Saturday, 14 December 2013

Zahid Hamidi Beri Imej Buruk Kepada Kerajaan?!


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana mendakwa beliau pengikut ajaran Syiah.

Malah katanya, tindakan serupa juga akan diambil terhadap Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi kerana didakwa mengemukakan ‘bukti’ yang memfitnahnya.

“Saya telah menghubungi peguam untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap fitnah Naib Presiden UMNO dan KSU Kementerian Dalam Negeri terhadap saya,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu kenyataan.

Mat Sabu dakwa Zahid dan KSU KDN fitnah beliau isu Syiah

Mat Sabu berkata beliau yakin bukti yang didedahkan KDN pada Khamis adalah satu fitnah yang cuba menjatuhkan imej dan kredibiliti beliau sebagai pemimpin nombor dua PAS.

“Kita yakin sidang media pendedahan bukti yang mendakwa saya pengamal ajaran syiah itu dibuat lanjutan daripada kenyataan Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

“Kenyataan beliau memang tidak bertanggungjawab. Beliau pernah mengeluarkan kenyataan dalam satu kes membanteras jenayah seperti, ‘tembak dulu, baru siasat’,” katanya.

Mat Sabu menegaskan kenyataan Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri turut memberi imej buruk kepada kerajaan dan negara ini.

Pada Khamis, Abdul Rahim dalam satu sidang media mendedahkan beberapa bukti yang mengaitkan Mat Sabu sebagai seorang pengikut ajaran Syiah.

Antara lain, beliau mendakwa Mat Sabu sering membaca ‘Selawat’ mengikut ajaran Syiah serta menyatakan rasa kagumnya terhadap kempimpinan dan perjuangan ulama Syiah Iran, Imam Khomeini yang merupakan ikon mazhab tersebut.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, Ahmad Zahid mendakwa pemimpin nombor dua PAS cenderung dan terlibat fahaman syiah. –bnbbc.my




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Zahid Hamidi Beri Imej Buruk Kepada Kerajaan?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!