Sunday, 8 December 2013

@najibrazak @khairykj @ibdil @AfiqKLtownn _tempur @kulaan_niring @dahliablada @McTheoryz @sAngkAkAla78 @aril_pendangjr : [Info Banjir] #lifestyle Tidak Sesuai Dikala Semua Perlukan #lifejacket

Sungai di Taman Negara meningkat ketahap merbahaya?

Hari ini berberapa pasukan blogger sukarela telah turun ke kawasan banjir (agak kecewa aku tidak berkemampuan untuk turut sama). Tidak mengapalah para stringer lain ada sama membantu blogger-blogger nyamuk untuk sama menyampaikan maklumat dan info terkini banjir dikawasan-kawasan terlibat. tapi cuba scroll FB Ibdillah apa posting beliau hari ini?! 


Maklumlah hari ini penggemar media alternatif lebih suka rujuk blog dari pada 100% selak portal rasmi seperti BERNAMA atau UTUSAN (maklum la ada yang mental block duk boikot portal-portal tu). Malahan blog lebih pantas dari mereka. markah 50% untuk Pengerusi Biro Media Baru. hehehe

Tak perlu cerita nak memperkasakan UMNO atau apa-apa yang penting sekarang buat dulu baru kritik orang dengan status #lifestyle kononnya tu.

Pembangkang dengan pantas memanipulasikan kes banjir ini kononnya mereka lebih dekat pada rakyat sedangkan dibelah kita masih penat terlentang dihotel-hotel maklumlah penat berpidato semalam hehehehe....Kerja kuat lagi kata nak menang perang persepsi..


Gelombang kedua banjir di Pahang dijangka berlaku pada tengah malam ini.

Orang ramai yang tinggal di kawasan terjejas akibat banjir diminta mengambil langkah berjaga jaga.

Manakala mangsa banjir yang sudah pulang ke rumah masing masing digesa kembali ke pusat pemindahan sebelum jam 12 tengah malam ini.

Menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang, Azlan Che Adnan, pihak bomba telah mula berjaga-jaga di kawasan yang dijangka bakal dinaiki air.

"Kami jangka akan berlaku gelombang kedua antara jam 12 ke 1.15 tengah malam ini. Pihak bomba sudah bersiap sedia di tiga kawasan utama dengan bot untuk aktiviti menyelamat jika apa-apa berlaku.

"Ini disebabkan hujan yang tidak berhenti sejak dua hari lalu serta paras air yang semakin meningkat di Sungai Lembing. Kami sudah maklumkam kepada penduduk sebagai langkah berjaga-jaga," kata Azlan.

Kawasan yang dijangka terjejas di Kuantan adalah Sungai Isap, Taman Sepakat, Bukit Rangin, Tanah Putih, Taman Guru dan Kampung Belukar.

Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir Pahang memaklumkan jumlah mangsa banjir negeri Pahang kini mencatatkan seramai 39,991 dan daerah yang terlibat juga bertambah iaitu di Raub.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa sidang media di Pangkalan Udara Pahang mengingatkan penduduk sekitar Kuantan agar berjaga-jaga dengan gelombang kedua banjir yang diramalkan bakal berlaku.

Sementara itu,Bernamamelaporkan bahawa peningkatan air di Kuantan dijangka berlaku secara mendadak mulai tengah malam ini ekoran pertembungan air pasang besar dengan peningkatan air di hulu daerahnya berikutan hujan lebat.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata peningkatan air dijangka berlaku sehingga 2 pagi.

"Air pasang besar diramal berlaku pada 1.15 pagi dan pada masa yang sama air Sungai Lembing iaitu di Hulu Kuantan dijangka turut meningkat ekoran hujan lebat,” beliau dipetik berkata.


"Apabila terdapat pertembungan air hujan di hulu dengan air pasang besar di pedalaman, ia akan meningkatan air secara mendadak," katanya.

Beliau berharap penduduk khasnya di Bukit Rangin, Permatang Badak, Taman Cenderawasih dan Kampung Belukar agar bersiap sedia untuk berpindah semula ke pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 39,991 orang berbanding 38,235 yang direkodkan tengah hari tadi.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 9 malam tadi, 10,995 keluarga, telah ditempatkan di 131 pusat pemindahan dengan melibatkan 141 kampung yang terjejas akibat banjir dan termasuk daerah Bera menjadikannya sembilan daerah di negeri ini.

Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan banjir.

Katanya, di Pekan, seramai 2,887 mangsa banjir ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 (11 pusat), Maran 764 (16 pusat), Bera 106 (8 pusat), Rompin 53 (3 pusat), Lipis 53 (4 pusat) dan terbaru Raub 39 (3 pusat).

Beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau. Berita mula diterbitkan pada: sumber








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@najibrazak @khairykj @ibdil @AfiqKLtownn _tempur @kulaan_niring @dahliablada @McTheoryz @sAngkAkAla78 @aril_pendangjr : [Info Banjir] #lifestyle Tidak Sesuai Dikala Semua Perlukan #lifejacket Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 8 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!