Monday, 16 December 2013

Tiada Kenaikan Kadar Tol PLUS Pada 2014!

SAH, TIADA KENAIKAN TOL PLUS

Pihak pengurusan PLUS Malaysia Berhad mengesahkan bahawa syarikat konsesi lebuhraya terbesar itu tidak akan bercadang menaikkan kadar tol di semua lebuhraya kendalian syarikat itu pada tahun hadapan (2014), seperti yang dihebohkan baru-baru ini.

Menurut Pengarah Urusan PLUS, Dato' Noorizah Abd Hamid, syarikat konsesi itu memahami tekanan kos hidup rakyat dan tidak berhasrat menaikkan kadar tol di semua lebuhraya PLUS dalam tempoh terdekat.


"Kenaikan konsesi PLUS tidak akan berlaku kerana belum tiba masa ia diteliti. Jadi kenaikan yang diwar-warkan mungkin melibatkan konsesi lebuhraya lain, tetapi bukan PLUS," ujar beliau ketika diajukan soalan berkaitan kenaikan kadar tol.

Beliau turut menambah bahawa PLUS sedang mengkaji mekanisme untuk menurunkan kadar tol semasa kepada kadar tol baru yang lebih rendah.

Penstrukturan semula tol semasa PLUS pada masa hadapan bakal memberi kelebihan kepada pengguna apabila mereka akan menikmati penjimatan antara 10 - 50 peratus berbanding kadar tol semasa.

Ketika ini, PLUS mengendalikan lima lebuhraya meliputi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE), Linkedua (Lintasan Kedua Malaysia Singapura), Lebuhraya Butterworth-Kulim (KLBK) dan Jambatan Pulau Pinang.

Tonton video :
http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Tiada_Kenaikan_Kadar_Tol_Di_Lebuh_Raya_PLUS.html


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tiada Kenaikan Kadar Tol PLUS Pada 2014! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 16 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!