Sunday, 15 December 2013

@najibrazak Luahan Hati Rakyat dan YB Mohd Iskandar (video)


"Apa saja dan siapa saja komen mengkritik kerajaan tentang kenaikan tol, saya sokong! PM, tolong dengar apa kata rakyat. Alasan rasionalisasi subsidi sudah tak dpt diterima. Kalau tujuan mengelak kenaikan dan beban pd masa depan, bgmn pula kadar gaji dan upah yg masih rendah dan beban rakyat pd masa sekarang? Ms depan tu belum tentu kita ni hidup, tp hidup hari ni mcm nk mati dgn beban2 kenaikan." - YB Mohd Iskandar Jaafar



Saya percaya ADUN Jabi YB Mohd Iskandar Jaafar bukan mencari populariti dengan kata katanya. malah saya amat yakin dan percaya bahawa beliau mendengar dan menghayati denyut nadi kesusahan yang menghimpit rakyat seperti mana yang pernah kita luahkan dahulu dan ini juga bukan kebetulan tetapi adalah reality sebenar kehidupan yang semakin terbeban.

Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak dan Menteri kabinet jangan hanya pandai bercakap dan mengejar rating untuk ke Negara Maju dan masa depan. Kerana masa depan RAKYAT yang tentukan!!

Dengarlah bisikan hati nurani rakyat carilah kaedah terbaik sebelum hati rakyat beralih pada masa akan datang. Bayangkan gaji ADUN dinaikkan manakala subsidi ditarik dari sana dan sini. wajarkah?!

Sewajarnya kenaikan itu dan ini belaku dikala ini banyak menyumbang persepsi yang tidak baik walaupun dicanang tindakkan "tidak popular" adakah ini balasanya kepada pemberimandat kepada Barisan Nasional?! Adakah Barisan Nasional bakal jadi parti "tidak popular" pada PRU 14?!



Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.

“Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.

“Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.

Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

“Kenaikan tol juga bersikap adil pada pembayar cukai, kerana pampasan dibayar menggunakan wang cukai, sedangkan lebuh raya adalah laluan alternatif yang tidak semua pembayar cukai guna setiap hari,” katanya.

Desas-desus mengenai kenaikan tol bermula ekoran kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof bahawa terdapat semakan semula kadar tol pada tahun hadapan dari segi perjanjian antara kerajaan dengan syarikat konsesi lebuh raya.

Sebuah akhbar pula melaporkan kenaikan kadar itu dijangka berlaku antara 30 sen sehingga RM1, tetapi tidak menyatakan untuk jarak perjalanan sejauh mana. Terdapat 13 lebuh raya yang terlibat dalam semakan semula kadar tol itu.

-Bernama
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@najibrazak Luahan Hati Rakyat dan YB Mohd Iskandar (video) Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!