Thursday, 31 January 2013

Makcik Kantoi Nyorok Bawah Katil

Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.

Gambar Hiasan

Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.

Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.

Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.

“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.

Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim.

Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.

Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.

Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali. - Sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Edisi Malam Jumaat : 12 Cara Puas!

12 Cara Membahagiakan Suami Dalam Hubungan Intim

Tidak perlu gunakan UBAT KUAT dan Minuman bukan² Seperti Yang selalu dipromosikan dalam HARAKAH dan Toko Jamu Paklebai Malang Menang Sorak Kampung Tergadai.

Anda memang sudah “pakar” dalam hal bercinta. Namun apakah anda sudah 100% pasti apa yg anda lakukan itu cukup memuaskan hati suami anda? Anda perlu ingat ketika “bercinta”, suami isteri haruslah mampu memberikan kepuasa kpd pasangannya. Jika anda merasakan bahawa anda masih belum mampu “memuaskan”suami sepenuhnya, 12 tips yg dipaparkan ini mungkin mampu membantu anda.

1) Berani berinisiatif
Selalunya terjadi ketika hendak mengadakan hubungan seksual inisiatif selalunya dtg dpd pihak suami. Sedangkan isteri hanya menunggu. Ini kerana kebanyakan isteri berasa malu (tapi mahu ) untuk mengambil inisiatif walaupun mereka teringin utk melakukannya.

Sepatutnya dlm kehidupan seks suami isteri tidak boleh ada istilah malu. Isteri harus berani mengambil inisiatif sebab begini akan membuat suami gembira. Dan secara psikologi dapat mempengaruhi suami dalam bercinta.

2) Menghias Diri
Apabila ingin bercinta, isteri sepatutnya menghias diri. Jgn sesekali tampil ala kadar jer. Penampilan yg baik akan menambah semangat suami dlm bercinta. Sebab itu, sebelum bercinta, mandilah terlebih dahulu, pakailah pakaian yg bersih dan menarik. Juga sembur sedikit bau-bauan agar anda berbau harum.

3) Rapikan Kamar Tidur
Sebelum bercinta, rapikan tempat tidur. Bersihkan tempat tidur anda dari kain dan pakaian yg tidak berguna. Jika cadar dan sarung bantal kotor, gantikan dgn yg baru dan bersih. Jgn lupa untuk menyembur sedikit wangian agar ruang tidur terasa nyaman dan wangi. Tpt tidur yg rapi dan wangi secara psikologi akan dapat menambah semangat suami utk bercinta dgn anda.

4) Bersifat Aktif
Cumbuan adalah bumbu percintaan. Ia tidak boleh dipandang remeh kerana ianya sama penting dgn hubungan intim itu sendiri. Dan samada suami atau siteri, kedua-duanya dituntut utk aktif..

Sayangnya, dlm perkara ini yg aktif selalunya suami. Isteri sering bersifat pasif dan menyerah. Agar suami cukup berghairah, isteri perlu bersikap aktif melakukan ransangan di tempat-tempat sensitif.

5) Penuhi Kehendaknya
Dlm bercinta isteri sering menolak untuk melayani permintaan suami. Ini sering menimbulakan rasa jengkel dan marah si suami. Sebenarnya tiada alasan mengapa isteri perlu menolak keinginan suami, kecuali dia ingin anda melukukan diluar tabii. Apabila apa yg diinginkan suami itu dipenuhi isteri, maka suami akan berasa gembira dan puas. Dan perasaan sayang akan semakin kuat.

6) Tidak Statik
Sering terjadi, isteri hanya mahu melayan suami dalam satu gaya sahaja. Hal ini boleh menyebabkan suami merasa bosan. Untuk menghindari kebosanan suami, layanilah suami dgn berbagai gaya.

7) Bersikap Sopan
Ketika bercinta, isteri jgn sesekali bersikap kasar. Sentiasalah mengamalkan sikap yg sopan. Sikap sedemikian secara psikologi mempengaruhi semangat suami utk bercinta.

8) Tidak Mengungkit Kelemahannya
Dalam bercinta jgn sesekali mengungkit kelemahan suami, misalnya mengungkit tentang ukuran penisnya yg agak kecil atau pendek. Ungkitan seperti ini boleh menurunkan ghairah suami.

9) Tidak Mengeluh
Jgn terlalu byk mengeluh kerana itu hanya akan menyebabkan semangat suami untuk bercinta menurun.

10)Jangan Banyak Berbual
Anda mungkin seorang yg suka berbual. tetapi perkara ini jgn diamalkan ketika anda dan suami anda sedang bercinta. Sebab hal ini akan menyebabkan tumpuan suami dlm menikmati percintaan.

11) Bersifat Terbuka
Bersifat terbuka dan jujur adalah satu kemstian dlm bercinta, katalah isteri tidak suka apa yg dilakukan oleh suami, jgn sesekali berdiam diri sahaja. Sebaiknya berterus terang dan memberitahu apa yg seharusnya dilakukan oleh suami. Sikap yg begini akan menambah semangat suami dlm bercinta.

12) Beri Pujian
Setelah selesai bercinta, jgn lupa utk memberikan pujian atas kehebatan suami. Dgn pujian suami akan berasa bangga. Tetapi kalau suami kurang hebat jgn dicela. Dgn cara yg baik beritahu tentang kekurangannya dan kalau boleh beri cadangan untuk mengatasinya. Semua ini akan membuat suami tampil lebih baik lagi di masa akan datang.


Gambar Janda Sekadar Hiasan

DS - Elakkan : Jangan Berhujah atau Bedebat OK

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

DAP Menentang Artikel 153 Kini Ada Yang Belot?!



Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja. 


Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam. 

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu. 

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap. 

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya. 

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU. 

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya. 

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti. 

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP. 

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total. 

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini. 

