kepada kerajaan sekarang.

“Sebagai pemimpin kesatuan, saya menasihatkan ahli-ahli sebagai anggota perkhidmatan awam, kita patut tahu mana yang baik dan buruk,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan Kad Skuad Pengguna kepada anggota Cuepacs di sini, Selasa.

Sehubungan itu, beliau berkata golongan itu perlu menghargai setiap pemberian kerajaan kerana sekiranya pembangkang memerintah negara ini segala manfaat belum tentu kekal.

Beliau juga berkata penjawat awam perlu bersiap sedia dan melakukan transformasi minda apabila kerajaan melaksanakan transformasi sektor perkhidmatan awam.

“Sama ada berpendapatan tinggi dan boleh atau tidak buat kerja, kita perlu bersiap sedia. Kalau tidak boleh, baik berhenti sahaja,” katanya.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, beliau berkata pemberian bantuan itu membuktikan BN prihatin terhadap golongan rakyat berpendapatan rendah termasuk penjawat am.

“Tidak ada benda yang tidak boleh dibuat kerana negara sekarang mempunyai banyak wang. Orang tidak ada kerja pun dapat wang,” katanya.

Bantuan RM500 diberikan kepada setaip isirumah dan RM250 seorang kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah di bawah program BR1M.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Penjawat Awam Bakal Diambil Tindakkan

Penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan politik tanpa kebenaran daripada ketua jabatan ataupun berpolitik dalam waktu kerja boleh dikenakan tindakan tatatertib, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengeluarkan Pekeliling yang membenarkan kumpulan pelaksana iaitu dari Gred 1 hingga Gred 40 terlibat di dalam politik dan mereka perlu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan di dalam pekeliling tersebut.

Syarat-syarat tersebut antaranya mesti mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan dan berpolitik selepas waktu pejabat.

“Kalau ada kes (yang melanggar syarat tersebut), kita patut bertindak di atas maklumat yang tepat, tidak boleh bertindak atas dasar orang kata itu, orang kata ini,” katanya dalam sesi soal jawab pada perhimpunan khas bersama pemimpin Cuepacs di sini hari ini.

Seorang wakil Kedah mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan segera ke atas penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam politik pembangkang kerana ia dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada sektor awam.

Muhyiddin berkata laporan yang lengkap dengan maklumat yang tepat perlu dikemukakan kepada JPA untuk siasatan sebelum sebarang tindakan dikenakan.

“Untuk menentukan ada asas keadilan dalam tindakan kita, jika benar-benar mereka lakukan mesti ada laporan, JPA dan bahagian tatatertib mesti berpandukan kepada laporan, itupun tidak semestinya diterima bulat-bulat,” katanya.

Beliau berkata ia penting supaya apabila sesuatu tindakan diputuskan ke atas penjawat awam yang melanggar syarat tersebut, ia tidak dianggap sebagai satu penganiayaan kepada mereka.

“Apa pun mesti berpandukan kepada Pekeliling dan maklumat yang tepat yang ada sebelum tindakan diambil,” katanya.

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata adalah lebih baik untuk penjawat awam menumpukan perhatian terhadap tugas mereka selain berpolitik.

“Kita sudah tandatangan akujanji, jadi lebih baik tumpu agenda penjawat awam, kalau nak berpolitik juga, minta kebenaran, jangan berpolitik pada waktu kerja,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu, bercakap di hadapan 3,000 pemimpin Cuepacs seluruh negara, Muhyiddin berkata kerajaan tidak mungkin dapat melaksanakan segala keperluan dan hajat rakyat tanpa perjuangan dan sumbangan daripada penjawat awam.

“Ini kerana, saudaralah yang menjadi tonggak yang telah dapat memikul amanah menterjemahkan dasar kerajaan supaya rakyat dapat menerima kesannya dan keadaan mereka bertambah lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata dengan sumbangan penjawat awam di seluruh negara, kerajaan mencatat banyak kemajuan dan dapat meletakkan negara dalam keadaan yang cukup baik serta diiktiraf antara negara membangun yang paling maju.

