Thursday, 19 December 2013

Media Baru : Jangan Kecewa Jangan Putus Asa - Tan Sri Shahrir Samad

Sejajar peredaran zaman, yang kini berada dalam era teknologi maklumat serta pengaruh media baharu di alam siber begitu dominan, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) turut mengorak langkah agar tidak ketinggalan dalam menguasai segenap aspek yang berkaitan dengannya.

Bertempat di sebuah resort di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Cyber Retreat (Permukiman Hujung Mingggu) Jawatankuasa Siber BBNBBC dianjurkan.

Mengambil masa selama dua hari bermula semalam dan Khamis, program berkenaan dihadiri oleh 34 peserta, majoritinya pegawai dan pembantu penyelidik kepada ahli parlimen BN.

Sambil mengambil kesempatan berehat setelah bekerja keras sepanjang sidang Dewan Rakyat berlangsung, semua mereka menjalani program motivasi serta didedahkan kepada pelbagai ilmu teknologi maklumat dan alam siber melalui beberapa modul.


Program dirasmikan oleh Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir dalam ucapannya meminta semua peserta memanfaatkan program berkenaan sebaik mungkin jika mahu cemerlang dalam kerjaya serta perjuangan masing-masing.

Ini kerana media baharu kini amat signifikan sebagai “senjata”, malah ada yang mengibaratkannya bagai “mukjizat” yang mampu mempengaruhi perubahan pendapat, ideologi serta paradigma anggota masyarakat jika digunakan dengan betul.

“Namun bagi menjadikan penggunaan media baharu efektif memerlukan lebih daripada penguasaan aspek perkakasan (hardware) dan perisian (software) berkaitan komputer, gajet atau alat telekomunikasi.

“Sebaliknya dalam mana zamanpun, dan apa juga teknologi atau alat digunakan, individu manusia yang mengguna atau mengendalikannya yang paling penting,” kata Shahrir.

Ini kerana kekentalan semangat, komitmen, minat yang tinggi serta kefahaman mendalam tentang peranan serta fungsi tugas masing-masing yang akhirnya akan menjadikan mereka kreatif dan mampu menggunakan alat atau teknologi yang ada secara optimum, kata Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru.

“Umpama bermain golf, orang muda mungkin pukulannya kuat dan laju justeru nampak bersemangat. Tapi kalau tak ada ‘direction’ (arah) maka bolanya akan melayang entah ke mana dan akhirnya mereka kecundang.

Sehubungan itu, Shahrir mencabar semua peserta agar berubah menjadi lebih peka dan prihatin terhadap semua perkembangan atau isu semasa serta berusaha menonjolkan idea yang bernas hingga boleh dibawa untuk dibahaskan mana-mana ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

“Jangan kecewa atau putus asa jika diperingkat awal idea anda dikritik atau tidak mendapat perhatian. Jangan pula merasa anda useless (tidak berguna) sebaliknya jjaddikan itu cabaran untuk buktikan bahawa anda sebenarnya very usefull (amat berguna)”, pesan Shahrir.

EHSANUDDIN…menekankan pentingnya adunan ilmu, sikap perihatin terhadap isu semasa, teknologi terkini serta perkakasan digembeleng bersama untuk menang dalam persaingan.

Selain bloggers ternama serta pakar yang arif dalam media baharu, turut berkongsi ilmu ialah Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor, Datuk Noor Ehsanuddin Harun Narrashid.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Media Baru : Jangan Kecewa Jangan Putus Asa - Tan Sri Shahrir Samad Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 19 December 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!