Tuesday, 24 December 2013

Negeri Pembangkang naikkan cukai perniagaan 300 peratus!

Sudahlah cukai dinaikkan, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerajui kerajaan negeri Selangor nampak gayanya bukan sahaja tidak mengendahkan keluhan rakyat tetapi aduan pemimpin mereka juga tidak dipedulikan.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad minggu lepas menyuarakan kekecewaan teradap tindakkan kerajaan negeri Selangor sejak menaikkan harga pelbagai bentuk bayaran seperti kadar sewaan, lesen dan lain-lain yang menjadi rungutan orang ramai kerana disifatkan tidak perlu.


Antaranya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mula mengenakan bayaran parkir kereta di kawasan yang sebelum ini tidak pernah dikenakan bayaran, selain menaikkan kadar sewa untuk meletak meja dan kerusi di kawasan parkir tepi jalan.

Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati peniaga kenaikkan tersebut tidak menusabah.

Seminggu berlalu, Khalid sekali lagi mendesak MBSA supaya menarik balik notis kenaikan kadar Lesen Perniagaan/Perindustrian 2014 dan membicangkan dahulu perkara itu dengan peniaga sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya menerima aduan dari seorang peniaga yang tidak berpuas hati dengan kadar baru lesen perniagaan yang meningkat sebanyak 300 peratus.

“Ini amat membebankan peniaga apatah lagi notis yang diberikan terlalu singkat iaitu tarikh notis 9 Disember dan perlu diselesaikan pada 31 Disember, jika gagal denda sebanyak 10 peratus dari kadar lesen pula dikenakan.


Menurut Khalid, keputusan MBSA mengenakan tiga jenis cukai pada satu premis keterlaluan dan ianya seperti menganiaya peniaga.“Saya gesa MBSA dan Datuk Bandar segera menarik balik notis tersebut dan mengadakan perbincang dengan para peniaga untuk mencari jalan penyelesaian bukan menindas peniaga,” katanya pada sidang media di pejabatnya, Isnin.

Mengambil contoh peniaga industri kraftangan, kadar baru yang akan diperkenalkan pada 2014 sangat membebankan jika dibandingkan dengan kadar sekarang iaitu RM360 setahun.

“Kita mahu MBSA meneliti kembali cara pengiraan kadar berkenaan. Bagi saya adalah tidak wajar tiga jenis cukai dikenakan pada satu premis yang sama, cara pengiraan perlu dibincangkan dan dijelaskan kenapa.

“Apa rasionalnya ia ditetapkan sedemikian, sudah pasti setiap industri mempunyai ruang menyimpan, proses serta menjualnya. Saya harap ini dapat diselesaikan segera untuk kebaikkan peniagaan dan penduduk Shah Alam,” katanya.

Notis terbaru yang dikeluarkan MBSA mengenakan bayaran lesen perniagaan industri kraftangan (menjual/perkhidmatan) sebanyak RM360, industri kraftangan (membuat/proses) sebanyak RM360, industri kraftangan (borong/simpan) pula sebanyak RM400 dan Patil sebanyak RM7, yang menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak RM1,127. -bnbbc.my




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Negeri Pembangkang naikkan cukai perniagaan 300 peratus! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 24 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!