Thursday, 26 December 2013

Rafizi Teruskan Pembohongan Secara Halus

Pembangkang Tabur FitnahLagi : Isu GST Dan Jual Harta Negara



3 Kebodohan Pembangkang :
1. walau macai ada cikgu metametik DAP mereka tetap tak tau kira GST. 
2. walau macai ada cikgu bahasa PKR mereka tetap AUTA dan SPIN. 
3. walau macai ada ustaz PAS mereka terus buat fitnah.

apa lagi boleh aku katakan.... 


Rakyat muak dengan tembelang pembangkang. Lepas satu satu lagi isu penipuan mereka cipta untuk mencetuskan provokasi menghuru harakan Negara. Demo guling kerajaan yang mereka rancang pada 31 Disember ini kononnya untuk protes kenaikan harga barang. Sebenarnya mereka akan gunakan apa sahaja isu asalkan dapat mempengaruhi rakyat berdemo jalanan.

Tony Phua pula cuba menipu dalam pengiraan mathematik. Dalam hal GST amat jelas Tony Phua merupakan Cina yang fail mathematic. Dia cuba memperbodohkan rakyat dengan formula karut DAP yang rasis melampau.

Kenyataan Datuk Ahmad Maslan cuba dimanipulasikan. Namun Tony Phua lupa bahawa kebenaran akan tetap terbongkar walaupun berapa hebat sekalipun mereka cuba memanipulasikan isu. Hakikatnya GST akan mengurangkan harga barangan keperluan asas kecuali peniaga Cina yang mendominasikan pengilangan barangan keperluan asas tidak bertindak untuk mengurangkan harga barang apabila cukai jualan yang dimansuhkan ke atas mereka.

Nampaknya kali ini kata-kata Tony Phua bakal makan tuan. Mathematik Tony Pua boleh campak dalam longkang. Walaupun beliau sedar bahawa GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang ternyata lebih banyak daripada GST namun beliau tetap mengatakan GST tidak cukup bagus. Perangai durjana pembangkang tetap terserlah menafikan segala kebaikan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Pembangkang cuba menafikan 40 jenis barangan keperluan asas yang sifar cukai. Mereka buat-buat tak faham maksud barangan sifar cukai yang membawa erti tidak dikenakan cukai. Maka sudah semestinyalah barangan ini akan berkurangan harga. Pembangkang dengan agenda provokasi durjana tetap mengatakan barangan yang sifar cukai akan mengalami kenaikan cukai. Ini bermaksud akal pembangkang mengalami masalah mental yang serius.

Mereka masih menafikan bahawa GST 6% itu lebih rendah daripada 10% cukai jualan yang dikenakan kepada pengilang sebelum ini. Mathematik Tony Phua jelas terpesong dari kebenaran kerana semua perkara tentang DAP amat jauh terpesong dari kebenaran.

Kita tahu bahawa Tony Phua ini mempunyai kaitan yang cukup rapat dengan Singapura. Mereka telah terlebih dahulu melaksanakan GST dengan kadar yang lebih tinggi daripada yang akan dilaksanakan oleh Malaysia. Namun tidak pula mereka memburukkan Negara pujaan mereka itu. Pembangkang hanya “cari pasal” dengan segara perancangan dan perlaksanaan kerajaan.

Malahan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang tidak pernah berhenti memfitnah dan memburukkan kerajaan dengan propaganda jahat beliau turut mempertikaikan kebenaran barangan sifar cukai akan mengalami penurunan harga dengan GST. Nampaknya otak pengarah strategi DAP dan PKR bermasalah besar.

Walaupun Rafizi tahu bahawa pengilang boleh menuntut “tax credit” dan menurunkan harga barang namun pembangkang tetap menafikan hakikat ini. Kita percaya kerajaan akan melaksanakan pemantauan yang ketat terhadap para pengilang yang sepatutnya menurunkan harga berikutan perlaksanaan GST ini.

Dalam keadaan kebanyakkan Negara melaksanakan GST termasuk kawan karib pembangkang, mereka masih cuba mencetuskan manipulasi provokasi murahan semata-mata mahu melaksanakan demo jalanan untuk menggulingkan kerajaan.

Sebelum ini mereka beria-ia memfitnah kerajaan dalam isu 40000 bangla pengundi hantu. Namun semua fitnah itu dapat dibongkar. Apabila GST dilaksanakan dan barangan turun harga maka ini akan dapat membuktikan lagi fitnah dan pembohongan pembangkang.

Rafizi juga menuduh kerajaan bertindak menjual aset negara demi menutup kegagalan mencapai sasaran defisit membabitkan hutang negara. Oleh itu beliau diminta kemukakan bukti dakwaan tersebut. Pertumbuhan ekonomi negara juga cukup baik pada masa kini. Negara telah melonjak ke tangga keenam berbanding tempat ke-12 pada tahun lalu bagi negara yang mudah untuk menjalankan perniagaan di dunia. Ini semua cukup mengusarkan pembangkang. Dengan itu mereka tahu bahawa mereka perlu merosakkan ekonomi dan keamanan Negara melalu apa cara sekalipun.

Malaysia juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Kuala Lumpur dinobatkan sebagai syurga membeli-belah keempat di dunia menerusi hasil kaji selidik dilakukan CNN, baru-baru ini. Sebelum ini Rafizi melalui portal berita PKR mendakwa, kerajaan mengambil jalan menjual aset negara dan menerbitkan lebih banyak sekuriti hutang daripada aset berkenaan semata-mata untuk menutup kegagalan pentadbiran ekonomi mereka mencapai sasaran defisit empat peratus ditetapkan. Menurutnya, pendedahan itu dibuat berdasarkan laporan terkini Bank Dunia iaitu ‘Malaysia Economic Monitor: December 2013’ seperti tertera pada halaman 10.

Rafizi cuba memfitnah berdasarkan syak wasangka bahawa rancangan menjual aset negara itu berlaku kerana ia bertujuan mencapai sasaran defisit empat peratus bagi 2013 yang sebenarnya telah gagal. Ia bermakna, harta-harta negara telah pun dijual dan digadai supaya hasilnya diperoleh dalam tahun 2013 untuk menutup jurang pendapatan dan perbelanjaan negara.

Apa lagi yang pembangkang tidak lakukan untuk memfitnah kerajaan. Belum pun reda kes Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bahawa 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas. Kini mereka mencipta lagi bermacam-macam pembohongan untuk meracuni fikiran rakyat.


-mykmu-
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Rafizi Teruskan Pembohongan Secara Halus Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!