Thursday, 12 December 2013

Meluat!! Erma Angkuh Macam Orang Tak Ada Akhlak!!!


KALI ini menggunakan wang berbentuk RM1 pula. Drama bayar saman ke atas pelakon Rabecca Nur Islam (Becca) oleh pengarah drama Dejavu Di Kinabalu nampaknya tak ada kesudahan.

Sebelum ini Erma membayar wang tuntutan Becca yang berjumlah RM11, 200 menggunakan wang syiling 5 sen dan senaskhah al-Quran. Becca yang tidak berpuas hati dengan bayaran mengunakan syiling 5 sen telah memulangkan duit itu.

Namun Erma nampaknya tidak mahu mengalah dalam isu ini membayar kembali kepada Becca dengan menggunakan wang RM1 pula.



Becca menerusi Instagram miliknya bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada Erma.

"... tidak mengapa jika cara itu dapat boleh memuaskan si hati insan bernama Fatimah Rahmad.

"Terima kasih yang tak terhingga kepada Puan Fatimah Rahmad, ALLAH SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan mahupun keburukan," tulis Becca di laman sosial miliknya.

Untuk rekod, saman itu adalah kerana kegagalan pihak produksi melunaskan baki bayaran untuk drama Dejavu Di Kinabalu yang dibintangi Becca. Kes itu yang dibawa ke mahkamah kemudiannya memihak kepada Becca dan Erma diarah untuk membayar baki berjumlah RM11, 200.- sinarharian

Daeng :
Meluat aku dengan manusia yang ego macam ini, dah la kalah perbicaraan pastu saiko orang, semua orang memang tak pernah puas hati kenapa buat contoh tak baik pada generasi muda? Erma fatima antara nama yang senior dalam bidang perfileman kenapa tak boleh bertolak ansur dengan pendatang baru macam Becca (asal pelik meno name glemernye???).


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Meluat!! Erma Angkuh Macam Orang Tak Ada Akhlak!!! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 12 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!