Wednesday, 18 December 2013

TNB Lepas Tangan Bila Diserang Tentang Tarif Elektrik

Pergerakan Puteri Umno menyarankan tiga langkah penting bagi dilaksanakan rakyat, kerajaan, syarikat awam serta swasta untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ketuanya Mas Ermieyati Samsudin berkata masalah yang dipandang serius dan menghimpit terutamanya golongan muda itu mampu diatasi sekiranya semua pihak bekerjasama melaksanakan langkah digariskan pergerakan itu.

"Langkah pertama bermula dengan rakyat sendiri perlu sedar tentang kepentingan meningkatkan kesedaran untuk berjimat dan mengurangkan perbelanjaan seperti mengurangkan bil bulanan," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan dan syarikat perlu mengambil langkah proaktif untuk berjimat cermat dan mengurangkan perbelanjaan, selain melaksanakan program untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang masalah itu.

Katanya langkah kedua ialah menggalakan 'kaedah hijau' di kalangan rakyat, kerajaan serta syarikat, antaranya dengan meningkatkan usaha kitar semula dan menggalakkan penggunaan teknologi hijau.

Mas Ermieyati berkata penggunaan teknologi hijau bagi menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan penjanaan tenaga elektrik diharap mampu mengurangkan kos yang perlu dibayar.

"Di samping itu, TNB (Tenaga Nasional Berhad) juga boleh mengkaji dan membuat pengurangan tarif elektrik di waktu malam dan memikirkan mekanisme bersesuaian sebagai alternatif penggunaan elektrik sedia ada," katanya.

Beliau berkata langkah ketiga ialah kerajaan perlu memantau syarikat monopoli berkepentingan awam supaya syarikat tersebut tidak mendapat keuntungan melampau tanpa memberikan bebanan kepada rakyat.

"Perjanjian dengan syarikat-syarikat monopoli yang berkaitan kepentingan awam harus mendapat pendapat rakyat dan dipantau oleh kerajaan. Syarikat ini harus menjalankan kos operasi optimum dan memberikan harga rendah untuk rakyat di samping memberikan keuntungan berpatutan untuk pemegang saham," katanya.

Mas Ermieyati berkata kerajaan juga boleh melaksanakan dengan tegas 'anti-trust law' atau 'competitive law' seperti di Amerika Syarikat bagi mengawal dan menjaga kepentingan awam apabila melibatkan syarikat monopoli.

Beliau berkata kerajaan tidak boleh melaksanakan pelbagai kenaikan secara melulu yang kemudiannya kesan terhadap kenaikan itu boleh menimbulkan masalah yang dirasai oleh rakyat.

"Bagaimanapun pada masa yang sama, kerajaan harus seimbang dalam mengambil kira pandangan yang boleh menguntungkan rakyat dan juga pada masa yang sama tidak rugikan kerajaan," katanya. 

- Bernama


Tarif Elektrik Naik Bukan Salah Kami Kata CEO TNB

Kenaikan tarif elektrik adalah satu proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan dan tiada kaitan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, (CEO) Azman Mohd.

"Syarikat adalah adalah ejen pengumpul semata-mata," kata Azman kepada pemberita, selepas menghadiri majlis pelancaran memoir bekas Pengerusi TNB Ani Arope hari ini.

"Kenaikan tarif tiada kaitan dengan TNB. Tetapi kami yang dipersalahkan dalam hal ini, " katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan itu adalah perlu bagi proses rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

Tarif elektrik di negara ini telah diselaraskan untuk RM0.0499 per kilowatt jam (kWj) dan akan berkuatkuasa datang dari 1 Jan 2014.




TNB Lepas Tangan Bila Diserang Tentang Tarif Elektrik Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!