Saturday, 21 December 2013

@zahidhamidi @JakimOfficial @pdrmsia Mohon Perhatian!! Kebanyakan umat Islam menjadi kafir dan munafik?!

Saya nak minta pendapat pada semua mengenai isu ini yang dibangkitkan oleh salah seorang penyokong pembangkang. Rasanya semakin lama semakin teruk sikap dan perangai sebilangan daripada mereka ni sehingga sanggup membuat cerita sebegini. Apakah ini yang kita nak lihat pada masyarakat Islam kita? 

Baca dan fikirkan bersama apakah layak manusia ini membuat artikel sebegini. 

MASJID

1.Masjid ialah tempat umat Islam beribadah kepada Allah.(An Nur 24:36)

2.Masjid dibina atas dasar Tauhid dan taqwa manakala masjid yang dibina golongan munafik dipanggil masjid Dhirar.Di zaman Rasulullah,masjid Dhirar telah dibakar atau dirobohkan.(At Taubah 9:107-110)

3.Kebanyakan masjid di Malaysia dibina oleh kerajaan Malaysia Freemason yang munafik dan kafir.Kini masjid menjadi tempat paling menyesatkan dan menjauhkan umat Islam dari kebenaran.(At Taubah 9:107)

4. Kebanyakan ulama dan imam yang dilantik di Masjid ialah ulama dunia/ulama jahat/ulama yang menghalalkan demokrasi/ulama jaga periuk nasi.Apabila mendengar ceramah dan khutbah mereka,umat Islam makin bertambah sesat dan kafir.(Ali 'Imran 3:78)

5.Umat Islam telah ‘mengurung’ Allah hanya di dalam Masjid.Di luar masjid,melibatkan urusan politik,ekonomi,sosial dan lain-lain,mereka telah mengabaikan Allah dan lebih rela berhukum dengan Taghut demokrasi serta ahli parlimen.Umat Islam umumnya berada dalam keadaan beriman sambil mensyirikkan Allah.(An Nisa' 4:60 Al Maidah 5:50 Yusuf 12:106)

6.Kebanyakan Masjid di Malaysia dibina dari duit hasil saham dan kutipan cukai arak judi babi kerajaan Malaysia Freemason serta derma dari Sultan Freemason dan ahli qariah.Persoalan yang berat dan merumitkan.( At Taubah 9:107) 

7. Hukum Jihad,status negara sama ada negara Islam atau kafir,kewajipan jizyah,kharaj,politik Islam,Bai'ah dan sebagainya hampir tidak dibincangkan langsung di Masjid.

8.Umat Islam umumnya menjadi kafir dan munafik kerana mereka mensyirikkan Allah dengan meredhai demokrasi,melantik ahli parlimen untuk membuat undang-undang kepada mereka,menyembah dan mendaulatkan Sultan Freemason, taqlid membabi buta kepada ulama.Tapi mereka amat rajin ke Masjid.(An Nisa' 4:60,At Taubah 9:31)

9.Kebanyakan umat Islam menjadi kafir dan munafik apabila mendengar ceramah ulama jahat seperti Yusuf Qardawi,Nik Aziz,Abdul Hadi,Azhar Idrus,Haron Din,Dr. Asri,Hasan Ali,Fathul Bari,Ridhuan Tee dan ribuan ulama jahat yang lain.Mereka mempunyai satu persamaan utama:mereka semua menghalalkan demokrasi.(Ali 'Imran 3:78 An Nisa' 4:60 At Taubah 9:31)



10.Tidak cukup dengan masalah demokrasi,umat Islam diberatkan lagi dengan persoalan Wahhabi dan Syiah.Makin ramai syirik,makin ramai ke Masjid.

11.JAKIM, Majlis Agama, Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti - Mufti Negeri, IKIM ISTAC, pensyarah agama universiti tempatan,mereka semua telah SYIRIK dan KAFIR kerana menghalalkan demokrasi.Mereka adalah pendusta terhadap Allah dan Rasul.Muka munafik mereka sentiasa dilihat di Masjid.(An Nisa' 4:48,60,115,116)

12.Umat Islam tidak faham tentang realiti di dunia hari ini dan sesat sebab mereka hanya rasa cukup dengan pergi ke Masjid dan mendengar ceramah tanpa membuat kajian atau Iqra’. (Al 'Alaq 96:1)

13.Sekadar pergi dan mendengar ceramah di Masjid,menyebabkan umat Islam tidak faham tentang wajibnya mereka membebaskan Mekah dan Madinah dari kekuasaan Saudi-Wahhabi kafir dan wajibnya mereka menolong umat Islam tertindas di Selatan Thai atau Myanmar.Mereka juga tidak tahu bahawa di Qom,Iran tidak ada satu pun masjid Ahlus Sunnah.Mereka juga tidak tahu bahawa kerajaan Malaysia sepenuhnya milik Yahudi.Mereka juga tidak faham apa sebenarnya yang berlaku di negara sendiri,inikan pula di dunia Arab sama ada di Syria mahupun Mesir.Hanya sekadar taqlid membabi buta kepada media dan ulama jahat.Hanya cukup sekadar membaca Harakah atau New Straits Times kafir.(Al Isra' 17:36) 

14.Umat Islam Malaysia umumnya akan hancur dan binasa disebabkan mereka syirik sama ada menyembah dan mendaulatkan Sultan Freemason atau menyertai demokrasi.Ini adalah 'berkat' hasil pengajian di Masjid.(An Nisa' 4:115 Al Maidah 5:60)

15.Semua ini boleh berubah jika mereka bertaubat dan benci kepada demokrasi dan berazam sepenuhnya untuk berjihad memusnahkan kerajaan Malaysia kafir dan Sultan Freemason. Maka barulah pemergian mereka ke Masjid akan bermakna.(Al Baqarah 2:193 An Nisa' 4:76 Ar Ra'd 13:11)

"Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah,melainkan dalam keadaan mempersekutukan Allah."(Yusuf 12:106)

Sekian,
1434H


Pihak berkuasa wajar meneliti manusia seperti ini

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@zahidhamidi @JakimOfficial @pdrmsia Mohon Perhatian!! Kebanyakan umat Islam menjadi kafir dan munafik?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!