Sunday, 15 December 2013

@zahidhamidi : Benarkah Belaku Wabak Kencing Tikus Hotel Mahkota?!


Maklumat penting. Dalam masa terdekat ni, klu boleh elakkan dr menginap di Hotel Mahkota, Melaka....atau kawasan sekitarnya. Ini kerana air tangki @ ada makanan di hotel tsbt telah tercemar dan dijangkiti kencing tikus. Kesannya telah mengakibatkan seorang kakitgn awam PDRM yg menghadiri seminar di situ telah meninggal dunia. Mangsa meninggal dunia di ccu Hosp. Melaka semalam. Semua kakitgn awam lain yg terlibat di hotel tsbt sedang dikuarantin...copy n paste


New info:- Baru tadi sy bercerita dgn kwn kerja. Ipar dia skg koma di QEH. Kena Leptospirosis (kencing tikus). Doc siasat, rupanya dia kena waktu guna air tangki utk ambil air sembahyang, berkumur. Simptom : demam, sakit tulang, pengsan, susah bernafas. Kuman attack organ badan one after the other, kidney, paru-paru, hati shutdown, badan bengkak......Dalam masa DUA hari daripada check up doktor (lepas pengsan di rmh) terus koma....skg msih di ICU....ini kes kedua, ada satu kes lagi di Menggatal, org ni kena lepas bergadening, terkena mata dia sikit percikan tanah yg dia cangkul dan dia gosok mata dia, org ni pun sedang koma skg.....doktor ckp kuman ni tersangat aggresive...kuman kencing tikus bukan sj boleh dibawa oleh tikus tp juga binatang2 lain yg infected, eg anjing, kucing, kambing tersebar bila mandi, minum di air-air kolam, tasik yang terkena kencing/tahi binatang yg infected...menjangkit melalui mata, hidung, mulut, luka2 di kulit.....

Beringat-ingat skg time cuti sekolah...hati2 bila bawa family makan di luar, picnic etc...ini juga masa utk buat spring cleaning di rumah...beli dettol, clorox...get rid of rats! Kadang mlm, tikus berkeliaran di rumah, jln atas sudu2, cawan, pinggan yg suda kita cuci...tupperware, periuk, meja makan, atas tin milo, tin susu.....besok pagi, pastikn semua bersih, jgn terus diguna saja......

Mesej from Dr.Zamri UPM


(artikel ini adalah palsu)


INFO PALSU BERBAU FITNAH :


Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebar maklumat palsu bahawa pegawai awam Polis Diraja Malaysia meninggal dunia di sini akibat jangkitan Leptospirosis atau kencing tikus boleh menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini dan perlu dihentikan serta merta.


Exco Kesihatan dan Pembangunan Sukan negeri, Datuk Ab Rahman Ab Karim, berkata sehubungan itu, beliau turut memohon pihak terbabit agar menghentikan penyebaran maklumat palsu bahawa hotel penginapan pegawai itu dan kawasan sekitar Bandar Hilir yang terkenal sebagai lokasi utama pelancongan di negeri ini dicemari penyakit kencing tikus.

Beliau berkata dalam era teknologi yang memudahkan penyebaran maklumat, pihak terbabit perlu memikirkan impak yang bakal dihadapi pihak lain sebelum bertindak menyebarkan maklumat yang diperoleh daripada sumber yang diragui kesahihannya.

"Pada ketika cuti Krismas yang bakal tiba, Melaka akan menerima ramai pelancong dan jika maklumat palsu ini disebar kedatangan pelancong akan berkurangan, saya memohon media juga memainkan peranan menyiarkan maklumat yang betul tentang perkara ini.

"Saya juga sebagai exco bertanggjungjawab menafikan adanya penyebaran penyakit itu di kawasan berkenaan dan memberi jaminan Melaka selamat untuk dikunjungi semua pihak, tolong jangan percaya dengan khabar angin disebar pihak tidak bertangungjawab," katanya ketika ditemui Bernama di sini, malam tadi.

Rabu lalu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr S Jeyaindran mengesahkan seorang pegawai wanita dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah itu meninggal dunia sehari sebelumnya (Selasa lalu) kerana komplikasi daripada penyakit Tiroid. - Bernama

Daeng :
aku memula dapat juga artikel (diatas) didalam aplikasi whatsapps yang ayatnya sebijik macam tu, setelah membuat beberapa pencarian aku terbaca artikel yang dikeluarkan oleh Bernama yang mana info yang dipanjangkan oleh admin facebook/anak anak negeri sembilan adalah tidak benar dan berunsur kianat.

Semoga kejadian ini mendapat perhatian dari pihak berwajib!Tidak kiralah memang dia dakwa copy paste, siapa suruh panjangkan sesuatu maklumat yang sumbernya tidak dikenal pasti kesahihannya.

Tak pasal Hotel Mahkota tu kena menangung sebab perbuatan tidak bertanggungjawab orang seperti ini. Nak copy paste pon siasat la dulu..jangan main lambung sorok tangan...






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@zahidhamidi : Benarkah Belaku Wabak Kencing Tikus Hotel Mahkota?! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!