Sunday, 1 December 2013

Salahkah Ustaz Kazim Elias?

Salah ka Ustaz Kazim Elias dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT) UMNO.?

Belum Ustaz Kazim Elias memberi persetujuan sama ada akan menerima atau menolak lantikan tersebut, ramai didalam kalangan penyokong PR mengherdik,menghina dan memaki Ustaz Kazim Elias.

Tidak salah bagi aku untuk UMNO melantik Ustaz Kazim Elias dan Ustaz Kazim Elias menerima lantikan tersebut kerana melalui jawatan MT akan memberi ruang kepada golongan "Ilmuan Islam" seperti Ustaz Kazim Elias dan Dr Asyraf Wajdi menggunakan saluran yang betul untuk menegur dan memperbetulkan UMNO sekirannya sesuatu tindakkan UMNO lari dari landasan Islam.

Sebelum ini UMNO sering dikatakan parti yang suka meminggirkan golongan Ilmuan Islam adalah tidak benar sama sekali. Ilmuan Islam dilihat tidak berani mendekati UMNO kerana bimbang dikecam oleh penyokong fanatik PR terutamanya penyokong fanatik PAS yang cuba menghalang golongan Ilmuan Islam mendekati UMNO.

UMNO sebagai satu parti yang utama mempunyai keanggota ahli yang beragama Islam yang paling ramai di Malaysia dan menjadi peneraju didalam BN yang mentadbir Negara Malaysia. Ulama dan Umarak perlu disatukan didalam UMNO bagi menjaminkan masa hadapan Agama Islam dan Umat Islam.

Crdt : Pisau Kedah


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Salahkah Ustaz Kazim Elias? Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 1 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!