Wednesday, 18 December 2013

Rasuah : Itu Urusan Mereka Dengan Allah SWT


Dalam mengukuhkan komitmen memerangi rasuah, semua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN ) dan pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu mulai tahun hadapan dikehendaki mengangkat sumpah dengan menjunjung Al-Quran di hadapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Mufti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah berkenaan bertujuan memastikan pembuat pengakuan (yang mengangkat sumpah) bersikap jujur dan amanah menggalas tanggungjawab masing-masing.

“Jika mereka hendak lakukan juga (rasuah) itu terserah kepada mereka urusan dengan Allah, yang penting kita sudah beritahu bahaya rasuah, sudah bagi penerangan dan (mengambil) langkah pencegahan yang perlu dilakukan,” kata Ahmad Said kepada pemberita pada taklimat Program Transformasi SPRM Mencegah Rasuah kepada ADUN di Kuala Terengganu pada Selasa.

Selain pendekatan terbaru itu, kerajaan negeri kata Ahmad Said akan meneruskan tradisi berhubung rapat dengan agensi penguatkuasaan seperti SPRM dan taklimat SPRM hari ini akan diperluaskan kepada pegawai kanan kerajaan serta ketua-ketua jabatan dalam waktu terdekat.

Taklimat itu adalah sebahagian komitmen kerajaan negeri Terengganu dalam menjalankan urusan pentadbiran dengan telus dan berintegriti, sekaligus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap sektor perkhidmatan awam.

Taklimat kira-kira tiga jam itu disampaikan oleh Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali.-bnbbc.my“Hari ini banyak perkara disentuh, termasuk kuasa perundangan serta bentuk kesalahan rasuah dan perkara-perkara yang boleh disabitkan sebagai ‘suapan’ yang mudah berlaku dalam kehidupan seharian,” kata Ahmad yang tidak mahu berlaku sebarang kesilapan sekalipun kecil dalam urusan pentadbiran harian di kalangan ADUN yang boleh menjerat diri mereka dalam perangkap rasuah . - bnbbc.my

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Rasuah : Itu Urusan Mereka Dengan Allah SWT Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 18 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!