“Hal ini berlaku kerana adanya persefahaman dan kesediaan saudara bersama dengan pemimpin untuk memikul tugas yang berat, ini bukan mudah untuk kita laksanakan tugas dan tanggungjawab kita kerana di hadapan kita mempunyai sejumlah lebih 28 juta rakyat semuanya mempunyai aspirasi dan mahu kerajaan membuat sesuatu untuk menambah baik kehidupan mereka.

“Mereka mahu lebih berjaya, mereka mahu hidup dalam keadaan lebih selesa dan harapan yang mereka letakkan adalah pada pihak pimpinan kerajaan, kerajaan harus boleh berbuat sesuatu untuk memperbaiki kehidupan mereka,” katanya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Fakta Ketidakserasian Pakatan Pembangkang


Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan melihat kecelaruan di kalangan parti pembangkang menjelangnya pilihan raya umum ini menunjukkan kepada rakyat mereka tidak serasi.

Menurut beliau apa yang berlaku itu juga menunjukkan masing-masing mahu menjadi juara dan bukannya meletakkan agenda untuk kepentingan rakyat sekaligus boleh dibuat kesimpulan bahawa mereka tidak bersedia untuk menerajui negara.

"Apa yang berlaku ini menunjukkan mereka tidak serasi. Masing-masing mempunyai agenda. Tidak ada hasrat mendahulukan rakyat selain membangunkan negara. Masing-masing mahu menjadi juara semata-mata.

“Untuk menutup segala yang terdedah itu pada kaca mata rakyat, mereka hari ini menggunakan pelbagai kaedah bagi menunjukkan kesatuan di kalangan mereka yang makin kucar-kacir,” katanya kepada UMNO-Online, hari ini.

Sambil menyifatkan apa yang berlaku itu akan berterusan, beliau seterusnya menambah perkembangan mutakhir itu adalah satu petunjuk kepada rakyat bahawa apa sahaja boleh berlaku di dalam hubungan parti pembangkang terbabit.

“Saya percaya perkara ini akan berterusan bukan sahaja menjelangnya pilihan raya umum ke-13, malah selepas pilihan raya pun mereka akan terus celaru. Ini hanyalah sebahagian isyarat awal ke arah itu.

“Berbanding kita dalam Barisan Nasional (BN) segala-galanya adalah untuk rakyat dan negara dengan meletakkan agenda pembaharuan demi kepentingan bersama. Kita yakin rakyat akan melihat melihat dan membuat perbandingan mengenai soal ini,” katanya. – MU



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Anwar Dan Sifat Sesumpah

Bagi mereka yang mengenali Anwar Ibrahim sudah pasti akan dapat menghidu sikap sesumpah ketua pembangkang ini malah Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad sendiri pernah menyifatkan Anwar sebagai sesumpah.

Tun Mahathir melabelkan Anwar demikian ketika sidang media selepas majlis taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara pada Februari tahun lalu malah sebelumnya, gelagat ‘sesumpah’ Anwar pernah diingatkan oleh bekas Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik ketika berucap di Jalan Padang Tembak, Air Itam, Pulau Pinang pada 2008.

Selaras dengan itu, EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam tidak hairan dengan Anwar Ibrahim yang sentiasa berubah pendirian mengikut keadaan dan situasi untuk mengambil kesempatan keadaan sekelilingnya.

“Anwar akan menukar dirinya mengikut setuasi. Kalau dia dengan kaum Cina, dia hentam Dasar Ekonomi Baru. Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam. Gelagat Anwar ini penuh tipu muslihat. Rakyat harus berhati-hati dengan sesumpah politik ini,” katanya.

