Monday, 23 December 2013

PERKASA : Apa Lagi Barua Mahu?!

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali hari ini menjawab pimpinan MCA mengenai isu 'Apa Lagi Melayu Mahu?' dengan menjelaskan bahawa orang melayu tidak mahu mana-mana pihak mengganggu-gugat asas perlembagaan di samping tidak menyentuh dan memperlekehkan kesucian agama Islam dan bangsa Melayu.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, orang Melayu tidak mahu institusi raja-raja Melayu diperkotak katikkan serta mencapai ekonomi yang lebih maju dari kalangan bumiputera.

"Terus terang saya mengatakan dengan pemimpin negara tentang perkara-perkara berkaitan dengan kepentingan mempertahankan kesucian Islam dan kedudukan kita bangsa Melayu, tetapi telan mati mak luar mati bapak." katanya ketika berucap dalam pada Persidangan Agung Perkasa ke-4 di Pusat Islam di sini hari ini.

Persidangan itu telah dirasmikan oleh Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH), Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pada itu, Ibrahim Ali juga mengisytiharkan bahawa pertubuhan itu bukan alat kepada UMNO apatah lagi bertindak sebagai barua parti tersebut.

Katanya, Perkasa hanya menyokong UMNO kerana sayang kepada bangsa Melayu dan tidak percaya kepada parti altenatif yang lain.

"Kita beri sokongan bukan kita jadi perkakas kepada UMNO, kita bukan menjadi alat kepada UMNO dan jauh sekali hendak mejadi barua kepada mana-mana pemimpin.

"Kita sokong kerana kita sayang kepada bangsa kita, kita tidak percaya walaupun wujud satu barisan alternatif parti yang mendakwa untuk mengambil alih kerajaan," ujarnya.

Tegas Ibrahim, sekiranya Umno gagal untuk memperkasakan Agenda Pemerkasaan Bumiputera, Perkasa tidak teragak-agak untuk mengambil alih peranan parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu.

"Tetapi kalau sudah tidak bertaring, kalau lesu dan lemah, Perkasa boleh menjadi pengganti untuk mempertahankan agama dan bangsa." katanya. - rakyatnews



Daeng:
Aku antara orang yang suka pada asalnya penubuhan perkasa iaitu sebuah badan bukan kerajaan yang dapat mengumpulkan ahli yang agak ramai di Malaysia, Akhir akhir ini tindak tanduk tuan presiden PERKASA sendiri memperlihatkan kegelojohan orang melayu yang kononnya kenal erti politik hari ini.

Kerajaan yang ditunjangi UMNO sebuah parti politik melayu yang berkapasiti jutaan ahlinya boleh dikatakan mengambil jalan "selamat" dengan tidak melibatkan diri secara aktif didalam PERKASA kerana apa? PERKASA Berkokok lebih pun tak guna apa ada ucapan mengunung jika tidak ada pelaksanaanya?!

Bangsa lain takut pada PERKASA?!Atau makin lama makin meluat?Menghukum pemerintah hari ini terlalu berlembut itu adalah satu tindakkan tidak wajar selaku "abang" didalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini. Guna otak la bukan guna lutut.

Senario politik hari ini banyak melibatkan idealisma pengundi dan penyokong muda yang melihat tindak tanduk pemimpin hari ini, jika inilah yang dianjurkan PERKASA dimanakah kekuatan PERKASA sebagai abang long? Ditenaga orang mudanyakah atau tua tua kerepot sama macam UMNO dan parti-parti pembangkang?!


Tekel dulu orang muda baru la berkokok 
dari pagi hingga senja!

* orang bisik pada aku, PERKASA hanya part angkat bendera jek masa reporter ambil gambar!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PERKASA : Apa Lagi Barua Mahu?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!