Friday, 20 December 2013

MERDEKA CENTER : Pakar Putar Belit Alam?

Firma kajian pendapat Merdeka Center disifatkan sebagai sebuah pusat penyelidikan “saintis roket” dan “tidak senonoh yang kewibawaannya boleh disangsikan kerana didapati gemar memesongkan keputusan selidik selain menggunakan kaedah penyelidikan yang meragukan.

Menurut Presiden Pusat Kesedaran Politik Malaysia (CPAM) Datuk Huan Cheng Guan, cara pengumpulan data firma berkenaan juga tidak mengikut lunas-lunas etika penyelidikan yang benar dan tepat.

Terbaru, merujuk kepada kajian Merdeka Centre yang diterbitkan portal berita The Malaysian Insider 18 Disember lalu yang mendakwa populariti Perdana Menteri Datuk seriu Najib Tun Razak menurun 10 peratus ekoran isu pengurangan subsidi gula dan bahan petroleum, pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), serta kenaikan tarif elektrik.

Populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di kalangan rakyat ialah 52 peratus pada Disember berbanding 62 peratus pada Ogos lalu, dakwa firma itu.

Ia berdasarkan tinjauan firma itu di Semenanjung Malaysia sahaja di antara 4 hingga 12 Disember lalu.

Menurut Huan, kajian itu tidak boleh diguna pakai kerana sampel kaji selidik yang digunakan institut itu tidak tepat serta tidak mengikut etika penyelidikan yang sebenar.

“Untuk mendapat kredibiliti penuh, setiap soal selidik dan penilaian objektif perlu mempunyai kaedah yang jitu dan tepat termasuk meliputi saiz sampel yang berupaya mewakili keseluruhan populasi negara Malaysia.

“Untuk taburan penduduk yang berjumlah 27 juta, saiz sampel sebanyak hanya 1005 orang sahaja (60% Melayu, 31% Cina dan 9% India) sudah tentunya tidak mencerminkan keseluruhan demografi penduduk di Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak,” hujah Huan.

Tambahan lagi, corak persampelan yang diguna pakai untuk mendapatkan 1,005 responden itu tidak diketahui, malah umur, jantina, tahap pendidikan dan latar belakang sosio-ekonomi serta ideologi politik peserta kajian tersebut juga tidak dinyatakan, Huan menjelaskan lebih lanjut.

Masa kajian serta asas perbandingan yang digunakan Merdeka Center juga boleh diragui dan jelas menunjukkan ada agenda terselindung.

“Bagaimanakah Merdeka Centre boleh melakukan kajian ini walhal sudah tentunya maklum balas daripada orang awam tentunya majoriti yang negatif dan membandingkannya dengan masa di mana beliau baru sahaja menjadi PM pada April 2009. Merdeka Centre bukan membandingkan epal dengan epal, sebaliknya epal dengan oren,” ujar Huan.

Huan turut mempersoalkan siapa yang mendalangi kajian Merdeka Centre ekoran kajian yang dijalankan kerap kali berkaitan perkara yang menghentam kerajaan.

“Siapakah yang membiayai kajian tersebut. Adakah pihak berkenaan benar-benar adil, bebas dan saksama atau ada niat jahat di sebalik keputusan kajian ini? Jikalau mahu kredibiliti dan diiktiraf, elok diumumkan siapakah “mastermind” di belakang Merdeka Centre. Jangan hanya baling batu, sembunyi tangan,” tegas Huan.

“Kalau masih tidak mampu mengikut cara penyelidikan yang sewajarnya, lebih baik tutup kedai dan tukar kerjaya.

“Jangan menjadi Pakar PBA: Pakar Putar Belit Alam!,” katanya dalam satu kenyataan.













للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
MERDEKA CENTER : Pakar Putar Belit Alam? Daeng Selili Rating: 5 Friday, 20 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!