Saturday, 21 December 2013

@pdrmsia : Mohon Siasat! WAJIB SEBAR – #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis

ATAS SIFAT KESEDARAN SEMUA, INI ANJURAN BERSAMA RAKYAT MARHEIN


Kepada semua anak muda agar bangun dan lawan, Negara ini milik rakyat. Rakyat sdg dipijak dihimpit ke dinding… Kita tiada pilihan selain melawan! Kita tiada pilihan selain jalanan!! Masanya sudah tiba… 31|12|13. KUASA DI TANGAN RAKYAT!- Dataran Merdeka

Kepada abang2 polis, kepada abang2 FRU, letaklah cota kamu, letaklah ke tepi perisai kamu… sesungguhnya kamu bukanlah musuh kami, sesungguhnya kamu juga rakyat yang merasai keperitan hidup, malah mungkin lebih lagi… Kami bersama kamu, dan kamu wajar bersama kami…

To all youngsters, stands up and fight! This country belong to us, we are being crushed and pushed to the wall. We have no choice rather than fight. We have no choice rather than going to the streets. The time have come 31|12|2013 – POWER IS WITHIN THE PEOPLE! Dataran Merdeka

Behold all policeman, to all FRU unit, put away your truncheons, put aside your sheild… you’re not our enemy, hence you’re just like us, the rakyat… we are always with you, and you shall be with us to fight for your right, to fight for our right…

2014 the new year belong to the peoples.
Down to the regime!

RUJUK : http://anakmudamalaysia.com/2013/12/wajib-sebar-rakyatpilihdataranmerdeka31dis/




TIBA TIBA

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang menganjurkan Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka, hujung bulan ini menafikan penglibatan mereka dalam satu penganjuran himpunan di lokasi sama yang bertujuan mengguling kerajaan.

Pengarah Propagandanya, Edy Noor Reduan berkata, tidak dinafikan ada pihak atau individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan.

“Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri," katanya.

Beliau berkata, Protes Rakyat Ambang 2014 itu bagi menyatakan bantahan terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau.

Menurutnya, ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

“Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sekali gus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respons kebanyakan menteri terhadap kenaikan ini turut memacu kemarahan rakyat.

"SAMM menyeru kepada semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan,” katanya dalam satu kenyataan.

Edy berkata, bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein.

"Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata,” katanya, http://www.sinarharian.com.my/semasa/samm-nafi-terlibat-himpunan-guling-kerajaan-1.231921

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

@pdrmsia : Mohon Siasat! WAJIB SEBAR – #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!