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP? - SUMBER


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video Yang Buat Anda Menangis [Video]


Subhanallah, aku menitis air mata melihat anak kecil ini, sangat comel..tapi Tuhan beri dia kelebihan bermain piano pada usia 5 tahun, kita yang bijik mata cerah boleh melihat ini sepatutnya lebih mensyukuri nikmat yang Allah berikan kepada kita, lihat lah kuasa Allah swt kepada hambanya. Aku pernah bermain piano, sekali tekan huru hara...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nizar Jamaluddin Hanya Tupai Melompat

Datuk Seri Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak bernasib baik kerana boleh terus berkicau dan terbang bebas sekalipun melakukan kesalahan demi kesalahan yang gambarkan kredilitinya cukup low standard.



Tidak ada tindakan diambil PAS ataupun sekutunya, Pakatan Rakyat, terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang dan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. Ini difahami kerana jarang kita dengar ahli-ahli parti itu dikenakan hukuman.

Tindakan memecat ataupun mengantung keahlian ataupun mengugurkan dari jawatan seperti berlaku pada Datuk Hassan Ali dan Datuk Nasharuddin Mat Isa adalah kerana “mereka dilihat pro UMNO.”

Kalau mereka anti-UMNO, halal mereka melakukan apa saja.

Justeru walaupun berulang kali Nizar dilihat melakukan kesalahan yang memalukan, DAP dan PAS masih terus mendewa-dewakan wakil rakyat Pasir Panjang itu.

Bagi mereka Nizar jauh lebih baik 1000 kali berbanding Menteri Besar Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir.

Pembangkang kini jenuh perah otak untuk mengambarkan kepimpinan Dr.Zambry diwarnai amalan kronisme, rasuah dan sebagainya.

Pendek kata pembangkang sering mempermodalkan aspek ini bagi memperlekeh ADUN Pangkor itu.

Sebagai contoh dalam isu debat bawah tajuk Nik Aziz rasuah Ngeh Koo Ham, Zambry Boncitkan Kroni—Siapa Berdusta? tajaan pembangkang,baru-baru ini sekali lagi Menteri Besar diberi gambaran begitu hina.

Dr.Zambry tidak mahu hadir kerana isu tanah yang mahu didebatkan bukan beliau yang mulakan. Beliau tidak mengulas mengenai isu tanah 10,526 ekar di Kelantan yang dimiliki sebuah syarikat milik bersama Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming.

Kerusi kosong sebagai simbolik sebagai usaha memperlekeh Dr.Zambry . Senario ini macam pernah kita lihat dalam TV di luar negara. Konon bagi menggambarkan pencabarnya itu penakut.

Bagi Dr.Zambry, tempat wajar berdebat ialah di DUN Perak, bukannya ditempat yang mereka pilih dan topik yang mereka tentukan.

Dalam dewan, mereka macam tikus. Yang mereka tahu hanyalah berbohong kepada rakyat macam dalam kes Nizar yang sering dilabel pembohong bersiri.

Kalau Nizar dalam UMNO, dah lama dia tidak berpeluang memegang jawatan penting kerana ini melibatkan soal kredibiliti pemimpin.

Kalau dilihat dari segi nyawa politik Nizar, ia banyak ditentukan DAP dari PAS sendiri.

Maknanya kerana faKtor pengaruh, DAP berjaya mengapungkan pengaruh Nizar sehingga sekarang.

Sebagai contoh, sejak kerajaan Pakatan Rakyat tumbang pada 2009, DAP menjadi penyokong kuat Nizar.

Jika dikira dengan jari, kita memerlukan jari kaki pula kerana terlalu banyak kali DAP mewar-warkan sokongan kepada Nizar sebagai bakal Menteri Besar Perak.

Maknanya DAP walau dalam apa situasi sekalipun,masih mencalonkan Nizar sebagai bakal Menteri Besar. Maknanya PKR atau calon lain dalam PAS boleh lupakan pada jawatan berkenaan.

Rakan-rakan dalam Pakatan, baik PKR mahupun PAS, mengambil sikap membisu—yapun tak, takpun tak,ambil sikap tunggu dan lihat saja.

Datuk Ngeh Koo Ham selaku Pengerusi DAP negeri beberapa kali membuat “endorsement” Nizar sebagai calon MB Perak jika mereka merampas Perak.

Untuk rekod, DAP juga mahukan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika mereka merampas Putrajaya walaupun PAS percaya Hadi Awang jauh lebih layak daripada Anwar.

Dengan sikap DAP mendewa-dewakan Nizar, mantan Menteri Besar itu ambil sikap membujur lalu melintang patah. Ia bercakap seperti lidah tidak bertulang.

Ibarat kata...don't worry..be happy.

Tak hairan jika Dr Zambry mahu rakyat berwaspada dengan janji-janji Nizar.

Menyenarai semula isu-isu yang ditimbulkan Nizar termasuklah isu ancak.

Nizar mendakwa Majlis Agama lslam bersidang membincang isu ini. “Saya tanya Mufti Perak . . .betul ke, dia (mufti) menafikan.”kata Dr.Zambry.

Nizar juga mendakwa Perdana Menteri dalam pertemuan dengan para pegawai tertinggi tentera mengarahkan mereka melakukan rampasan kuasa andaikata BN kalah dalam PRU ke13. Ini dinafikan tentera dan Kementerian Pertahanan.

Nizar juga mendedahkan surat mengesahkan pembayaran RM207 billion kepada mangsa landasan maut Burma-Thailand dalam Perang Dunia ke2.

Kerajaan Jepun didakwa membuat pembayaran kepada kerajaan kita. Jepun yang marah menganggap ia fitnah dan meminta Malaysia bertindak terhadep mereka yang membuat fitnah.

Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah menafikan surat yang didedahkan Nizar kerana ia surat palsu dan beliau membuat laporan polis mengenai dakwaan Nizar itu.

Nizar dalam sidang DUN lalu mendakwa Dr.Zambry menelefonnya menawarkan jawatan Mentri Besar Perak jika dia (Nizar) menyertai UMNO. Dr.Zambry bersumpah menafikan berbuat tawaran kepada Nizar.

Nizar juga mendakwa Dr.Zambry meluluskan tiga kawasan balak kepada seorang pemohon. Tapi kata Menteri Besar, waktu Nizar jadi Menteri Besar,diapun lulus kepada seorang calon tiga kompartmen menggunakan alamat sama.

