Friday, 27 December 2013

Pelajar UM Di Larang Sertai Perhimpunan!

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya hari ini mengeluarkan arahan melarang pelajarnya menyertai perhimpunan "Guling Kerajaan" pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.

Arahan tersebut diberikan kepada semua pelajar melalui email masing-masing dan juga dikeluarkan melalui laman rasmi Facebook Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya.

"Adalah dimaklumkan bahawa perhimpunan 'Guling Kerajaan' atau 'Rakyat Pilih Dataran Merdeka' (#RPDM31D) yang dijadualkan akan diadakan pada hari Selasa, 31 Disember 2013 di sekitar Kuala Lumpur adalah perhimpunan haram yang mana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa" Dipetik dari laman sosial Facebook

"Himpunan Aman yang dijadualkan akan dilakukan oleh beberapa buah badan NGO termasuk NGO TURUN pada 31 Disember ini adalah bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia menyatakan kemarahan mereka terhadap peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi dalam Negara ini." Kata Azan Safar

Sebelum pada ini, Azan Safar yang juga merupakan Pengerusi TURUN telah ditahan polis selama 20 jam di Balai Polis Dang Wangi atas kesalahan ingin menganjurkan pehimpunan menggulingkan Kerajaan pada 31 Disember nanti.(Terkini telah dibebaskan)





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Pelajar UM Di Larang Sertai Perhimpunan! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 27 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!