Saturday, 14 December 2013

Zahid Hamidi Akan "Mempekosakan" Red Bean Amry!!!

Media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi pelapis melalui program pengkaderan parti, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ini antara rombakan yang akan dibuat terhadap modul pengkaderan UMNO supaya seiring dengan peredaran zaman.

"Saya diberi tanggungjawab melaksanakan sistem pengkaderan dan saya fikir modulnya perlu diubah. Pada 2018 kita akan ada lebih kurang lapan juta pengundi baharu.

"Kita tahu pengundi baharu ada cita rasa dan pola pemikiran yang berbeza, jadi kita kena beri pendedahan terutama dalam aspek pemberian maklumat melalui media sosial," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama Khamis malam.

Menurutnya lagi, usaha akan dibuat untuk memperkukuh kumpulan media baharu Umno dari kalangan anggota parti itu dan Barisan Nasional.

"Selama ini kita defensif, bila orang serang baru nak jawab. Tapi dalam perkara ini (pengkaderan), kita tak perlu serang tapi perjelaskan dasar kerajaan dan parti supaya seimbang antara yang hak dan yang batil," jelas Ahmad Zahid.

Ditanya sama ada langkah memperkasa 'cybertroopers' UMNO akan membawa kepada pertembungan dengan 'Red Bean Army' yang dikatakan dibelakangi pembangkang, beliau berkata jumlah 'tentera' UMNO perlu ditambah untuk terus menguasai khalayak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas menekankan keperluan mengukuhkan pengkaderan parti dengan mendoktrinkan jati diri UMNO kepada para anggota agar budaya kepartian berakar umbi dan terpateri dalam sanubari 'orang UMNO' bagi memastikan kelangsungan UMNO.

Dalam konteks politik, pengkaderan secara ringkasnya bermaksud program atau agenda yang digariskan untuk mempersiapkan kelompok pemimpin muda dan golongan profesional untuk menjadi generasi pelapis yang benar-benar menghayati ideologi dan roh perjuangan parti. - sumber


Daeng :
Tengok la macam mana kebenaran apa yang dilafaskan Naib Presiden UMNO ini, Dari memang Zahid Hamidi style dia cakap dulu buat kemudian, tapi dalam ruang lingkup siber ini berbeza rentaknya kena pula ada "warlord" siber yang pastinya akan mengeletek..Hehehe..

Paling-paling tidak ORANG UMNO di UMNO bahagian sendiri kena celik IT bukan lantik tunggul dan beg plastik sampah sebagai AJK Biro Siber. Jangan marah teman tulis sbb teman ada asasnya.

Nak sampaikan idea pon tak nak orang dengar, alih2 kena balun baru mencirit cari tukang bekap sedangkan UMNO sendiri wajar menitikkan setiap peranan pengiat media maya termasuk jua hal hal yang bukan politik.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Zahid Hamidi Akan "Mempekosakan" Red Bean Amry!!! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!