“Bila kita siasat kita dapati alamatnya sebuah rumah usang. Kita ingat pemohonnya tentulah sudah kayaraya. Nizar juga meluluskan kawasan balak hutan simpan tanpa merujuk kepada jawatankuasa hutan sebagai syarat wajib . . . kita ada dokumen dan kita ada bukti.”kata Menteri Besar.

Dalam kes terbaru Nizar dan DAP diuji lagi. Kali ini Nizar dalam tweetnya pada 29 Jan. menulis”The Carcass Gatherers:BN polilticians rush to cash in on William’s death (Pengumpul Bangkai:Ahli-ahli Politik BN berlumba-lumba dapatkan nama atas kematian William—merujuk kematian William Yau Zhen Zhong, 6 tahun yang ditemui terapung di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Kelang 24 Jan lalu.

Dr Zambry ketika mengulas isu tweet Nizar berkata ianya suatu ayat (perkataan) pelek yang digunakan oleh seorang yang berperangai dan bersifat pelek.

“Ini merupakan satu perkara yang pelik daripada manusia yang amat pelik,” merujuk perkataan ‘CARCASS GATHERERS’ yang digunakan Nizar.

Dalam konteks ini beliau berkata carcass membawa maksud bangkai dan ia biasanya merujuk kepada binatang mati yang juga merupakan makanan burung hering (vultures).

“Terkejut saya dia boleh gunakan perkataan sebegini. Apakah dia tidak mempunyai sebarang jiwa kemanusian dan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.

Beliau menyifatkan perkataan yang digunakan Nizar amat keterlaluan,dan melahir rasa kecewa dengan perkataan yang dipamerkan Nizar walaupun dia dikatakan sebagai seorang yang berpendidikan agama tinggi.

DAP dijangka bakal mempertahankan Nizar seperti biasa dilakukan. Bagi DAP, ia mungkin tidak kisah dengan tweet Nizar namun bagi majoriti pengundi Cina di Perak, isu ini menyayat hati lebih-lebih lagi William baru 6 tahun dan bukannya ahli parti politik.

Bagi masyarakat Cina kenyataan Nizar menjelang PRU ke13 bakal menimbulkan kesedaran antara BN dan Pakatan—antara Dr.Zambry dan Nizar sebagai bakal Menteri Besar.

Walaupun apa yang bakal Nizar katakan selepas ini, pengundi Cina sudah dapat menangkap makna yang tersirat.

Dalam PRU ke12, pengundi Cina di Perak memberi sokongan pada DAP sehingga parti itu menang 18 kerusi dari 59 kerusi dalam DUN Perak. Jika undang-undang membolehkan, calon DAP sudah menjadi Menteri Besar, bukannya Nizar.

Ini satu rekod yang belum pernah berlaku. Tapi menjelang PRU ke13, bunga-bunga kekecewaan masyarakat Cina sudahpun dapat dilihat dari sekarang.Agenda Daily



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nasharuddin Lega Tinggalkan Si Munafik

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berasa lega dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau akan digugurkan sebagai calon Pas bagi mempertahankan kawasan Parlimen Bachok pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.


Beliau berkata, sekurang-kurangnya satu daripada tanggungjawabnya selama ini tidak lagi perlu dipikul selepas pilihan raya umum akan datang.

''Menjadi calon bukan agenda besar bagi saya dan bagi saya juga sama ada kita dicalonkan atau tidak, segala tugas yang diamanahkan hendaklah ditunaikan dengan baik.

''Mudah-mudahan sesiapa sahaja yang diangkat menjadi calon selepas ini dan di mana sahaja mereka dicalonkan, mereka akan dapat meneruskan agenda parti,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir dalam sesi taklimat dan pembentukan Sekretariat Mendaulatkan Islam sebagai Agama Persekutuan di Masjid Negara di sini hari ini.

Kelmarin, Nik Abdul Aziz mengesahkan Nasharudin tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Bachok pada PRU-13 nanti.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Nasharudin tidak dipilih untuk mempertahankan kerusi itu selepas namanya tidak dicalonkan oleh Pas kawasannya sendiri. Sementara itu menjawab satu soalan, Nasharudin berkata, setakat ini berdasarkan laporan media beliau hanya dipecat sebagai ahli majlis syura dan bukannya ahli parti.

Ditanya desas-desus yang beliau akan dipecat sebagai ahli parti, beliau berkata;

''Saya tidak pasti. Semacam petunjuk saya dipecat itu ada tetapi saya tidak pasti.''

Beliau berkata, setakat hari ini surat pemecatannya secara rasmi sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pas masih belum diterima.

''Saya tidak berbohong jika saya telah terima surat tersebut,'' katanya.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan tindakan merugikan parti itu ada kaitan dengan tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

''Ada kemungkinan, sebab kenyataan terbuka ini (pemecatan sebagai ahli majlis syura ulama) dibuat selepas saya pulang dari Gaza,'' katanya.

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Harun Din Dan Harun Taib Penakut?!



Kenapa kedua-dua ulamak ini terus mendiamkan diri setelah membuat kenyataan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible penganut Agama Kristian?

Apakah ada arahan daripada Anwar Ibrahim atau Lim Kit Siang supaya mereka senyap atau menhadapi tindakan pemecatan seperti yang berlaku terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Siapakah dajal disebalik semua ini yang sanggup menggunakan Pas demi untuk kepentingan politik jijik mereka.

Atau mereka ini juga akan mengikut jejak Nasharuddin Mat Isa kerana sejak akhir-akhir ini mereka berdua terus hilang san membisu.

Rakyat semakin nampak permainan dajal yang bakal merosakkan umat Islam sekiranya memilih pakatan pembangkang sebagai pemerintah. - Pengundisetiasungairapat

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Nik Aziz Seorang Yang Munafik.


Secara jujur saya nak beritahu anda, dulu walaupun saya bukan ahli Pas tetapi saya masih ada perasaan hormat kepada seorang hamba Allah yang bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tetapi selepas pru 2008 hingga kini tiada sekelumit pun perasaan hormat saya kepada dia yang masih tersimpan dalam diri saya.

Saya rasa bukan saya sahaja yang mempunyai perasaan begini, saya yakin ramai juga orang lain yang berperasaan begitu.