Menyingkap antara sifat ‘sesumpah’ Anwar adalah perancangannya menukar kerajaan yang sah pada 16 September 2008. Ucapannya dalam satu majlis di Jakarta pada tahun berkenaan adalah mengumumkan dengan bangganya untuk merehatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Saya tetap pada target saya, 16 September menjadi waktu untuk mengistirehatkan Badawi. Untuk itu, saya rileks sebentar sehari lompat ke Jakarta, berdiskusi dan bertemu dengan sahabat-sahabat saya di Indonesia,” kata Anwar yang dipetik oleh wartawan akhbar republik itu. Namun semua maklum itu hanya impian dan pembohongannya sehingga hari ini.

Blog terkemuka Amerika, The New Ledger pernah melondehkan lagi tembelang Anwar di luar negara dan antara artikel dalam blog tersebut mendedahkan betapa Anwar sebelum ini yang dalam ‘pelarian’ ke AS telah mewujudkan hubungan baik dengan tokoh-tokoh ‘American Jews’ (Yahudi Amerika) seperti Paul Wolfowitz dan Al Gore. Anwar benar-benar ‘manis mulut’ ketika itu. Begitulah akrabnya Anwar dan Yahudi. Tapi itu adalah ketika Anwar di luar negara. Apabila dia kembali ke Malaysia, sikapnya berubah menjadi sebaliknya.

“Menyedari rakyat Malaysia tidak suka dengan Yahudi maka Anwar terpaksa bertukar warna seakan-akan anti Yahudi dan Amerika apabila berada dalam negara. Jangan kita lupa ketika Anwar aktif bersama ABIM, dia sebenarnya dijangka menyertai Pas kerana Anwar adalah anak angkat kepada Allahyarham Yusof Rawa, seorang tokoh Pas yang terkenal.

“Tapi bila Tun Mahathir mengundang Anwar masuk UMNO, dia dikatakan memujuk rakan-rakannya dalam ABIM dan Pas kononnya dia masuk UMNO sebab nak putihkan UMNO. Pada UMNO pula dia kata dia masuk UMNO sebab percaya pada perjuangan UMNO memertabatkan Islam, Melayu dan Malaysia. Lihatlah sifat Anwar ini,” ujarnya.

Tambah beliau, satu lagi contoh terbaik adalah pengakuan Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Murad Khalid berkenaan dakwaan Anwar mengawal lebih 20 akaun membabitkan nilai RM3 bilion semasa menjadi Menteri Kewangan. Sehingga kini Anwar tidak mampu untuk menjawab isu ini dan terus berdolak dalik untuk melindungi segala ‘warna’ yang ada pada dirinya.

“Kini, menjelang PRU-13, sifat sesumpah Anwar lebih ketara. Oleh itu, rakyat harus terus berwaspada dengan sifat licik Anwar yang suka menangguk di air keruh. Apatah lagi apabila isu kalimah Allah menjadi kontroversi.

Tambahnya, untuk mendapatkan undi orang Kristian, Anwar sanggup menggadaikan agama Islam.

“Kita rakyat Malaysia yang waras, janganlah meniru dan menyokong Anwar kerana agama Islam bukan untuk dipolitikkan dan jangan kerana mahu berkuasa, agama dipertaruhkan,” tambahnya lagi. - MU

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

13,291,385 Orang Sah Jadi Pengundi PRU-13

Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.


Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

“Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian),” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di sini hari ini.

Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri.

Sementara itu, mengulas desas-desus ramai peserta Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2013 (LIMA 2013) dari luar negara akan menarik diri jika Dewan Rakyat dibubarkan sebelum acara tersebut berlangsung, Abdul Aziz berkata secara peribadi, beliau merasakan tidak ada masalah untuk menganjurkan pameran tersebut sebelum PRU-13.

“LIMA 2013 akan berlangsung selama lima hari pada 26 hingga 30 Mac depan, dan perancangan untuk itu telahpun dibuat sejak dua tahun lepas. Tempoh masa Dewan Rakyat masih ada sehingga 30 April ini,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menjadi Menteri Pertahanan, jadi beliau lebih arif berhubung kepentingan pelaburan asing dengan penganjuran LIMA 2013.

