Tuesday, 17 December 2013

Mengamuk Sebab P1 Winmax Penipu?!



Ingat lagi beberapa hari yang lalu, kemarahan rakyat terhadap P1 Wimax telah membuak-buak mengakibatkan sebuah branch P1 di Selayang Mall rosak teruk apabila para pengguna mengamuk lantas menghancurkan branch tersebut. Terbaru, sebuah lagi outlet P1 di sebuah lokasi area Damansara telah hancur dilanggar oleh sebuah kenderaan pengguna yang marahkan dengan permainan tipu daya P1 Buddy...

Sebarkan gambar ini biar Bigboss keparat P1 tahu betapa marahnya rakyat terhadap company anda!! Jangan tipu rakyat, kemarahan kami ada batasnya!!! - p1winmax suck


Sekarang ni kecoh bahawa syarikat P1 Wimax telah menipu para penggunannya. Sebenarnya, masalah ini bukan baru tetapi telah berlaku 2 tahun sejak kebelakangan ini. Di dalam forum yang terkenal seperti Carigold.com juga telah banyak diutarakan masalah mereka dengan syarikat P1 Wimax.



Sebenarnya masalah ditipu ataupun tertipu ini tidak wujud jika kita benar-benar prihatin. Tak gitu? Korang jugak kena tahu cara untuk elak daripada ditipu oleh P1 Wimax | Syarikat Penipu Terbesar di Asia.

Cara Untuk Elak Daripada "Ditipu" oleh P1 Wimax.?

1. Fahami kontrak P1 Wimax.

- Sebelum korang tandangan apa-apa perjanjian dengan syarikat mana-mana telkomunikasi. Korang kena baca dulu kontrak dan syarat syarikat tersebut. Ini tidak, kontrak tak baca. Lepas tu,kena caj bagai. Mengamuk pula. Kadang-kadang silap kita sebagai pengguna.

2. Tamatkan Perkhidmatan P1 Wimax Melalui Cara yg Betul.

- Sebelum korang nak tamatkan perkhidmatan P1 Wimax ini, korang kena tahu prosedur dan cara dia. Kaedah yang betul dan teknik yang betul. Korang tak boleh telefon sahaja nak tamatkan perkhidmatan.

- Kena telefon. Tanya prosuder tamatkan perkhidmatan. Lepas tu, hantar modem tu balik. Ingat! Pergi ke pusat P1 Wimax terus untuk selesaikan masalah korang. Jangan nanti, modem dah hantar tapi ada masalah berbangkit seperti kena CTOS sebab korang tak rujuk kontrak dan syarat yang telah korang tandangan.

3. Tanya orang yang mengetahui.

- Sebelum korang langgan ataupun korang nak tamatkan perkhidmatan P1 Wimax Potong ini. Korang kena tanya orang lain dulu. Bukan main redah je. Tanya pendapat orang yang betul. Gunalah internet sebaik mungkin.

4. Jangan Langgan.

- Cara paling senang. Jangan langgan lansung P1 Wimax dan segala jenis syarikat Telekomunikasi. Senang je. Sebab apa? Sistem kita harini sistem kapitalis yang mana menghimpit kita sampai ke lubang cacing. Korang tengoklah dalam apa-aa perkara, orang macam kita ini lah tertindas dan tak ada keadilan untuk kita.


- Barang naik, tol naik, minyak naik, gula naik, sayur naik, ikan naik, ayam naik, sardin naik, tambang LRT naik, tambang bas naik, gaji menteri naik dan semuanya naik.

- Tapi kita? Takat itu je.

Apapun, ini kot cara yang mampu difikirkan berdasarkan situasi yang berlaku. Tak lain tak bukan, cara inilah untuk elak daripada ditipu P1 Wimax dengan trademarknya " Potong Pengguna.." - inibelogabey




lawak :
Ni pula iklan TM yang melawan balik iklan kempen potong P1 Wimax:



Kalau dipandang betul-betul, muka mamat ni iras-iras wajah CEO P1 Wimax, Michael Lai


Kah kah kah....

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mengamuk Sebab P1 Winmax Penipu?! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 17 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!