Dulu memang tidak ramai orang yang berani berlawan dengan Nik Aziz. Kalau ada pun hanya Tun Dr M sahaja. Pendek cerita Nik Aziz tidak pernah diaibkan seperti mana yang berlaku sekarang.

Aibnya dibuka satu persatu, dari isu menantu,kroni, campurtangan keluarga dalam pentadbiran hinggalah kepada isu tajaan haji. Itu belum lagi isu tanah dan balak.

Semua ini adalah kehendak Allah SWT. Sekarang baru kita boleh lihat wajah sebenar seorang manusia yang digelar ulama dan tok guru selama ini.



Semalam Sinar Harian melaporkan kenyataan yang dibuat oleh Nik Aziz. Katanya kerajaan pembangkang bukan musuh dan dia mendakwa kerajaan pusat tolak pelbagai projek pembangunan di Kelantan.

Dia berkata sehingga kini kerajaan pusat menafikan 118 projek pembangunan di Kelantan. Masyallah wahai sahabatku sekalian. Yang 118 dia pertikai, yang beribu projek sudah dibuat dia tidak ucap terima kasih pun.

Sahabatku sekalian, sekadar kamu mahu membaca kenyataan tersebut bolehlah kamu baca, tetapi untuk percaya jangan sama sekali.

Kerajaan pusat tidak pernah mengabaikan Kelantan wahai sahabatku sekalian. Daripada sekecil projek membuat pagar kubur sehinggalah sebesar-besar projek membuat jambatan empat lorong dan jalan bertingkat, semuanya kerajaan pusat lakukan demi rakyat Kelantan.

Tan Sri Anuar Musa pernah berkata dulu, jika kerajaan pusat tidak tolong sudah lama rakyat Kelantan jadi lempeng.

Sahabatku sekalian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam pernah mempertikaikan peruntukan yang diberikan kepada negeri Kelantan melebihi dari apa yang Melaka dapat, sedangkan rakyat Kelantan tidak pernah memberi mandat kepada BN sejak 20 tahun yang lepas. Manakala Melaka yang sentiasa memberi keputusan pilihanraya yang baik kepada BN mendapat peruntukan yang lebih kecil.

Tetapi oleh kerana kerajaan pusat lebih memandang dan memikirkan rakyat berbanding dengan politik maka mereka beri juga peruntukan yang banyak kepada Kelantan walaupun ianya diperintah oleh Pas.

Jika Nik Aziz kata kerajaan pusat menafikan peruntukan kepada Kelantan ianya dusta semata-mata. Setiap tahun ada sahaja sekolah, klinik, jalan raya ,jambatan, longkang atau apa-apa sahaja yang baru dibina di Kelantan.

Sebagai contoh, sekarang ini projek pembinaan jambatan baru empat lorong dan jalan bertingkat sedang dibina yang menghubungkan Kota Bharu dan Tumpat untuk mengatasi kesesakan teruk jambatan lama yang hanya dua lorong dan ini boleh melambatkan pemimpin Pas sampai ke tempat ceramah. Sudah begitu sekali orang bagi pun masih nak menipu lagi. Dasar munafik !

Sahabatku sekalian, bukan sahaja projek besar-besar yang dibuat di Kelantan, projek kecil pun sentiasa berterusan. Saya pernah lihat di satu kampung, pagar kubur pun kerajaan pusat lagi. Pasar pun kerajaan pusat bina. Lihat di sini.

Lihat sahaja dalam kes air, kerajaan pusat pernah memberi pinjaman mudah sebanyak RM 600 juta kepada Kelantan, tetapi sehingga ke hari ini pun masalah air di Kelantan belum selesai lagi. Siapa yang menafikan hak rakyat sekarang ? Siapa yang gagal jalankan tanggungjawab ? Kerajaan BN atau Kerajaan Pas ?

Jika RM 600 juta pun gagal diuruskan dengan baik, lagi nak minta duit royalti minyak berbilion-bilion ke ? Andailah ditakdirkan mereka dapat duit berbilion-bilion itu, saya rasa mereka bahagi-bahagikan "satu untuk kau, dua untuk aku" , dua untuk kau, tiga untuk aku", "tiga untuk tok guru, empat untuk tok gAru", akhirnya rakyat makan angin keluar asap. Yang kaya mereka dan kroni-kroni mereka.

Sahabatku sekalian, saya nak beritahu anda. Yang gagal membangunkan Kelantan adalah kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat. Tahun ini sudah masuk 20 tahun Pas perintah Kelantan, tiada satu pun yang dibangunkan oleh Pas untuk kepentingan rakyat. Kemudian Nik Aziz kata banyak perubahan yang dibuat olehnya di Kelantan. Perubahan apa Pok Nik ? Nak ubah dari kotor kepada bersih pun tak mampu buat. Lihat di sini. Nak lihat syiar Islam yang dibawa oleh Pas sepanjang 19 tahun di Kelantan sila lihat di sini

Masjid - sebiji pun mereka tak pernah bina, semuanya hasil duit orang ramai. Pasar di setiap daerah- semuanya hasil peninggalan BN 20 tahun lebih yang lampau. Balai Islam- peninggalan BN. Kota Darulnaim dan pejabat-pejabat daerah- peninggalan BN. Stesen bas di bandar Kota Bharu pun dia tak mampu nak bina. Sesiapa yang nak tengok stesen bas yang dibina oleh kerajaan Pas, sila ke stesen bas ekspress berhampiran Tesco. Macam stesen bas tahun 70an.

Di negeri Kelantan, masalah rumah banyak dihadapi rakyat yang tinggal di Kota Bharu. Semenjak Pas perintah sehingga kini tiada satu perumahan yang dibina untuk rakyat berpendapatan rendah di Kota Bharu. Sebaliknya mereka lebih ghairah jual tanah kepada orang luar untuk dibina dengan rumah-rumah mewah.

Di zaman pemerintahan BN pada tahun 80 an, mereka sedaya upaya menolong rakyat yang berpendapatan rendah dengan membina rumah-rumah pangsa di Kota Bharu. Antaranya ialah rumah pangsa Jalan Bayam, Kg Sireh dan Buluh Kubu serta perumahan kos rendah di besar-besaran di Padang Tembak Pengkalan Chepa.