Abdul Aziz berkata Perdana Menteri tahu masa yang sesuai untuk membubar Dewan Rakyat dan menganjurkan LIMA 2013.

“Perdana Menteri, dia dah biasa dengan LIMA ni, Perdana Menteri jugalah yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong bila nak bubar Dewan. Pandangan saya tidak mungkinlah (LIMA bertembung dengan PRU-13),” katanya

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

BN Bakal Diberi Mandat

Barisan Nasional Selangor optimis bahawa peluang amat cerah untuk kembali memerintah Selangor selepas PRU ke 13 nanti. Kesiapsiagaan parti juga berada dalam keadaan optimum dan bersedia untuk digerakkan semasa tempoh kempen. Malahan, gerak kerja terperingkat sudah pun dimulakan sehingga di peringkat Pusat Daerah Mengundi (PDM).

Setiausaha Barisan Nasional Selangor, Dato’ Hj. Mohammed Idris. B. Abu Bakar berkata, satu mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi BN Selangor dan semua Pengerusi BN Bahagian Selangor di telah diadakan pada 23 Feb di PWTC dan ianya dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

“Beberapa perkara penting telah diputuskan sebulat suara oleh semua JK Tertinggi iaitu lantikan jawatan YAB Dato’ Sri Najib Razak sebagai Pengarah Pilihanraya BN Selangor manakala Koordinator BN Selangor, Dato Sri Ir Mohd Zin Mohamed sebagai Timbalan Pengarah Pilihanraya Selangor.Semua kepimpinan BN Selangor menyambut baik keputusan tersebut dan ianya akan menjadi pengorak langkah kepada usaha BN menawan kembali Selangor.

Satu simulasi khas Pilihanraya juga akan diadakan dalam masa terdekat ini bagi membiasakan seluruh jentera termasuk memastikan segala persiapan dalam keadaan sempurna. Simulasi ini akan melibatkan semua peringkat parti dan cabang termasuk gerak kerja kempen yang bersepadu di peringkat PDM,” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, jentera di peringkat PDM akan menjadi teras utama parti supaya segala bahan kempen dan maklumat dapat terus disampaikan kepada akar umbi. Persiapan diperingkat PDM juga akan diaudit bagi memastikan keselarasan tindakan.

“Kesepakatan dan kerjasama seluruh komponen dan peringkat dalam Barisan Nasional Selangor merupakan teras utama BN Selangor dalam menghadapi PRU akan datang.

Semoga hasil perbincangan ini dapat diterjemahkan kepada tindakan seterusnya memastikan usaha BN menawan Selangor menjadi kenyataan,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Selangor.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Golongan Muda Mesti Diberi Peluang

Pengundi baru dan pengundi muda yang berjumlah 250 ribu di Perak dan 1.3juta di seluruh negara adalah penentu kepada kemenangan parti parti yang bertelagah pada PRU kali ini. Pengundi muda telah menunjukkan signal bahawa faktor calon memainkan peranan penting dalam keputusan mereka untuk mengundi.


Bagi mereka parti tidak penting. Mereka tidak pedulikan parti apa yang bertanding. Yang penting bagi mereka ialah parti boleh meletakkan calon muda bagi mewakili orang muda didalam DUN dan Parlimen.

Harapan orang muda yang non partisan ini perlu diambil perhatian oleh PM. Calon orang muda perlu diketengahkan. Malah ketua ketua pemuda UMNO Bahagian rata rata telah menunjukkan kredibiliti mereka. Ketu ketua pemuda umno Bahagian dilihat lebih agresif dalam menjalankan program program yang berbentuk kerakyatan dan mampu mendekati hati rakyat.

