Friday, 20 December 2013

[video] Datuk Bandar Mati Dibunuh!

Beberapa das tembakan telah dilepaskan oleh beberapa orang penjenayah di luar Lapangan Terbang Antarabangsa di sini sekali gus menyebabkan beberapa orang terbunuh termasuk seorang datuk bandar daerah Labangan di Mindanao yang masih dalam konflik politik.

Hasil rakaman yang disiar saluran televisyen tempatan, GMA, menunjukkan beberapa orang saksi menangis dan menjerit apabila melihat seorang lelaki yang cedera ditembak rebah di luar terminal itu.


"Datuk bandar dan keluarga serta pengawal keselamatan yang mengiringi beliau telah diserang," kata pengurus besar lapangan terbang Manila, Angel Honrado.

Ukol Talumpa, seorang ahli politik yang berjaya memenangi kerusi panas untuk menjadi datuk bandar di daerah Labangan pada pilihan raya Mei lalu secara tidak langsung menewaskan pesaing terdekat yang merupakan sekutu Presiden Filipina, Benigno Aquino.


Honrado menambah, rombongan itu ditembak sekurang-kurangnya oleh dua orang lelaki sekali gus menyebabkan empat orang terkorban termasuk isteri Talumpa manakala empat lagi cedera parah.


"Walau bagaimanapun, saya tidak dapat mengesahkan laporan berita mengenai dakwaan seorang saksi yang menyatakan suspek memakai pakaian seragam polis," katanya lagi. - AFP



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
[video] Datuk Bandar Mati Dibunuh! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!