Saturday, 14 December 2013

POLIS Baru Terhegeh-Hegeh Mahu Bersama JAKIM?!

Pendedahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai penularan fahaman Syiah di negara ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat mengenai fahaman itu yang jika tidak dibendung, ia mampu beralih menjadi militan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pendedahan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Syiah adalah sebagai ingatan kepada orang ramai untuk tidak memberi peluang kepada fahaman itu dari terus tersebar kerana ia hanya boleh mengundang bahaya sebagaimana yang berlaku negara-negara Timur Tengah.

"Tengok apa yang berlaku di Syria, Iraq dan paling teruk Pakistan. Apabila Syiah menjadi besar, mereka beralih menjadi militan dan berlaku pertembungan orang Sunni dengan Syiah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program mencegah jenayah 'United Against Crime Through Eyes In The Sky' di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Khalid berkata, pihak polis tidak akan berkompromi jika berlaku ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan ia akan sentiasa memantau kegiatan Syiah.

Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membendung fahaman itu.

Pada minggu lepas, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno mendakwa pemimpin nombor dua Pas turut terlibat dengan fahaman Syiah sementara semalam Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebagai cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah. - Bernama



Daeng :
Aku pon tak paham dengan Polis sekarang ini lepas KDN petik pasal Syiah baru ada action? Kena minta izin dulu ke baru bertindak?

Datang dek puak pembangkang politikan terus hal ini kerana yang terlibat tu kepala depa, jika pemimpin UMNO kena siasat...laju je dorang jatuh hukum..kena tang mat sabu mati mati mempertahankanya?

Selepas seorang penguatkuasa yang mati ditembak (dikaitkan dengan Tuhan Harun)Ha...Ayah Pin mana?!!!Takkan nak suh KDN memetik dulu?!!!Atau ada yang mati lagi?!!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
POLIS Baru Terhegeh-Hegeh Mahu Bersama JAKIM?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 14 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!