Tiba masanya PM mengambil ketua ketua pemuda UMNO Bahagian untuk diletakkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri di Parlimen masing masing. Calon payung terjun dan calon yang telah beberapa penggal menjadi wakil rakyat kini dilihat sudah ditolak oleh pengundi muda. 

Amat penting golongan golongan lama didalam umno berkorban demi parti dan memberi peluang kepada orang baru untuk berkhidmat kepada rakyat. Dengan tenaga muda pastinya kawasan yang mereka wakili dapat dimajukan dengan lebih giat lagi.

Lihat sahaja contoh di Perak, dimana wakil rakyat yang berusia, tidak mampu untuk memajukan kawasan mereka setelah beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Amat malang bagi rakyat perak kerana ramai golongan muda tak diberi peluang untuk berkhidmat setelah sekian lama di proses didalam kilang pemuda UMNO. Dan akhirnya idea dan tenaga golongan muda ini digunakan oleh pihak pembangkang.

Faktor calon yang terdiri dari kelompok setpol dan pegawai khas menteri menteri juga tidak sesuai diletakkan sebagai calon kerana mereka tidak memahami denyut nadi rakyat tempatan kerana calon calon sudah terlalu lama berada di Putrajaya dan tidak balik ke kawasan. Ada diantara mereka yang melobi Perdana Menteri untuk menjadi calon dengan menggunakan pengaruh mereka yang rapat dengan menteri menteri. Budaya seperti ini perlu dikikis.

Pemuda perlu di latih untuk menjadi pemimpin. Latihan sebagai pemimpin di peringkat bahagian mereka telah berjaya. Dan kini latihan sebagai Wakil Rakyat bagi kawasan mereka pula perlu di beri sebagai persediaan menggantikan pemimpin lama yang semakin dimakan usia. 

Harus diingat, bahawa wakil rakyat bukanlah satu "kerjaya" tetapi wakil rakyat adalah satu amanah. Amanah ini perlu dipikul oleh calon yang bertenaga dan berfikiran segar. Wakil wakil rakyat lama perlu ikhlas dan mereka juga telah diberi peluang beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Dan majoriti dari wakil rakyat lama ini sudah tidak mampu lagi untuk bersaing dengan calon calon dari pembangkang yang meletakkan calon calon muda dari parti mereka.

Tiba masanya pengorbanan wakil rakyat lama ini ditagih. Berkorbanlah demi parti, agama, bangsa dan negara. Sokonglah golongan muda ini pula untuk berkhidmat kepada masyarakat. Umno perlu diremajakan demi survival parti umno. Keremajaan umno akan terserlah hanya dengan meletakkan pemikiran muda dalam saf kepimpinan kerajaan negeri bagi membantu YAB Dato Seri Zambry Menteri Besar Perak. Setelah mereka berpengalaman menguruskan negeri maka mereka pasti mampu juga untuk menguruskankan negara pada masa hadapan sebagai kesinambungan hasil pengeluaran kilang Pemuda UMNO. - Sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

PKNS Sudah Terpesong Dari Tujuan Asal

Pengerusi Gerakan Rakyat Prihatin (GPRS), Datuk Sohaimi Shahadan mendesak kerajaan negeri Selangor agar membatalkan projek perumahan Datum Jelatek di Kg. Dato Keramat yang disifatkan beliau sebagai sebuah projek yang menindas rakyat serta tidak memberikan sebarang manfaat dan keuntungan terhadap rakyat setempat.


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menurut beliau perlulah merancang projek perumahan yang lebih sesuai mengikut keadaan sesebuah tempat dan sebagai sebuah syarikat perumahan untuk bumuputra, PKNS tidak perlu bersaing dengan syarikat perumahan swasta yang bermotifkan keuntungan semata-mata.

“Rakyat di sini telah meluahkan rasa kekecewaan yang amat sangat dengan PKNS, Menteri Besar dan juga Azmin Ali selaku pengerusi PKNS dengan hasrat mereka untuk melaksanakan projek mega seperti ini.