BN memerintah Kelantan selama 12 tahun (1978 -1990) pelbagai kemudahan yang dapat mereka berikan kepada rakyat dan kakitangan kerajaan. Tetapi nak buat macamana, jodoh BN tak panjang di Kelantan, jika tidak sudah tentu Kelantan sehebat Melaka sekarang. Semuanya kerana rakyat Kelantan memilih jalan pintas untuk ke syurga dengan memilih Pas.

Di negeri Kelantan semuanya ada, tinggal lagi kepada kecerdikan pemerintah untuk memajukannya. Pantai cantik di Kelantan, tanah subur di Kelantan, makanan sedap di Kelantan, seni budaya, sumber alam dan sebagainya. Pendek kata di Kelantan semuanya ada.

Saya pernah beritahu kepada seorang rakan, Kelantan kalau dapat kepada Ali Rustam aku yakin ianya akan menjadi sebuah negeri yang hebat dan destinasi pelancongan dunia. Dalam dunia ini mana ada negara yang ada beruk panjat pokok kelapa ? Ianya bermula di Kelantan dan hanya ada di Kelantan. Itu pun sudah boleh dijadikan produk pelancongan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh lukis batik pakai tangan dan hasilnya seperti menggunakan mesin ? Hanya ada di Kelantan. Dalam dunia ini mana ada orang boleh buat wau bulan dengan begitu cantik sekali ? Hanya ada di Kelantan.

Sungai Kelantan yang airnya bagaikan air susu sekarang, jika dibangunkan dengan sempurna ianya boleh menjadi sebagai satu produk pelancongan yang menarik sepertimana Sungai Nil di Mesir.

Ambil sahaja contoh Sungai Melaka, dulu kotornya yang amat sangat. Sekarang apa sudah jadi ? Semuanya kerana kekreatifan seseorang pemimpin. Di Kelantan mereka ada juga seorang exco yang kreatif, tetapi kreatif apa ? Kreatif kira duit royalti minyak berbilion-bilion dan kreatif nak hantar tok-tok guru pergi berdoa di Mekah.

Cukup setakat itu pasal kegagalan Pas di Kelantan. Kalau nak tulis empat hari empat malam pun tak habis. Sekarang saya nak balik kepada kisah Nik Aziz seorang munafik.

Dalam Sinar Harian semalam Nik Aziz kata seperti dibawah.

"Lapangan terbang pula baru sekarang kita mendapat yang baru, terlalu lambat kerana kita membuat permohonan sejak hampir 20 tahun lalu"- rujuk tulisan yang dikuningkan dalam keratan akhbar di atas yang dilaporkan oleh media kesayangan Pas iaitu Sinar Harian, bukannya Utusan Malaysia.

Munafik ! Nik Aziz seorang yang munafik.

Saya ada asas yang kukuh untuk melabelkan Nik Aziz seorang munafik. Ini kerana dia telah berdusta.

Pas perintah Kelantan dari 1990 hingga sekarang 2010. Ini bermakna sudah 20 tahun.

Dia kata baru sekarang Kelantan dapat lapangan terbang baru setelah memohon 20 tahun lalu.

Dasar munafik punya pemimpin. Saya bagi bukti kenapa dia layak dipanggil munafik.

Pas mula perintah pada 1990. Upacara pecah tanah untuk membina terminal lapangan terbang baru diadakan pada 22.julai.1999 dan upacara tersebut dilakukan oleh PM pada ketika itu Tun Dr M. Lihat di sini

Selesai sudah upacara pecah tanah, maka bermulalah pula upacara pecah otak di kalangan jurutera-jurutera dan upacara pecah peluh di kalangan pekerja-pekerja binaan. Kerja-kerja pembinaan pun bermula dan akhirnya terminal itu siap pada tahun 2002 dan mula digunakan pada bulan September 2002. Lihat di sini

Selepas ianya digunakan lebih kurang dua tahun dan tidak ada sebarang masalah pada bangunan itu maka pada tahun 2004 iaitu pada 12.April.2004 KDYMM Al-Sultan Kelantan pada masa itu Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah mencemar duli berangkat merasmikan terminal baru lapangan terbang tersebut. Lihat di sini 

Ini bermakna daripada Pas mula memerintah Kelantan pada 1990 ianya mengambil masa seperti berikut untuk kerja-kerja pembinaan tersebut.

9 tahun - dari mula Pas perintah sehingga ke kerja pecah tanah.

12 tahun - dari mula Pas perintah sehingga ke terminal baru tersebut boleh digunakan.

14 tahun - dari mula Pas perintah sehingga terminal dirasmikan.

Nik Aziz kata baru sekarang kita dapat sejak hampir 20 tahun memohon. Itulah buktinya Nik Aziz seorang yang munafik. Dia sendiri entah berapa ratus kali sudah gunakan lapangan terbang tersebut semenjak ianya siap pada 2002 hingga kini, kemudian dia boleh kata kita baru dapat. Sedangkan lapan tahun lalu mereka telah dapat

Inilah yang dikatakan oleh orang tua-tua, dapat dosa kering. Benda depan mata pun dia sanggup menipu semata-mata kerana dendam dan bencinya dia kepada BN.

Itulah wajah sebenar seorang ulamak atau tok guru yang sering dipuja-puja oleh juak-juak Pas. Patutlah tempohari dia berkata tiba-tiba mulutnya keluar darah. Itulah balasannya kepada orang yang ada ilmu tetapi tidak menggunakan lidah dan mulutnya ke jalan yang benar, sebaliknya menggunakan lidah dan mulutnya untuk kepentingan politiknya dan suku-sakatnya. Lihat di sini 


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Liyana Jasmay Salah Langkah Ibu Kecewa

Menerusi gambar pra perkahwinan yang dirakam di Hyatt Regency Kuantan Resort, Isnin lalu,Liyana Jasmay dan pasangannya telah mengundang kontroversi apabila ramai pihak mula mengkritik tindakan pelakon dan penyanyi ini.

