Thursday, 26 December 2013

@najibrazak Najib Buat Benda HARAM

Selamat Hari Natal!

Aku terkedu dengan status seorang facebooker yang meng'haram'kan perbuatan DS Najib bersama sama dengan rakyat beragama Kristian meraikan "Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2013" yang aku terbaca di facebook DS Najib Razak yang mana distatus beliau terhimpun pelbagai caci maki dan tohmahan yang tidak berhenti-henti seolah olah DS Najib membuat kesalahan besar sedangkan DS Najib adalah Perdana Menteri Malaysia yang perlu menghormati bangsa dan agama lain dengan sewajarnya!


Status DS Najib (facebook)
Petang tadi saya meluangkan masa bersama pemimpin-pemimpin dan rakyat jelata dari pelbagai latar belakang dalam Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2013 di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Negara kita memang terkenal di serata dunia kerana konsep "kesatuan dalam kepelbagaian" dan saya berdoa agar kita sentiasa pertahankan kekuatan dan keunikan kita ini.

Tindakkan profesional antara Najib dan si tokong arrogant (LGE) sama sama duduk semeja beramah mesra adalah satu tindakkan terpuji yang wajar dicontohi oleh semua sekali insan yang bernama manusia di Malaysia ini.


Takkanlah semua benda nak dipolitikkan, memang aku sendiri tak suka LGE tapi adakah aku sebagai orang Melayu Islam boleh hukum DS Najib seorang Islam TIDAK BOLEH meraikan majlis yang melibatkan sambutan perayaan agama lain atas dasar keharmonian dan pepaduan rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia? 

Jika kita boleh pergi rumah terbuka agama lain dengan niat perpaduan dan sosial masyarakat, kenapa DS Najib tak boleh pula?! Makan pun boleh jatuh HARAM?! he he he..

Gambar bawah ini memang haram + haramjadah lagi...



Mungkin dorang salah erti tentang hukum ini : Hukum Menyerupai / Merayakan Perayaan Orang Kafir:



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@najibrazak Najib Buat Benda HARAM Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 26 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!