“Rakyat juga tahu bahawa projek Datum Jelatek turut melibatkan pelabur asing dari luar negara yang bakal mengambil hak-hak penduduk setempat di kawasan ini. Saya yakin dan percaya, dengan harga jualan kondominium super mewah 45 tingkat Datum Jelatik yang ditawarkan dari RM 956,000 hingga RM 11.6 itu, tidak ada yang mampu untuk membeli dan memiliki rumah yang bakal di bina melalui projek itu,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Beliau seterusnya membidas perancangan PKNS yang mahu melaksanakan projek perumahan seperti ini yang begitu jelas sekali tidak relevan untuk dibangunkan di kawasan tersebut, di mana harga rumah yang bakal dijual mencecah jutaan ringgit yang sudah pasti tidak mampu dimiliki oleh penduduk di kawasan tersebut.

“PKNS hari ini saya lihat sudah tersasar daripada matlamat asal penubuhannya untuk membina rumah-rumah kos rendah dan mampu milik di Selangor. Dengan perancangan projek mega Datuk Jelatek ini, sudah jelas bahawa PKNS telah menyimpang dari matlamat asalnya semata-mata mahukan keuntungan yang lebih dan sehingga sanggup mengenepikan hak-hak penduduk kawasan ini.

“Bahkan tindakan mereka yang sama sepertimana tindakan kerajaan Pulau Pinang yang membawa masuk pelabur-pelabur asing dari luar negara seperti Singapura ini dilihat sebagai satu ancaman terhadap pemilikan hartanah bumiputera di kawasan ini,” tegasnya.

Terdahulu semalam, beliau bersama kira-kira 100 orang wakil persatuan penduduk beserta beberapa NGO telah mengadakan tinjauan ke tapak projek tersebut dalam satu demonstrasi aman bagi membantah perlaksanaan projek Datum Jelatek itu.

Antara pemimpin yang turut hadir dalam demonstrasi aman itu ialah Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak, Dato Megat Zulkarnain Omar Din, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, Presiden Gerakan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS),Hamidzun Kahiruddin dan beberapa pemimpin penduduk setempat.a






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Wanita Tubuh Pasukan Khas?!

Wanita Barisan Nasional (BN) menubuhkan pasukan khas dari rumah ke rumah bagi memberi penerangan serta menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang, terutama ketika pilihan raya yang sering disasar kepada suri rumah.

Pengerusi Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata pewujudan pasukan itu penting kerana kunjungan dari rumah ke rumah memberi kesan ketara dalam mempertingkat sokongan rakyat.

“Jentera pilihan raya Wanita BN kini berada di fasa terakhir, dan kita perlu lipatgandakan usaha bagi menangkis tohmahan dan fitnah yang dilempar pembangkang.

“Pembangkang sudah ketandusan isu dan hanya bersandarkan fitnah dan tohmahan untuk meraih sokongan rakyat. Kita mesti ingatkan pengundi supaya mengundi bukan mengikut emosi ataupun mengikut fitnah pembangkang, tetapi demi masa depan negara,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program ‘Gelombang Biru’


Wanita BN Negeri Sabah, yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman di Kompleks Sukan Likas hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dan Ketua Wanita Umno Sabah Datuk Armani Mahiruddin.

Terdahulu, dalam ucapannya, Shahrizat yang juga Ketua Wanita Umno pusat berkata pemerkasaan golongan hawa di bawah pimpinan Musa membuktikan sokongan Wanita BN kepada kepimpinan beliau amat baik sekali.

Beliau juga mengingatkan Wanita BN Sabah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya umum, yang dijangka amat mencabar.

“Dalam politik, ia seperti maraton, semangat kita mesti berkobar-kobar di saat-saat akhir ini kerana apabila kita melihat trend pembangkang melemparkan tohmahan, fitnah dan pelbagai cerita yang karut marut dan menjadi bahan kempen mereka.