Gambar yang menampilkan babak romantik itu turut merakamkan aksi mesra mereka dan sekali gus mengundang rasa tidak puas hati ramai pihak kerana ianya dilihat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat kita.

Baca sini Ibu kesal gambar 'mesra' Liyana Jasmay, tunang tersebar Orang yang dimaksudkan yang menyebarkan gambar mesra Liyana Jasmay dan tunangnya itu tak lain tak bukan ialah team CandidSyndrome yang merupakan jurugambar bagi foto-foto pra perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin.

Baca Penjelasan Daripada Saiful Nang, Pengasas CandidSyndrome Mengenai Isu Gambar Liyana Jasmay

Betul ke makcik? Atau kerana saya tidak beri hak ekslusif gambar kepada wartawan Berita Harian kegemaran makcik?

Kalau makcik malu kerana gambar itu untuk tontonan peribadi, mengapa pula Makcik sekeluarga minta saya berikan foto itu kepada BH untuk siaran ekslusif hari Ahad 20 Januari 2013?

Takkan tersebar di internet tak boleh, tapi masuk paper pegang-pegang tak kisah pula? Adakah kerana makcik rasa bingit baca komen yang semuanya panas mendidih menghentam anak sendiri?

Bilakah masa kita persetujui tentang apa yang makcik katakan itu? Saya tidak pernah diberitahu & tidak pernah bersetuju tentang hak ekslusif B-Pop.

Tentang gambar pra-perkahwinan yang tersebar dan disebarkan. Saya bukanlah selebriti, kata-kata saya bukanlah suratkhabar lalu nak ambil untuk kilas perkara ini. Maka saya gunakanlah facebook untuk memberi penerangan ini. Bersambung..



*DS salah anak makcik gak, yang haram tetap haram tak yah follow orang oversea la sangat, jangan duk salahkan photographer team ke individu ke kalau makcik sendiri tak peringat anak makcik...LJ pun hati2 la..Anda tu role model anak-anak muda gak..Kalau artis buat..bebudak ini lagi la...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Video Yang Tak Akan Keluar Harakah


Tadi Sahaja aku surf Youtube ada pulak video ini, so ini yang buat aku pecah perut tengok badut-badut pakatan rakyat berjoget "oops i did it again" Staring oleh Badut² Ambiga Spears, Anwar Bibber, Azmin Icebaby dan Badulamin. (tapi rambut merah tu aku tak cam samsidap kot...) Enjoy~ 



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Sarcasm?




“It’s sarcasm, Josh.”
“Sarcasm?”


“It’s from the Greek, sarkasmos. To bite the lips. It means that you aren’t really saying what you mean, but people will get your point. I invented it, Bartholomew named it.”


“Well, if the village idiot named it, I’m sure it’s a good thing.”

“There you go, you got it.”

“Got what?”

“Sarcasm.”

“No, I meant it.”

“Sure you did.”

“Is that sarcasm?”

“Irony, I think.”

“What’s the difference?”

“I haven’t the slightest idea.”

“So you’re being ironic now, right?”

“No, I really don’t know.”

“Maybe you should ask the idiot.”

“Now you’ve got it.”

“What?”

“Sarcasm.”


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Tun Mahathir Bijak Bidas Azmin Ali



Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.


Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, 

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera. -UM

“Sarcasm?”― Christopher Moore


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Mufti Perak Bukan Islam Jangan Sentuh Tentang Islam!

Ahli politik yang disifatkan sebagai lemah dan takut dalam mempertahankan Perlembagaan negara diselar Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ekoran kegagalan penguatkuasaan undang-undang yang didakwa menjadi faktor utama kelantangan beberapa pemimpin mempersoalkan isu berkaitan Perlembagaan tersebut.


“Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada, tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara, kita perlu hormati Perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi,” katanya.

“Sekiranya kuasa politik digunakan hanya untuk menimbulkan perpecahan, lebih baik tak usah duduk di kerusi itu, sebagai negara berperlembagaan, sewajarnya isu membabitkan agama tidak dibicarakan tanpa kajian dan kefahaman yang tinggi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mengenai kesan pelaksanaan hudud di negara ini.

Tambah beliau, pemimpin tertinggi MCA itu tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang Islam.

“Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal-hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja,” katanya. 

Sementara itu seorang lagi pemimpin DAP yang turut mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan di Tweeter beliau sebelum ini, Datuk Ngeh Koo Ham berpendapat kenyataan Presiden MCA berkaitan kesan pelaksanaan hudud di negara ini, sebagai bukti parti komponen Barisan Nasional (BN) itu ketandusan isu.

"DAP meskipun ada ketikanya tidak sependapat dengan rakan PR yang lain, namun kami sama sekali tidak akan menyentuh isu membabitkan agama semata-mata untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat Cina.

“Suatu ketika dahulu saya pernah dikecam hebat apabila mesej Twitter disalah ertikan. Namun, kini secara terang beliau (Soi Lek) mempersoalkan kepercayaan umat Islam, tindakannya itu tidak tepat. Nasihat saya, carilah alternatif lain, jangan kerana terdesak, kita mengeluarkan ungkapan yang menyakiti pihak lain,” katanya - Sinar Harian

Sokong Mufti Kita Klik SINI

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Drama Ruby : Slot Samarinda TV3 [Muzik Video]

Saje jek layan lagu Slot Drama Ini..best!


Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato’ Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz).



Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato’ Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.

Ini Yang Official tau..ada yang bebudak kreatif buat version lain :)


Drama Ruby Slot Samarinda TV3 dibintangi oleh Siti Saleha, Sharnaaz Ahmad, Hanez Suraya, Maria Farida, Kartina Aziz dan Shima Anuar. Drama ini dimainkan di TV3 setiap Selasa hingga Khamis jam 10.30 malam di TV3.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Isu Royalti Yana Pencacai Buat Tak Faham


Tajuk Harakah "Minyak Ditemui Di Pantai Kelantan" bertarikh 28 Ogos 1992 ini adalah tulisan Husam Musa sendiri. Katanya minyak ditemui di pantai Kelantan tetapi Blok PM 3 berada 103 km di tengah laut. Kawasan itu adalah kawasan yang terlibat dengan tuntutan bertindih VIETNAM. 


Hasil daripada perundingan KERAJAAN MALAYSIA dan VIETNAM maka wujudlah persefahaman pertukaran SURATCARA antara dua negara dan kawasan itu dinamakan CAA (Commercial Arangement Area). 

Jadi apa LOCUS STANDI KELANTAN untuk tuntut minyak yang didapati disini? 

Minyak bukan sahaja ditemui di luar perairan Kelantan malah ia juga di luar Wilayah Malaysia dan berada di ZON EKONOMI EKSLUSIF MALAYSIA... HOK MUDAH NI PON BULIH DIA GUNA UNTUK JAJA SENTIMEN ROYALTI.

Lagi ada Video sini : Sumber


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Manifesto PR Selangor : Kandang Babi Didahulukan

MANIFESTO PRU 12 OLEH PKR YANG MASIH TAK TERTUNAI HINGGA NAK BERTEMU PRU 13 DAH NI..

MASIHKAH KAU INGAT? PAS/ PKR SELANGOR

Urustadbir Berwibawa
  • Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
  • Menyiasat penyelewengan pentadbiran tanah dan sumber negeri (dalam proses )
  • Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
  • Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
  • Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
  • Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses)

Sosial dan Kebajikan Rakyat
  • Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
  • Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
  • Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
  • Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke Universiti (belum laksana)
  • Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan)
  • Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
  • Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
  • Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
  • Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
  • Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
  • Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
  • Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)

Kesihatan Rakyat
  • Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
  • Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
  • Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
  • Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas (belum laksana )

Ekonomi Rakyat
  • Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
  • Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
  • Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
  • Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
  • Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
  • Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)

Keselamatan Rakyat
  • Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
  • Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
  • Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu)

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Gadis 15 Tahun Rela Diratah 6 Lelaki


IPOH - Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.

Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.-  SUMBER

Ermm...Gadis muda² serah diri kepada lelaki, apa nak jadi zaman ini? 
Kesian la pada mak ayah yang duk menanggung dosa :(


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

Azizan Razak Bentang Bajet Tipu



Terkejut apabila mendapat tahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah baru-baru ini mengumumkan bajet 2103 di sidang DUN yang bernilai RM1.1 bilion meskipun mensasarkan pertumbuhan pendapatan berjumlah RM640 juta pada tahun 2013.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang membentangkan bajet “menipu” tersebut berkata bahawa jangkaan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Kedah itu akan diperoleh dari hasil premium tanah dan air yang dijual kepada SADA serta sahabat “syaitan”nya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Lebih hebat lagi, Azizan juga menjangkakan GLC-GLC Kedah bakal menjana keuntungan yang berlipat ganda pada tahun depan, termasuk Bina Darulaman Berhad (BDB). Persoalannya, bajet apakah yang Menteri Besar ini bentangkan? Bajet mahu mufliskan Kedah atau mahu ranapkan terus negeri Jelapang Padi itu?

Sebagaimana maklum, Kedah tidak pernah mengkaji semula tarif penjualan airnya kepada Pulau Pinang sejak bertahun-tahun lamanya dan negeri Pulau Pinang dikatakan menikmati kadar tarif air yang sangat murah.

Jadi berapa juta sangatlah yang Azizan harapkan dari Lim Guan Eng?

Begitu juga dengan SADA, takkanlah Kerajaan Negeri Kedah akan dapat hasil yang tinggi dari penjualan air kepada anak syarikat negeri Kedah itu dan selama ini SADA dikatakan hanya mampu menjana tidak lebih dari RM25 juta setahun.

Berapa Kerajaan Negeri Kedah akan terima dari SADA? Takkanlah SADA nak beri semua keuntungannya kepada Kerajaan Negeri Kedah? SADA nak makan apa lepas tu?

Katakanlah Azizan bakal memperolehi sebanyak RM40 juta dari SADA dan Kerajaan “Khalifah tak sunat”, Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Mana dia nak korek bakinya yang berjumlah RM100 juta?


Mahu tak mahu, Azizan sudah pasti mengharapkan sumbangan yang tinggi dari hasil premium tanah, bukan? Nak tahu berapa yang Kerajaan Negeri Kedah peroleh dari hasil premium tanah di negeri itu?

Secara kiraan purata dari tahun 2007 hingga tahun 2012, Kerajaan Negeri Kedah hanya mampu mendapatkan hasil sebanyak RM30 juta sahaja setahun dari premium tanah!

Jadi, bagaimana Azizan mahu mendapatkan hasil premium tanah sehingga RM100 juta sedangkan perbezaan pendapatan dari hasil tersebut begitu ketara sekali. Kalau Azizan mensasarkan peningkatan pendapatan sebanyak RM60 juta, mungkin masih lagi boleh diterima akal. Tapi kalau disasarkan sehingga RM100 juta, itu tidak realistik dan membohong namanya!

Pada saya, mungkin juga Azizan sedang terdesak untuk mengurangkan defisit tahunan Kerajaan Negeri Kedah kerana dia takut dihentam kerana tidak pandai menguruskan hal kewangan negeri.

Namun, wajarkah dia menipu dan meletakkan angka sasaran hasil pendapatan yang tidak realistik supaya bajet yang dibentangkan itu kelihatan “cantik” dan “sedap didengar”?

Dalam bajet itu juga, Azizan yang dinasihati oleh para Exco dan Pegawai Kewangan Negeri (SFO) yang merupakan saudara dekatnya itu kononnya mampu mengurangkan defisit tahunan Negeri Kedah kepada RM15 juta pada tahun 2013 ini.

Saya yakin bahawa pada akhir tahun 2013 nanti, Kerajaan Negeri Kedah akan mengalami defisit yang lebih besar dari RM15 juta sebagaimana yang dianggarkan oleh Azizan Razak yang para Exconya yang “syok sendiri”.

Apatah lagi Azizan berbelanja besar sebanyak RM1.1 bilion dan hanya mendapat pulangan sebanyak RM640 juta sahaja. Ia adalah satu jurang perbelanjaan dan pendapatan yang sangat besar perbezaannya.