“Jadi kita wanita bersiap sedia untuk masuk rumah ke rumah untuk menangkis segala tohmahan, fitnah dan cerita yang karut-marut ini. Jentera wanita akan menangkisnya berdasarkan fakta,” katanya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Dijamin Lebih Maju Dibawah Barisan Nasional

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Selangor akan lebih maju jika berada di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana banyak masalah di negeri itu mampu diselesaikan.

Perdana Menteri berkata dengan kemajuan dicapai oleh Selangor, Malaysia akan lebih berjaya. Untuk itu, Najib yang juga Pengarah Pilihan Raya BN Selangor berkata kerajaan BN tidak boleh membiarkan Selangor diperintah parti lain kerana negeri itu penting bagi masa depan negara.

“Selangor terlalu penting bagi masa depan negara…kita tidak boleh membiarkan Selangor diperintah oleh parti lain dan kerajaan pusat oleh parti lain.

“Banyak masalah yang berlaku (sekarang) sebab tidak datang dari parti yang sama,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran BN Selangor di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah di sini hari ini.

Justeru Najib menyeru rakyat Selangor untuk menyelesaikan segala ‘kemelut’ dan mengembalikan keyakinan serta mandat mereka kepada BN untuk menubuhkan kerajaan baharu di negeri itu.

“Jika (rakyat Selangor) beri mandat kepada BN di selangor, kita boleh tubuhkan sebuah kerajaan baharu, dan pertahan BN di peringkat pusat dengan mandat yang lebih kuat.

“Saya percaya Selangor akan lebih maju dan negara akan lebih berjaya. Jika kerajaan mempunyai lebih banyak kuasa, maka banyak masalah boleh diselesaikan,” katanya.

Sebagai contoh, katanya, memorandum yang diterimanya untuk penubuhan sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai, di bawah Parlimen Pandan, mungkin dapat diselesaikan sekiranya kuasa diberi kepada BN.

“Tanah adalah di bawah kuasa kerajaan negeri, tetapi sekiranya kita dapat kuasa (di Selangor), banyak masalah dapat diselesaikan…jadi faham-faham sahajalah…,” katanya yang disambut sorakan para hadirin.

Walaupun hujan lebat, kira-kira 10,000 warga Selangor, khususnya masyarakat di kawasan Parlimen Pandan, hadir memeriahkan acara dengan ketibaan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dirai penuh meriah dengan sorakan dan lambaian para pengunjung yang tidak berganjak walaupun basah kuyup.

Najib berkata majlis itu merupakan acara kelima yang dihadirinya hari ini, dan keletihan yang dirasainya ‘terubat’ apabila melihat kehadiran ribuan masyarakat.

Katanya hasil perpaduan dan penerimaan masyarakat di negara ini, masyarakat Cina juga dilihat sudah menerima amalan kaum Melayu yang merayakan hari raya selama sebulan selain saling berkongsi kemeriahannya dengan kaum lain.

“Ini menunjukkan bahawa konsep ‘kongsi’ ini sudah menjadi, masyarakat dapat menerima unsur-unsur daripada budaya kaum lain untuk dijadikan sebagai amalan kita.

“Inilah yang menjadikan Malaysia sebagai negara teristimewa dan sangat unik…kepelbagaian dari segi agama, kaum dan budaya tidak menjadi penghalang kepada kejayaan yang dapat kita lihat selama ini,” katanya.

Mengenai promo televisyen yang menunjukkan beliau memalu gendang Cina bersama persembahan tarian naga sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Najib berkata ia memperlihatkan bahawa beliau sebagai Perdana Menteri tetap menghormati budaya kaum Cina.

Untuk itu, beliau juga mahu masyarakat Cina menghormati budaya semua kaum lain di negara ini.

“Bila ada sikap sedemikian Malaysia akan sentiasa aman dan stabil,” katanya yang berharap kedatangan Tahun Ular akan membawa rahmat kepada seluruh rakyat.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!