Ditambah pula dengan hutang BDB kepada bank untuk Azizan membina kampus KUIN di Kuala Ketil yang perlu dibayar sebanyak RM44.8 bilion setahun, dari manakah lagi sumber yang akan Azizan korek untuk menampung “kapal”nya yang semakin besar bocornya di sana sini?

Saya tertanya-tanya, apakah bajet “karamkan Kedah” ini sengaja dibuat Azizan sebagai bajet “widaq” yang menandakan bahawa Azizan yakin bahawa PAS tidak akan mampu mengekalkan kuasa dan dia tidak akan lagi bergelar Menteri Besar Kedah selepas PRU ke-13 nanti?

Apakah bajet ini boleh disifatkan sebagai “Bajet Perpisahan Azizan” sebagai Menteri Besar Kedah dan dia sengaja meninggalkan sebuah kerajaan yang hampir hancur dikerjakan PAS selama lebih empat tahun berkuasa?

Nampaknya Azizan benar-benar mahu negeri Kedah “dikaramkan” bersama PAS dan dirinya. Persoalannya, apakah rakyat Kedah sanggup membiarkan ini berlaku? Sama-sama kita nantikan kelak…

Sumber: Mykmu.net

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...

DAP Revolusi Raja Melayu

DAP Ingin Guna Anak Raja Untuk Hapuskan Institusi Raja?


Dalam usaha DAP untuk kekal relevan dalam masyarakat dan politik Malaysia, parti itu tidak pernah menyatakan secara terus-terang akan prinsip mereka yang menentang Institusi Raja-raja Melayu. Namun, bagi mereka yang sedia maklum mengenai sejarah DAP akan sentiasa waspada mengenai prinsip utama perjuangan DAP yang menentang Artikel 153 di mana termaktub di dalamnya hak-hak Melayu dan Islam yang dilindungi Institusi Raja-raja. 

Walaupun ianya dikaburkan oleh pemimpin-pemimpinnya, tetapi prinsip DAP dapat dilihat di dalam komen-komen oleh penyokong tegar mereka di laman-laman sosial yang jelas membenci segala-galanya yang ‘berbau’ Melayu. Ia juga terserlah dalam tindakan DAP yang senantiasa mencuba untuk melemahkan atau melenyapkan terus apa-apa saja yang berkaitan dengan Melayu. Antaranya, bahasa dan juga budaya, yang mana membawa kepada kes wakil DAP enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu-Islam. 

Dolak-dalih konon berpegang kepada perlembagaan dan enggan mengaku menentang Institusi Raja-raja, terkantoi apabila kepimpinan tertinggi parti itu menempelak Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim yang telah menerima anugerah Darjah Kebesaran oleh Raja-raja Melayu kerana tindakan itu dikira melanggar prinsip parti. Alasan kononnya atas faktor ketelusan. Namun, tidak semua rakyat begitu mudah terpedaya dan kita sedia maklum bahawa prinsip itu dibuat berasaskan penolakan DAP terhadap Raja-raja Melayu. 

Apabila terdedah bagaimana DAP pernah cuba memancing Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Mukhriz untuk menyertai DAP dengan dijanjikan jawatan Menteri Besar, maka ia menunjukkan betapa DAP tidak pernah menghormati Institusi Raja-raja. Biarpun penyertaan seorang Putera Sultan ke arena politik bukan sesuatu yang salah walaupun ia jarang berlaku, namun perlakuan DAP yang memancing dan menjanjikan jawatan kepada baginda adalah perlakuan biadap. 

Apatah lagi dengan prinsip utama DAP yang tidak mengiktiraf Institusi Raja-raja, maka tindakan tersebut membawa makna bahawa DAP hanya ingin memperalatkan baginda untuk meraih undi Melayu semata-mata dengan keyakinan yang mereka dapat membonekakan baginda sekiranya strategi ini berjaya. 

Mungkin ramai yang masih ingin menepis hakikat ini dan menuduh penulis sebagai rasis dan paranoid. Namun, tidak salah kita mengambil sikap berhati-hati memandangkan sehingga ke saat ini, kita masih tidak mendapat jaminan yang DAP tidak akan meneruskan agenda menghapuskan Artikel 153, sekali gus Raja-raja Melayu sekiranya PR memenangi PRU. 

Dengan keadaan PAS yang begitu lemah dan PKR yang terlalu bergantung kepada rakan sekutunya untuk hidup, DAP akan mempunyai kuasa mutlak jika PR berkuasa. Malah, hari ini juga kita melihat DAP mempunyai kuasa mutlak, cumanya ia tidak ditunjukkan secara terang-terangan kerana perlu kekal relevan dalam suasana politik dan masyarakat Malaysia demi memenangi pilihanraya. 

Justeru, seperti yang disebut tadi, tawaran DAP kepada Tunku Zain adalah bertitik tolak kepada strategi untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Kedudukan Tunku Zain dan seluruh kerabat diRaja selepas pilihanraya yang dimenangi PR pula, tentunya belum pasti. 

Umat Melayu tidak wajar memandang remeh akan prinsip utama DAP yang berslogankan Malaysian Malaysia. Ketahuilah bahawa prinsip tersebut tidak pernah berubah, malah kekal subur dan berkembang di dalam sanubari setiap seorang dari ahli dan pemimpin DAP. 

Kata orang, fahamilah asal usul dan hati budi seseorang sebelum kita bertindak membela atau bersahabat dengannya. Begitu juga dengan DAP yang pernah terakam dalam sejarah sebagai memusuhi Islam dan Melayu, yang bertekad menghapuskan hak-hak Melayu dan yang pernah dan masih menjunjung sistem sosialis dan kesamarataan total. 

Justeru, kita wajib memahami terlebih dahulu apa itu sosialis dan apa itu kesamarataan total serta kesan dan impaknya kepada umat, kepada agama dan kepada negara. Sebelum memahami semua ini, janganlah menjadi pipi yang tersorong-sorong membela DAP dalam hal ini. 

Raja-raja adalah benteng kita, jika Raja-raja juga sudah dihina sebegitu rupa dengan rasuah jawatan yang jauh lebih rendah dari kedudukan baginda, maka apakah kita masih ingin terus percaya kepada DAP? - Konakapa

DS - kemana pergi ketamadunan generasi maharaja china?

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!